Nuffnang

Jumaat, 2 Mei 2014

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


<b>Mizz Nina</b> Nekad Berhenti Menyanyi | Oh! Media

Posted: 06 Mar 2014 04:55 PM PST

Penyanyi Mizz Nina yang juga isteri kepada vokalis Hujan, iaitu Noh telah nekad membuat keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

Keputusan nekad itu dibuat Nina adalah kerana beliau mahu benar-benar berubah menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik dan tidak akan menyesal dengan keputusan itu.

"Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam.

"Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya.

Menurut Mizz Nina, dia juga telah membatalkan hasrat untuk melancarkan album muzik pop terbaru tetapi hanya akan muncul di television bagi mengacarakan sebuah program kanak-kanak berbentuk keagamaan tidak lama lagi.

OHMEDIA: ALHAMDULILLAH. HIDAYAH ALLAH SUNGGUH INDAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan