kumpulan Estranged - Google Blog Search   |  
|   Tausug Bayan: MANIA Mencetuskan Revolusi Super Star! Posted: 11 Mar 2012 06:15 PM PDT Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi projek hebat berjudul Mania yang bakal menggegarkan industri muzik tanah air. Program yang akan menyaksikan pertembungan sengit penyanyi-penyanyi hebat berbakat besar yang akan bekerjasama dengan penerbit muzik tersohor di rantau ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104. Berkonsepkan pertandingan nyanyian, program Mania ini akan dikemudikan oleh Aznil Haji Nawawi yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran. Program Mania bakal  menyaksikan dua belas (12) penyanyi terkenal iaitu Stacy AF6, Jaclyn  Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah,  Kumpulan Estranged, Adira AF8, Kumpulan Kristal dan Awi Rafael yang akan  berentap untuk membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing  sekaligus dinobatkan sebagai juara di kalangan yang terbaik. Uniknya program ini, sebanyak tiga (3) orang penyanyi lagi akan diserap masuk menyertai pertandingan ini yang akan dipilih menerusi undian Hot Seat secara online, menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 15 orang. Penyanyi-penyanyi yang terpilih ini juga akan diletakkan di bawah bimbingan penerbit muzik terlibat yang akan ditetapkan sendiri oleh pihak Astro. Tempoh  talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 20  Februari 2012 sehingga 16 Mac 2012, jam 12.00 tengah hari. Untuk  mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program  Mania di www.mania.com.my. Para peminat kini boleh menilai dan mengundi  calon-calon peserta yang digemari untuk diserap masuk ke program Mania. Program Mania akan  menggunakan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem  pesanan ringkas (SMS) yang mana peserta dengan undian terendah setelah  talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan  tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke  semasa di saluran Astro Ria. # Tak sabar nak tgok  |  
| You are subscribed to email updates from kumpulan Estranged - Google Blog Search  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan