Elly Mazlein - Google Blog Search     |   
|    Gambar <b>Elly Mazlein</b> Manis Tudung : Mean Shiney Posted: 10 Jul 2012 12:07 PM PDT 
 Wawancara Bersama Dengan Elly Mazlein Apakah perkembangan kerjaya anda sekarang? Ketika ini saya sedang sibuk menjalani beberapa penggambaran drama dan telefilem. Yang terbaharu, saya kini menjalani penggambaran drama sitkom berjudul Bazar Al-Mubarak yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Asyik sibuk dengan dunia lakonan, bagaimana pula dengan karier sebagai penyanyi? Karier nyanyian saya masih lagi diteruskan dan banyak terlibat dengan beberapa projek seperti merakamkan lagu runut filem iaitu Awan Dania The Movie dan Aku, Kau Dan Dia. Pada bulan puasa ini saya akan berehat sebentar daripada dunia lakonan kerana akan masuk studio untuk menghasilkan single terbaharu. Cuma, saya tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenainya, tetapi lagu sudah ada dan kini tinggal masa untuk merakamkannya sahaja. Anda dilihat bertudung. Adakah ini penampilan terkini anda? Ketika ini saya masih lagi belum bertudung dan penampilan saya sekarang ini kerana menjalani penggambaran drama yang sedang saya lakonkan sekarang. Dalam drama ini saya membawakan watak sebagai Milah, seorang janda yang berniaga kuih-muih di bazar semasa bulan Ramadan.  |   
| You are subscribed to email updates from Elly Mazlein - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  




Program Fear Factor Selebriti Malaysia mengukuhkan lagi kedudukan Astro Ria (104) selaku Saluran Hiburan Melayu Utama di negara ini apabila bakal menemui anda di kaca tv tidak lama lagi. Ketahanan fizikal dan mental 30 selebriti tanah air seperti Dafi Ismail, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Farish Aziz, Akim Ahmad, Zoey Rahman, Mejar Dr Faiz dan Gambit Saifullah diuji melalui cabaran-cabaran yang disediakan.






