Nuffnang

Sabtu, 10 Mei 2014

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


13 Gambar Paling &#39;RARE&#39; <b>Aaron Aziz</b> | - Harian Blogger.Com

Posted: 07 May 2014 12:22 AM PDT

     

Untuk peminat Aaron Aziz, hanya ini sahaja yang dapat kami siarkan untuk anda. Tapi bagi peminat wanita, jangan cemburu pula sebab sebahagian besarnya adalah gambar lama Aaron bersama isterinya Diyana Halik. Enjoyce!

BIODATA:
NAMA PENUH: Aaron Mustapha Aziz
TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976
ASAL: Tampines, Singapura
TARIKH NIKAH: 3 Ogos 2003
NAMA ISTERI: Diyana Halik

Asal usul nama Aaron Aziz

Dalam sebuah majalah hiburan berbahasa Inggeris Lime terbitan bulan September 2002, Aaron Aziz ditemubual dan beliau ada memberitahu nama sebenarnya ialah Aaron Mustapha Aziz dan nama komersilnya yang diguna hingga hari ini ialah Aaron Aziz. Ramai nak tahu benarkah namanya begitu.Kata Aaron dalam majalah itu, beliau datang dari keluarga yang bercampur-campur atau rojak family. Arwah bapa dia ialah seorang Siamese Chinese, neneknaya dari Jepun manaka ibunya berasal dari Christmas Island keturunan orang Cocos.

Beliau merupakan anak ketiga dalam adik berdik, lahir 23 Februari 1976.

Pendidikan dan kerjaya Aaron Aziz

Setelah menamatkan pendidikan beliau bekerja selama 9 tahun di dalam indusri FnB, dan mulai mencari bidang pekerjaan yang baru. Aaron menyertai Manhunt pada tahun 2000 dan memenangi gelaran Mr Charming and Mr Personality dengan ketinggian 179 cm, berat 70 kg.

Dari situ pengarah drama mula tertarik dengan beliau dan menawarkan watak dalam drama War Diary, Heartlanders 3 yang disiarkan di Singapura. Drama lain ialah seperti Cinta Bollywood, Garisan Takdir, Dol & Minah Nak Kahwin. Filem yang dibintanginya di Malaysia seperti Evolusi KL Drift, Evolusi KL Drift2, Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Datin Ghairah, KL Gangster 1&2 dan Ombak Rindu.

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

2

Sumber: MyArtis, Nurizspace, Wikipedia,SinemaMalaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan