Shaheizy Sam - Google Blog Search     |   
|    <b>Shaheizy Sam</b> Bukan Kekasih Saya – Syatilla Melvin | Posted: 18 Mar 2013 03:09 AM PDT Kalau sebelum ini Shaheizy Sam sendiri menyatakan yang Syatilla Melvin sekadar kawan rapatnya, semalam menerusi Pancaindera, Syatilla menerangkan yang Shaheizy Sam bukan kekasihnya. Yang menariknya, Syatilla turut berkongsi kisah cintanya yang bermula sejak usia 16 tahun. 
 
 
 
 Ala masa umur 16 tahun pedih apanya putus cinta. Sekadar cinta monyet je kot. Syatilla pun masih muda lagi. Baru 21 tahun. Tak perlu terburu-buru mencari erti sebenar kasih sayang. Yang penting, jangan rampas suami orang dan jangan rosakkan rumah tangga orang lain. Biarlah cinta itu dibina atas dasar ketulusan dan kesucian. Amboi ~~ Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |   
|    Fazura Kekasih <b>Shaheizy Sam</b> ? - UtaraNews - The News Portal Posted: 02 Mar 2013 12:15 PM PST   STATUS tiada kekasih atau teman wanita istimewa yang  diketahui umum menjadikan anak bujang Khaty Fauziah, Shaheizy Sam, 30, antara  aktor yang terjebak spekulasi cinta di lokasi.       Dia pernah disensasikan bercinta dengan Lisa Surihani ketika  sama-sama terlibat dalam filem Sekali Lagi. Kemudian dengan pelakon Wawa Zainal  yang sedang meningkat naik.       Sekitar hujung tahun lalu, Sam turut menjadi tumpuan apabila  pelakon baharu bernama Syatila Melvin tiba-tiba membuat kenyataan sedang  mengenali dan berkawan baik dengan pelakon Adnan Sempit itu.       Tamat fasa pertama tahun ini, Aktor Terbaik Anugerah Skrin menerusi  filem Songlap itu sekali lagi berdepan cerita panas. Kali ini, bukan lagi  dengan nama-nama baharu atau pelakon yang boleh dianggap sebagai menumpang  populariti namanya.       Minggu lalu, Sensasi Bintang menerima satu panggilan telefon  menceritakan perihal kisah cinta pelakon yang pernah menjulang anugerah Bintang  Paling Popular itu. Sam dikhabarkan kelihatan intim dan beraksi mesra bersama  seorang bintang jelita berprofil tinggi, Nur Fazura Sharifuddin. Mereka  kelihatan berdua-duaan sedang menikmati sajian makanan Thailand di sebuah  restoran di ibu kota.       Umum tahu Sam dan Fazura baru sahaja tamat penggambaran  drama bersiri yang menyaksikan mereka pertama kali disatukan dalam naskhah  berjudul Kisah Cinta. Persoalannya, adakah Kisah Cinta itu benar-benar mengheret  Sam ke alam percintaan bersama Fazura, si cantik yang juga masih solo namun  terkenal sebagai pelakon yang menyimpan kemas privasi kehidupan peribadinya.       Jadi benarlah dakwaan yang mengatakan anda dan Fazura ada  hubungan istimewa serta sering kelihatan keluar bersama?       Dakwaan mengatakan kami ada hubungan istimewa memang tak  betul, tapi memang saya dan Fazura berkawan rapat. Kami akan makan bersama  sebaik sahaja habis penggambaran. Kami gembira menikmati makanan dan berbual  untuk mendapatkan keserasian.           Sejak selama 50 hari kami berada di lokasi penggambaran yang  sama. Kami berlakon drama Kisah Cinta. Dalam drama itu asalnya saya yang pegang  watak Johan dan Fazura (Zalea) tidak kenal antara satu sama lain. Tapi kami  mula rapat setelah kedua-dua orang tua kami terlibat dalam kemalangan. Sekarang  penggambaran telah pun tamat, mungkin ada yang melihat kami ketika penggambaran  masih berlangsung.       Sebenarnya sejauh mana hubungan anda dengan Fazura?       Rapat sebagai teman artis. Saya selesa berborak dengan  Fazura. Saya kan malu-malu orangnya, jadi kami kena dapatkan keselesaan dengan  cara begitu, kena selalu berbual. Bagi saya Fazura gandingan pelakon yang  hebat. Setakat itu sahaja.           Betul, itu Fazuralah dan siapalah saya nak memikat hatinya.  Tolonglah jangan buat cerita ini jadi panas. Kalau nak tahu lebih, kenalah  tunggu Kisah Cinta yang tayang tidak lama lagi.       Selain Fazura, dengarnya anda mahu kembali menyanyi dan  aktifkan semula MOB yang sudah 10 tahun menyepi?       Saya bukan menyanyi tapi rapping. Dulu saya memang bersama  kumpulan R&B dinamakan MOB. Kami ada merakam sebuah album mini pada tahun  2002, malangnya album itu terperap begitu saja. Sekarang, saya fikir lebih baik  lagu-lagu dalam album itu dilancarkan semula.       Dulu kerana minat dan sekarang setelah berjaya dalam lakonan  kenapa ingin kembali ke bidang muzik, adakah bosan dengan lakonan?       Bukan begitu, saya cuma rasa sayang kalau ada karya tapi  terperap begitu. Ini kira-kira projek suka-suka, tak harapkan apa-apa. Saya  juga nak peminat saya tahu siapa saya sebelum ini, itu sahaja.              |   
| You are subscribed to email updates from Shaheizy Sam - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  
Gosip percintaan antara Syatilla dan Sam timbul selepas Sam hadir di majlis perkahwinan kakak Syatilla, Syafiqa yang juga juara rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, Julai tahun lepas. Namun Syatilla menafikan mereka berdua mempunyai sebarang hubungan:-
Menurut Syatilla, dia kini sudah 2 tahun hidup solo tanpa kekasih. Kali pertama bercinta Syatilla masih di bangku sekolah. Namun bagi Syatilla, cinta yang berakhir dengan perpisahan sangat memedihkan walaupun baru berusia 16 tahun. Kata Syatilla:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan