Kira-kira awal bulan lepas, Kilafairy ada berkongsi beberapa keping  foto 'teaser' di Instagram yang menunjukkan dirinya sedang menari tarian  ghairah dan kelihatan sangat seksi.
Sejak dari itu ada yang berpendapat anak kepada Rohana Jalil ini  sebenarnya sedang menjalani penggambaran untuk sebuah muzik video yang  memerlukannya untuk menari sebegitu.
Teka-teki akhirnya terjawab apabila pihak Warner Music Malaysia telah memuat naik sebuah muzik video berjudul Resolusi gandingan RJ feat Kilafairy.
  Sebaik sahaja menekan butang 'play' pada MV tersebut, penonton mula  ditayangkan dengan gaya seksi Kilafairy yang sedang asyik menari sambil  berlatar belakangkan cahaya malap.
Namun di hujung video, mereka ada menyelitkan sedikit drama yang  menunjukan Kilafairy seakan ingin mendampingi RJ tetapi hasratnya  ditolak dingin oleh jejaka itu.
Entah mengapa, tetapi OHBULAN! rasakan seolah-olah sedang menonton  Beyonce ataupun J.Lo yang sedang menari di dalam MV tersebut. Mungkin  kerana unsur seksi yang ditonjolkan oleh Kilafairy menepati anggapan  itu.
Untuk makluman, Resolusi merupakan kerjasama pertama antara RJ dan  Kilafairy. RJ mula dikenali selepas dia menggantikan tempat Malique  ketika membuat persembahan bersama Black di pentas Anugerah Juara Lagu  27 menerusi lagu Teman Pengganti.
Bagi yang belum berkesempatan melihat gaya tarian yang dikatakan, di  sini OHBULAN! sertakan MV Resolusi nyanyian Kilafairy dan RJ untuk  tontonan anda. Semoga terhibur!
       
Tiada ulasan:
Catat Ulasan