Nuffnang

Isnin, 27 Januari 2014

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Foto : <b>Neelofa</b> Menghitung Hari | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 23 Jan 2014 08:30 PM PST

Foto : Neelofa Menghitung Hari

Pejam celik, pejam celik tinggal seminggu sahaja lagi pengajian Neelofa di New York Film Academy akan berakhir. Walaupun pada mulanya Neelofa takut untuk tinggal di sana selama sebulan berseorangan, namun selebriti jelita itu dilihat seakan sedih untuk pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

Barangkali Neelofa berat hati untuk meninggalkan pengalaman manis yang dihadapinya sepanjang bergelar pelajar meskipun dalam masa yang singkat.

Foto : Neelofa Menghitung Hari

Apa yang pasti, Neelofa benar-benar menikmati masa yang ada dengan menghadiri kelas dan berhibur bersama rakan-rakannya setiap kali mempunyai waktu terluang.

Malah anak kelahiran Kelantan ini juga langsung tidak melupakan peminatnya dengan berkongsi foto-foto sepanjang menjalani kehidupan di Amerika Syarikat.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Neelofa sempat melawat beberapa tempat menarik sambil belajar antaranya Universal Studios European Backlot yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Pirates of the Caribbean dan juga lokasi drama Desperate Housewives di Wisteria Lane.

Dalam masa yang sama, para peminat mengharapkan Neelofa akan kembali mengacarakan rancangan Meletop sebaik dia menamatkan pengajian.

Foto : Neelofa Menghitung Hari

Foto : Neelofa Menghitung Hari

Bagaimanapun seperti yang umum ketahui, terdapat pelbagai respon yang diterima sebelum ini, ada yang mengalu-alukannya kembali ke set Meletop, tidak kurang juga yang ingin kekosongannya diganti oleh pengacara lain. Apa pula kata anda?

Apapun buat semua pembaca OHBULAN!, jom lihat aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Neelofa sepanjang berada di luar negara menerusi foto dan video di bawah.

Kredit foto : Instagram Neelofa

<b>Neelofa</b> Tunjuk Bukti Sangkal Dakwaan Khalwat | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2014 12:28 AM PST

Neelofa Tunjuk Bukti Sangkal Dakwaan Khalwat

Akibat tidak tahan dengan segala tohmahan yang dilemparkan ke atasnya, akhirnya Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor tampil memberi kenyataan tegas berhubung kes khalwatnya yang sudah diperkatakan sekitar bulan Disember yang lalu.

Baru sebentar tadi, Neelofa telah memuat naik gambar resit penerbangannya ke Los Angeles di akaun Instagramnya sebagai bukti bahawa kes khalwat tersebut hanyalah fitnah semata-mata.

Neelofa Tunjuk Bukti Sangkal Dakwaan Khalwat

"Untuk mereka yang menganggap yang kononnya sy "LARI" selepas dituduh dgn fitnah kes khalwat pada 26th Dec 2013. Ini adalah receipt sy yang tertera ISSUE DATE: 18Dec2013 TIME: 12.37pm. Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dgn tuduhan yg tak masuk akal itu, pastinya sy tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan utk selesaikan kes tersebut." – Neelofa.

Kasihan Neelofa. Baru setahun jagung berada dalam industri hiburan, pelbagai kontroversi yang terpaksa ditelan. Adat orang cantik, ada sahaja yang iri hati.

Untuk pengetahuan semua, pada Disember yang lalu, Neelofa telah didakwa ditangkap khalwat dengan seorang lelaki berstatus VIP selepas majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.

Neelofa kini berada di LA kerana dia sedang menjalani kursus pendek dalam bidang lakonan di New York Film Academy.

Sumber: Instagram Neelofa.

Nad Zainal Bakal Ganti <b>Neelofa</b>? | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 26 Dec 2013 04:00 PM PST

Nad Zainal Bakal Ganti Neelofa?

Umum tahu selebriti popular, Neelofa bakal menjalani kursus jangka pendek di Sekolah Filem & Lakonan Akademi New York (NYFA) bermula Januari depan. Dan jika tak silap, Neelofa sepatutnya sudah pun berangkat semalam (27 Disember) menerusi laporan sebuah portal berita tempatan.

Namun, selepas pemergian Neelofa ke luar negara, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan oleh pengacara ini untuk program hiburan, Meletop?

Bagi yang menonton Anugerah Skrin 2013 (ASK) sekitar bulan November lepas, kami pasti anda masih ingat persembahan Nad Zainal sebagai pengacara ketika digandingkan bersama Faizal Ismail dan juga Awal Ashaari, kan?

Nad Zainal Bakal Ganti Neelofa?

Nabil dan Neelofa (dua dari kanan) dalam program hiburan, Meletop

Walaupun baru sekali mengacarakan anugerah yang besar, bekas pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini telah membuktikan bahawa dia juga mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan selain berlakon.

Menurut sumber-sumber terapat, selepas penampilannya yang mantap dan berjaya menarik perhatian penonton di ASK 2013 yang lepas, pelakon genit Nad Zainal dikhabarkan bakal menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Neelofa.

Bukan setakat itu saja, terdapat juga ura-ura mengatakan program hiburan Melodi (TV3) dan Galaksi (TV9) turut berminat untuk mengambil Nad Zainal sebagai pengacara bagi rancangan tersebut.

Jadi apa kata anda? Anda rasa, sesuaikah Nad Zainal mengembangkan kerjayanya didalam bidang pengacaraan pula selepas ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan