Nuffnang

Khamis, 13 September 2012

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


(7 GAMBAR)Kehamilan <b>Fasha Sandha</b> Kini 3 Bulan, Alah Pada <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 07:27 PM PDT

Memang macam-macam alahan yang dialami oleh wanita mengandung. Namun apa yang dialami oleh Fasha Sandha yang sudah masuk bulan ketiga kehamilan ini memang agak pelik sedikit. Ini kali pertama Abang Nara dengan ada orang alah dengan ubat gigi. Pelik tapi benar kan?

fasha baru

Tapi jangan risau sebab Fasha Sandha masih menggosok giginya setiap hari. Abang Nara suka tengok wajah Fasha yang semakin berseri sejajar dengan kehamilannya. Perut pun dah semakin menonjol. Tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran anak sulung Fasha Sandha. Confirm cute mute.

fasha baru

Lagi 5 gambar terbaru Fasha Sandha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Design Apple ialah inspirasi daripada Braun?


fasha baru
fasha baru
fasha baru
fasha baru
fasha baru

Baca Yang Ini Pulak:-


Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Nubhan</b> Pasang Peguam Demi Hak - Gua.com.my

Posted: 12 Sep 2012 09:10 AM PDT

Empat tahun bergelar penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan mengakui dia tidak pernah merasai wang royalti hasil daripada lagu-lagu yang dinyanyikan sebelum ini. Jelas Nubhan, dia tidak pasti ke mana perginya wang royalti itu kerana tidak ada pihak yang menghubunginya bagi memberi penjelasan.

"Sepanjang tempoh menjadi artis, saya tidak pernah mendapat duit royalti. Saya berasa agak terkilan dengan situasi ini kerana ada beberapa lagu saya mendapat sambutan memberangsangkan dan sering dimainkan di corong-corong radio. Setelah beberapa lama memikirkan langkah terbaik, saya kini bersedia untuk memperjuangkan hak saya. Saya tidak mahu terus berdiam diri kerana tidak mahu terus menjadi mangsa keadaan. Saya sudah pun berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pihak pengurusan saya sebelum ini, Artistes United Record Sdn Bhd. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku ketika saya bersama mereka," jelas Nubhan yang ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri RIM baru-baru ini.

Ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama untuk memperjuangkan hak, Nubhan memberitahu sebelum ini  dia teragak-agak kerana tidak pasti sama ada boleh menuntut haknya atau tidak.

"Ketika menyertai  Artistes United Record, saya tidak pernah menandatangani sebarang kontrak. Sebab itu saya tidak tahu tentang royalti dan hak-hak yang lain. Bersama mereka, saya muncul dengan album pertama berjudul 'Langkah Nubhan' yang memuatkan beberapa lagu popular seperti Oh! Juwita dan Seadanya Aku. Bukan saya tidak pernah bertanyakan tentang kontrak, tetapi mereka banyak berdolak-dalih. Sebagai orang baru ketika itu, saya tidak mahu buat kecoh kerana bimbang ia boleh menjejaskan peluang saya dalam industri. Jadi, saya banyak bersabar.

Sebaik meninggalkan syarikat pengurusan itu, saya mula terfikir untuk ambil tindakan. Tetapi, saya tidak mahu terburu-buru kerana perlu kumpul bukti. Lebih sukar syarikat itu sudah tidak  beroperasi sekarang ini. Walau bagaimanapun, saya akan ambil tindakan terhadap individu yang bertangungjawab. Peguam pun sudah jelaskan bahawa kami mempunyai kes terhadap individu itu " ulas Nubhan berterus-terang.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berasal dari Negeri Sembilan ini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul Picisan. Lagu yang digubah oleh Taja MUH dan liriknya ditulis oleh Ad Samad ini berkonsep pop dan ia sudah pun dimainkan di beberapa stesen radio tempatan.

"Saya tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap lagu ini kerana tidak mahu kecewa nanti. Namun, saya tetap berharap peminat boleh menerima lagu ini dengan baik. Saya gunakan wang sendiri untuk hasilkan lagu ini, termasuklah pembikinan muzik videonya," ujar Nubhan.

Bermula 19 September ini, Nubhan akan terbang ke United Kingdom untuk mengadakan beberapa persembahan sempena sambutan Hari Malaysia. Kunjungannya ke sana adalah atas jemputan komuniti rakyat Malaysia di sana dan dia cukup berbangga dengan peluang tersebut.

<b>Nubhan</b> Guna Peguam Tuntut Royalti | OHBULAN!

Posted: 12 Sep 2012 10:40 PM PDT

Menerusi laporan portal hiburan Gua.com hari ini, Nubhan telah melahirkan rasa kecewa kerana sepanjang penglibatannya dalam bidang nyanyian ini, dia tidak pernah mendapat duit royalti. Hal ini telah membuatkan Nubhan bersedia untuk memperjuangkan haknya dan dia telah melantik seorang peguam bagi membicarakan hal ini dengan pihak pengurusan yang terdahulu.

Menerusi laporan yang sama, Nubhan menyatakan sebelum ini dirinya teragak-agak untuk menuntut hak tersebut dan ketika dia menyertai Artistes United Record, dia tidak pernah menandatangani sebarang kontrak. Disebabkan hal itu, Nubhan tidak tahu mengenai royalti dan hak-hak yang lain sebagai seorang artis.

Kata penyanyi ini lagi, terdahulu dia ada mengajukan soalan berkaitan kontrak, akan tetapi pihak pengurusan Artistes United Record berdolak-dalih dan memberikan pelbagai alasan. Sewaktu bersama syarikat pengurusan tersebut, Nubhan telah mencul dengan album pertamanya berjudul "Langkah Nubhan" yang memuatkan beberapa lagu popular seperti Oh! Juwita dan Seadanya.

Merujuk perkembangan terbaru, Nubhan kini sedang mempromosikan single terbarunya berjudul Picisan. Lagu ini digubah oleh Taja, Kumpulan Meet Uncle Hussain, dan liriknya ditulis oleh Ad Samad. Lagu berkonsepkan pop ini sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio tempatan.

Bagi menceriakan hari anda, jom layan lagu Picisan ini dulu!

<b>Nubhan</b> Bakal Ke United Kingdom Dengan Adira

Posted: 12 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER 2012: Pelantun lagu Ada Untukmu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad mengakui bakal berangkat ke United Kingdom (UK) bersama Adira pada 19 September nanti.

Bagaimanapun, Nubhan menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pelantun lagu Ku Ada Kamu itu. Sebaliknya, Nubhan memberitahu dia ke sana atas urusan kerja yang mana kedua-dua bekas pelajar Akademi Fantasia ini bakal mengadakan persembahan sempena menjayakan Hari Kemerdekaan negara di sana,

"Saya akan berangkat ke UK pada 19 September depan. Saya akan pergi bersama Adira dan rombongan Wealth iaitu orang yang menjemput kami berdua ke sana.

"Undangan berkenaan bersempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia yang diadakan di UK. Selepas itu, saya juga akan mengadakan persembahan di Ireland, Manchester dan London.

"Ini pertama kali saya mengadakan persembahan di sana dan berasa amat teruja sangat. Selain mendendangkan lagu sendiri, saya juga diminta mendendangkan lagu tradisional. Insya-Allah, saya akan menyanyikan lagu dari Allahyarham Dato Ahmad Jais dan lagu-lagu seperti Warisan dan Pantun Budi," katanya kepada murai.com.my.

Bakal berada di UK selama dua minggu dan pulang pada 3 Oktober nanti, Nubhan memberitahu dia akan mengumumkan satu perkara penting selepas 10 September ini. Pun begitu, dia secara rasminya telah m pun menandatangani kontrak selama setahun dengan syarikat rakaman Nova Music.

"Saya bukannya seorang yang banyak songel dan cerewat. Ada sebab yang membuatkan saya keluar dari syarikat rakaman sebelum ini dan bergerak secara sendiri.

"Apapun, selepas cuba bergerak menerusi pengurusan sendiri, hakikatnya ia satu perkara yang sangat sukar.Sepertimana yang saya lakukan terhadap lagu Picisan. Lagu ini adalah hasil ciptaan Taja dan lirik oleh Ad Samad. Saya masih lagi menunggu respon peminat terhadap lagu ini. Bagaimanapun, saya sekarang dalam perancangan untuk muncul dengan sebuah lagu duet tidak lama lagi," jelasnya.

Mengulas mengenai pasangan duetnya itu, Nubhan yang pernah mengadakan persembahan di Indonesia turut menyimpat hasrat untuk menyanyi dengan penyanyi dari seberang.

"Susah betul nak duet dengan artis luar. Susahnya kerana terpaksa menunggu masa yang lama. Oleh itu, mungkin untuk lagu terbaru nanti, saya akan berduet dengan artis tempatan saja.

"Saya tidak kisah siapakah artis itu. Tapi, kalau boleh saya mahu artis yang sudah established dan mempunyai nama besar. Artis baru pun boleh, tapi sebolehnya biarlah penyanyi yang akan berduet dengan saya itu bersesuaian dengan konsep lagu yang saya bawakan nanti.

"Selain menyanyi, selepas pulang dari UK nanti saya akan beraksi dalam sebuah filem. Apapun, saya belum boleh cakap lebih -lebih lagi kerana segalanya belum muktamad. Yang pasti, saya berasa teruja kerana saya adalah teraju utama filem ini," ujarnya.

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


<b>Mia Sara</b> Then and Now

Posted: 22 Aug 2012 09:18 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Mia Sara is known for playing Sloane Peterson in a 1986 teen comedy Ferris Bueller's Day Off. See what the actress looks like today... Then: mia-sara. Now: mia-sara. Source. Video of the Day. Follow us. Facebook · Twitter · Digg · Feedburner ...

Saya tidak makan hasil duit <b>Mia Sara</b> : Bapa <b>Mia Sara</b> | Sikit Info

Posted: 18 Aug 2012 01:08 AM PDT

Anak kecil ini diramalkan punya masa depan cerah dalam bidang lakonan.

MEMIKUL tanggungjawab bapa kepada pelakon cilik popular, Mia Sara Nasuha bukan satu perkara mudah. Macam-macam kerenah yang perlu dilayan kerana anak kecilnya itu memerlukan perhatian sang bapa. Tambahan pula kali pertama berurusan dengan orang industri. 

Bagaimanapun, kewajipan itu tidak sesukar jika dibandingkan dengan pandangan masyarakat sekeliling terhadap dirinya. Anak kecil berusia enam tahun itu disifatkan sebagai lubuk emas.

Tambahan pula banyak tawaran yang datang, sekali gus menaikkan saham dirinya sebagai orang tua kepada Mia Sara.

Lantaran itu, tersebar cerita berbaur cemburu mengenai kewibawaan dirinya yang dikatakan memakan hasil pendapatan anak sendiri. Itu termasuk meminta Mia Sara bekerja sampai lewat 2 atau 3 pagi bagi menjayakan sebuah drama bersiri.

"Saya bukan seorang bapa zalim. Membiarkan darah daging sendiri bekerja siang dan malam tanpa belas kasihan," bicara awal Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh membuka cerita gosip membabitkan namanya itu.

Terus-terang, dia sudah menjangkakan penyebaran cerita tidak berasas itu seawal dia membawa masuk anak ke dalam industri seni tanah air tahun lalu.

Cuma menunggu masa sahaja untuk membiarkan dirinya 'ditembak' dengan persoalan sedemikian rupa. Lantaran itu, Muhammad Ridhuan mengambil pendekatan bertenang menjawab semua persoalan sewaktu bertemu di sidang akhbar pelancaran drama bersiri komedi Cuak untuk siaran Astro Ceria di Ampang, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

"Saya tahu, pasti akan ada cerita kurang manis macam ini sewaktu awal melangkah masuk dalam industri lagi. Pasti akan keluar cerita kurang senang tentang saya yang tak bekerja tetap. 

"Sebenarnya, saya bekerja sebagai pegawai pemasaran dahulu tapi berhenti kerja semata-mata memberikan tumpuan kepada Mia.

"Saya memang seorang cukup cerewet dalam penjagaan Mia. Saya kena pastikan waktu rehat, tidur dan keperluan vitamin mencukupi supaya dia boleh membesar normal seperti kanak-kanak lain," katanya lagi.

Bapa tunggal ini juga menafikan dia menggunakan sumber pendapatan berlakon Mia Sara untuk menyara tiga lagi anaknya iaitu Adriana Izzati, 10, Muhammad Danish Iman, 7, dan Amani Iman, setahun.

"Tak adil menuduh saya sebegitu seolah-olah nampak sangat teruk," tingkah Muhammad Ridhuan menolak dakwaan tersebut.

Demi keselamatan anak ketiganya itu, Muhammad Ridhuan juga sanggup mencari penjaga wanita yang bertindak sebagai peneman Mia Sara. Walaupun hakikatnya, dia sukar untuk percayakan orang lain. 

"Dia masih memerlukan saya untuk melayan kehendak dirinya. Sudah pasti cara kita melayan anak orang berbeza dengan kita melayan anak sendiri. 

"Sebab itu, saya pastikan dia sentiasa dalam lingkungan pemerhatian saya. Hadir pada setiap waktu makan dia dan bagi sediakan air andai dia kehausan, walaupun terpaksa berulang ke set lokasi berulang kali," ceritanya. 

Ditanya adakah dia mengetahui gerangan siapa yang mencacatkan kredibiliti dirinya sebagai bapa Mia Sara, lelaki ini terdiam. Katanya, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak tetapi lebih gemar bersikap memaafkan.

Baginya, kebenaran pasti akan diketahui kelak. Apa yang mampu dibuat adalah berdoa keselamatan anaknya.

Anak jati Melaka ini juga menjelaskan bahawa dia tidak mengabaikan tanggungjawab memberi pendidikan terbaik buat Mia Sara. 
"Saya tak mahu dia terlalu leka dengan lakonan dia. Memang saya ada rancang sesuatu untuk masa depan Mia. Seperti mana yang dilakukan oleh mana-mana bapa di dunia ini," katanya penuh optimis sebelum mengakhiri pertemuan.

Credits: utusan.com my

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


<b>Remy Ishak</b> Wajah Muka Hadapan Majalah August Edisi Ogos 2012 <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2012 12:31 PM PDT

Remy Ishak Wajah Muka Hadapan Majalah August Edisi Ogos 2012

Jarang sebenarnya untuk kami paparkan selebriti lelaki yang menjadi penghias muka hadapan sesuatu majalah tetapi yang ini terlalu bagus untuk kami biarkan.

Remy Ishak yang kini boleh di'katakan secara tidak rasmi memegang status Hero Malaya muncul sebagai penghias muka hadapan majalah untuk lelaki, AUGUST edisi Ogos 2012.

Mengenakan persalinan mewah Gucci, tidak banyak perkara baru di'kongsikan Remy Ishak dalam keluaran majalah ini tetapi bagi beliau Ogos sesuatu yang bermakna.

Menurut kekasih Tiz Zaqyah ini, bulan Ogos 2012 merupakan sesuatu yang bermakna untuk beliau kali ini kerana filem baru lakonan beliau 29 Februari bakal muncul di'pawagam.

Atas sebab itu juga beliau tidak teragak agak untuk berkata ya apabila di'tawarkan untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah August edisi terbaru ini.

Related Posts
Categories
Tag

<b>Remy Ishak</b>, Tiz Zaqyah Bakal Bercuti Ke Eropah?

Posted: 12 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2012: Nampaknya hubungan antara pelakon jelita Tiz Zaqyah dan Remy Ishak semakin akrab apabila mereka sama-sama bakal terbang ke Eropah pada Oktober ini selama lebih 20 hari.

Bukan sekadar ingin menghirup angin segar dan bercuti bersama, tetapi pasangan dua sejoli ini sekali lagi akan bergandingan dalam memegang watak kekasih untuk drama bersiri, Cinta Jangan Pergi sepanjang berada di sana.

Ditemui ketika majlis pengumuman duta baru May, disini sebentar tadi, Tiz Zaqyah berkata dia dan Remy Ishak sekali akan disatukan dalam drama bersiri romantik arahan Kabir Bhatia yang akan menjalani proses penggambaran lebih tiga bulan.

"Cinta Jangan Pergi adalah drama bersiri 26 episod yang menceritakan kisah percintaan antara Lea Soraya lakonan saya dan Khalil lakonan Remy Ishak yang sama-sama menuntut di London.

"Sesi penggambaran akan diadakan di beberapa bandaraya indah seperti London dan Paris yang memerlukan kami berada di sana lebih 20 hari. InsyaAllah kami akan bertolak sekitar 15 atau 18 Oktober ini," katanya kepada murai.com.my.

Jelas Tiz Zaqyah, berlainan dengan watak yang pernah dipegangnya sebelum ini, watak Lea Soraya memerlukan dia berambut pendek dan merupakan seorang wanita yang teratur dalam menguruskan kehidupannya.

Malah kata Tiz Zaqyah, dia amat berbesar hati kerana skrip drama berkenaan yang ditulis sendiri oleh Mira Mustaffa iaitu isteri kepada Kabir Bhatia, diilhamkan khusus buat dirinya.

"Setakat ini kami sudah memulakan beberapa babak penggambaran di sini yang seterusnya akan disambung di Eropah kelak. Kemudian penggambaran akan disambung semula di dalam negara. InsyaAllah," katanya.

Bukan mengejar populariti atau anugerah, kata Tiz Zaqyah drama berkenaan akan ditayangkan di TV9 apabila ianya siap sepenuhnya nanti.

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Gambar <b>Elly Mazlein</b> Bertudung

Posted: 14 Jul 2012 05:01 AM PDT

Salam semua,

Terkini, Elly Mazlein yang telah menjadi tunangan orang pada 29 Mei 2012 yang lalu tampil bertudung. Walaubagaimanapun, Elly Mazlein tampil bertudung bukanlah atas dasar prinsip mahu bertudung sepenuhnya tetapi untuk lakonan dalam drama Bazar Al-Mubarak untuk bulan puasa nanti.

Apakah perkembangan kerjaya anda sekarang?
Ketika ini saya sedang sibuk menjalani beberapa penggambaran drama dan telefilem. Yang terbaharu, saya kini menjalani penggambaran drama sitkom berjudul Bazar Al-Mubarak yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

Asyik sibuk dengan dunia lakonan, bagaimana pula dengan karier sebagai penyanyi?
Karier nyanyian saya masih lagi diteruskan dan banyak terlibat dengan beberapa projek seperti merakamkan lagu runut filem iaitu Awan Dania The Movie dan Aku, Kau Dan Dia.Pada bulan puasa ini saya akan berehat sebentar daripada dunia lakonan kerana akan masuk studio untuk menghasilkan single terbaharu. Cuma, saya tidak dapat menceritakan lebih lanjut mengenainya, tetapi lagu sudah ada dan kini tinggal masa untuk merakamkannya sahaja.Anda dilihat bertudung.

Adakah ini penampilan terkini anda?
Ketika ini saya masih lagi belum bertudung dan penampilan saya sekarang ini kerana menjalani penggambaran drama yang sedang saya lakonkan sekarang. Dalam drama ini saya membawakan watak sebagai Milah, seorang janda yang berniaga kuih-muih di bazar semasa bulan Ramadan.

Sama-sama kita doakan moga Elly Mazlein akan terbuka hati untuk bertudung kelak.

Sumber : bulanpurnama


Respon

Gambar <b>Elly Mazlein</b> Manis Bertudung | Blog Berita Online

Posted: 12 Jul 2012 10:12 PM PDT

Elly Mazlein dah mula bertudung? Bagaimanapun gambar Elly Mazlein bertudung ni hanyalah kerana peranannya untuk drama sitkom berjudul Bazar Al-Mubarak yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Dalam drama itu, Elly Mazlein membawa watak sebagai Milah, seorang janda yang berniaga kuih-muih di bazar semasa bulan Ramadan.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Gambar <b>Erra Fazira</b> di Rumah Terbuka Cube Film | Sensasi Selebriti

Posted: 05 Sep 2012 09:30 AM PDT

Gambar Erra Fazira di Rumah Terbuka Cube Film.

Pada jam 7 malam tadi telah berlangsung Rumah Terbuka Cube Film bergabung dengan artis dari Indigital Sdn Bhd. Maka meriahlah suasana dengan pelakon drama dan juga penyanyi. Antara yang hadir ialah Erra Fazira.

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

Erra Fazira

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

<b>Erra Fazira</b> Ralat, Tarik Diri Sebagai Tun Siti Hasmah – Perak Today

Posted: 04 Sep 2012 07:01 PM PDT

Pementasan teater Tun Siti Hasmah yang sepatutnya dijadualkan bermula pada 30 Ogos 2012 lalu mencetuskan tanda tanya di kalangan pihak media dan khalayak penonton. Apakah statusnya kerana setakat ini tiada sebarang promosi dilakukan pihak penganjur terhadap teater tersebut.

Malah, tunggak utamanya iaitu , Erra Fazira yang memegang watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah pula telah mengumumkan untuk menarik diri daripada terlibat dalam pementasan tersebut. Ketika dihubungi portal murai.co.my, Erra Fazira nyata ralat serta turut menjelaskan situasi sebenar yang telah berlaku.

"Ya memang benar saya telah menarik diri daripada menjayakan teater Tun Siti Hasmah dan saya telah berbincang dengan produksi mengenai hal ini dan mereka maklum dengan situasi dan keadaan saya.

"Walaupun di hati saya terasa begitu ralat kerana tidak dapat membawakan watak salah seorang daripada idola yang saya sangat kagumi namun saya akur dengan situasi yang menuntut saya untuk menarik diri.

"Perkara ini disebabkan jadual saya yang telah disusun pada awalnya untuk memberi ruang kepada sesi latihan dan pementasan yang sepatutnya berakhir sehingga 10 September. Namun sehingga akhir ramadan tiada sebarang perkembangan mengenai latihan dan skrip untuk teater tersebut.

"Jadi saya sudah berbincang dengan Datin Paduka Umie Aida selaku penganjur dan dia juga sudah jelas mengenai komitmen saya yang lain kerana mengikut jadual sesi latihan sepatutnya sudah bermula dan tarikh pementasan pula sepatutnya akan bermula pada 30 Ogos ini,"jelasnya panjang lebar.

Ditanyakan mengenai hal penarikan dirinya ini seolah-olah mengikuti jejak langkah Adlin Aman Ramlie dan Zizan Nin, Erra menegaskan bahawa situasinya berbeza kerana dia memang menunggu saat untuk tampil sebagai Tun Dr Siti Hasmah.

"Kalau saya dapat menukar tarikh untuk disamakan dengan tarikh baru pementasan teater itu, mungkin saya akan mampu menjayakan watak tersebut, tetapi selepas 10 September saya akan berada di Singapura atas urusan lain.

"Semua orang juga sudah sedia maklum bahawa lokasi di Istana Budaya mempunyai protokol sendiri dan slot-slot yang telah ditetapkan tidak sewenang-wenangnya boleh ditukar untuk mengikut jadual para pelakon dan saya hormati perkara tersebut,"tambah aktres cantik ini lagi.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh wakil penganjur yang juga teman rapat Erra sendiri iaitu Umie Aida yang telah tampil membuat kenyataan.

-murai.com

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


<b>Rosyam Nor</b> Salahkan Pelakon Jika Drama “Trilogi <b>...</b> - Mybloghub

Posted: 30 Aug 2012 02:53 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Rosyam Nor Salahkan Pelakon Jika Drama "Trilogi Cinta 2″ Tak Berjaya. Posted by mybloghub. Share. OH BULAN SAYS. Drama "Trilogi Cinta" sebelum ini pernah mencipta kejayaan yang memberangsangkan apabila ...

"Trilogi Cinta 2" gagal, <b>Rosyam Nor</b> salahkan pelakon - Tupai

Posted: 03 Sep 2012 07:00 PM PDT

Drama "Trilogi Cinta" sebelum ini pernah mencipta kejayaan yang cemerlang apabila berjaya mencatatkan rating hampir dua juta penonton setiap episod ketika ditayangkan di TV1. 

Kini, drama ini kembali semula dengan "Trilogi Cinta 2″ kesinambungan dari siri yang pertama. Ia mengisahkan tentang rumahtangga Norjinah (Fouziah Ghous) dengan Razif (Rosyam Nor). Hubungan Norjinah dan Razif diuji sekali lagi. Bagaimana Norjinah menghadapinya? 

Dalam sidang media yang diadakan di FINAS baru- baru ini, pengacara majlis turut memetik kata-kata azimat dari Rosyam Nor sendiri. Rosyam menegaskan bahawa filem ini sememangnya mempunyai aura yang tersendiri dan mampu memikat hati penonton dengan jalan cerita yang menarik. 

"Kalau drama ini tidak berjaya, bukan salah skrip atau pengarah, tapi salah pelakonnya." Ujar Rosyam Nor. 

Siri baru "Trilogi Cinta" ini juga bakal menampilkan watak-watak baru yang akan dipegang oleh Rita Rudaini dan juga Rebecca Nur Islam. Selain itu, Rosyam turut menampilkan empat orang pelakon baru dari rancangan mencari bakat baru "Pilih Kasih 3" dan juga dua orang dari "Pilih Kasih 2". 

Drama ini berkemungkinan mampu memberikan mereka pendedahan yang lebih kerana ia mempunyai peminatnya yang tersendiri. 

Rosyam menjelaskan, "Saya sasarkan rating lebih dari dua juta penonton. Saya berani cakap juga yang musim kedua "Trilogi Cinta" lebih bagus dari musim pertama." 

Dalam pada itu, sebuah novel yang diadaptasi dari siri pertama "Trilogi Cinta" berjudul "Yang Indah Hanya Mimpi" turut dilancarkan. Apa yang menarik, ini adalah kali pertama sebuah novel diadaptasi dari drama berbanding drama ataupun filem yang selalunya diadaptasi dari novel.

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


Erra Fazira Tarik Diri & <b>Lisa Surihani</b> Bakal Bawa Watak Tun Siti <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 01:17 AM PDT

Erra Fazira Tarik Diri & Lisa Surihani Bakal Bawa Watak Tun Siti Hasmah

Maaf jika kami bersikap perlahan tetapi kami baru sahaja mendapat tahu yang Erra Fazira telah pun sah menarik diri dari pementasan Teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya.

Alasan Erra Fazira tidak dapat meneruskan tugas membawa watak utama iaitu Tun Dr. Siti Hasmah adalah kerana jadual kerja yang bercanggah selepas pementasan tertangguh.

Teater Tun Siti Hasmah di'jadualkan bermula pada 30 Ogos 2012 ini namun khabar terbaru mengatakan tarikh baru sudah di'anjak ke 14 September 2012 sebagai tarikh mula.

Menariknya, Media Hiburan hari ini melaporkan yang tugas Erra Fazira bakal di'galas oleh Lisa Surihani yang sebelum ini di'ura urakan sebagai pilihan kedua produksi.

Pementasan teater kali ini kembali menampilkan Esma Daniel sebagai Tun Mahathir & Nazim Othman di'beri cabaran membawa watak Tun Mahathir ketika muda.

Related Posts
Categories
Tag

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


Firdaus ft. Youk (Bunkface) & Faris (<b>Awanband</b>) - Indie Mp3 Download

Posted: 18 Aug 2012 01:14 PM PDT

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


Syukur - <b>Altimet</b> @Lagubestbest Lyrics

Posted: 02 Sep 2012 10:50 PM PDT

Tajuk Lagu: Syukur
Album: -
Artis: Altimet

Muzik Video: Syukur - Altimet

Lirik Lagu: Syukur - Altimet

Pukul 6 pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi
Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti
Terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali
Kita semua selari
Motor kereta bas LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani
Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
http://lirik-lagu-best.blogspot.com
Masih ada mentari, jadi

Chorus
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Bil datang lagi
Seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari
Sebelum bekalannya di mati
Terngiang rintihan ibu dan bini
Kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini
Mlihat tempat indah dikaca TV
Di otakku hanya periuk nasi
Bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi
Ditabung yang lebih di dalam laci
Hasil usaha keringat di dahi
Kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki
Sehingga ku jumpa apa yang dicari jadi

Ulang Chorus

Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi
Tapi aku tetap kembali, jadi

Ulang Chorus

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


Tirai HiduP PelaNgi Sepi: <b>Gambit Saifullah</b> artis penuh kontroversi <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2012 11:34 AM PDT

KONTROVERSI demi kontroversi membelenggu sebaik melangkah ke dunia seni. Bermula dengan sikap dirinya yang dikatakan sombong dan bongkak, dia juga dianggap sebagai seorang artis yang bermulut lepas.Pun begitu puncak segala kontroversi ....
mengenai diri sang pelakon bernama Gambit Saifullah ini tentunya perihal video klip penyanyi Prema Yin, Marilah yang diarahkannya yang dikatakan berunsur lucah sehingga menimbulkan kemarahan khalayak.
Sejak tercetusnya isu panas itu kira-kira dua tahun lalu, pelbagai pihak mengecam pelakon tersebut hingga akhirnya nama Gambit itu sendiri lenyap dari dunia seni.
Biar sudah memohon maaf atas keterlanjuran itu, empunya badan sendiri juga seakan-akan menyepikan diri dan kemudian 'hilang' dari arus seni.
Tetapi hari ini, dia kembali. Kembali dengan semangat dan tekad baru.
"Ya! Saya mahu berubah. Berubah ke arah yang lebih baik, sudah tentu," katanya kepada Hits lewat pertemuan dengan aktor muda itu baru-baru ini.
Mungkin semakin matang mengharungi kehidupan sebagai anak seni, Gambit yang kini berusia 27 tahun merendah diri memberitahu dia berharap diterima peminat seada dan selayak dirinya.
"Saya hanya mahu menjadi diri saya. Cuma saya tak tahu nak jadi macam mana? Bila saya terlalu berterus terang, orang kata saya lantang. Tapi kalau saya tak suarakan apa yang terbuku, akan memakan diri saya pula.
"Saya tidak mahu jadi hipokrit," tegasnya.
Mengakui mungkin sikap dirinya itu tidak boleh diterima sesetengah pihak namun dalam masa yang sama Gambit juga berusaha untuk memperbetulkan pelbagai persepsi negatif terhadap dirinya.
"Jujur dan berterus terang. Itu adalah saya. Saya tak ada niat jahat. Bagi saya setiap orang ada tanggungjawab terhadap apa yang dilakukan," katanya.
Sebab itu tegasnya, biar bergelar pelakon, dia tidak mengejar glamor dan kemasyhuran sebaliknya cuba memberikan yang terbaik untuk masyarakat, mahu berbuat sesuatu yang memberi impak kepada khalayak.
Biarpun mengakui bahawa kedua-dua aspek itu perlu bagi seorang pelakon namun katanya, dia lebih mengimpikan kepuasan diri.
"Kalau diberi pilihan, antara tawaran yang lumayan tetapi melakonkan perkara yang saya tidak suka, saya lebih rela bergaji rendah tetapi watak saya memberikan kepuasan kepada diri dan memberi impak kepada masyarakat," ujarnya.
"Saya mahu orang melihat sisi baik saya. Malang sekali mereka melihat sebaliknya," kata Gambit atau nama sebenarnya Saifullah Rosli.
Dia beranggapan mungkin dengan pelbagai isu panas yang mengaitkan dirinya, dia tidak menanganinya dengan berhemah menyebabkan banyak pihak yang salah faham.
"Dulu saya mungkin rebel. Cakap direct. Malah saya akui ketika tercetusnya isu klip video itu adalah masa paling drastik dalam hidup saya. Ia kemuncak segala kontroversi yang melanda," katanya.
Namun segala-galanya berubah selepas pulang dari mengerjakan umrah kira-kira dua tahun lepas. Katanya, banyak perkara yang diperoleh dalam pengembaraannya ke Tanah Suci itu.
Malah dia menganggap ia satu perjalanan yang membuka hatinya kepada banyak perkara berkaitan kehidupan.
"Perjalanan itu menyedarkan saya bahawa hidup kita bukan tentang materialistik semata-mata," katanya.
Menegaskan bahawa dia seorang lelaki yang berpegang teguh pada prinsip, pengalaman yang dilalui sepanjang bergelar anak seni juga mematangkan diri.
Dan pada ketika dia melalui saat-saat sukar dan keliru, ketika itulah juga tawaran berlakon datang mencurah-curah.
"Saya kecewa, keliru dan gundah dengan segala kontroversi. Saya fikir, biar saya relaks dulu. Pada masa yang sama, saya pergi mengembara. Dari situ, saya kemudiannya menerbitkan program televisyen.
"Saya beruntung dan bersyukur kerana bertemu dengan pasukan kerja yang betul yang membuatkan saya ingin terus berada dalam dunia ini. Mereka membuatkan saya kuat dan bersemangat," katanya.
Kini lebih senang menumpukan perhatian kepada bidang penerbitan namun tegas Gambit, dia juga tidak melupakan bidang lakonan yang menjadi minatnya.
"Saya mahu orang nampak apa yang saya buat dan dapat membawa masyarakat ke arah yang lebih baik tidak kira dari segi lakonan mahupun penerbitan," katanya lagi.

Aida Aris - Google Blog Search

Aida Aris - Google Blog Search


Sekitar majlis pernikahan pelakon <b>Aida Aris</b>

Posted: 04 Sep 2010 08:00 PM PDT

Tahniah! Dengan sekali lafaz, aktres Aida Aris, 38, sah bergelar isteri kepada duda anak dua, Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain, 38, di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10.45 pagi di Taman Sierra Ukay, kelmarin 4 September 2010. Kedua mempelai dinikahkan dengan mas kahwin RM330. Aida turut menerima hantaran berupa sebentuk cincin daripada pihak lelaki dan membalas kepada pasangannya dengan hantaran yang sama. Turut hadir memeriahkan majlis adalah pelakon Sharifah Haslinda dan suami, Datuk Seri Reezal Merican Naina. -mStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.

Kekasih <b>Aida Aris</b> ke nie?

Posted: 17 Aug 2010 11:00 PM PDT

Dalam rancangan Galaksi TV9 baru-baru ini, pelakon Aida Aris ada diwawancara. Dalam rancangan tue, terselit seseorang jejaka yang bernama 'Farid'. Mengikut isinya, Farid ni seorang yang kuat baca buku dan juga bekas teman belajar kepada suami Sharifah Norhaslinda adik-beradik kepada Sharifah Shahira dan isteri keapada Datuk Reezal Merican. Mengikut pandangan, mungkin Farid ni daripada golongan VIP kot. Nampak penampilannya yang segak. Kalau betul, bertuah badan lah Aida Aris ni. Peace.

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.