Kongsi di FB 	
Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini oleh semua peminat AF9, Gelaran pemenang AF musim 9 telahpun berjaya diperolehi oleh Hazama. Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 dan juga piala sumbangan Astro. Hazama juga menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai 3,299 serta wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root.. wah banyak betul. Dan dengan kemenangan Hazama itu maka selepas ini pentas akademi fantasia akan ditutup buat selamanya dan tidak akan ada lagi AF selepas ini(kalau betul la , astro yang cakap kami tak taw). Naib juara pula jatuh kepada Lena dikuti oleh Fina manakala tempat keempat pula disandang oleh Azri. lagu yang dibawa oleh Hazama agak menarik dengan tajuk yang bersesuaian sekali dengan dirinya, Lirik lagu cinta teragung menjadi hadiah buat dirinya yang memegang takhta juara. Tahniah diucapkan kepada Hazama kerana berjaya menempatkan diri di dalam pentas hiburan malaysia. jangan la pula sombong yea selepas ni. jangan jadi macam tut..tutt. Selamat maju jaya kepada Hazama. Jom baca Lirik lagu Cinta Teragung nanyian Hazama AF9. Yang belum pernah dengar, sila kesini ya. Cinta teragung by Hazama AF9.
 Lirik Lagu Cinta Teragung – Hazama AF9
 Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu
 Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
 Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu
 Ulang Chorus
 Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku
 P/S : Moga yang terakhir ni yang paling okey yek 
 Incoming search terms:

Post Lain Yang Patut Dibaca
 			Read Also 	  	 	
Tiada ulasan:
Catat Ulasan