Remy Ishak - Google Blog Search     |   
|    Isu Lahad Datu : <b>Remy Ishak</b> Mohon Doakan Keselamatan Adiknya <b>...</b> Posted: 04 Mar 2013 07:16 PM PST 
 Semua sedia maklum pada ketika ini penduduk Sabah sedang berada dalam keadaan berjaga-jaga terutamanya sekali bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Lahad Datu. Terbaru menerusi laporan Kosmo! Online, pencerobohan di Lahad Datu kini telah masuk ke lima buah kampung dengan didahului oleh Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, seterusnya diikuti pula Kampung Seri Jaya, Siminul dekat Semporna dan Kunak. Menerusi laman Twitter milik pelakon terkenal Remy Ishak, aktor ini turut memaklumkan bahawa adiknya, Mohammad Fairul Azmi Ishak yang sedang berkhidmat di kem RAMD Seremban, kini telah dihantar ke Lahad Datu bagi mempertahankan keselamatan negara di sana. 
 Dalam pada itu, isu pencerobohan di Lahad datu ini turut mendapat perhatian segelintir artis tempatan, di mana ramai yang mendoakan agar Sabah kembali aman seperti sediakala dan tidak ketinggalan juga ada yang mengucapkan takziah atas kepergian perwira-perwira negara yang tumpas di medan perang. 
  |   
| You are subscribed to email updates from Remy Ishak - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  







    

Bunkface mencipta sejarah melalui album terbaru mereka berjudul "Bunk Not Dead" di mana mereka telah berbelanjakan sejumlah modal yang besar, iaitu RM200 000 demi menjayakan konsep album, Augmented Reality (AR). Kos ini meliputi tenaga kerja produksi, karya seni, dan aplikasi Blippar yang akan digunakan untuk melihat teknologi AR yang disediakan. Ini sekaligus meletakkan Bunkface pada tahap tersendiri kerana ini julung kalinya sebuah album tempatan mengimplementasikan teknologi AR.