Nuffnang

Ahad, 9 Februari 2014

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Monopoli Anugerah Meletop Era | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2014 07:48 AM PST

Zizan Razak Monopoli Anugerah Meletop Era

Seperti yang umum tahu, sebentar tadi bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, telah berlangsungnya Anugerah Meletop Era yang dibanjiri berpuluh ribu penonton, lewat malam tadi.

Dengan mengangkat tema 'Yang Hit, Yang Meletop', buat julung kalinya Anugerah Meletop Era telah diadakan dengan menampilkan barisan artis-artis ternama tanah air. Nabil, Neelofa dan Dato' AC Mizal pula diberikan tanggungjawab untuk mengelolakan acara ini.

Mempertandingkan 17 kategori, seperti yang dijangka, akhirnya anugerah itu menyaksikan pengacara dan pelakon popular, Zizan Razak menggondol empat anugerah iaitu Anugerah Top Top Meletop (Lelaki), Anugerah Fesyen Meletop, Anugerah Bintang Siber Meletop dan Anugerah WeChat Meletop.

Zizan Razak Monopoli Anugerah Meletop EraHattan dan Altimet mempersembahkan lagu 'Gadis Jolobu'

Antara persembahan yang menjadi tarikan di malam gemilang ini ialah daripada persembahan Altimet dan Hattan yang nampak bersahaja tetapi menghiburkan.

Persembahan Zizan dan Kaka juga tidak kurang hebatnya apabila lagu 'Infiniti Cinta' telah berjaya membuatkan para penonton dalam stadium untuk bernyanyi bersama-sama. Selain itu, antara artis-artis lain yang turut membuat persembahan selingan pada malam AME ialah Hazama, Stacy, Hafiz dan Najwa Latif.

Zizan Razak Monopoli Anugerah Meletop EraZizan dan Kaka berjaya mencuri perhatian penonton dengan lagu 'Infiniti Cinta'

AME menawarkan hadiah bernilai RM 5,000 berserta trofi kepada 14 kategori utama, RM 10,000 berserta trofi untuk penerima anugerah Top Top MeleTOP dan ganjaran yang paling lumayan ialah RM 15,000 berserta trofi bagi pemenang Anugerah WeChat MeleTOP.

Untuk pengetahuan semua, anugerah ini memberikan kuasa sepenuhnya kepada orang ramai untuk menentukan siapakah pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Berikut adalah senarai penuh para pemenang di Anugerah Meletop Era sebentar tadi.

Anugerah Top Top Meletop (Lelaki) – Zizan Razak

Anugerah Top Top Meletop (Wanita) – Zara Zya

Anugerah Fesyen Meletop – Zizan Razak

Anugerah Couple Meletop – Nabil Ahmad & Nazira

Anugerah Bintang Siber Meletop – Zizan Razak

Anugerah Artis Baru Meletop – Zara Zya

Anugerah Program Radio Meletop – Johara Pagi Era

Anugerah Penyampai Baru Radio Meletop – Nabil Ahmad

Anugerah Group / Duo Meletop – Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza

Anugerah Penyanyi Meletop – Hafiz

Anugerah Lagu Meletop – Bahagiamu Deritaku (Hafiz)

Anugerah Program TV Meletop – Maharaja Lawak Mega 2012

Anugerah Bintang TV Meletop – Jep Sepahtu (Super Spontan)

Anugerah Bintang Filem Meletop – Aaron Aziz (KL Gangster)

Anugerah Filem Meletop – KL Gangster 2

Anugerah Artis Serantau Meletop – Sleeq

Anugerah WeChat Meletop – Zizan Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan