Harini sesi meng'update' memory beberapa bulan yang telah  berlaku. Sebelum terlupa dibawa oleh masa, baiklah aku menulis untuk kenangan  pada masa depan. Seronok pula bila tengok kenangan yang dah terjadi. Bila belum  terjadi rasa macam mystery tapi bila dah jadi it become extraordinary memory. Kalini  aku update pasal horse riding lesson yang aku join 3-4 mingu lepas. See kan dah  lupa exact date. Hmm.
      Program ni bukan bawah mahallah yang aku duduk tapi dibawah  program mahallah sebelah, Mahallah Talhah   dan kami daftar pun 2 hari sebelum masa tengah on the way nak ke cafĂ© beli  lunch. Dulu-dulu pernah terfikir nak belajar menunggang kuda tapi disebabkan  harga mahal, kena tangguhkan dulu dahn fikirkan masa waktu kerja nanti. Tetapi,  Allah memang memahami keinginan dan niat kita, so He gives me this. Alhamdulillah  thank you Allah for this precious moments.
      Horse riding lesson ni just kena bayar rm 5 sahaja sebab  budget dah ditaja oleh Mahallah Talhah dan kami naik bas UIA ke Equestrian Club  dekat Tanjung Lumpur. Ambil masa dalam 20 ke 30 mins saja dari UIA termasuk  traffic light. Kami dipecahkan kepada 5 kumpulan oleh ketua instructor dan  setiap kumpulan akan dapat seorang instructor dan seekor kuda. Aku dapat kuda  putih lebih specific putih berbintik-bintik. Sebenarnya, dia ada nama untuk  setiap colour tetapi aku dah lupa. Haih.
      Yang aku ingat, nama dia Makita sebab nama ala-ala Jepun nak  ke Korea sikit. Disebabkan aku excited, semua benda aku nak buat first. Haha bajet  senior sangat la kan. Masa nak pegang kuda dan bawa kuda, aku volunteer nak  buat first. Masa first, takut gak tapi fikir kuda tu macam lembu dekat rumah  baru rasa ok. Instructor tu ada sebelah so buat apa nak takut.
      Dia ajar cara pegang kuda, cara nak approach kuda, cara nak  cuci kuda, cara bawa kuda, cuci kandang kuda termasuk tahi kuda, menunggang  kuda dan last sekali mandikan kuda. Semuanya berjalan dengan lancer saja dan  paling tak boleh lupa masa nak menunggang kuda. Disebabkan kuda aku baka tinggi  dan besar, memang akan rasa gayat. Sebelum aku lupa, Makita ni suka buli orang  dan sangat malas. Kerjanya asyik nak makan dan untuk pengetahuan pengetahuan,  kuda adalah antara binatang yang takkan tahu erti kenyang. So jangan pelik bila  kuda asyik makan.
      Waktu makan kuda pun kena betul timing. Kalau terlambat atau  tercepat dari masa, kuda ni akan merajuk dan performance kuda akan merosot. Sebab  tu bila dengan kuda, kita dapat latih diri berdisiplin. Disebabkan Makita ni  suka buli, dia sangat malas berjalan sampai kena ketuk badan dia banyak kali. Kalau  compare Makita dengan kuda-kuda lain dekat situ, yang lain laju saja lari bila  ada rotan, tapi Makita lari setapak ke dua tapak saja konon-konon takut dengan  rotan lepastu dia akan jalan dengan gemalai. 
      Lepas habis menunggang kami ramai-ramai memandikan kuda. Kuda  ni suka air, so dia suka sangat masa mandi. Lepas mandi, kami lunch and get  ready untuk balik ke UIA balik. Alhamdulillah. New lesson, new experience. Harap-harap  pada masa depan boleh belajar menunggang kuda dan dapat lessen. Amin.
    Sebelum terlupa, kuda ni banyak benefit tapi aku just nak  highlight satu saja. Kuda dapat improve kanak-kanak yang down syndrome atau ada  masalah communicate. Sebab tu, ada ja persatuan-persatuan yang menjaga  anak-anak down syndrome ni diorang akan ajar menunggang kuda based on bajet. Kalau  bajet tinggi dan mampu, semua boleh belajar. Masa kitaorang belajar haritu, ada  sorang kanak-kanak ni nama Puteri Emalisa(tak berapa ingat nama) mak ayah  hantar belajar menunggang kuda sebab dia ada masalah communicate dengan orang  lain.  
              Aku rasa aku patut stop writing. Lets focus study. Okay bye.   
      p/s- i miss u Makita   :'(
       
Tiada ulasan:
Catat Ulasan