Faezah Elai - Google Blog Search     |   
|    NYAWAKU: <b>FAEZAH ELAI</b> DALAM 'MEMBERKU HAWA' Posted: 01 May 2012 11:30 PM PDT   KOTEX® salah satu daripada jenama produk feminin paling terkemuka di  dunia kini berusaha menghubungi golongan wanita muda sekali lagi  melalui satu siri drama menarik lagi menyentuh perasaan berjudul  'Memberku Hawa' yang akan ke udara melalui saluran TV3 setiap Ahad dari  jam 10.30pm hingga 11.00pm.           Membariskan barisan pelakon terkenal, Faezah Elai dan Nad Zainal akan  melakonkan peranan watak utama Kay dan Hawa dalam siri drama KOTEX®.  Drama mingguan yang dinanti-nantikan ini diarahkan oleh Bernard Chauly  yang sememangnya terkenal dan berbakat dan diterbitkan oleh Lina Tan  daripada Red Communications Sdn Bhd.       Berlandaskan pencapaian lampau dalam menghasilkan produk baru dan  menerapkan pelbagai platform yang membolehkan kaum wanita mengenali  diri mereka sendiri dengan lebih intim, KOTEX® kini bertujuan  menghubungi lebih ramai kaum wanita melalui 'Memberku Hawa'. Selepas  baru melancarkan satu produk revolusioner, tuala wanita KOTEX®  ProActive Guards yang membantu menyelesaikan masalah kebocoran, KOTEX®  kini meneruskan usahanya untuk memperkasa kaum wanita setiap hari.         "Kami sentiasa ingin menggalakkan kaum wanita untuk mengekalkan  identiti sendiri dan mengenali diri sebenar mereka. Perjalanan Kay dan  Hawa pastinya satu perjalanan yang bukan sahaja dihayati semua malah  turut memberi inspirasi kepada jutaan penonton," tambah Edlyn.           "Memberku Hawa mengisahkan HAWA (Faezah Elai), seorang yang  mempunyai sifat feminin yang kental. Dia berjuang untuk mendapat  peluang bekerja sebagai seorang jurutera rangkaian di dalam dunia IT  yang didominasi oleh pekerja-pekerja lelaki. KAY (Nad Zainal) adalah  seorang wanita yang berjiwa riang. Dia secara tidak sengaja tersandung  ke dalam dunia peragaan fesyen selepas mendapat kerja sebagai seorang  pengurus model.         Sebagai kawan baik, mereka cuba mengimbangi cabaran hidup seseorang  wanita yang baru bekerja, disamping menikmati bersama pengalaman hidup  rakan akrab yang tinggal bersama. Sertailah kedua-dua wanita ini  menempuh aliran hidup dalam Memberku Hawa dan hayati perjalanan mereka  kearah meningkatkan keyakinan diri dan menyahkan sikap suka berkompromi  yang akan membawa penuh makna kepada keperibadian mereka sendiri.         nota bijik: ahad lepas terlepas lak tgk cite ni..kan dah kritikal..penyakit lupa mmg xleh elak dah huhuhu            |   
| You are subscribed to email updates from Faezah Elai - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan