Nuffnang

Sabtu, 8 Februari 2014

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search


<b>Stephen Rahman</b> Hangatkan Hari Kekasih | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2014 04:00 PM PST

Stephen Rahman Hangatkan Hari Kekasih

Siapa yang tidak kenal dengan hero teater muzikal Puteri Gunung Ledang the Musical yang pernah menjadi satu fenomena seni beberapa tahun dulu?

Kini, jejaka tampan kelahiran United Kingdom ini bakal tampil dan mengubat kerinduam peminat yang sememangnya merindui kemunculan aktor ini.

Terbaru, pemilik nama Stephen Rahman Hughes ini sekali lagi bakal menggegarkan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dengan sebuah konsert sempena Hari Kekasih tahun ini.

Stephen Rahman Hangatkan Hari Kekasih

Bertemakan In the Mood for Love, hero filem Hikayat Merong Mahawangsa itu bakal menyerikan lagi sambutan Hari Kekasih dengan lantunan lagu-lagu petikan daripada persembahan Broadway yang hebat seperti West Side Story dan Cats,

Malah ia turut diserikan dengan seleksi lagu-lagu romantik yang pastinya akan membuatkan penonton terpukau dengan pilihan lagu seperti  My Funny Valentine, L.O.V.E., Unchained Melody dan Luck Be a Lady.

Menurut Kosmo!, konsert itu bakal dibahagi kepada dua sesi persembahan, dan akan berlangsung pada 8 Februari nanti, jam pukul 8.30 malam manakala keesokan harinya, 9 Februari, satu lagi persembahan istimewa akan bermula pada pukul 3 petang di pentas yang sama.

Konsert kali ini bakal mengulang detik kolaborasi pertamanya bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang menggegarkan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) lebih tiga tahun lalu.

Saya akan kembali lagi dengan sebuah konsert sehari sebelum sambutan Hari Kekasih. Untuk dua persembahan yang dirancang itu, saya akan banyak membawakan lagu-lagu berirama jazz. Konsert itu semuanya dalam sebuah orkestra dan saya benar-benar teruja,

Bakat seni yang ada dalam diri Stephen tidak perlu diragui kerana dia sememangnya anak seni yang benar-benar mencintai muzik dan tarian serta mempunyai bakat jazz semulajadi.

Bagi peminat-peminat stephen yang semamangnya menantikan kemunculan aktor ini, Maklumat tiket-tiket yang berharga RM90 hingga RM220 boleh dilayari menerusi laman web www.mpo.com.my atau e-mel ke dfp_boxoffice@petronas.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan