Nuffnang

Ahad, 13 April 2014

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Berhabis RM20,000 Borong Kain Di India | ROTIKAYA

Posted: 09 Apr 2014 06:33 PM PDT

Kenapa tidak? Elfira Loy yang baru baru ini telah mengikuti percutian bersama AirAsia ke Kochi, India untuk mempromosikan tempat pelancongan di sana mengakui telah berbelanja besar untuk membeli pelbagai fabrik mewah & barangan kecantikan.

Bukan sedikit punya besar, Elfira Loy berkata kepada mStar Online hari ini yang beliau berhabis RM20,000 untuk kesemua barangan yang dibeli di India dan beliau sanggup membelanjakan jumlah yang besar sebegitu untuk memenuhi citarasa penampilan beliau.

UPDATE-1: Elfira Loy menafikan dakwaan yang beliau kena tipu kerana telah berhabis RM20,000 untuk kain di India kerana beliau tahu nilai sebenar & kualiti fabrik yang dibeli.

"Setiap kali pergi melancong, saya pasti akan membeli kain dan barang kecantikan diri. Itu perkara wajib yang akan saya bawa pulang"

"Jadi apabila berpeluang ke India, pasti kain sari menjadi sasaran saya. Malah saya turut membeli sepasang busana yang dikenali sebagai lehenga berharga kira-kira RM4,000. Kalau di Malaysia harga sepasang kira-kira RM7,000″

"Jadi saya jimat banyak apabila berbelanja di India. Malah kualiti dan hasil kerja tangannya juga sangat cantik dan kemas," jelas Elfira Loy lagi.

Turut serta dalam perjalanan Elfira Loy ke Kochi, India selama tiga hari itu ialah dua lagi adiknya yang juga pelakon, Ezlisa Loy dan Ezzrin Loy serta ibu mereka, Filzah Yusoff yang bertindak sebagai pengurus. Berikut beberapa gambar mereka di sana. Untung. (rtky/m)


<b>Elfira Loy</b> Tidak Kisah Belanja RM20,000 Shopping Di India

Posted: 11 Apr 2014 02:22 PM PDT

Elfira Loy Tidak Kisah Belanja RM20,000 Shopping Di India

Baru-baru ini ramai yang bengang dengan Elfira Loy apabila didakwa berbelanja secara boros membeli kain yang mencecah harga RM20,000 di India. Iyalah... buat apa beli kain sampai banyak dan mahal macam tu, nak buat apa?

Bagaimanapun, Elfira tetap mempertahankan keputusannya membeli pelbagai jenis kain tersebut dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang berbaloi.


Malah katanya, isu itu tidak sepatuitnya menjadi persoalan kerana dia sendiri mengetahui nilai setiap fabrik yang dijual. 

"Saya pun tidak tahu nak komen apabila ada orang cakap begitu saya kena tipu. Ini kerana nilai RM20,000 bukan kain yang sikit, tetapi saya beli kain sehingga tiga buah beg.

"Jadi saya rasa ianya berbaloi lebih-lebih lagi ia digunakan untuk kerja," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media.

Tambah Elfira lagi, kebanyakan kain yang dibelinya merupakan fabrik daripada benang sutera. 

"Boleh dikatakan kebanyakan kain semuanya daripada sutera dan bagi saya harga yang ditawarkan kepada saya benar-benar berbaloi," jelasnya.

Difahamkan, nilai harga kain sutera dari India yang dijual di negara ini bagi setiap pasang boleh mencecah dari RM500 sehingga RM10,000 bergantung jenis kain itu sendiri.

Mungkin atas alasan itu, maka Elfira mengambil keputusan untuk memborong seberapa banyak yang boleh. Heh.

Untuk makluman semua, Elfira kini berada di Bali, Indonesia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan