Nuffnang

Isnin, 20 Januari 2014

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> Adakan Show 15 Saat? | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 19 Jan 2014 11:18 PM PST

Misha Omar Adakan Show 15 Saat?

Bakat besar gadis berusia 32 tahun yang berasal dari pantai timur ini memang tidak dapat disangkal lagi. Namun, sejak kebelakangan ini Misha Omar atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah Omar dilihat agak jarang muncul di kaca televisyen atau di mana-mana majlis.

Semalam, kerinduan peminat terhadap suara lunak milik Misha Omar telah terubat apabila penyanyi tersebut berkongsi beberapa buah video nyanyiannya yang berdurasikan 15 saat menerusi akaun Instagram miliknya.

Misha Omar Adakan Show 15 Saat?

Lagu terakhir nyanyian Misha Omar dalam show 15 saat menerusi Instagram,

Ok-ok…last song utk malam ni..lagu apa korang nak dgr?? majoritilah eh..kalau satu2 nak buat video esok pagi tak mampu den hanta anak ke sekolah..so, korang pakat2lah sebulat suara..nak dgr lagu apa? #showlimabelassaat #mishanyanyikatig

Menariknya, beberapa orang selebriti seperti Lisa Surihani, Hanis Zalikha dan lain-lain turut membuat permintaan khas kepada Misha Omar untuk mendendangkan lagu kegemaran mereka.

Tak sangka sesi #mishanyanyikatig #showlimabelassaat jadi hot pula. Terima kasih buat kalian yang bikin saya spechless!!! Terharu bila ramai yang request lagu2 hits saya! Bila saya kira-kira.ehh..banyak juga sebenarnya. Sokongan kalian benar-benar meyentuh hati saya..

Alhamdullilah perjalanan 12 tahun yang tidak sia-sia. Sokongan dan doa kalian buat saya yakin untuk terus berjalan.. terus bernyanyi dan bernyanyi untuk kalian.. TERIMA KASIH!!! Selamat malam.. kita sayang  awak 'sokmo'

Antara lagu yang didendangkan oleh Misha Omar dalam video-video tersebut ialah 'Bunga-Bunga Cinta', 'Pulangkan', 'Kuseru' dan 'Semoga Abadi'. Buat peminat Misha Omar yang ingin hilangkan kerinduan mendengar suaranya, jom sama-sama kita lihat video ini.

Foto: <b>Misha Omar</b> Juga Sudah Bertudung? | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2013 05:00 PM PDT

Foto: Misha Omar Juga Sudah Bertudung?

Jika semalam OHBULAN! menyiarkan foto Mizz Nina yang sudah berhijab, hari ini kami juga ingin berkongsi kecantikan wajah Misha Omar apabila dia memakai tudung.

Mesti ramai antara anda yang tertanya-tanya adakah Misha Omar juga sudah mengambil langkah untuk bertudung sepenuh masa atau hanya untuk majlis-majlis tertentu.

Untuk pengetahuan anda, Misha memakai tudung kerana menghadiri kusus perkahwinan beberapa minggu lepas bersama bakal suaminya.

Foto: Misha Omar Juga Sudah Bertudung?

Penyanyi yang sedang popular menerusi lagu Untuk Bermimpi ini nampaknya sudah bersedia mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam perkahwinan yang dijangka akan berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan.

Walaupun cuma bertudung untuk masa-masa tertentu, kelihatannya Misha langsung tidak kekok untuk menggayakan tudung yang dipakai. Malah penyanyi ini kelihatan lebih muda berbanding usia sebenarnya.

Bagi yang tidak berpeluang melihat foto Misha Omar bertudung, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping untuk tatapan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan