Browse >     
Home / 
Hiburan / Aida Aris Kecewa Mula Dipinggirkan  	  
 			  						  			  			  			  			    			      Aida berkata, dia amat sedih apabila pelakon berpengalaman sepertinya   hanya diberi watak pembantu sedangkan bakat-bakat baru diberi peranan  utama walaupun pengalaman mereka tidak begitu menyerlah.
  "Apa yang saya perhatikan, kebanyakan filem dan drama hari ini  cenderung pada kisah remaja dan muda-mudi. Kalau ada pun watak-watak  untuk pelakon senior, hanyalah sebagai pembantu dan tambahan saja.
  "Jika kita tengok di Hollywood atau di Bollywood sekalipun,  pelakon-pelakon senior masih berpeluang menjadi pelakon utama tetapi  senario itu sangat berbeza di sini. Ia menyedihkan sebenarnya.
  "Namun, saya akur senario ini berlaku pun disebabkann oleh permintaan  penonton dan kehendak pasaran semasa," katanya yang ditemui pada  tayangan perdana telefilem Dendam Maya di Damansara, baru-baru ini.
  Mengulas lanjut, Aida berpendapat, keadaan itu semakin berleluasa  mungkin disebabkan oleh faktor bayaran. Memandangkan kebanyakan pelakon  baru dan muda kurang pengalaman berbanding pelakon lama, justeru pihak  penerbit lebih senang untuk memberi tawaran kepada generasi muda dengan  harga yang lebih rendah.
  "Saya rasa keadaan ini dipengaruhi oleh faktor bayaran juga.  Memandangkan pelakon-pelakon muda kurang berpengalaman, maka bayaran  mereka pun tidak setinggi pelakon senior.
  "Sebab itu kebanyakan penerbit kita lebih selesa memberi tawaran  kepada pelakon muda. Jika kita berada di tempat penerbit pun, mungkin  kita akan lakukan perkara yang sama kerana mereka menjalankan  perniagaan. Sudah tentulah mereka mahu untung.
  "Memang ada pelakon muda yang berbakat besar tetapi ramai juga yang  tidak berpotensi dan tetap berpeluang untuk menghiasi filem dan drama  hanya kerana mereka muda dan diminati ramai. Itu sebabnya, kebanyakan  filem dan drama kita berkisar pada benda yang sama saja," katanya.
  Aida yang kecewa dan bosan dengan keadaan itu bagaimanapun masih  menerima tawaran berlakon secara konsisten dan tidak sesekali terfikir  untuk bersara selagi diperlukan.
  "Saya tidak nafikan keadaan ini mengecewakan dan mengundang kebosanan  kepada pelakon senior seperti saya. Namun, saya bersyukur kerana  sehingga hari ini tawaran lakonan masih ada.
  "Selagi diperlukan, saya akan terus berlakon dan sama sekali tidak  terfikir untuk mengalah atau berundur diri daripada bidang ini," katanya  yang mula menempa nama menerusi filem Debu-Debu Kasih (1995).