Nashrin - Google Blog Search     |   
|    WARNA KEHIDUPAN: Kenapa Kamu,Bukan Dia (1) Posted: 08 Dec 2012 06:57 AM PST   Sejak pulang dari kerja sehinggalah  Maghrib, masa Irdina banyak dihabiskan di depan laptop. Tak cukup dengan itu  sibuk pula melayan Whatsapp melalui Galaxy Tab.Kiri kanan teknologi komunikasi  menghimpit. Inilah dia wanita moden. Mana mak aku tak membebel. Aku pula jenis keras  kepala buat tidak peduli tetapi tidak melawan kata. Hanya mendiamkan diri. Bila  kata-kata lebih pedih, baik bisukan saja mulut.     Tapi hari ni hati Irdina tergerak  untuk menjengah ke dapur. Ingin mencemar duli ! Ruangan yang jarang-jarang  sekali Irdina hampiri hingga membuatkan ibunya hilang daya mengomel. Memasak  itu kebolehan yang perlu dimiliki setiap wanita kerana setinggi mana pun  pangkat dan pendidikan, ke ceruk dapur ini juga hinggapnya. Irdina tidak  menafikan akan kebenaran kata-kata ibunya. Belum sampai seru, itulah alasannya.     "Masak apa tu mak?"  Irdina menjenguk ke dalam kuali. Ikan bilis digoreng dengan hirisan bawang  besar dan cili kering. Bau harum tumisan menusuk hidung.     "Masak lauk simple je. "  mak menjawab. Irdina mencapai sudip yang tersandar di dalam kuali. Mengambil  alih tugas ibunya yang sedang memotong sayur.     "Ucu tak balik ke? Kereta tak  ada pun?" Ucu, panggilan manja bagi adik bongsunya Syafiq. Sejak memiliki  kereta sendiri ada saja agenda. Tak pernah lekat di rumah. Ibarat hotel tempat  persinggahan je rumah ni.     "Ucu ada discussion. Tidur  rumah kawan katanya sebab esok nak kena hantar assignment. Agak-agak dah garing  ikan bilis tu bolehlah angkat." Mak menjeling kuali di sebelah. Risaulah  tu takut rentung pulak ikan bilis dikerjakan anak daranya yang sorang ni. Tak  pasal-pasal nanti makan malam berlaukkan bilis rentung resepi istimewa Irdina  Aisya.     "Esok mak usu nak  datang," Irdina mengangguk. Mak Usu ada memaklumkan padanya semalam. Ingin  menumpang di rumahnya untuk satu malam sebelum bertolak ke Seremban pada esok  harinya untuk berkursus.     "Esok Makcik Hanum pun nak  datang. Bawa anak saudaranya sekali," perlahan suara mak ibarat halilintar  pada pendengarannya.Nyaris tertumpah ikan bilis yang sedang dialih ke pinggan.  Nasib ada brek ABS! What? Kenapalah suka kacau ketenangan hidup aku. Aku ingat  dah tutup kes bila mamat tu senyap. Aku pun tak ambil pusing akan hal ni. Baru  cadang nak makan banyak. Makcik Hanum ni memang cantas selera makan aku.       Nampaknya Irdina hanya mampu  meneguk air liur. Maaflah 'saka makan' aku off duty malam ni. Arghh!!       Irdina memanjat anak tangga dengan  langkah tergesa-gesa. Sebaik sahaja tiba di kamarnya, dia menghempaskan  tubuhnya ke atas katil sederhana besar itu. Pandangannya ditalakan ke siling.  Jiwanya masih bercelaru dengan pernyataan mak sewaktu di dapur tadi. Mujur  ibunya tidak mendesak. Mungkin mak tahu aku tak berapa setuju dengan kunjungan  'tak-berapa-nak-hormat' kawan dia tu. Bukan maksud Irdina untuk merendahkan  niat Makcik Hanum cuma dia kurang selesa dengan tindakan drastik sebegini.Ini  melibatkan masa depan hidupnya dan dia tidak mahu diatur oleh orang yang tiada  kena mengena.       Irdina mencapai Galaxy Tab  bersarung merah menyala yang terletak di sudut katil. Sesak sungguh memikirkan  berita tadi. Irdina membuka aplikasi Whatsapp dan menyertai 'group : Ini Barang  Baek;. Nama yang diberi oleh sahabatnya bagi kumpulan rakan sekerja. Ahli-ahli  dalam 'group' hanya yang dijemput oleh moderator.       Irdina :  Guys, aku ada berita nak share.           Esha: A'ah, news apa yang nak  dikongsi tu? Macam gempak je? :P     Irdina: My mum's friend is bringing  someone tomorrow.         Ezza  is joining the group         Esha: Esok ada orang nak jumpa  bakal la (:P)     Irdina: Banyaklah bakal. Sakit otak  aku dibuatnya.     Azleen: Chill beb. Mana tahu ini  orangnya.Jodoh      Ezza: Setuju dengan pendapat Azleen.  Bagilah peluang kat diri sendiri. Kau pun single        Irdina: Mana ada. Not in a  relationship.Entahlah. Aku seriklah. Asyik terkena je. Korang        Esha: Jangan putus asa. Yang  penting kita usaha, kemudian tawakal.Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak ada,  maknanya Allah dah aturkan yang lebih baik.        Irdina merenung skrin Galaxy Tab  sambil menongkat dagu. Dalam diam, dia mengiyakan kata-kata Esha. Betul juga,  apa yang nak disusahkan. Yang aku serabut fikir kenapa? Orang tu cuma datang  nak melawat saja. Bukan suruh kahwin. Haih, Irdina. You are thinking too much  and expecting too high. Irdina memarahi dirinya sendiri.         Ezza: Aku setuju dengan Esha.       Azleen: Kalau ada button 'Like'  memang aku dah like ni.       Esha: Mari kita doakan yang terbaik  untuk kawan kita ni.     Irdina: Terima kasih semua sebab  bagi nasihat dan pandangan. Taklah aku rasa keseorangan nak tanggung semua ni.  Iyalah, mana pernah ada orang datang nak tengok aku. Sebijik macam novel kot.  Dah ala-ala merisik je aku rasa.Haha!       'Persidangan' singkat itu diakhiri  dengan perjanjian bahawa Irdina dikehendaki melaporkan apa yang terjadi nanti  kepada ahli. Amboi, aku ingat buat kerja saja kena melapor dengan bos, pasal  kena risik pun kena 'report' dengan budak-budak ni? Nasiblah dapat kawan baik  macam ni        Well, siapalah gerangan lelaki             |   
| You are subscribed to email updates from Nashrin - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan