Pelakon   yang penuh kontroversi, Gambit Saifullah sejak kebelakangan ni agak   menyepi selepas penampilannya di dalam rancangan realtiti TV Fear Factor   mendapat banyak kritikan kerana bermulut celupar.Gambit   yang sebelum ini pernah membintangi filem Cinta Kura-Kura juga dilihat   semakin jarang berlakon dalam mana-mana drama mahupun layar perak.
Namun   lewat malam tadi, OHBULAN! ada menerima 5 keping gambar menunjukkan   Gambit Saifullah yang dipercayai terlibat dalam sebuah kemalangan kecil.

Keadaan kereta yang terbabas
Dalam   kejadian itu, terdapat sebuah kereta berwarna putih terbabas hingga   memasuki kawasan kaki lima jalan. Namun setakat ini masih belum dapat   dipastikan sama ada Gambit adalah pemandu kereta itu.

Kemalangan berlaku di hadapan kondominium Casa Tropicana
OHBULAN!   telah cuba menghubungi Gambit bagi mendapatkan penjelasan namun tiada   respon. Bagaimanapun melalui gambar dibawah, Gambit kelihatan baik dan   dipercayai tidak mengalami kecederaan.

Betul ke Gambit terlibat dalam kemalangan jalan raya atau itu cuma sekadar gimik krew produksi untuk tujuan penggambaran?
Kalau   betullah kemalangan ini cuma gimik, OHBULAN! pasti ramai peminat tak   sabar nak menantikan kemunculan semula Gambit yang lama menghilang ni.

Gambit dan beberapa orang lagi sewaktu kejadian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan