Nuffnang

Jumaat, 2 Mei 2014

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


"Saya Tunggu Surat Saman Sharnaaz" – <b>Fauzi Nawawi</b> - Gua.com.my

Posted: 24 Apr 2014 10:20 PM PDT

Aktor filem 'Tipu Kanan Tipu Kiri', Fauzi Nawawi menjelaskan yang dia menunggu surat saman daripada pihak pelakon Sharnaaz Ahmad. Sebelum ini, kontroversi tercetus antara isteri Fauzi, aktres Lisdawati dan Sharnaaz apabila Sharnaaz didakwa menengking Lisdawati di set penggambaran drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pasangan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi kerana bimbangkan keselamatan diri dan kandungan Lisdawati.

"Tindakan saya apabila saya dengar dia nak saman, saya hanya tunggu surat saman dia. Ini kerana kenyataan dia di pihak media, tidak berasas. Kalau dia kata saya maki ibu bapa dia, tolong tunjukkan bukti teks tersebut. Kenapa dia hanya tunjukkan teks yang tidak berkenaan dengan maki. Saya hanya keluarkan teks 'kalau gua maki mak lu macam mana'.

Takkan saya nak nak tanya pada dia 'kalau gua maki bini lu macam mana', tak boleh sebab dia belum berkahwin. Itu satu pertanyaan, adakah perkataan itu maki? Bila kenyataan dia kata saya maki, maknanya saya ini macam orang yang biadap," ujar Fauzi ketika ditemui di Tayangan Filem Sang Pemberani di Cathay Cineleisure, Damansara pada Khamis.

Dalam pada itu, Fauzi menjelaskan selepas ini dia akan membenarkan isterinya berlakon bersama Sharnaaz lagi sekiranya segala kontroversi yang tercetus selesai dengan baik. Fauzi juga menyatakan yang dari awal lagi, Sharnaaz harus bersemuka dengannya.

"Sepatutnya perkara ini harus bersemuka dengan saya. Kenapa selepas semua ini tercetus dan keluar di pihak media, baru dia memohon maaf kepada isteri saya. Apabila dia nak saman, saya tunggu saman dia. Sampai sekarang saya belum dapat apa-apa surat daripada pihak dia. Kalau dapat, saya akan jawab dengan jujur.

Untuk saya melibatkan ibu bapa dia dalam perkara ini, itu tidak logik langsung. Kalau ada, tunjuk bukti teks tersebut. Saya pun tidak buat apa-apa tindakan, saya cuma buat laporan polis, itu pun hanya untuk membawa isteri saya menjalani pemeriksaan. Selepas itu, apabila benda dah kecoh, saya hanya diamkan sahaja," ujar Fauzi lagi.

Fauzi juga berharap akan ada jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan konflik di antara mereka bertiga.

"Kalau boleh, saya minta dia cari jalan untuk selesaikan perkara ini, apabila dia sudah mulakan perkara ini. Kalau dia kata mahu saman, silakan. Kalau mahu berdepan, di hadapan wartawan sekali pun, silakan. Saya menunggu setiap masa, insyaAllah," ujar Fauzi mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan