Nuffnang

Ahad, 11 Mei 2014

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Takziah!Ibu <b>Elly Mazlein</b> Meninggal Dunia | MummyNemo

Posted: 11 May 2014 04:24 AM PDT

Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

takziahDisaat anak-anak meraikan Hari Ibu yang jatuh pada 11 Mei, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mendapat perkhabaran buruk apabila ibu kesayangannya, Sabariah Ahmad, 56, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi Ahad akibat sesak nafas.

Menurut tunangnya, Azmi Hatta ketika dihubungi , Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Nusa Putra, Puchong Perdana dekat sini.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

"Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di rumahnya awal pagi tadi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada pukul 9 pagi tadi," katanya ringkas.

Ibu pelakon itu dilaporkan turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi namun keadaannya tidak kronik.

Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina dilaporkan amat terkejut dengan berita kematian ibunya itu dan tidak sempat bersama arwah disaat-saat akhir hayatnya kerana sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Pihak wartawan juga tidak berjaya mendapatkan kenyataan daripada eLLY kerana sedang berada dalam keadaan terkejut dan sedih atas pemergian ibu kesayangannya itu.

Admin  mengucapkan salam takziah kepada Elly dan keluarga atas pemergian ibunda tercinta. Al Fatihah.

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Kami Bukan Wanita Murahan – <b>Rita Rudaini</b> | - BeautifulNara

Posted: 08 May 2014 10:04 PM PDT


Baru-baru ini, Abang Nara ada menerima mesej Whatsapp yang mengandungi nama 10 orang selebriti yang berstatus janda/ibu tunggal beserta dengan nombor telefon. Abang Nara hanya gelak sahaja kerana tahu ia adalah gurauan dan nombor telefon itu sudah tentu palsu. Antara nama-nama yang ada di dalam senarai tersebut ialah Rita Rudaini, Erra Fazira, Sarimah Ibrahim, Noniswara, Nabila Huda, Nora Danish dan ramai lagi.

rita rudaini

Walaupun sekadar gurauan, sekiranya diri ini adalah salah seorang selebriti yang disenaraikan, sedikit sebanyak mesti terasa sedih, sakit hati dan marah. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Rita Rudaini melahirkan rasa kecewa dan meluahkan isi hatinya mengenai penyebaran mesej Whatsapp tersebut. Kata Rita:-

Sudahlah (segelintir) orang pandang hina pada ibu tunggal dan janda seperti saya. Bila mereka buat begini, lagilah orang anggap janda ini murahan, jijik dan low class. Tak tahu kenapa mentaliti orang kita masih tak berubah terhadap golongan janda dan ibu tunggal. Bila ditambah begini, lagilah buruk kesannya.

Marah memang marah sebab sedikit sebanyak jatuhkan maruah kita walaupun benda itu tak betul. Benda macam ini hanya orang psiko saja buat. Orang normal takkan terfikir buat benda yang mengarut dan tak ada masa buat macam ini. Tapi bila orang psiko macam ini, mungkin dia puas bila tengok orang ketawa dengan mesej macam itu.

Kalau orang yang berfikiran jauh tahu ini tipu, tapi tak semua orang berfikiran panjang. Kalau yang berfikiran tentu akan percaya dengan gurauan sebegini sebab sesetengah orang memang mudah percaya. Contohnya gosip walaupun benda belum tentu betul.

erra

Sementara itu Erra Fazira yang namanya turut tersenarai mendoakan agar individu yang bertanggungjawab mereka mesej itu dibersihkan jiwa dan raganya. Kata Erra:-

Semoga Allah SWT membersihkan jiwa indiviti itu yang punya kelapangan ini. Jika dia seorang lelaki dan jahil mengenai perasaan seorang wanita, dia harus ingat dia mungkin ada kakak, adik atau anak perempuan. Jadi berfikir panjanglah sebelum mengaibkan orang lain. Takut Allah buka aib kita pula nanti. Wallahualam.

Semoga selepas ini tak akan ada lagi penyebaran sebegini yang akan berlaku. Tiada wanita yang mahu bergelar janda atau ibu tunggal. Semuanya mahukan kehidupan yang bahagia di samping suami tercinta. Apa yang terjadi adalah suratan takdir. Janganlah kita memperlekehkan mereka. Semoga selebriti-selebriti janda/ibu tunggal tabah menghadapi dugaaan sebegini.

Baca Yang Ini Pulak:-

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


<b>Nur Fazura</b> Gaduh dengan Wartawan? | Oh! Media

Posted: 30 Apr 2014 02:21 AM PDT

ohartis.com-nurfazura

Sejak kebelangan ini, banyak isu yang kurang enak dikaitkan dengan aktres cantik Nur Fazura. Bermula daripada kontroversi yang kononnya dia telah kantoi bercium dengan kawan baik lelakinya di lapangan terbang, kini timbul pula isu Fazura gaduh dengan wartawan.

Tidak tahan dengan pelbagai isu, Fazura meluahkan isi hatinya melalui media bahawa dia bukan berniat untuk bermusuh dengan wartawan apatah lagi mencaru gaduh dengan sesiapa pun. Malah Fazura turut menyifatkan perkara yang terjadi kepadanya adalah bermotifkan dendam.

"Semuanya bermula kerana dendam. Sebelum ini saya pernah menegur seorang wartawan kerana tersilap ejaan nama bapa saya. Bagaimanapun, selepas itu perkara ini menjadi lebih besar. Bagi saya jika beliau mengambil teguran saya secara positif dan memohon maaf, tentu ramai pihak akan lebih menghormatinya.

"Tetapi, saya dapat tahu kejadian menegur kesalahan itu membuatkan segelintir wartawan tidak berpuas hati dengan saya dan merancang untuk mengenakan saya." jelas Fazura.

ohartis.com-nurfazura-gaduh-wartawan

OHMEDIA: ARTIS DAN WARTAWAN SAMA-SAMA MEMERLUKAN. JAGA LA HUBUNGAN SEBAIK MUNGKIN.

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>FASHA SANDHA</b> SAH HAMIL ANAK KEDUA | AMMBOI DOT COM

Posted: 18 Apr 2014 03:47 AM PDT

Baru-baru ini kecoh juga dikalangan peminat Fasha Sandha apabila ada gosip mengatakan pelakon jelita itu kini sudah hamil anak kedua. Ia mula menjadi buah mulut dunia hiburan apabila ada yang mendakwa nampak 'baby bump' dalam beberapa gambar terkini Fasha.

Peminat Fasha mungkin berasa gembira apabila berita kehamilan selebriti pujaan mereka itu akhirnya terjawab. menerusi satu kenyataan dia mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

"Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu dekat, kata mereka tak puas Rayfal bermanja dengan saya. Tetapi pada saya ini semua rezeki," ujar Fasha.

fasha sandha mengandung hamil anak kedua

Untuk rekod, Fasha dan suami, Jejai telah dikurniakan anak sulung, Putra Rayfal, 1, pada 15 April tahun lalu.

Tahniah diucapkan buat Fasha dan Jejai, semoga berita ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga.


Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> & Hazama Gaduh Dengan Peminat? - Gua.com.my

Posted: 07 May 2014 10:55 PM PDT

Laman sosial sememangnya boleh menjadi medium buat peminat dan selebriti kegemaran mereka berinteraksi. Namun, ia juga mendatangkan keburukan apabila mereka saling berbalah gara-gara ada peminat yang menegur kesalahan artis tersebut secara terbuka.

Ada selebriti yang memilih untuk berdiam diri dan enggan membalas komen negatif daripada peminat. Namun ada juga artis yang lantang bersuara mempertahankan diri.

Minggu ini perbalahan Tiz Zaqyah dan Hazama menarik perhatian GUA. Nak tahu apa kesnya? Baca selanjutnya.

Hazama

Hazama yang kini sedang bercuti ke Boston, Amerika Syarikat telah memuat naik gambarnya di Instagram berpelukan erat dengan teman wanita, Genervie Kam. Gambar tersebut mendapat pelbagai reaksi peminat. Ada yang menganggap ia romantis, ada juga yang mengkritik.

Bagaimanapun, Hazama telah membalas komen negatif peminatnya dengan kata sindiran yang berbunyi "Wah... Ramainya org tak berdosa disini.. :)". Tak selesai di situ, kemudian Hazama memuatnaik gambar kakinya dengan keterangan "Haaa mesti tak jadi isu :)".

Tiz Zaqyah

Pelakon Nur Kasih ini telah mewarnakan keseluruhan rambutnya dengan warna merah. GUA tidak pasti jika tindakannya itu atas tuntutan kerja atau sekadar untuk kepuasan diri, namun perkara itu mendapat perhatian peminat yang risaukan amal ibadah Tiz tidak diterima Allah.

GUA yakin Tiz lebih mengetahui kesan atas segala tingkah-lakunya dan atas alasan itu, Tiz telah membalas komen peminatnya yang berbunyi "@_theniii7 ingat mati pasti. Jangan taksub menghakimi luaran org lain sampai amalan baik awak sendiri lupa buat. Jangan leka hakimi org.. Tu je.. @nur_aishah_168".

Sama seperti Hazama, Tiz kemudian memuatnaik gambar senireka Masjid Besar Sheikh Zayid di Abu Dhabi dengan keterangan yang berbaur sindiran, "Here I am, with good company, given a chance by Allah to visit some amazing places, when some are you are still busy playing God and judging people. You do the math.. Love from #abudhabi".

GUA telah cuba menghubungi kedua-dua pelakon dan penyanyi ini, namun panggilan telefon kepada mereka tidak berjaya memandangkan kedua-duanya berada di luar negara.

Dafi af - Google Blog Search

Dafi af - Google Blog Search


Video Klip Single Terbaru <b>Dafi AF</b> “Salahkah Aku” Dilancarkan <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 11:51 PM PDT

Video Klip Single Terbaru Dafi AF "Salahkah Aku" Dilancarkan – Berita gembira buat peminat pelantun lagu Bila Terasa Rindu Gadaffi aka Dafi telah melancarkan video klip terbaru untuk single berjudul "Salahkah Aku."

Video Klip Single Terbaru Dafi AF

Lagu ini merupakan hasil karya penulis lirik terkenal, Ajai dan menerusi klip video yang dipaparkan, ia banyak menampilkan artis-artis yang terlibat dalam program "Fear Factor Selebriti Malaysia" seperti Kaka, Didie Alias, Hairul Azreen, Elfira Loy serta Azam Pitt.

Video klip tersebut baru saja dimuar naik pada hari semalam di laman YouTube dan setakat ini video tersebut baru sahaja mencapai 282 orang penonton.

Ini adalah muzik video rasmi untuk single terbaru Dafi iaitu "Salahkah Aku" yang dipetik dari album Dafi yang akan berada dipasaran. Ini adalah muzik video pertama daripada empat muzik video yang akan diterbitkan. Semoga semua terhibur dengan muzik video ini. Terima kasih kerana menonton dan teruskan menyokong Dafi.

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


<b>Sara Ali</b> Tak Mahu Menyombong Lagi - MYNEWSHUB.MY <b>...</b>

Posted: 08 May 2014 09:20 PM PDT


MELIHAT lakonan Sara Ali di kaca televisyen, tidak dinafikan dia punyai bakat yang cukup besar.

Namun, di kalangan peminat seni hiburan, namanya tidaklah begitu menonjol dek kerana kurangnya publisiti mengenai dirinya.

Hakikatnya, ia berpunca dari sikapnya sendiri yang menyombong khususnya pada pihak media dan Sara sendiri mengakuinya menerusi GUA.

Bagaimanapun, satu kemalangan jalan raya pada 2012 telah memberi kesedaran pada dirinya sekaligus membuatkan dia mahu berubah.

Pelakon filem 'Kami Histeria' itu berkata, kejadian itu menyebabkan dia fobia untuk memandu selama beberapa bulan dan sepanjang waktu itulah dia cuba menilai semula dirinya.

"Waktu itu saya masih dalam proses penggambaran filem 'Aku Histeria'. Saya bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius waktu itu, tapi kereta saya rosak teruk. Saya anggap tragedi itu sebagai satu petanda dari Yang Maha Esa untuk saya mula merendah diri.

"Saya sedar betapa saya telah lupa diri dan ego. Apabila tengok semula laporan dari media tentang kelakuan lama saya, saya jadi malu. Saya tanya balik diri sendiri, kenapa saya buat begitu? Ramai yang percaya kebolehan saya untuk berlakon, tapi saya sendiri memilih untuk menyombong. Akhirnya, Dia 'tepuk' saya sekali untuk saya berubah", jelasnya.

Kami tabik dengan kerendahan hatinya yang sanggup mengakui kesilapannya.

Semoga dengan perubahan ini, nama Sara akan lebih dikenali dalam industri hiburan tanahair sebaris dengan pelakon hebat yang lain.

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Anda mungkin juga meminati:

Sara Ali Tak Mahu Menyombong Lagihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/GUA-Sara_Ali_JPP_default_617321789-1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/GUA-Sara_Ali_JPP_default_617321789-1-150x150.jpgAuthor MNH myArtisTerkini,

MELIHAT lakonan Sara Ali di kaca televisyen, tidak dinafikan dia punyai bakat yang cukup besar. Namun, di kalangan peminat seni hiburan, namanya tidaklah begitu menonjol dek kerana kurangnya publisiti mengenai dirinya. Hakikatnya, ia berpunca dari sikapnya sendiri yang menyombong khususnya pada pihak media dan Sara sendiri mengakuinya menerusi GUA. Bagaimanapun, satu kemalangan jalan...

MELIHAT lakonan Sara Ali di kaca televisyen, tidak dinafikan dia punyai bakat yang cukup besar. Namun, di kalangan peminat seni hiburan, namanya tidaklah begitu menonjol dek kerana kurangnya publisiti mengenai dirinya. Hakikatnya, ia berpunca dari sikapnya sendiri yang menyombong khususnya pada pihak media dan Sara sendiri mengakuinya menerusi<strong><a href="http://www.gua.com.my/berita-artis/Tragedi_Jalanraya_Titik_Perubahan_Sara_Ali.html" target="_blank"> GUA</a></strong>. Bagaimanapun, satu kemalangan jalan raya pada 2012 telah memberi kesedaran pada dirinya sekaligus membuatkan dia mahu berubah. Pelakon filem 'Kami Histeria' itu berkata, kejadian itu menyebabkan dia fobia untuk memandu selama beberapa bulan dan sepanjang waktu itulah dia cuba menilai semula dirinya. <strong>"Waktu itu saya masih dalam proses penggambaran filem '<a title="Filem Komedi Seram Tak Rugi Ditonton!" href="https://www.google.com/url?q=http://mynewshub.my/2014/02/06/kami-histeria-filem-komedi-seram-tak-rugi-ditonton/&sa=U&ei=eFdsU_SkFMijrQe_zoC4CA&ved=0CAYQFjAA&client=internal-uds-cse&usg=AFQjCNElNKpPwMeM7TXz2RRrtrYK_JxqfA" target="_blank">Aku Histeria</a>'. Saya bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius waktu itu, tapi kereta saya rosak teruk. Saya anggap tragedi itu sebagai satu petanda dari Yang Maha Esa untuk saya mula merendah diri.</strong> <strong>"Saya sedar betapa saya telah lupa diri dan ego. Apabila tengok semula laporan dari media tentang kelakuan lama saya, saya jadi malu. Saya tanya balik diri sendiri, kenapa saya buat begitu? Ramai yang percaya kebolehan saya untuk berlakon, tapi saya sendiri memilih untuk menyombong. Akhirnya, Dia 'tepuk' saya sekali untuk saya berubah",</strong> jelasnya. Kami tabik dengan kerendahan hatinya yang sanggup mengakui kesilapannya. Semoga dengan perubahan ini, nama <a title="Sara Ali Kini Bercinta Dengan Amirul Ariff? | MyArtis - Mynewshub.my" href="https://www.google.com/url?q=http://mynewshub.my/myartis/%3Fp%3D2426&sa=U&ei=0FZsU-TvK4u0uAT0pYGgDw&ved=0CAoQFjAC&client=internal-uds-cse&usg=AFQjCNGz-hXOvtwyNDJUSKz1bQeGRno9Ow" target="_blank">Sara</a> akan lebih dikenali dalam industri hiburan tanahair sebaris dengan pelakon hebat yang lain. Oleh: <strong>ELZA / MYNEWSHUB.MY</strong>    

Antara selebriti yang aktif dengan media sosial adalah pelakon jelita, Nora Danish. Beliau kerap berkongsi gambarnya yang terkini dengan peminatnya. Gambar aktiviti sehariannya, gambarnya bersama anaknya dan tidak lupa gambar bersama 'teman tapi mesra', Nedim Nazri.

Adakalanya gambar yang dikongsikan Nora Danish mengundang kontroversi dan tanda tanya dikalangan peminatnya. Termasuklah gambar yang dikongsikannya memperlihatkan kesan seperti 'Love Bite' pada bahagian tangannya.

gambar love bite nora danish

Seperti biasa, gambar berkenaan mendapat reaksi yang cukup mengujakan dari peminatnya. Bagi mereka yang percaya itu benar-benar kesan love bite (kerana Nora dikatakan hangat bercinta dengan Nedim) pelbagai komen dan kritikan yang ditujukan kepadanya.

Namun begitu, ada juga yang menafikannya. Kerana bagi mereka tidak logik kesan love bite sebesar itu (yang ada pengalaman). Selain itu, bagi mereka Nora masih waras. Dia tidak akan begitu bangang untuk berkongsi gambar sebegitu (jika melakukannya). Mereka juga percaya Nora tidak sebegitu. Ammboi juga percaya itu bukan kesan love bite. Mungkin kerana ada perkara lain yang menyebabkan timbulnya kesan sebegitu.

gambar terkini nora danish

Apapun, itu reaksi dari peminatnya. Bagaimana pula dengan Nora Danish? Berdasarkan pemerhatian, beliau seperti lebih suka berdiam diri sebagai langkah untuk meredakan keadaan. Adakah perkongsikan gambar itu dengan niat sengaja untuk mencetuskan suasana panas dalam laman sosialnya semata?

Hanya Nora Danish sahaja yang tahu…

Sumber asal: plbgaimacam.blogspot.com


6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


<b>6ixth Sense</b> - Cinta Matiku | Lagu Popular

Posted: 11 Apr 2014 02:31 AM PDT

Lirik Lagu: 6ixth Sense - Cinta Matiku 
Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Chorus
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Ulang Chorus

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Ulang Chorus 3X


Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Dan Almy Nadia Nikah Sabtu Ini | - BeautifulNara

Posted: 21 Apr 2014 10:58 PM PDT


Kalau sebelum ini dikhabarkan bahawa Fizz Fairuz dan Almy Nadia akan bernikah pada 30 Mei, rupa-rupanya tarikh pernikahan mereka yang sebenar ialah 26 April bersamaan hari Sabtu ini. Almy Nadia telah mengesahkan tarikh ini dan lokasi pernikahan ialah di kampung pengantin perempuan, selepas waktu Asar.

almy nadia

Tahniah diucapkan atas berita baik ini. Makin cepat bergelar suami isteri, makin baguslah. Kata Almy menerusi Utusan Malaysia:-

Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar, di kampung saya. Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi (yang hendak dilakukan) memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal.

Belum rasa apa-apa lagi (perasaan nak bergelar isteri), mungkin selepas akad nikah itu saya akan kongsi perasaan saya. Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja

almy fizz

Tak sabar rasanya nak menatap wajah gembira Fizz Fairuz dan Almy Nadia Sabtu ini. Tahniah diucapkan. Semoga segalanya berjalan lancar.

Baca Yang Ini Pulak:-

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


Fly Giveaway : Nocturnal by <b>Yuna</b> | Fly Fm

Posted: 28 Apr 2014 02:30 AM PDT

1. Record yourself doing a cover of Yuna's Falling and upload it onto youtube (or whichever video hosting websites)

2. Share the link and complete the slogan given on this page.

3. The best video with the creative slogan wins that Yuna signed Fender Squier!

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Isu <b>Farawahida</b> Dan G-String Underwear! - Pe-Ta-Nge - Blogger

Posted: 09 May 2014 12:00 AM PDT

Seluar Dalam Farawahida Dan G-String Jadi Bahan Bualan Peminat Di Laman Sosial  

Dalam kegembiraan penyanyi Farawahida Razali bergelar isteri kepada jejaka pilihan  hati, Abdul Shukur Mohd Zain, timbul pula kontroversi lain membabitkan dirinya yang tidak sedap didengar. Kontroversi itu berkaitan dengan sekeping gambar Farawahida yang diambil dari akhar Kosmo telah menjadi bahan bualan mulut gatal penggiat-penggiat laman sosial.

Perkara yang dipertikaikan mereka ialah garis seluar dalam Farawahida yang ketara dilihat di sebalik skirt merah jambu yang dipakainya.

Susulan itu, ada peminat menyarankan agar penyanyi lagu Tanpamu itu memakai seluar dalam jenis  g-string bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali. Macam-macam pula dengan karenah dan kelakuan peminat di laman sosial.

Tak senang dibuat mereka hidup sebagai seseorang selebriti itu. Kesian pula dengan Farawahida yang baru berkahwin.

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2014 07:40 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2014 07:14 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2014 07:22 PM PDT


Forteen masih dibayangi <b>KRU</b> - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 07:02 PM PST


TIDAK keterlaluan jika dikatakan, kehadiran kumpulan yang mempertaruhkan vokal sebagai tonggak utama dalam memperjuangkan nyanyian dan muzik dilihat semakin berkurangan jika hendak dibandingkan dengan lambakan band-band Indie di negara kita.
Bagaimanapun, situasi tersebut dilihat semakin tenat apabila kumpulan-kumpulan ini gagal untuk tampil dengan identiti baharu yang lebih segar. Lebih memburukkan keadaan apabila kumpulan tersebut dibayangi oleh sebuah kumpulan yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Fenomena tersebut boleh disimpulkan melalui kemunculan album EP (extended play) oleh kumpulan Forteen berjudul Kita - EP. Album yang mengandungi enam buah lagu ini terlalu tepu dengan 'bayangan' KRU sehingga menenggelamkan konsep asal kumpulan yang dianggotai oleh Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saiful Ridzuan Abd Hamid (Ariz), Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameer), dan Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue) itu.
Lagu-lagu seperti Kita, Dikau Sahaja dan Berdua Bersatu merupakan antara rendisi Forteen yang kedengaran mirip KRU. Tidak lari daripada komposisi yang biasa didengar, ketiga-tiga melodi trek tersebut kedengaran seperti dikitar semula. Kulit album juga direka sama seperti album KRU sebelum ini berjudulKrunomena.
Dari segi vokal, album ini boleh dikatakan selamat oleh kehadiran Ariz dan One yang menyanyikan hampir kesemua bahagian pada setiap lagu. Hanya sebuah lagu sahaja yang dibawa secara solo oleh Izzue iaitu Tidak Pernah Berjumpa.
Entah di mana silapnya, percubaan pertama empat orang anak muda ini kurang memberangsangkan. Sebagai album debut, kekuatan vokal yang dipersembahkan lemah dan pengolahan lagu-lagu dalam EP ini terlalu mendatar.
Album ini tidaklah gagal. Mungkin ia merupakan buah tangan yang sangat dinantikan oleh para peminat. Cuma lain kali, cuba lari daripada apa yang telah dilakukan KRU sebelum ini. Pendengar mahukan Forteen, bukan kumpulan KRU versi remaja.

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


bentuk-badan-menarik-gadis-<b>faezah</b>-<b>elai</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 31 Oct 2009 08:06 AM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


(12 GAMBAR)Sambutan Hari Jadi Anak <b>Noorkhiriah</b> Di Rumah <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 09:09 PM PST


Apakah yang menggembirakan hati seorang suami? Tak lain tak bukan mempunyai sebuah keluarga yang dihiasi dengan isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah. Sesungguhnya itulah apa yang Abang Nara nampak di dalam keluarga Noorkhiriah ini.

noorkhiriah

Noorkhiriah memang tampak sangat manis dengan imej bertudung lengkap. Tambah memaniskan apabila anak pasangan suami isteri ini tampil comel dengan jubah. Yang lebih menarik, sambutan hari jadi anak Noorkhiriah telah diadakan di rumah anak yatim dan hidayah AlHijrah. Menyambut dan memberi.

noorkhiriah

Semoga keluarga Noorkhiriah akan dimurahkan lagi rezeki dengan inisiatif sebegini. Abang Nara pun terasa nak tiru apa yang Noorkhiriah sekeluarga lakukan. Lagi 10 keping gambar dengan membaca entri ini ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Cikimiki.

noorkhiriah
noorkhiriah
noorkhiriah
noorkhiriah
noorkhiriah
noorkhiriah
noorkhiriah
noorkhiriah
noorkhiriah
noorkhiriah

Baca Yang Ini Pulak:-