Alyah - Google Blog Search |   
|    Ibnu Hasyim: Penyanyi <b>Alyah</b> Memuji Perundangan Islam Aceh.. Posted: 04 Feb 2014 08:21 PM PST         PETALING JAYA: 'Istimewanya penduduk di wilayah  itu juga bersopan apabila kebanyakan   wanita Islam diwajibkan bertudung selain pemerintahnya mengamalkan   undang-undang Islam termasuk merotan pasangan khalwat depan khalayak.'  Demikian lapor mStar Online mengenai perjalanan sepanjang tiga hari berada di Aceh. Penyanyi Alyah dikatakan berasa insaf pertama kali menjejakkan kaki ke Aceh, Indonesia dalam percutiannya ke negara itu minggu lalu.       Perundangan sebat di Aceh, takde apa-apa. Undang-undang mendidik.       Ini undang-undang rimba di negara membangun .. Zalim, nak membunuh bukan mendidik.   Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, berkata, perasaan itu timbul selepas dia dibawa melawat ke Manggal Siron iaitu lokasi pengebumian 46,718 ribu mangsa yang terkorban dalam kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004. Alyah turut berpeluang melawat dua buah masjid yang terselamat daripada bencana Tsunami iaitu Masjid Baiturrahman serta Masjid Baiturrahim. Turut dikunjungi ialah Muzium Tsunami, Muzium Putroe Phang, serta Pulau Weh. "Ketika menunaikan solat di ruang solat kawasan perkuburan itu,   tiba-tiba saya terdengar bunyi kicauan burung yang menyebabkan hati saya   benar-benar sayu memikirkan macam mana mangsa Tsunami itu berusaha   untuk menyelamatkan diri sebelum mereka terbunuh," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Katanya, kesan bencana Tsunami yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda dapat dijadikan sebagai iktibar agar masyarakat lebih menghargai negara sendiri selain ia memperlihatkan kebesaran Allah. Katanya, kejadian bagaimana bot yang dibawa arus sehingga berada di atas bumbung rumah di Lampulo serta kapal jana kuasa yang beratnya 780 hanyut ke daratan adalah pengalaman luar biasa yang harus diteladani. "Saya kagum penduduk Aceh  mampu bangkit membangunkan semula negeri   mereka selepas kemusnahan. Malah, pengajaran yang kita dapat betapa   Allah itu penyayang kerana Dia memberikan pula kesenangan dengan   aktiviti pelancongan semakin bertambah selepas kejadian itu.  |   
| You are subscribed to email updates from Alyah - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan