Alyah - Google Blog Search   |  
|   Surprise Remy Ishak bantu kemenangan <b>Alyah</b> | ituini Posted: 31 Jan 2012 03:25 AM PST Umum mengetahui penyanyi bagi lagu Kisah Hati, Alyah berjaya membawa  pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 selepas memenangi  kategori Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) malam  Ahad lalu. Di sebalik tuah yang dibawa dalam lagu itu,  ramai yang berpendapat  kemunculan 'surprise' Remy Ishak dalam persembahan mantap Alyah itu juga  telah menyumbang kepada kemenangannya. Tapi, tahukah anda sebenarnya, kemunculan Remy di saat-saat akhir  nyanyian Alyah adalah satu rancangan 'sulit' yang tidak diketahui  sesiapa termasuk krew TV3 sendiri! Memetik tulisan Remy di dalam blognya, http://dakamat.blogspot.com,  tiada  mana-mana pihak yang mengetahui dia akan muncul dalam persembahan  Alyah walaupun pihak Media Prima sendiri.  "Sebenarnya tak ada siapa pun tahu yang aku akan muncul  sebagai 'cameo' dalam persembahan Alyah pada AJL 26 yang baru  berlangsung semalam.  "Orang-orang di Media Prima, 'crew' teknikal TV3 yang  menjayakan AJL 26 malam tu pun tak tahu yang aku akan muncul dalam  persembahan tu,  cuma yang tahu pasal kewujudan aku adalah Alyah  sendiri, tenaga kerja dan kawan-kawan dia je.  "Ini semua gara-gara Alyah sendiri, dia sendiri yang minta  kami semua merahsiakan perkara ni.., nak buat 'surprise' katanya, nak  aku keluar masa minit terakhir..," tulis Remy. Menyifatkan rancangan 'rahsia' Alyah itu berjaya, Remy sempat  mengucapkan penghargaan kepada penyanyi itu di atas kesudian menjemput  dirinya bagi menjayakan persembahan dalam AJL26. Sebelum ini, Alyah menjadi 'bahan' kritik oleh peminat-peminat Remy  apabila 'berani' bergandingan dan melakukan aksi 'mesra' dengan aktor  kacak itu dalam klip video Kisah Hati.  Mungkin ingin menarik perhatian peminat-peminat dan para juri, Alyah  sekali lagi menggunakan cara yang sama untuk meraih kemenangan itu,  siapa tahukan?[sumber]     |  
| You are subscribed to email updates from Alyah - Google Blog Search  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan