Fasha Sandha - Google Blog Search   |  
|   GAMBAR <b>FASHA SANDHA</b> BERTUNANG TERSEBAR? Posted: 15 Jan 2012 02:31 AM PST  Baru-baru ini, kecoh kononnya pelakon popular, Fasha Sandha telah  bernikah secara senyap di Thailand. Walau bagaimanapun, Fasha telah  tampil menafikan perkara tersebut. Belum pun reda kontroversi kononnya  Fasha akan melangsungkan perkahwinan dengan Jejai di Jakarta, Indonesia,  Mac ini, industri hiburan tempatan digemparkan pula dengan berita  kononnya pelakon drama Cinta Elysa ini telah bertunang.     Gambar yang dipaparkan menunjukkan Fasha sedang disarungkan cincin oleh  seorang wanita. Mesti ramai yang ingin tahu sama ada benarkah calon  Pelakon TV Wanita Popular di ABPBH ini telah bertunang secara rahsia  dengan pasangannya itu. GUA berpeluang bertemu dengan pelakon cantik ini  semalam dan ini jawapannya.    "Ini merupakan salah satu babak yang terdapat dalam filem terbaru Fasha,  'Penanggal'. Fasha memegang watak sebagai Sharifah Zahrah, seorang  gadis yang periang dan sedang menunggu hari perkahwinannya. Namun,  konflik bermula apabila Sharifah Zahrah telah kehilangan tunangnya, Syed  Yusoff lakonan Azri Iskandar," ujar Fasha ketika ditemui di lokasi  penggambaran 'Penanggal', di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, malam  tadi.  Diusik dengan soalan adakah Fasha akan bertunang dulu sebelum  melangsungkan perkahwinan, Fasha memberitahu, " Tak kot sebab bila  tunang lagi banyak dugaan." Menyentuh mengenai impian perkahwinannya  pula, Fasha memberitahu, "Fasha inginkan perkahwinan yang sederhana tapi  diingati. Sebenarnya Fasha tak nak cakap sangat pasal perkahwinan sebab  bosanlah.    "Bila tiba masanya nanti, Fasha akan cakap. Fasha tahu semua orang  sedang menunggu, tapi Fasha masih belum bersedia lagi. Fasha harap  mereka bersabar kerana Fasha memang tak akan buka mulut buat masa ini.  Yang pasti Fasha tak akan buat sidang akhbar namun akan cerita juga pada  semua peminat."    Full content generated by Get Full RSS. |  
| You are subscribed to email updates from Fasha Sandha - Google Blog Search  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan