Nuffnang

Khamis, 21 Februari 2013

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Putus Tunang?

Posted: 18 Feb 2013 08:19 PM PST

Dengar-dengar penyanyi Elly Mazlein putus tunang dengan pengarah, Azmi Md Hatta? menurut petikan di Bharian semalam, perkara ini seperti menjadi rahsia diantara Elly sendiri.

Malah kalau boleh dia nak umumkan disidang khas media tidak lama lagi mengenai hubungannya dengan Azmi samada mereka putus tunang atau bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini.

Dikatakan rancangan ijab kabul itu dijadualkan pada bulan Februari 2012 yang lalu dan ditunda kepada Disember 2012 namun sehingga sekarang tiada khabar berita.

"Siapa yang tidak ingin bahagia. Malah kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang perkembangan hari bersejarah itu nanti macam pertunangan tempoh hari. Cuma untuk terlampau terbuka memperinci segala-galanya bukan sekarang.

"Lagipun saya mahu berlaku adil kepada semua rakan media yang bersama jatuh dan bangun saya dalam arena seni. Andai masanya tiba, saya pasti merungkai segala persoalan,"

"Terpulanglah kepada orang untuk membuat spekulasi sama ada ia berakhir di jinjang pelamin atau sebaliknya... Hal itu bagi saya bukan suatu perkara memalukan," -Elly

views | Tag: , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


Sekitar Percutian <b>Zahiril Adzim</b> &amp; Shera Aiyob Di Istanbul (11 <b>...</b>

Posted:

Sekitar Percutian Zahiril Adzim & Shera Aiyob Di Istanbul (11 Gambar). http://speakerpecah.blogspot.com. Seperti biasa, bercerita tentang selebriti-selebriti Malaysia yang banyak menghabiskan masa mereka dengan bercuti ...

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


penjelasan <b>rosyam nor</b> mengenai memiliki kereta <b>...</b> - ANa Ahmad

Posted: 18 Feb 2013 09:36 PM PST



Pelakon, penerbit drama dan pemilik SUHAN Movies, Rosyam Nor menafikan gosip liar yang tersebar di internet berkaitan pembelian sebuah kereta mewah, McLaren MP4-12C yang dianggarkan bernilai RM 3.6 juta semalam.
Sebenarnya, kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu dipinjam daripada seorang rakan untuk sesi penggambaraan sebuah drama yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.
"Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya," tegas pelakon filem Castello itu.
"Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki kereta tersebut.
"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa segala kejayaan yang saya peroleh melalui syarikat penerbitan itu adalah hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk para pelakon dan pengarah yang telah banyak memberikan sumbangan serta idea dalam usaha kami menerbitkan drama-drama tempatan," katanya.










Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


perkembangan terkini <b>najwa latif</b> bakal duet dengan zivilia - InfoHarian

Posted: 19 Feb 2013 11:37 AM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Perkembangan terkini Najwa Latif bakal duet dengan Zivilia

zivilia band perkembangan terkini najwa latif bakal duet dengan zivilia

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku,Saat ku harus bersabar dan trus bersabar antara bait lirik lagu  Aishiteru yang dipopularkan oleh Zivilia Band dari Indonesia

Apa kaitannya dengan Najwa Latif,terbaru media melaporkan kumpulan Zivilia Band berhasrat untuk merakamkan dua buah lagu bersama Najwa Latif dalam masa terdekat

Mengenainya penyanyi kumpulan itu Zulkifli atau Zul berkata, perancangan itu dibuat selepas tertarik dengan sebuah video Najwa yang menyanyikan kembali lagu popular mereka itu di laman YouTube

Ramai yang menyanyikan semula lagu itu namun dalam ramai-ramai kami paling tertarik dengan Najwa dan versinya menerusi lagu Aishiteru paling sempurna

Kami bercadang untuk merakamkan kembali karya itu versi duet dan sebuah lagu baru khas buat peminat di Malaysia," jelasnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran album sulung mereka berjudul Aishiteru di Hard Rock Cafe

najwa latif terkini perkembangan terkini najwa latif bakal duet dengan zivilia

Tambah Zul, selain tertarik dengan suara Najwa yang disifatkan mempunyai keunikan, mereka turut tertarik dengan kebolehan Najwa bermain gitar dan menulis lagunya sendiri.

Kami sering mengikuti perkembangannya menerusi YouTube dan lagu Kosong menjadi kegemaran kami,katanya

Bagi penulis,memang benar suara Najwa Latif mempunyai keunikan yang tersendiri,tidak syak lagi

Tinjauan penulis di laman youtube dimana lagu  Aishiteru yang dinyanyikan Najwa turut mendapat reaksi komen positif dari pendengar Indonesia

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ruangan Komen Facebook Untuk berkongsi pendapat atau Maklumat

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> & Fauziah Latiff Hiasi Muka Depan Nona, Mac 2013 <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 09:29 PM PST

221927_10151313622574724_1864462293_n

Bagi edisi Mac 2013, pihak majalah NONA bakal menampilkan satu kelainan, di mana pihak karangkaraf telah memilih dua pelakon jelita iaitu Rita Rudaini dan Fauziah Latiff sebagai penghias muka depan majalah mereka, manakala untuk penghias muka belakang majalah pihak NONA telah menampilkan pasangan artis Bollywood terkenal, iaitu Datuk Shah Rukh Khan dan Datin Gauri.

Menerusi foto yang dipaparkan, Rita Rudaini dan Fauziah Latiff kelihatan sungguh anggun dengan busana rona hijau turquoise, manakala pasangan Datuk Shah Rukh Khan dan Datin Gauri juga tidak kurang hebatnya apabila kedua-duanya kelihatan sungguh bergaya dengan salinan pakaian yang sedikit formal dan sofistikated.

Terdapat pelbagai isu menarik yang bakal dibincang untuk edisi bulan Mac kali ini, antaranya adalah ketahui siapakan antara 20 wanita terkaya di dunia, apakah cerita disebalik kehidupan berkeluarga Datuk Shah Rukh Khan bersama Datin Gauri, serta ketahui aura glam dua selebriti popular, Rita Rudaini dan Fauziah Latiff.

Bagi ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk dapatkan majalah NONA di pasaran!

Di sini kami tampilkan sedikit video sewaktu berlangsungnya sesi fotografi Rita Rudaini & Fauziah Latiff.

Kredit Video : Facebook NONA

Tags: ,

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Tertekan Kes Hutang Belum Selesai - Gua.com.my

Posted: 21 Feb 2013 08:00 AM PST

Pelakon Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar mengakui tertekan apabila kes yang melibatkan namanya berhubung pinjaman wang sebanyak RM8 juta dari sebuah bank antarabangsa masih belum menemui jalan penyelesaian.

Ekoran dari isu tersebut, Fizo yang didakwa menjadi penjamin bagi sebuah syarikat percetakan telah diminta menjelaskan bayaran lebih RM2.5 juta kepada institusi terbabit dan jika gagal berbuat demikian, dia akan dikenakan tindakan. Fizo ketika ditemui pada sidang media Arlief Event & Management baru-baru ini sempat berkongsi kepada GUA mengenai perkembangan terkini kes tersebut.

"Kes ini sangat complicated dan sehingga hari ini ia masih belum selesai. Banyak benda nak kena siasat dan sekarang saya masih tunggu laporan dari Jabatan Kimia dan juga pihak polis. Ia terlalu kusut untuk diselesaikan dan kalau diikutkan, tahun ini sudah empat tahun kes ini berlanjutan.

Saya harap ia dapat diselesaikan dengan segera kerana ia sedikit sebanyak mengganggu perniagaan saya dari segi memohon pinjaman bank dan sebagainya. Saya juga harap kes ini terjawab agar dapat jadi contoh pada semua orang memandangkan sekarang ini banyak sangat kes penipuan dokumen, pakatan orang bank dan juga pemalsuan tandatangan yang berlaku," luah Fizo kepada GUA.

"Tidak dinafikan amat berat dugaan ini namun Alhamdulillah, dalam masa yang sama, Allah mempermudahkan rezeki saya. Saya kini dilantik menjadi duta M7 dan juga produk minuman mereka, Drive selama setahun berkuatkuasa Februari.

Sebelum ini saya memang bercita-cita nak jadi duta mereka memandangkan jiwa saya memang ke arah sukan permotoran dan apabila dilantik menjadi duta jenama ini, saya rasa teruja sangat. Saya bukan setakat jadi duta, malah saya turut menjadi pengedar untuk produk mereka.

Selain itu, saya juga dilantik menjadi Ikon Belia 2012/2013 dan masih kekal duta Superman DC Comics Super Heroes Malaysia. Saya juga dalam perancangan untuk menerbitkan drama di bawah syarikat produksi saya sendiri dan Alhamdulillah, saya rasa ini permulaan yang baik untuk tahun 2013."

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


<b>Ramlah Ram</b> - Takdir Cinta ft. Ana Syuhada MP3

Posted: 07 Feb 2013 03:11 AM PST

Artist: Ramlah Ram ft. Ana Syuhada
Download: mediafire.com, zippyshare.com, sharebeast.com




Tajuk: Ramlah Ram - Takdir Cinta ft. Ana Syuhada MP3
Anda sedang Mendownload Ramlah Ram - Takdir Cinta ft. Ana Syuhada MP3. Anda boleh berkongsi kepada sesiapa sahaja. Tekan Share Atau Like http://sharebahmusic.blogspot.com/2013/02/ramlah-ram-takdir-cinta-ft-ana-syuhada.html. Terima kasih sudi singgah di blog ini.

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


Love? (=: Fobia Cinta – <b>Nashrin</b>

Posted: 02 Sep 2012 10:46 PM PDT

somehow i just love this song.
Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri
Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

Chorus
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta
Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima
Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta
Denyutan jantung aku tergendala

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Putus Tunang, Dakwa Kena Buatan Orang

Posted: 19 Feb 2013 04:46 PM PST

Posted by Azrul Zakuan Wednesday, 20 February 2013
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.

"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang," kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

"Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah 'diatur' oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Adakah Fizz Fairuz akan memohon maaf kepada Almy Nadia dan kembali bersama beliau??

Baca Lagi Artikel Berkaitan : Fuh Artis, Fuh Kontroversi, Fuh Panas

FUH!!! KAMI KONGSIKAN SEGALANYA

Tajuk : Fizz Fairuz Putus Tunang, Dakwa Kena Buatan Orang
Ditulis oleh Azrul Zakuan
Rating Blog 5 dari 5

Fuh!! amacam?nak lagi?kalau nak tengok/baca entry macam ni lagi boleh clik pada kategori di sidebar sebelah kanan. Kalau nak copy mohon nyatakan sumber dan backlink kan ke entry ini. http://www.fuh.my/2013/02/fizz-fairuz-putus-tunang-dakwa-kena.html. Fuh!! Harap maklom .

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


(4 Gambar) <b>Wan Sharmila</b> pakai gaun ketat yang menampakkan <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 12:00 AM PST



Gambar Wan Sharmila pakai gaun ketat yang menampakkan asetnya - Wan Sharmila yang turut dijemput untuk menghadiri sesi bergambar karpet merah dalam Anugerah Juara Lagu 27 telah menimbulkan kontroversi yang kesekian kalinya apabila memakai gaun ketat yang menampakkan asetnya. Dia yang memakai gaun berwarna hitam memperlihatkan bentuk coli putih yang dipakainya tanpa segan silu dan rasa malu. Adakah Wan Sharmila sengaja berbuat demikian? Siapakah yang ingin dipikatnya?








Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


<b>Azhar Sulaiman</b> - Saya Sudah Murtad!

Posted: 28 Nov 2012 09:15 PM PST

Pelakon Azhar Sulaiman mencetuskan kontroversi mengenai bab agama dan politik apabila dia mendakwa dirinya murtad kerana memilih parti politik tertentu.

Kenyataan Azhar ini dibuat melalui laman sosial Facebook-nya baru-baru ini, ekoran daripada kenyataan ahli politik tertentu mengenai bab berkaitan di akhbar tempatan.

Azhar yang dihubungi mengesahkan ianya ditulis oleh dirinya sendiri, dan ianya hanyalah isu biasa dan mahu melihat pandangan orang terhadap isu yang disampaikan oleh dirinya,



views | Tag: , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Jangan Tanya Aku Lagi - <b>Farawahida</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 18 Mar 2012 03:04 PM PDT

Tajuk Lagu: Jangan Tanya Aku Lagi
Album: OST Drama Mata Ayer TV3
Artis: Farawahida

Muzik Video: Jangan Tanya Aku Lagi - Farawahida

Lirik Lagu: Jangan Tanya Aku Lagi - Farawahida

Sakit hatiku terluka kerna dirimu
Menggoreskan luka dalam hati ini
Menabur dusta dalam hidupk

Semua
Biarlah ku buang iring pergimu
Tak akan aku simpan dalam hati ini
Biarlah aku dengan hidupku

Jangan kau tanya aku lagi
Kerna hati dilukai
Jangan kau tanya aku lagi
Ungkapkanlah semua nya

Kau pernah berjalan dalam hidupku
Dan kini ku bisa tanpamu

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


<b>Yuna</b>, &#39;Live Your Life (TWINSMATIC Remix)&#39; -- Video Premiere <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 06:24 AM PST

Getty According to the tabloids, Beyonce and Jay-Z are interested in buying…

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


Cerita : <b>NoorKhiriah</b> Teruja Dengan Hot.FM | ANa Ahmad

Posted: 27 Nov 2012 03:32 AM PST



BIARPUN gagal mempertahankan trofi Artis Komedi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) lalu, pelakon handalan, Noorkhiriah Ahmad Shapie tidak pernah dihambat kecewa.
Apatah lagi, tiga kali merangkul anugerah itu pada ABPBH sudah cukup untuk membuatkan dia bersyukur dengan bakat seni kurniaan Tuhan.

FotoFoto

FotoADA REZEKI...Noorkhiriah laris walaupun sudah bertudung.

 Begitupun, ibu cantik kepada dua cahaya mata ini seperti memencilkan diri di mata pihak media tempatan. Noorkhiriah, 35, seakan-akan selesa 'low-profile' dan kelibatnya hanya dapat ditonton dalam drama TV semata-mata.

Justeru, apa yang menyebabkan dia bertindak sebegitu?


Bersua dengannya pada sesi fotografi yang diadakan di Balai Berita, NSTP, Bangsar baru-baru ini selepas agak lama tertangguh, Noorkhiriah akui dia bersikap terbuka menjawab segala persoalan termasuk dakwaan kononnya tidak lagi memerlukan pihak media.

Menolak tegas dakwaan negatif itu, Noorkhiriah berkata, bukan niatnya untuk tidak lagi berhubung dengan pihak media bagi berkongsi kisah terbaru, cuma jadual lakonannya selalu padat.

Ujarnya, kesibukan di lokasi penggambaran menghalang dia mengatur tarikh sesuai untuk menjayakan sesi fotografi.

"Kesibukan kerja saya menjadi alasan utama. Mana mungkin saya tidak perlukan media kerana selagi terbabit dalam dunia seni, sokongan wartawan itu sangat penting dan sangat diperlukan. Begitupun, saya selalu tidak dapat memenuhi undangan fotografi yang diatur kerana masa kurang sesuai.

"Ada masanya tarikh yang dipilih itu ketika saya terbabit penggambaran di luar Lembah Klang. Jadi memang tak boleh buatlah kecuali di lokasi. Lagipun saya rasakan tiada cerita menarik untuk dipaparkan media selain soal kerja semata-mata. Jadi tanpa kisah sensasi dan kontroversi, apakah orang akan membacanya?

"Jadi memikirkan kemungkinan cerita saya membosankan nanti, adalah lebih baik jika ruang kosong itu diberikan kepada artis lain yang ada cerita lebih hebat untuk dikongsi. Biarlah saya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja kerana tawaran berlakon diterima pun tak putus-putus.

"Pun begitu, sebagai anak seni yang terbiasa beraksi di depan kamera, perasaan rindu untuk menjayakan fotografi memang ada," katanya yang menggayakan pakaian rekaan Wanpa dan solekan oleh Linda Bridal.

Ramah berbicara, Noorkhiriah memaklumkan imej bertudung tidak sedikit pun menggugat rezekinya. Bahkan, disebabkan kesibukan berlakon juga dia terpaksa rela berjauhan dengan dua permata hatinya, Muhammad Hudhaifah, 3, dan Muhammad Yusoff, 1, yang dihantar balik ke kampung.

Turut berkongsi perasaannya yang mendapat peluang bertugas di konti Hot FM pada 12 dan 13 Oktober lalu, Noorkhiriah berkata, ia pengalaman baru dan istimewa baginya.

Ujar pelakon kelahiran Raub, Pahang itu, ternyata tanggungjawab sebagai penyampai radio yang bertugas pada waktu pagi bukanlah mudah.

"Dua hari saya menyahut cabaran menjadi penyampai radio bersama Fafau (Fara Fauzana) dan Nana Mahzan memang menyeronokkan. Ketika itu, saya diundang bertugas kerana FBI dan AG bercuti.

"Pada saya, ia cukup menghiburkan kerana berpeluang berinteraksi dengan pendengar. Pelbagai gelagat pendengar yang mencuit hati kerana mereka ramah, bersahaja dan amat kelakar.

"Bagaimanapun, saya akui agak kekok pada hari pertama. Mujur ada Fafau dan Nana yang membantu dan syukur saya mampu melakukannya dengan baik. Bahkan, walau pun seawal jam 5 pagi saya sudah berada di Sri Pentas, Bandar Utama, pengalaman bertugas di konti radio Hot FM itu amat berbaloi dan saya benar-benar suka.

"Justeru, andai kata ada peluang buat saya menyertai radio suatu hari nanti secara sepenuh masa, mungkin saya takkan tolak dan akan pertimbangkan. Ini kerana saya begitu gembira melakukan tugasan itu. Malah pengalaman singkat di radio bersama Fafau dan Nana cukup indah dan ia pasti menjadi kenangan tak dapat dilupakan sampai bila-bila," katanya.

Menyentuh pula soal maklum balas pendengar dan peminat, Noorkhiriah berkata, sekali lagi dia bersyukur kerana memperoleh sokongan positif. Walaupun dirasakan persembahannya agak huru-hara tetapi asalkan orang ramai terhibur, ia satu penghargaan. Apatah lagi, sebagai pengalaman pertama dan terlalu baru.

Apapun, Noorkhiriah amat berterima kasih kepada Fafau kerana sudi memberinya peluang untuk menonjolkan bakat sebagai penyampai radio.

Jelas Noorkhiriah lagi, Fafau mengundangnya untuk bekerjasama selama seminggu tetapi dia tidak dapat memenuhinya kerana terikat dengan jadual penggambaran drama.

Antara drama popular yang pernah dibintangi Noorkhiriah adalah Nur Khalifah sebanyak 16 episod dan sitkom Seri Pantun Mai Chek Mai musim kedua bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Noorkhiriah juga memaklumkan dia ada mendapat tawaran berlakon dalam telefilem yang akan menjalani penggambaran di luar negara.

Kini turut membabitkan diri dalam bidang perniagaan sebagai jaminan masa depan, Noorkhiriah berkata, dia kini terbabit berniaga kecil-kecilan menyediakan perkhidmatan van untuk produksi.

Ujarnya, tak sangka sambutan diterima sangat bagus hingga dia bercadang mahu menambah beberapa buah van lagi

.

Sumber : Metro




Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

Pelakon <b>Noorkhiriah</b> tenang setelah bertudung

Posted: 28 Jan 2012 08:59 AM PST

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Rita Dan <b>Lisdawati</b> Kini Sudah Berbaik Semula Setelah 7 Tahun <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 06:23 PM PST

Masih ingatkah anda mengenai insiden dua orang pelakon, Rita Rudaini dan Lisdawati tarik menarik rambut di tepi kolam renang pada tahun 2006?Kini persengketaan mereka sudah pun berakhir apabila kedua-dua mereka sudah setuju untuk berlakon sama dalam drama bersiri 'Kerana Sarah'.

Tujuh tahun telah pun berlalu, baguslah jika semuanya sudah selesai.

Ibarat buang yang keruh ambil yang jernih. Tidak ada gunanya bergaduh lama-lama

Kata Lisdawati yang dipetik dari Beautifulnara, tahun 2013 ini dia berazam untuk melalui hidup dengan persekitaran dan suasana harmoni.

"Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih.

"Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih 'senior' daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu," katanya.

Manakala, Rita pula mengakui yang hubungannya dengan Lisda adalah profesional. Yang penting mereka kini sudah bertegur sapa.

"Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami.

"Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati," katanya. – MyNewsHub

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


<b>Amyza Aznan</b> Keguguran Kandungan Tiga Minggu - Speaker Pecah <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2012 12:30 AM PDT

Mawi af - Google Blog Search

Mawi af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mawi af</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2012 09:20 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mawi af</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Sep 2012 09:13 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mawi af</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2012 09:38 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mawi af</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2012 09:25 AM PDT


Rumah <b>Mawi AF</b> Dirompak.. ~ GUA JAMBU

Posted: 26 Mar 2012 03:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kediaman juara Akademi Fantasia musim ke-3, Mawi yang terletak di Bandar Baru Bangi dirompak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 31, sedang berada di rumah bersama isteri, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, bersama anak dan ibu mertuanya.

Ekin ketika ini masih berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka, Cahaya Malaika, 28 Februari
lalu.

Dalam insiden itu, Mawi dan ahli keluarganya diikat sebelum perompak berjaya melarikan barangan bernilai lebih RM10,000.