kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search |   
|    <b>Kumpulan</b> Tiga Tidak Tiru The <b>Fabulous Cats</b> ~ bilarentapbangkit Posted: 09 Oct 2013 09:30 AM PDT   KUALA LUMPUR – Kumpulan Tiga tidak   meniru ataupun menjadi klon mana-mana kumpulan muzik yang sedia ada   termasuk The Fabulous Cats biarpun membawa genre muzik hampir sama.     Ketua kumpulannya Arween atau nama   sebenar Mohd Qhairol Ighssan, 28, berkata, kumpulan tersebut lebih   menekan konsep vokal secara harmoni berbanding The Fabulous Cats.     "Kami bukan klon atau mempunyai   persamaan dengan kumpulan The Fabulous Cats iaitu terdapat seorang   wanita dan seorang penyanyi rap.     "Single pertama berjudul Pengakuan pula   dicipta oleh penyanyi Alyah yang pernah menyertai kumpulan ini suatu   ketika dahulu. Lagu ini dibuatnya semasa dia masih dalam kumpulan ini,"   katanya pada sidang media pelancaran single berkenaan.     Tiga turut dianggotai Alfie (Syed Alfrizal), Maya (Maya Haryanto) dan Zack Marican.   Alyah bersama kumpulan Tiga pada sidang media pelancaran single pertama kumpulan itu berjudul Pengakuan.   Tambah Arween, kumpulan berkenaan memperjuangkan genre muzik yang pelbagai termasuk 'world music', pop RNB dan pop rock.     Bercakap tentang lagu Pengakuan katanya, karya itu mampu menambat hati pendengar dan mesra radio.     "Kami dapat rasakan lagu ini bakal menjadi perhatian kerana berentak rancak dan sesuai dengan genre kumpulan kami," katanya.     Bagaimanapun, dia menolak langkah kumpulan itu melakukan kerjasama dengan Alyah adalah untuk menumpang popularitinya.     Sementara itu, Alyah berkata, Pengakuan diciptanya sekitar tahun 2005 yang mendapat pengaruh muzik kumpulan The Fabulous Cats.     "Saya buat lagu tersebut ketika saya   masih lagi ahli kumpulan ini dan saya akui sedikit sebanyak ada pengaruh   muzik The Fabulous Cats.     "Namun disebabkan ramai ahli kumpulan   ini yang boleh mengubah lagu, maka lagu saya disimpan sahaja dan tidak   sangka sekarang baru ada yang meminta untuk menyanyikannya," kata Alyah.   - mStar Online                |   
| You are subscribed to email updates from kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan