kumpulan Sofaz - Google Blog Search |
BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Sofaz</b> - Google Blog Search Posted: 21 Apr 2014 01:15 AM PDT
| ||
Memoryland: Horse riding lesson Posted: 26 Apr 2014 11:21 PM PDT Harini sesi meng'update' memory beberapa bulan yang telah berlaku. Sebelum terlupa dibawa oleh masa, baiklah aku menulis untuk kenangan pada masa depan. Seronok pula bila tengok kenangan yang dah terjadi. Bila belum terjadi rasa macam mystery tapi bila dah jadi it become extraordinary memory. Kalini aku update pasal horse riding lesson yang aku join 3-4 mingu lepas. See kan dah lupa exact date. Hmm. Program ni bukan bawah mahallah yang aku duduk tapi dibawah program mahallah sebelah, Mahallah Talhah dan kami daftar pun 2 hari sebelum masa tengah on the way nak ke café beli lunch. Dulu-dulu pernah terfikir nak belajar menunggang kuda tapi disebabkan harga mahal, kena tangguhkan dulu dahn fikirkan masa waktu kerja nanti. Tetapi, Allah memang memahami keinginan dan niat kita, so He gives me this. Alhamdulillah thank you Allah for this precious moments. Horse riding lesson ni just kena bayar rm 5 sahaja sebab budget dah ditaja oleh Mahallah Talhah dan kami naik bas UIA ke Equestrian Club dekat Tanjung Lumpur. Ambil masa dalam 20 ke 30 mins saja dari UIA termasuk traffic light. Kami dipecahkan kepada 5 kumpulan oleh ketua instructor dan setiap kumpulan akan dapat seorang instructor dan seekor kuda. Aku dapat kuda putih lebih specific putih berbintik-bintik. Sebenarnya, dia ada nama untuk setiap colour tetapi aku dah lupa. Haih. Yang aku ingat, nama dia Makita sebab nama ala-ala Jepun nak ke Korea sikit. Disebabkan aku excited, semua benda aku nak buat first. Haha bajet senior sangat la kan. Masa nak pegang kuda dan bawa kuda, aku volunteer nak buat first. Masa first, takut gak tapi fikir kuda tu macam lembu dekat rumah baru rasa ok. Instructor tu ada sebelah so buat apa nak takut. Dia ajar cara pegang kuda, cara nak approach kuda, cara nak cuci kuda, cara bawa kuda, cuci kandang kuda termasuk tahi kuda, menunggang kuda dan last sekali mandikan kuda. Semuanya berjalan dengan lancer saja dan paling tak boleh lupa masa nak menunggang kuda. Disebabkan kuda aku baka tinggi dan besar, memang akan rasa gayat. Sebelum aku lupa, Makita ni suka buli orang dan sangat malas. Kerjanya asyik nak makan dan untuk pengetahuan pengetahuan, kuda adalah antara binatang yang takkan tahu erti kenyang. So jangan pelik bila kuda asyik makan. Waktu makan kuda pun kena betul timing. Kalau terlambat atau tercepat dari masa, kuda ni akan merajuk dan performance kuda akan merosot. Sebab tu bila dengan kuda, kita dapat latih diri berdisiplin. Disebabkan Makita ni suka buli, dia sangat malas berjalan sampai kena ketuk badan dia banyak kali. Kalau compare Makita dengan kuda-kuda lain dekat situ, yang lain laju saja lari bila ada rotan, tapi Makita lari setapak ke dua tapak saja konon-konon takut dengan rotan lepastu dia akan jalan dengan gemalai. Lepas habis menunggang kami ramai-ramai memandikan kuda. Kuda ni suka air, so dia suka sangat masa mandi. Lepas mandi, kami lunch and get ready untuk balik ke UIA balik. Alhamdulillah. New lesson, new experience. Harap-harap pada masa depan boleh belajar menunggang kuda dan dapat lessen. Amin. Sebelum terlupa, kuda ni banyak benefit tapi aku just nak highlight satu saja. Kuda dapat improve kanak-kanak yang down syndrome atau ada masalah communicate. Sebab tu, ada ja persatuan-persatuan yang menjaga anak-anak down syndrome ni diorang akan ajar menunggang kuda based on bajet. Kalau bajet tinggi dan mampu, semua boleh belajar. Masa kitaorang belajar haritu, ada sorang kanak-kanak ni nama Puteri Emalisa(tak berapa ingat nama) mak ayah hantar belajar menunggang kuda sebab dia ada masalah communicate dengan orang lain. Aku rasa aku patut stop writing. Lets focus study. Okay bye. p/s- i miss u Makita :'( |
You are subscribed to email updates from kumpulan Sofaz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan