Nuffnang

Rabu, 23 April 2014

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Fauzi Nawawi</b> Enggan Minta Maaf - Gua.com.my

Posted: 26 Feb 2014 09:38 AM PST

"Saya ada tengok video keterangan dia di MyMetro TV. Bagi saya, tentang kenyataan maki ibu itu tidak perlu wujud. Isteri saya yang ditengking olehnya. Saya cuma memberikan perumpamaan sahaja, mengenai ibu. Saya mesej pada dia, kalau saya tengking ibu dia pula bagaimana? Kalau saya gunakan perumpamaan mengenai isteri, seakan tidak kena kerana dia belum berkahwin," ujar Fauzi Nawawi ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pelakon Sharnaaz Ahmad yang mahukan dia dan isterinya, Lisdawati memohon maaf secara terbuka berikutan krisis yang berlaku di antara mereka.

Fauzi juga menceritakan secara lanjut mengenai kontroversi yang tercetus antara dia, isterinya dan Sharnaaz. Semuanya bermula pada 19 Februari lalu di set penggambaran drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.

"Kejadian itu berlaku pada malam hari, sewaktu di lokasi penggambaran. Dia menengking isteri saya. Lisda balik ke rumah menangis dan menggigil. Pada malam tersebut, saya langsung tidak menghubungi dia. Saya biarkan dahulu. Saya berikan dia masa untuk melihat sama ada dia ada menghubungi atau pun mesej isteri saya mengenai kejadian itu. Tapi nampaknya tiada inisiatif daripada dia," ujar Fauzi.

"Selang 24 jam, pada pagi 21 Februari, sekitar jam 9.45 pagi, saya menghubunginya kerana saya tahu waktu itu semestinya dia sudah bangun untuk ke lokasi penggambaran. Saya hubunginya dua kali, tiada jawapan. Saya hantarkan pesanan kepadanya. Saya guna perkataan seperti 'gua' dan 'lu'. Dia kata saya yang mula bercakap kasar dengan dia. Tapi jika difikirkan semula, itu ayat biasa yang selalu digunakan di kalangan kawan-kawan. Dalam video itu sendiri pun dia berkata menggunakan cara itu.

"Saya mahu jumpa dia kerana saya mahukan penjelasan. Tapi dibalas dengan keras pula oleh dia. Mengenai perkataan 'anjing kurap' pula, selepas saya menghantarkan pesanan kepada dia, dia sepertinya membalas pesanan tersebut dengan mesej yang seakan-akan mahu mengajak saya bertumbuk dan bergaduh. Jadi, saya balaslah begitu.

Apabila kami sering berbalas pesanan, keadaan menjadi makin tegang. Lantas saya menghantarkan pesanan yang saya sudah maafkan dirinya. Dia membalas pesanan tersebut dan menyatakan dia tidak menerima maaf tersebut. Dia tulis di situ, dia mahu cari saya juga. Bahasa dia sahaja sudah berbunyi ala-ala samseng.

Pada 21 Februari juga, sewaktu Lisda ke lokasi penggambaran, dia ditemani oleh Lana Nodin. Sesampai sahaja mereka di set, dia (Sharnaaz) meluru ke kereta, terus ke bahagian penumpang. Lana yang memandu kereta, isteri saya di bahagian penumpang. Mereka menghubungi saya dan saya suruh Lana bawa Lisda keluar dari set penggambaran tersebut," ujar Fauzi lagi.

Lisdawati Enggan Lapor Polis

Jelas Fauzi, dia membuat laporan polis kerana dia melihat keadaan isterinya yang trauma kerana kejadian tersebut. Pada mulanya, Lisda enggan membuat laporan polis kerana dia berasa takut, tetapi sebagai suami, Fauzi memaksa juga Lisda melakukan laporan kerana memikirkan mengenai kandungan Lisda. Ujar Fauzi lagi, mereka membuat laporan polis bukanlah untuk mendapatkan publisiti ataupun mahu saman menyaman, tetapi dia risau kerana isterinya yang sedang mengandung 'diserang' oleh Sharnaaz.

Tegas Fauzi, dia enggan memohon maaf seperti yang diminta oleh Sharnaaz. Enggan berdiam diri, Fauzi mengakui dirinya juga marah dengan tindakan Sharnaaz, namun begitu, sebagai seorang yang masih punyai akal fikiran, dia mahu mengikut lunas undang-undang yang ada.

"Kalau dia rasa dia betul, teruskan. Tapi bagi saya, maaf saya sudah habis. Saya akan katakan tidak untuk meminta maaf. Saya yang sudah hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama Lisda pun tidak pernah menengking atau memarahi Lisda, jadi takkan saya mahu biarkan orang lain tengking isteri saya," tutur Fauzi lagi.

Dalam pada itu, Fauzi dan Lisda bakal menunaikan ibadah Umrah pada 28 Februari ini. Sebagai manusia biasa, Fauzi mengakui kontroversi yang tercetus sekarang, sedikit sebanyak membuatkan perasaannya terganggu, tetapi sehingga kini, dia masih dapat menjalani semuanya dengan tenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan