Nuffnang

Selasa, 30 Oktober 2012

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


Tiada Cincin Di Jari, <b>Elly Mazlein</b> Serba Salah

Posted: 18 Oct 2012 02:38 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

SUBANG, 18 OKTOBER 2012: Jadi serba salah pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, 32, dibuatnya apabila ditanya salah seorang wakil pihak media tentang ketiadaan cincin tunang di jari manisnya.

Bertambah serba salah lagi apabila dia mula berbicara soal single terbarunya berjudul Sabarlah Hati, di mana liriknya berceritakan kisah pasangan bercinta yang terputus di tengah jalan.

Lebih ironik lagi, apabila Elly Mazlein seolah-olah enggan bercerita lebih lanjut berkenaan tunangannya, Azmi Mohd Hata,37, apatah lagi untuknya memperkatakan soal perancangan perkahwinan mereka berdua, meskipun sudah lebih setahun mengikatkan tali pertunangan.

"Kepada sesiapa yang mengenali diri saya, saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi dengan sesiapa. Dalam apa juga hal sekalipun biarlah saya pendamkan dulu.

"Nanti bila tiba masa yang sesuai barulah saya umumkan kepada semua. Perkara yang sama juga saya lakukan ketika ingin bertunang dulu.

"Berkenaan cincin yang tak ada di jari saya ini, kerana saya terlalu tergesa-gesa untuk menghadiri majlis hari ini. Jadi tak sempat nak pakai," katanya dengan nada penuh misteri.

Elly Mazlein ditemui ketika majlis pelancaran trailer filem Awan Dania The Movie bersama-sama pelakon utama filem berkenaan, Scha Al-Yahya, Rusdi Ramli, Jehan Miskin dan tidak ketinggalan pengarah, Rashid Sibir.

Jelas Elly Mazlein yang memegang watak sebagai Tania dalam Awan Dania The Movie, dia tidak pernah meletakan masa atau durasi tertentu untuk disatukan dengan pengarah drama dan filem berkenaan.

Bagaimanapun dia redha, bila tiba masa dan waktunya, pasti mereka berdua akan disatukan tanpa sebarang desakan daripada sesiapa mahupun keluarga terdekat.

"Saya bernasib baik kerana keluarga saya sangat memahami diri saya. Mereka tidak pernah mendesak untuk saya kahwin cepat walaupun saya sedar usia saya sudah semakin meningkat. Sebab yang nak kahwin nanti adalah saya, bukannya mereka.

"Umur saya semakin lanjut atau tidak itu bukanlah masalah besar buat saya. Asalkan saya tak nak merana dikemudian hari, itu yang lebih utama. Kerana tidak semua perhubungan itu akan kekal sampai bila-bila," katanya penuh misteri.

Bercerita mengenai single terbarunya selepas lebih tujuh tahun tidak menyanyi, jelas Elly Mazlein lagu ciptaan Manusia Putih itu tiada kena-mengena dengan perjalanan hidupnya sekarang ini, bagaimanapun mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat secara menyeluruh.

"Ia hanyalah sebuah lagu dan saya tak nak peminat memberi tanggapan berbeza dengan kehadiran lagu ini meskipun ianya sebuah lagu balada yang sangat menyentuh hati.

"Kadang kala, kita tak ada cara untuk berkongsi rahsia dan lagu ini adalah cara untuk saya berkongsi perasaan. Saya harap lagu ini akan sampai ke hati peminat saya di luar sana," katanya bagaikan berteka-teki.

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Maya Karin &#39;Dating&#39; Bersama <b>Remy Ishak</b> Sebelum Terbang Ke <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 05:39 PM PDT

Maya Karin 'Dating' Bersama Remy Ishak Sebelum Terbang Ke NepalBukan pertama kali pasangan ini di'kaitkan bersama dan kini selepas masing masing kembali solo, nampaknya hubungan mereka kembali menjadi perhatian peminat.

Gandingan menjadi mereka dalam filem Cun pernah timbulkan spekulasi yang Remy Ishak pernah menyimpan perasaan cinta terhadap Maya Karin — dan dinafikan.

Peminat hiburan di forum Cari hari ini mendedahkan yang ada beberapa orang terserempak dengan pasangan ini sedang keluar bersama di pusat membeli belah The Curve.

Sekitar 10.00 malam tadi, beberapa status timbul di Twitter mengatakan mereka nampak Maya Karin & Remy Ishak sedang menikmati makan malam bersama di sebuah restoran.

"Remy Ishak sedang asyik dating dengan Maya Karin di Sakae Sushi, The Curve," tulis seorang pengguna Twitter sekitar 9.00 malam tadi, dan ya kami susun semula ayatnya.

Kami sangat pasti jika di'ajukan soalan tentang hubungan ini kepada mereka, jawapan berjumpa sebagai kawan biasa pasti menjadi penyelamat. Tidak mengapa, masing masing solo.

Dalam perkembangan berkaitan, Maya Karin bakal bertolak ke Nepal hari ini untuk menjayakan misi beliau memanjat gunung di'sana seperti yang di'laporkan media sebelum ini. Semoga berjaya & selamat pergi juga pulang buat Maya Karin. Remy Ishak sedia menanti di'sini. Eh.

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


14 gambar - majlis bertunang anak <b>rosyam nor</b> - MyArtis

Posted: 14 Oct 2012 12:00 AM PDT


Jika pada 28 Oktober lalu, kami telah siarkan gambar pelamin pertunangan anak Rosyam Nor yang bernama Arniesha Azureen, 23, hari ini kami siarkan pula gambar-gambar pertunangan mereka.

Bagaimanapun, kelibat Rosyam tidak kelihatan dalam gambar ini kerana mungkin Rosyam tidak mahu publisiti tertumpu terhadapnya. Maklumlah... muka Rosyam pun sudah terlalu kerap keluar di media, jadi mungkin beliau lebih mengutamakan ahli keluarganya untuk mengabadikan saat indah itu.

Klik untuk imej besar...

INFO : Isteri Rosyam Nor berbaju kuning (kanan)  
Baju pink (kiri) ibu tunang Arniesha 

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


Gambar <b>Nur Fazura</b> di Pelancaran LUX White Impress Body Wash <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2012 10:16 PM PDT

Pada jam 11 pagi tadi (30 Oktober 2012), Budiey telah meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Pelancaran LUX White Impress Body Wash bersama duta LUX iaitu Nur Fazura di Hotel Westin, Kuala Lumpur.

Pastinya, rahsia kulit cerah Nur Fazura telah diketahui apabila Nur Fazura menggunakan produk sabun mandian yang mempunyai Triple Action System pagi petang dan malam. Patutlah Fazura nampak sentiasa segar, kulitnya cantik dan wangi. Menurut Fazura, mandian baru dari LUX ini memberikan pengalaman mandian yang mewah dan boleh menjaga kulit sentiasa cerah dan segar sepanjang hari.

VIDEO BUAL SANTAI BERSAMA NUR FAZURA

Bukan hanya harumannya memikat, namun LUX White Impress baru ini dapat memberikan mood menawan dan sensual yang boleh meningkatkan potensi dalaman pengguna sekaligus memikat pandangan penuh kagum daripada orang lain.

Gambar Nur Fazura di Pelancaran LUX White Impress Body Wash

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Nur Fazura

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


11 Foto Cukur Jambul Anak <b>Que Haidar</b> & Linda Jasmine | OHBULAN!

Posted: 29 Oct 2012 10:27 PM PDT

Pada hari Ahad lalu telah berlangsungnya majlis cukur jambul untuk Tengku Cleopatra Haidar, iaitu anak kepada pasangan selebriti terkenal Que Haidar dan Linda Jasmine.

Majlis telah diadakan di Restoran Songket, Kuala Lumpur.

Menerusi majlis tersebut, pasangan ini turut menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka Tengku Ratu Haidar, 3 tahun.

Berikut merupakan beberapa foto yang telah dimuat naik menerusi laman Facebook Songket Salikin Sidek :

<b>Que Haidar</b> Ketepikan Jiwa Lakonan Demi Keluarga - Gua.com.my

Posted: 29 Oct 2012 09:00 AM PDT

Para peminat yang merindui lakonan Que Haidar bakal terubat dengan kemunculannya menerusi filem Rock Ooo Rimba Bara (Rock 2) yang bakal berada di pawagam Mac tahun hadapan. Tindakan yang diambil oleh pelakon berbakat tersebut untuk bersara dalam industri sedikit sebanyak mengecewakan pelbagai pihak.

Que telah menyumbangkan suaranya untuk salah satu babak dalam filem Rock 2 bagi menjayakan wataknya sebagai Amy Mat Piah. Dia tidak mengetahui yang dia perlu menyanyi dalam filem tersebut menganggap yang di hanya perlu 'miming' lagu Teratai namun berpendapat yang babak itu memberi pengalaman baru kepadanya.

Kurang berkecimpung dalam dunia lakonan, Que mengakui yang dirinya memandang pelbagai aspek sebelum menerima sesuatu tawaran. Faktor-faktor seperti masa, lokasi, watak dan skrip tidak dinafikan diambil kira.

"Saya menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Rock 2 arahan Mamat Khalid kerana merasakan ini adalah skrip terbaik yang dihasilkan olehnya setakat ini. Manakala kebanyakan pelakon yang terlibat dalam filem ini juga merupakan kawan lama saya," kata Que ketika ditemui di majlis cukur jambul anaknya baru-baru ini.

Dia turut menambah yang Mamat Khalid merupakan pengarah terawal yang mempercayai bakatnya sedari di Akademi Seni Kebangsaan lagi. Que mengakui dirinya rindu untuk datang ke set penggambaraan kerana hampir setahun tidak menjejakkan kaki ke lokasi tersebut.

Que yang baru keluar dari hospital kerana demam yang agak lama kelihatan begitu ceria menceritakan mengenai keletah anak sulungnya, Tengku Ratu Haidar. Ratu begitu rapat dengan adiknya, Tengku Cleopatra Haidar dan sering membuatkan adiknya ketawa.

"Ratu dilihat lebih kearah dunia seni kerana cukup suka menari dan saya nampak bakat yang ada padanya walaupun usianya baru 3 tahun. Saya dan Linda bercadang untuk menghantarnya ke kelas ballet untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang tarian," ujar Que.

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Tak Gentar Dengan Fear Factor Selebriti Malaysia <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2012 11:00 PM PDT

Program Fear Factor Selebriti Malaysia mengukuhkan lagi kedudukan Astro Ria (104) selaku Saluran Hiburan Melayu Utama di negara ini apabila bakal menemui anda di kaca tv tidak lama lagi. Ketahanan fizikal dan mental 30 selebriti tanah air seperti Dafi Ismail, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Farish Aziz, Akim Ahmad, Zoey Rahman, Mejar Dr Faiz dan Gambit Saifullah diuji melalui cabaran-cabaran yang disediakan.

Bertubuh kecil dan cilik bukan menjadi satu batu penghalang buat duta produk Maybelline ini, Elfira Loy untuk menyahut cabaran program realiti ini.

"Kita kena percaya dengan apa yang kita boleh buat. Contohnya pagi tadi, ramai yang tidak menyangka saya dapat melaksanakan cabaran rock climbing. Padahal, saya memang takut sangat dengan cabaran ini kerana ia memerlukan kekuatan tangan dan kaki. Iyalah, jika dibandingkan dengan kemampuan peserta lain terutamanya abang Jehan Miskin, sudah tentu lain kan," ulas Elfira Loy di sidang media yang berlangsung di Batu Caves, pagi tadi.

Keteguhan pendirian Elfira Loy ini turut didokong dengan kata-kata semangat daripada ibunya kerana ia adalah satu peluang yang datang sekali seumur hidup.

"Pada awalnya memang saya takut. Tapi, ibu saya berikan sokongan supaya mencuba. Katanya, kalau tak cuba, kalau tak pergi, nanti menyesal. Setelah hampir seminggu menjalani latihan boot camp, saya akui apa yang ibu katakan itu adalah benar," jelas pelakon ini lagi.

"Bagaimanapun, saya lebih takutkan kucing daripada ular. Saya tak suka benda-benda yang mengejar. Saya juga takut dengan badut," seloroh Elfira lagi.

Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata, "Berbeza dengan Fear Factor luar negara, Fear Factor Selebriti Malaysia akan diuji dengan cabaran melibatkan ketingian, air, api, claustrophobia dan binatang. Manakala, cabaran tidak akan melibatkan makanan kerana ingin menjaga sensitiviti penduduk Malaysia."

Katanya lagi, "Kesemua peserta akan diterbangkan ke Cape Town, Afrika Selatan mulai 23 Oktober – 15 November dan setiap minggu ada peserta yang akan disingkirkan."

Menarik sekali, Fear Factor Selebriti Malaysia ini akan dihoskan oleh bintang paling popular, Aaron Aziz.

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Yuna & <b>Juliana Evans</b> Selamat, Tempat Liyana Jasmay Bakal <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 08:42 PM PDT

 

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Berikutan bencana tersebut, semua pengangkutan awam di Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan. Kota itu juga bergelap akibat terputusnya bekalan elektrik dan kejadian itu dilaporkan sebagai bencana alam paling teruk yang melanda kota metropolitan itu.

Meskipun begitu, media tempatan melaporkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berada di sana berada dalam keadaan selamat, termasuklah tiga artis kita yang kini menetap di sana iaitu Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Yuna Zarai.

Menurut Yuna dan Juliana Evans, tempat mereka yang masing-masing terletak di kawasan Malibu dan Michigan berada dalam keadaan selamat dan tidak dilanda Taufan Sandy.

Kawasan yang didiami oleh Liyana Jasmay bagaimanapun menghadapi sedikit gangguan bekalan elektrik, tetapi masih berada dalam zon selamat.

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>Eira Syazira</b> kongsi kegembiraan mengandung anak sulung - Blogr

Posted: 04 Oct 2012 11:38 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Eira Syazira kongsi kegembiraan mengandung anak sulung Pelakon Eira Syazira tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya setelah disahkan mengandung sulung oleh doktor. Jelas kelihatan Eira Syazira kelihatan berisi dan ...

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> Mengaku Berkawan Rapat Dengan Zalif Sidek – Perak <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 02:32 PM PDT

Pelakon Rafidah Ibrahim (Fida) mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon komedi Zalif Sidek selepas hubungannya dengan pelawak Mamat (Sepah) dan seorang usahawan bergelar 'S' menemui kegagalan.

Fida, 26, berkata, dia mulai rapat dengan Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, 27, sejak dua bulan lalu kerana kesungguhan lelaki itu yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat.

"Kami baru berkawan rapat dan belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada dia (Zalif). Lagi pun, masing-masing masih solo.

"Dia seorang lelaki yang budiman. Saya suka dengan keberanian dan keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam," katanya ketika ditemui mStar Online.

Mengenai keintimannya dengan Zalif yang juga seorang pelakon komedi, Fida berkata, dia mudah tertarik dengan lelaki yang gemar berjenaka dan periang.

"Mungkin secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon komedi. Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka berjenaka dan periang.

"Kalau saya tertekan dengan kerja, Zalif pandai membuat saya ketawa. Dia membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa," kongsinya.

Diusik mengenai desas-desus hubungannya dengan seorang VIP sebelum ini, Fida berkata, mereka semakin renggang kerana perbezaan status dan kesibukan kerja masing-masing.

"Susah untuk kami rapat kerana status dan kedudukannya. Apabila gosip-gosip itu timbul sebelum ini, ia menyulitkan keadaan.

"Kalau saya, mungkin tak ada masalah hendak tangani gosip kerana saya bekerja dalam bidang ini tetapi untuk dia, keadaan itu tidak sesuai untuknya," luahnya.

Dalam perkembangan lain, Fida berkata, dia baru sahaja menyiapkan klip video lagu versi baru Apo Kono Eh Jang yang menampilkan Datuk AC Mizal dan Stellar.

"Klip video lagu itu akan dimuat naik di laman YouTube dalam masa terdekat. Saya harap ia akan diterima baik kerana ada beberapa kejutan dalam video itu nanti," tuturnya.

-mStar Online