Sejak berita mengenai perkahwinan kali kedua Ashraf Muslim bersama   bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand   tersebar di media, ramai pihak yang cuba menyatakan pendapat serta   memberi respon berhubung isu tersebut. Mungkin ada yang memandang   perkara berkenaan ke arah sudut yang positif dan ada juga sebaliknya.
Namun begitu, menerusi laman Twitter milik Aqasha, pelakon drama Dejavu Di Kinabalu itu turut memberi respon mengenai isu poligami dengan memuat naik status berbunyi :
  Orang bercerai ada yang bising, orang tambah isteri pun   ada juga yang bising. Inilah hakikat, yang patut ada 1 tu tuhan je.   Hehehe.
  Status Aqasha itu bagaimanapun mendapat perhatian seorang peminat dan   menerusi respon berbalas yang diberikan oleh individu terbabit, Aqasha   telah menegur dengan menyatakan bahawa, jangan bercakap mengenai isu   rumahtangga jika anda belum berkahwin.  
Dalam pada itu, Aqasha turut menegaskan bahawa tidak salah untuk   berkahwin di Siam dan melihat perkara tersebut sebagai satu isu yang   positif.  
  Bagaimanapun isu poligami ini hanya boleh dijawab oleh mereka yang   arif sahaja dan sebagai orang luar, lebih elok sekiranya isu seperti itu   tidak diulas dengan lebih lanjut kerana dikhuatiri akan mengguris hati   pihak tertentu.
Untuk makluman, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli telah   bernikah dengan wanita pilihannya, Noor Baizura pada tanggal 10 Oktober   2010 dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.  - OhBulan
  JAKIM sahkan suami tak perlu minta izin Isteri Untuk Berpoligami
Sebelum ini Berita Harian melaporakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa undang-undang   syariah di Malaysia memberi hak kepada suami berpoligami tanpa perlu   meminta kebenaran isteri.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman   Mustapha, berkata sebaliknya keputusan sama ada lelaki berkenaan   dibenarkan berpoligami atau tidak bergantung kepada budi bicara Mahkamah   Syariah.          
  Bagaimanapun, beliau berkata kebiasaannya Mahkamah Syariah akan   memanggil isteri pertama untuk memaklumkan bahawa  suami bakal   berkahwin satu lagi.            
"Mengikut sistem perundangan Islam   suami memang tidak   perlu meminta kebenaran isteri untuk berkahwin lebih daripada satu atau   berpoligami.
Perlu buat permohonan
"Bagaimanapun, mana-mana lelaki yang   mahu berpoligami perlu membuat permohonan ke Mahkamah Syariah bagi   menentukan sama ada layak atau tidak berkahwin lebih dari satu," katanya   ketika di temui BH di sini.
Othman diminta mengulas laporan   media mengenai lelaki Islam di Pulau Pinang tidak memerlukan kebenaran   isteri pertama untuk berpoligami.          
Dalam laporan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau   Pinang (JAIPP), Datuk Sazali Hussien, berkata enakmen syariah negeri   tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mendapatkan kebenaran   isteri pertama.
Sebelum ini, BH melaporkan Presiden Persatuan   Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar,   dipetik sebagai berkata suami yang mahu berkahwin lebih daripada satu   tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kerana ia tidak terkandung   dalam enakmen syariah di semua negeri.
Ambil masa 21 hari 
Sebaliknya, mengikut Seksyen 23   Enakmen Keluarga Islam yang hampir seragam di semua negeri, suami   diberikan hak berpoligami dan hanya perlu mengemukakan permohonan kepada   Mahkamah Syariah.
Zainul Rijal berkata permohonan mengambil   masa  hampir 21 hari dan akan dinilai oleh Mahkamah Syariah sebelum   mendapat kebenaran.
"Empat elemen utama dinilai mahkamah, iaitu   keperluan perkahwinan, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak   mendatangkan kemudaratan pada isteri.
            -     Pernikahan itu mengikut rukun nikah
    -     Pernikahan itu melebihi dua marhalah
    -     Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
    -     Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah   negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia   ditauliahkan sebagai wali hakim.