Nuffnang

Selasa, 31 Julai 2012

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


<b>Bront Palarae</b> Seram Masuk Bangsal Jwanita?

Posted: 31 Jul 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2012: Tidak seperti ramadan sebelum ini, Bront Palarae akui tahun ini dia tidak punya kesempatan untuk berehat sepanjang menjalani ibadah puasa pada bulan ini kerana sibuk terlibat dalam pembikinan filem Jwanita.

Bront yang sudah menjalani penggambaran Jwanita selama 3 minggu di Kemaman Terengganu sejak seminggu lebih sebelum menjelangnya ramadan berkata, agak mencabar apabila dia terpaksa menjayakan penggambaran filem arahan Osman Ali itu ketika menjalani ibadah puasa.

"Kalau boleh, saya tidak mahu berlakon ketika bulan puasa kerana saya takut ia akan menjadi alasan untuk saya tidak berpuasa (sekiranya berlaku). Mana tidaknya, sudah tentu kita akan penat apabila berlakon ketika berpuasa.

"Namun, kali ini saya terpaksa berkorban sedikit. Bagaimana pun, saya bersyukur kerana penggambaran Jwanita banyak dijalankan pada waktu malam dan ianya tidak langsung mengganggu ibadah berpuasa saya di siang hari.

"Cuma di siang hari, badan akan berasa sakit-sakit sedikit kerana sewaktu melakukan penggambaran pada waktu malam, saya perlu melakukan banyak babak-babak aksi seperti bergaduh berkejar dan sebagainya,"katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Bront Palarae kini sudah pun pulang ke Kuala Lumpur sejak 27 Julai untuk menyambung sebahagian penggambaran filem Jwanita di sini.

Mengulas mengenai filem yang turut dibintangi pelakon hebat seperti Maya Karin dan Cristina Suzanne, Bront memberitahu, Jwanita merupakan filem pertama bergenre seram thriller yang pernah dibawakannya.

"Secara peribadi, saya seorang yang tidak gemar menonton filem seram kerana jika saya tonton, saya takut ia akan terbawa ke mimpi. Tapi tidak tahu bagaimana saya pula boeh berlakon dalam filem seram pertama arahan Osman Ali ini.

"Walaubagaimanapun setakat ini, apa yang saya lihat Osman Ali berjaya membawa cerita ini menjadi filem seram yang segar terutama dari segi cara penyampaiannya yang agak berbeza daripada filem seram biasa tempatan.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai filem ini kerana saya rasa penonton patut tunggu sehingga ia ditayangkan untuk lebih menjiwai dan merasai sendiri genre baru daripada pengarahnya.

"Namun, apa yang boleh saya beritahu, saya sendiri seram ketika melangkah masuk ke dalam bangsal yang disediakan krew produksi untuk menjayakan babak seram dalam filem ini. Suasana agak menakutkan," jelasnya lagi.

Sungguh pun begitu, Bront memberitahu dia tidak perlu risau kerana dalam filem tersebut dia hanya memegang watak sebagai pakar sakit jiwa dan tidak banyak berhadapan dengan babak-babak seram.

"Saya rasa watak saya sebagai ahli psikiatri dalam filem ini adalah cukup sinonim dengan saya yang mana tidak percaya kepada hantu," tambahnya lagi.

Selepas Jwanita, Bront Palarare dijangka bakal mebintangi sebuah filem daripada arahan pengarah terkenal yang belum dapat didedahkan lagi.

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


<b>Zahiril Adzim</b>: bukan harapan, ia persoalan

Posted:

Salam Zahiril. Sy bukanlah peminat awak tpi sy sgt2 kagum dgn kebolehan awak menulis blog ini and therefore,sy terus menjadi follower. Words that you chose and arranged are most beautiful in the world. Keep it up and selamat maju jaya in ...

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Zizan RL, <b>Juliana Evans</b> pakai cincin sama?

Posted: 27 Jun 2012 10:12 PM PDT

Gambar dibawah adalah gambar ketika Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans menghadiri satu majlis yakni majlis Pra Tonton filem Mael Lambong. Yang menariknya kedua-dua selebriti ini dikatakan memakai cincin yang sama. Ini dipetik dan disahkan melalui laman blog BuahMulut yang mengambil gambar mereka berdua ketika majlis itu. Rasanya tiada apa yang perlu disembunyikan lagi, kedua-dua sah bercinta dalam diam. :)

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


<b>AwanBand</b> Lancarkan Single Terbaru, “Lintasan Bintang” | OHBULAN!

Posted: 16 May 2012 03:24 AM PDT

AwanBand dianggotai oleh 5 anak muda dengan pelbagai kelebihan. Daripada penulisan lirik, penciptaan, penggubahan, sehinggalah bidang kejuruteraan bunyi, kumpulan ini mampu untuk menghasilkan sebuah syarikat produksi sendiri. Dengan menjadikan HUJAN sebagai mentor mereka, AwanBand mengimpikan sebuah platform yang kukuh dalam industri muzik. Selain itu, Awanband juga berhasrat untuk meluaskan pengaruh mereka dalam bidang perniagaan dengan mengikut jejak langkah Hujan yang telah pun mempunyai syarikat naungan sendiri, "Morning Rocket Distro".

Dianggotai oleh 5 anak muda yang sangat berbakat, AwanBand menjanjikan kelainan dalam berkarya. Terbaru, mereka muncul dengan single kedua daripada album pertama mereka, AwanBand, yang bertajuk Lintasan Bintang.

Lintasan Bintang merupakan sebuah lagu perlahan dengan mood rock alternatif. Dengan lirik dan nada oleh AwanBand sendiri, lagu ini menceritakan kisah cinta yang tidak kesampaian. Dipenuhi dengan bait-bait luahan hati yang berkelana, lagu ini berkongsi perasaan duka apabila ditinggalkan kekasih hati.

Pada tanggal 14hb Mei yang lalu, AwanBand telah menjalani sesi penggambaran bagi klip video single kedua mereka ini. Pengambaran yang mengambil masa sehari suntuk ini nanti melibatkan beberapa lokasi termasuk sekitar Putrajaya dan di sekitar Cheras. Di bawah produksi My Motion Pictures, pengambaran klip video ini bakal menampilkan Tasha Shilla, pemenang Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, tentunya sesuatu yang menarik untuk dinantikan!

Video selepas ini.

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2012 07:37 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2012 07:31 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2012 07:39 PM PDT


<b>KRU</b> Kembali Menyanyi Di Pentas

Posted: 06 Jun 2012 02:03 AM PDT

KRU Kembali Menyanyi Di Pentas: Terbaru di beritakan kumpulan "KRU Kembali Aktif Menyanyi di Pentas" seperti saat kegemilangan mereka dahulu.

Setelah lama bersara daripada menyanyi, KRU sebuah kumpulan 3 adik beradik yang pernah beraksi lincah di pentas dalam era 90an dikhabarkan akan muncul kembali dengan membuat satu kemunculan khas sempena 20 tahun penglibatan mereka dalam dunia hiburan.

KRU Kembali Menyanyi Di Pentas

Edry Abdul Halim dikatakan telah memujuk Norman untuk kembali ke pentas demi peminat mereka, dan dengan itu, Norman bersetuju untuk melakukan kemunculan kembali.

"Saya pada awalnya tidak berapa yakin kerana dah lama tidak membuat persembahan tetapi Edry paling beria-ria dengan majlis itu dan akhirnya akur dengan permintaannya. Yusry juga bersetuju," ujar Norman.

Menurut Norman, mereka bakal mempersembahkan empat buah lagu dan akan menyelitkan beberapa medley khas buat peminat.

KRU Kembali Menyanyi Di Pentas

"Lagu-lagu popular kami akan dipersembahkan pada malam itu dan berharap ia akan menggembirakan dan dapat mengubat rindu mereka," ujarnya.

Norman berkata, walaupun mereka akan melakukan persembahan itu, ianya bukanlah bermakna mereka akan kembali ke dunia nyanyian seperti sebelumnya.

Sebaliknya, ia hanyalah sebagai salah satu cara untuk menghargai peminat sempena majlis ulang tahun itu nanti.

"Mungkin selepas ini kalau nak tengok KRU menyanyi kena tunggu sambutan ulang tahun," ujarnya.

KRU Kembali Menyanyi Di Pentas
Norman turut dilaporkan berkata, majlis yang bakal diadakan pada 10 Jun ini bertempat di Orange Club, Kuala Lumpur dilaporkan akan turut menghimpunkan barisan artis dibawah naungan label KRU dan yang pernah bekerjasama dengan mereka selain beberapa aktiviti menarik buat peminat mereka.

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
Rating: +2 (from 2 votes)
KRU Kembali Menyanyi Di Pentas, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


<b>Faezah Elai</b> Sekitar Prebiu Tanda Putera | buahmulut.com

Posted: 30 Jul 2012 08:52 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Faezah Elai Tanda Putera <. Faezah Elai Tanda Putera. Random Posts. Aaron Aziz Cuba 'Ngorat' Erra Fazira? Zizan & Johan Bersaing Di Akhir Super Spontan · Filem Mael Lambong Tidak Menyindir Sesiapa – Ahmad Idham ...