Gambit Saifullah - Google Blog Search     |   
|    <b>Gambit Saifullah</b> Makin Dibenci Kerana Fear Factor Malaysia | ANa <b>...</b> Posted: 24 Feb 2013 04:12 AM PST   Pasti ramai yang menarik nafas lega apabila Gambit diumumkan   tersingkir daripada Fear Factor Malaysia semalam. Daripada apa yang AA baca, ramai betul  membenci perwatakan yang ditunjukkan oleh   Gambit di dalam rancangan tersebut. Jahat sangat katanya!!!   
  Bercakap kepada   Kosmo            hari ini, Gambit menyatakan teknik suntingan yang digunakan   menyebabkan dirinya nampak jahat dan menjadi watak antagonis di dalam   Fear Factor Malaysia. Kata Gambit:- Mungkin juga khalayak terbawa-bawa dengan cerita lama saya yang mengatakan saya poyo dan sombong. Ini lebih menokok tambah rasa benci penonton. Bagus juga untuk permainan Fear Factor. Cara suntingan itu menampakkan saya jahat. Tetapi penonton kena bijak mentafsir. ![]() Bagi AA, memang setiap rancangan realiti kena ada watak jahat. Kalau dulu di rancangan Masterchef Selebriti, Azwan Ali menjadi penyeri dengan celotehnya yang over. Kalau tak ada orang macam Gambit dan Azwan Ali, pasti bosan rancangan tersebut. Apa pula kata anda? Tweet  |   
|    EKSKLUSIF: <b>Gambit Saifullah</b> Sekampung Dengan Khairul Fahmi <b>...</b> Posted: 20 Aug 2012 10:17 AM PDT     KUALA LUMPUR: Pengarah,   pelakon dan produser muda tempatan, Gambit Saifullah akan tampil dengan   hasil kerja terbaru melalui syarikat produksinya Eightball Productions   Sdn Bhd iaitu program Nusantara Raya yang bakal ditayangkan di Astro,   Aidilfitri nanti. Ramai yang ingin mengetahui perkembangan   terbaru artis berbakat besar ini namun dia kadangkala seperti tidak   kisah tentang publisiti dan lebih mementingkan kerja yang ingin   dihasilkannya. Bercakap mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Gambit   akan pulang ke Kelantan Syawal ini.     "InsyaAllah tahun ini saya akan pulang beraya ke kampung sebelah ibu saya iaitu di Kelantan. Kesempatan ini mungkin saya akan ambil untuk beraya bersama bintang bagi program Nusantara Raya iaitu Khairul Fahmi Che Mat kerana kami sekampung. "Setelah sama-sama berada dalam dunia glamor barulah kami tahu yang kami sekampung," ujarnya yang ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri Astro di Damansara baru-baru ini.   Bagi mereka yang tertanya-tanya mana   perginya Gambit, dia menjelaskan bahawa dia sering melancong dan berada   diluar negara samada atas urusan kerja mahupun bercuti. "Mungkin ramai juga tahu saya memang   sering terbang kesana-kemari atas urusan kerja. Tetapi ada juga yang   saya selitkan dengan bercuti. Saya meminati rancangan travelogue dan   jika berkesempatan saya akan melawat lokasi yang saya rasakan ada   potensi untuk adakan penggambaran atau sebarang projek ditempat itu.   "Saya masih berlakon cuma ramai yang mendengar saya banyak mengarah dan mengacara. Untuk Nusantara Raya ini saya akan memberikan penonton gambaran jelas kehidupan dan aktivit seharian Safee Sali yang menyarungkan jersey Pelita Jaya FC di Indonesia. "Setiap aktiviti yang dilakukannya saya akan turut serta termasuklah ketika berlatih, masa lapangnya dan pelbagai lagi, jadi jangan lupa untuk menonton Nusantara Raya pada Aidilfitri ini,"jelas Gambit mengenai aktiviti seninya sekarang.  |   
| You are subscribed to email updates from Gambit Saifullah - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan