Bangkit  - DJ Fuzz ft. Altimet & Salam
          Bangkit  bila ditolak jatuh bangunlah semula
    Bangkit  bila diluka nanti pulihlah semula
    Bangkit  biar bersusah dulu nanti senang semua
    Sakit  pada luka kan pulih semula
        Dengan  nama yang Maha Esa
        Sekarang  kita sedia pasang deria kita lebih peka
              Tak  kenal uzur hingga jasad kita terkubur
    Kalau  kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur
      Ini  malam kita pakai tanjak songsang
    Askar  jati gerak senyap yang lain berkompang
    Berani  segorombolan tak takut bila seorang
    Kuatkan  benteng jangan ada yang berlobang
      Bangkit  bila ditolak jatuh bangunlah semula
    Bangkit  bila diluka nanti pulihlah semula
    Bangkit  biar bersusah dulu nanti senang semua
    Sakit  pada luka kan pulih semula
      Bangkit  bila ditolak jatuh bangunlah semula
    Bangkit  bila dijajah boleh tawanlah semula
    Bangkit  ingat ketua dulu supaya jalan lurus
    Kalau  tidak ditepi bendung ku tak berakar
            Yang  melindungi hak dirinya
        Sememangnya  pendekar yang gagah perkasa
        Mana  semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
      Keberanian  Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
    Mari  memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman
      Keris  dulu dalam tangan sekarang dalam otak
    Paling  tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
    Catur  congak cukup sebelum langakah diorak
    Tanpa  rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak
      Rapat-rapatkan  saf dan buka kuda-kuda
    Bila  bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
    Yang  akan datang menaruh pada yang semasa
        Bangkit  bila ditolak jatuh bangunlah semula
    Bangkit  bila diluka nanti pulihlah semula
    Bangkit  biar bersusah dulu nanti senang semua
    Sakit  pada luka kan pulih semula
      Bangkit  bila ditolak jatuh bangunlah semula
    Bangkit  bila dijajah boleh tawanlah semula
    Bangkit  ingat ketua dulu supaya jalan lurus
    Kalau  tidak ditepi bendung ku tak berakar
      Jadi  bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
    Tak  sujud pada sesiapa di bawah langit
    Tak  mengalah walaupun betapa sakit
    Sebelum  layar bahtera mari kita
      Berakit-rakit  ke hulu berenang-renang ke tepian
    Bersakit-sakit  dahulu bersenang senang kemudian
        Bangkit  bila ditolak jatuh bangunlah semula
    Bangkit  bila diluka nanti pulihlah semula
    Bangkit  biar bersusah dulu nanti senang semua
    Sakit  pada luka kan pulih semula
      Bangkit..  bangunlah semula
    Bangkit..  tawanlah semula
              nota kaki : semangat dengar lagu ni... :)