Nuffnang

Ahad, 1 Januari 2012

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


(Gambar) <b>Zahiril Adzim</b> dan Sheira Ayob Sah Bergelar Suami Isteri <b>...</b>

Posted:

Sheira menerima hantaran sebanyak RM18,000.00 dari pihak Zahiril Adzim bersama mas kahwinnya RM1,001. Power tu sampai 18k!! Fuh! Majlis reseepsi mereka telah berlangsung di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh dan ...

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


SIAPA TAK KENAL <b>NAJWA LATIF</b>?

Posted: 17 Dec 2011 07:41 PM PST

Full content generated by Get Full RSS.

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: Activate your Email Subscription to: <b>Bront</b> <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2011 03:38 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Hello there,. You recently requested an email subscription to Bront Palarae - Google Blog Search. We can't wait to send the updates you want via email, so please click the following link to activate your subscription immediately: ...

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


<b>Aqasha</b> | 8th Penang Island Jazz Festival 2011

Posted: 19 Oct 2011 10:40 AM PDT

Performances:

  • Saturday, Dec 3rd, 2011 at 3pm at Pavilion Stage, ParkRoyal Resort, Penang
  • Sunday, Dec 4th, 2011 at 4.40pm at Bayview Corner, Bayview Beach Resort

View location map

A multi-talented performer, Aqasha is both at ease in the music and acting areas of the entertainment industry. As an actor, Aqasha has appeared in a number of television shows and dramas among which were "Natasha", "Butakah Cinta", "Dendam" and many others.

AqashaHe has also acted in films such as "Gangster", "Gerak Khas Movie 3" and performed in stage musicals "Rubiah and "Puteri Gunung Ledang". An endorsee of Faith Guitars, Aqahsa has released 2 albums – "Cahaya Hati" and "Impian".

Other members performing together with him are David on percussions and Feri on bass.

Full content generated by Get Full RSS.

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


Malam bersama <b>Lisa Surihani</b> | Pen Merah

Posted: 27 Dec 2011 09:43 AM PST

Waachaaa.

A short update dari aku untuk entri malam ni. Taknak cakap banyak cuma nak bagi korang semua layan gambar dari aku. Tak banyak pun sekeping aje ye buat tatapan korang. Muahahahaa.

IMG 8567 Malam bersama Lisa Surihani

Well? Jeleskahhhhh korang? Oh ye, ni kali kedua aku dapat jumpa Lisa Surihani dan aku tersangatlah hapi bila dia kenal aku. Punya aku eksited tanya dia "kenal saya tak" Ecehhh bajet retis sungguh! Nasib baik dia cakap "kenal, penmerah". Aku tersengih rasa taknak balik rumah bole?

P/s: Full update aku update lusa sebabnya esok aku balik ganu. Fuhh fuhhhh lama meyhh tak balik kampung tercinta. Erkk tercinta kahh? Muahahahaaaa.

Full content generated by Get Full RSS.

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Gambar <b>Remy Ishak</b> dan Tiz Zaqyah Jadi Suami Isteri Dalam <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2011 12:00 AM PST

Pada 31 disember 2011 ini tv3 akan menayangkan sebuah cerekarama Aduh Sayang yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Mereka akan menjadi pasangan suami isteri yang sudah berkeluarga dan ada ramai anak. KP tengok gambar gambar sedutan dari drama ni memang Aduhhhh sayang..Aduh sayang


Tiz dan Remy memang macam sebuah keluarga yang bahagia, ada anak-anak, gambar main main denga anak2..ni mesti cerita kekeluargaan kan..nak tau sinopsis nya..

Sinopsis Aduh Sayang

berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.

Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka.

Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak…
Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.
Cerekarama: Aduh Sayang, 31 Disember, 9.00malam

Full content generated by Get Full RSS.

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>PIERRE ANDRE</b> | NONE SKATEBOARDS

Posted: 31 Dec 2011 02:22 PM PST

Full content generated by Get Full RSS.

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


blog cik Ina Do Do Cheng: <b>Sara Ali</b>-Songlap

Posted: 18 Dec 2011 05:50 PM PST

Salam hari senin......................

Pertama kali nampak Sara Ali ditemuramah ngan wartawan melodi, terus aku jatuh cinta pandang pertama ngan dia, boleh gitu? Biarpun tak pernah lagi tengok lakonan dia, naluri aku dapat rasakan dia pelakon yang hebat.

Tak sabar nak tengok Sara Ali dalam songlap hujung minggu ni, ombak rindu pun aku tak teruja semacam aku teruja ngan songlap . Cara Sara Ali bercakap ngan wartawan melodi tu dapat melambang karekter dia yang sebenar, terpegun aku, perempuan semuda tu berani mematahkan soalan wartawan.Memang padan ngan muka wartawan tu, suka sangat nak tanya soalan yang bukan-bukan.

Perempuan yang berani dan tegas senang buat aku terpikat. Berani dan tegas pun kena bertempat, jangan duk berani kutuk orang dalam blog je. Ada lagi satu jenis perempuan yang aku tak berapa nak berkenan , perempuan yang dengan family sendiri punyalah garang, kalau ngan orang lain boleh masuk dalam kain, hinggakan suami sendiri suruh ambik botol kicap, pun tak nak ambilkan : ( sedihkan.

Full content generated by Get Full RSS.

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Loudspeaker Kurang Sambutan Sebab <b>Faizal Tahir</b>

Posted: 28 Dec 2011 08:00 AM PST

Umum sudah pun mengetahui Konsert Loudspeaker Y2K 11 yang berlangsung pada 25 Disember lalu tidak mendapat sambutan memberangsangkan. Dianggarkan hanya 2,000 orang sahaja yang membeli tiket untuk konsert yang membariskan Faizal Tahir, Wings, Azlan & The Typewriter dan XPDC itu.

Walaupun ada yang percaya cuti hujung minggu yang panjang adalah penyebab kepada situasi itu, tetapi ada juga cakap-cakap belakang yang mendakwa Faizal adalah penyebab utama. Kononnya, genre muzik Faizal tidak klik dengan barisan artis lain.

Mengulas tentang pandangan itu, Faizal yang ditemui selepas konsert berakhir memberitahu dia menganggap mereka yang berpandangan begitu adalah kurang bijak.

"Sebelum saya menerima tawaran daripada pihak penganjur, saya sebenarnya sudah terfikirkan tentang perkara ini. Saya tahu akan ada yang berkata saya tidak 'masuk' dengan barisan artis yang lain. Saya rasa pendapat mereka itu kurang bijak kerana muzik adalah sesuatu yang sentiasa berkembang.

"Secara peribadi, saya berasa bangga kerana dapat berkongsi pentas dengan Wings dan XPDC. Mereka punya nama besar dalam industri dan saya membesar dengan lagu-lagu mereka. Saya juga meminati lagu-lagu mereka. Tapi itu tidak bermakna saya harus meniru muzik mereka," ulas Faizal.

Dalam masa yang sama, penyanyi ini juga merendah diri apabila mengatakan dia masih jauh di belakang jika dibandingkan dengan Wings dan XPDC. Jelas Faizal, masih banyak yang perlu diusahakan untuk dia berada di tempat dua gergasi rock itu.

"Saya seronok dapat bekerjasama dengan orang-orang lama dalam industri sebab saya boleh belajar sesuatu daripada mereka. Selain cara kerja yang berbeza, mereka juga banyak pengalaman dalam persembahan pentas.

"Kalau ada peminat muzik yang tidak suka dengan penyertaan saya dalam konsert ini, itu di luar kawalan saya. Sebagai penyanyi, saya percaya pihak penganjur ada sebab tersendiri membawa saya bersama," ujar Faizal.

Full content generated by Get Full RSS.

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b> Ugut Saman Rotikaya.com ? | wootmedia.MY

Posted: 20 Nov 2011 10:25 AM PST

Berang dengan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya, pelakon lelaki terkenal, Fauzi Nawawi nekad untuk mengenakan tindakan saman terhadap sebuah blog hiburan yang menyatakan beliau mempunyai 'kekasih gelap'.

Dipercayai blog yang dimaksudkan oleh Fauzi ialah Rotikaya.com yang telah menyiarkan sebuah artikel secara eksklusif bertajuk 'Eksklusif: Fauzi Nawawi Kini Miliki Kekasih Simpanan, BBM Sebagai Bukti Skandal', pada 18 November lalu.

Menafikan sekeras-kerasnya gossip tersebut, suami kepada aktres terkenal Lisdawati itu menyifatkan gossip tersebut sebagai fitnah melampau terhadap dirinya dan akan menegakkan kebenaran 'hingga ke lubang cacing'.

"Itu bukan saya, saya akan saman laman gosip itu!

"Walau apa cara sekalipun saya tetap akan membuat tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam usaha menyebar gosip berunsur fitnah ini. Saya akan menegakkan kebenaran walau hingga ke lubang cacing!," kata Fauzi yang dipetik dari laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan.

Mengulas mengenai "screenshot" Blackberry Messenger (BBM) yang dikatakan menjadi punca gosip tersebut, Fauzi memberitahu bahawa beliau telah melihat 'bukti' yang dimaksudkan Rotikaya.com itu dan menyatakan bahawa kandungan BBM itu tidak logik sama sekali.

Selain itu, isterinya juga ketawa saja apabila diberitahu Fauzi mengenai gosip tersebut.

"Saya dah lihat screenshot itu. Ada salah satu kenyataan kononnya saya tulis 'Kak lis'. Saya tak pernah bahasakan diri isteri saya Kak Lis. Saya selalu panggil dia Lis atau Ayang. Secara logiknya, takkan saya nak tulis Kak Lis, lebih baik saya tulis isteri saya saja.

"Lis dah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya ketawa saja," katanya kepada laman blog hiburan berpengaruh, Gua.com.my.

Menurutnya, ini bukanlah pertama kali dirinya dilanda gosip melampau sebegitu dan menegaskan bahawa beliau tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis atau menyaman blog tersebut sekiranya tidak memohon maaf kepadanya.

"Lagipun, ini bukan kali pertama saya kena macam ini. Sebelum inipun saya pernah kena kononnya mengenai video saya dengan Ida Nerina.

"Apa-apapun, jika ia melibatkan maruah, saya memang akan membuat laporan polis. Saya juga tidak teragak-agak untuk menyaman blog yang mengeluarkan artikel tersebut jika mereka tidak memohon maaf kepada saya," ujarnya kepada laman web yang sama.

Sehingga kini, menurut tinjauan Mynewshub.my di Rotikaya.com menunjukkan bahawa laman blog tersebut belum lagi memohon maaf secara terbuka kepada Fauzi dan artikel tersebut masih lagi boleh dilayari di alamat http://www.rotikaya.com/eksklusif-fauzi-nawawi-kini-miliki-kekasih-simpanan-bbm-sebagai-bukti-skandal/.

Bagaimanapun, artikel tersebut turut menyertakan tanda soal (?) pada tajuk artikel tersebut yang menandakan bahawa gosip tersebut hanyalah sebagai satu persoalan yang perlu dijawab. - mynewshub

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • rotikaya com
  • FAUZI NAWAWI
  • gopsip rotikaya
Full content generated by Get Full RSS.

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


<b>Fouziah Gous</b> dirasuk | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 06 Jul 2011 07:37 PM PDT


BARISAN karyawan filem (dari kiri) Frank Peterson, Sidek Hussin, Fouziah Gous, Iqram Dinzly dan Khir Mohd. Noor.


SELEPAS kerap berlakon dalam drama seram, terkini aktres Fouziah Gous muncul dengan sebuah filem seram berjudul Rasuk yang telah ditayangkan bermula 23 Jun lalu.

Filem Rasuk, arahan S. Baldev Singh buat pertama kalinya menyatukan Fouziah dan Iqram Dinzly sebagai suami isteri selepas sebelum ini pernah membawakan watak sebagai pasangan kekasih dan adik-beradik.

Cerita Fouziah, meskipun dia dan Iqram merupakan sahabat baik di luar layar, namun agak sukar untuk mereka melakonkan watak sebagai pasangan suami isteri.

"Saya memang rapat dengan Iqram tetapi bila dalam filem kami harus menjadi suami isteri, rasa pelik dan janggal pula terutamanya apabila tiba pada babak romantis, kami asyik menahan gelak.

"Atas bantuan pengarah yang banyak memberi tunjuk ajar dan kerjasama dengan Iqram, saya yakin kami telah melakukan yang terbaik dalam filem Rasuk," ujarnya.

Sambung Iqram pula, peminat mereka berdua sememangnya mengetahui mereka bersahabat baik dan ramai yang mengharapkan mereka benar-benar bercinta dan berkahwin dalam dunia realiti.

"Ramai peminat mengharapkan kami bercinta dan berkahwin. Kiranya dalam filem ini impian mereka menjadi kenyataan meskipun sekadar dalam filem sahaja, saya rasa itu sudah memadai," kata Iqram.

Menariknya, sepanjang penggambaran filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta ini berlangsung, semua aksi lagak ngeri dilakonkan oleh Fouziah dan Iqram sendiri.

Bayarannya, mereka berdua tercedera di lokasi penggambaran, Fouziah sehingga kini menghadapi sakit tulang belakang dan Iqram pula secara tidak sengaja mengalami kemalangan apabila mukanya disambar api obor.

"Ketika menjayakan babak terjerat di akar pokok, kulit muka saya terbakar akibat disambar api obor. Walaupun sakit dan terkejut, saya teruskan penggambaran selepas mendapatkan rawatan di klinik. Nasib baik, kesan terbakar itu tidak meninggalkan parut," kata Iqram.

Fouziah pula yang mengakui tertekan kerana perlu melakukan banyak adegan berbahaya seperti, memecahkan botol kaca, menolak perabot jati hingga jatuh, memanjat tiang seri dan membaling apa sahaja yang ada di depan matanya.

"Memang saya tertekan tetapi saya berpuas hati kerana melakukan semua adegan bahaya itu sendiri. Saya masih menghadapi sakit tulang belakang akibat jatuh secara terduduk di atas batu.

"Saya juga terpaksa menggunakan segala kekuatan yang ada untuk meronta dan membaling apa sahaja yang ada di depan mata semata-mata untuk menjayakan watak Melati yang dirasuk," terang gadis berusia 29 tahun itu lagi.

Tambah Fouziah lagi, dia benar-benar letih membawakan watak Melati kerana sebagai orang yang rasuk, dia harus merenggangkan kesemua anggota badannya dan juga memberi renungan yang tajam sepanjang masa.

"Mata memainkan peranan sangat penting, mata saya tidak boleh berkelip. Jadi, saya terpaksa tahan mata daripada berkelip walaupun di depan saya ada kipas yang besar. Setiap kali buat babak Melati dirasuk, habis sakit satu badan saya," ujar Fouziah.

Filem Rasuk terbitan White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. yang melakukan penggambaran di Janda Baik, Pahang itu dilihat sebagai sebuah filem seram yang berbeza daripada filem seram yang lain kerana ia mengenai kerasukan.

Walaupun pengarahnya bukan orang beragama Islam, tetapi filem ini tetap menyelitkan unsur-unsur agama Islam dengan bacaan ayat al-Quran.

Sungguhpun filem ini cuba lari daripada elemen seram yang biasa wujud dalam filem Melayu, namun sayangnya skrip hasil tulisan Ikhzal Ideris dilihat longgar dan tidak kemas.

Bagaimanapun segala kekurangan ditutup oleh lakonan berkesan Fouziah Gaus sebagai wanita yang dirasuk. Karya ini jelas menunjukkan Fouziah sebagai seorang aktres yang berbakat besar serta pujian atas efek CGI (imej janaan komputer) yang cantik dan kemas.

Buat penonton jangan terkejut apabila watak doktor di dalam filem ini agak menjengkelkan kerana sentiasa ketawa tanpa sebab.

Apabila disoal kepada pengarahnya, katanya watak doktor itu adalah untuk mengurangkan ketegangan buat penonton walhal hakikatnya kewujudan watak doktor itu menambahkan lagi tekanan penonton. Jika mahu menyelitkan elemen komedi, rasanya tidak perlu untuk menampilkan doktor separuh gila seperti itu.

Filem ini membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun. Pelbagai kejadian aneh berlaku selepas pasangan suami isteri Arman (Iqram) dan Melati (Fouziah) berpindah masuk ke rumah lama itu.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila Melati mula dirasuk oleh roh jahat setelah dia mengalihkan sebuah batu yang terletak di kawasan rumah tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erry Putra</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2011 12:00 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erry Putra</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2011 12:00 AM PST


mY LIFE aS " eRMZdAYDEK " : <b>Erry Putra</b> & Reen Rahim - Berubah

Posted: 29 Nov 2011 07:43 PM PST

Untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu

Ku ingin benar bersama denganmu
Tiba-tiba kini kau telah berubah

Dan kini menjadi insan yang lain
Kan hidup semati meniti hari

Semuanya telah berakhir.. Ooo..
Full content generated by Get Full RSS.

seindah muslimah: OST Nora Elena Berubah – <b>Erry Putra</b> & Reen <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2011 10:45 AM PST


(reen)
Berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari

(erry putra)
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri
Gelap seluruh jiwaku

(reen)
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

(erry putra)
Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

(erry & reen)
Semuanya telah berakhir
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

Semuanya telah berakhir

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

Oh kasih

* lagu ini sesuai saya tujukan padanya...hurm... syahdunya lagu ini.

lagu ini dari ost Nora Elena, drama yang diadaptasi dari novel Kasih yang Suci

video

Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


Karak (2011) DVDRip

Posted:

... mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan. Language : Malay Subtitle : None Pelakon : Shahir , Sheera Ayob, Kilafairy, Along Eyzendy, Sidek Hussin Kutipan Kasar : RM4.21 Juta ...

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


Kechik Itu Comel: Gambar Majlis Resepsi <b>Faezah Elai</b> & Heykal <b>...</b>

Posted: 05 Dec 2011 09:39 PM PST

assalamualaikum u ol...
KIC terpegun dengan setiap rekaan baju designer terkenal, Hatta Dolmat..
setiap rekaan bajunye memang terserlah sangat..
terbaru pelakon Faezah Elai telah menyarungkan busana rekaan Hatta Dolmat ni..
memang cantik..bertemakan biru firus hitam..
sangat cantik busana yang dipakai oleh Faezah Elai tu..
majlis ni telah berlangsung di Tanjung Bungah, Pulau Pinang..
majlis ni telah berlangsung sabtu lalu, 3 Disember..







P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'SHARE' atau 'LIKE' di facebook..hanya klik button kat bawah ni..TQ Full content generated by Get Full RSS.

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


SAYA SAYANG DAYANG: <b>Dayang Nurfaizah</b>, Nurul & Ning Baizura <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2011 01:35 AM PST

Please note that this is a PERSONAL fan blog for Dayang Nurfaizah, and views expressed here are of a personal nature and do not reflect that of Dayang Nurfaizah or her management.

Songs, videos and some articles posted here are for promotional purpose only and not intend to infringe anyone's copyrights. If there are some materials related to you that you want it to be removed from here, please contact me and I will apologize and remove it as soon as possible.

Most of the photos and videos were taken by me and being a realistic practical internet users, I myself is not too fussy on the copyrights but it will be very much appreciated if you link your grab to the original post here in my blog. Free promo maybe? Heheh.....

For those wishing to leave a comment, any remarks posted that are obscene, blasphemous, racial or overtly threatening, including the use of partial words or phrases where the intent is clearly offensive, will be removed immediately.

Such comments could also render the person posting them liable to legal action or prosecution.

Full content generated by Get Full RSS.

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


<b>Bunkface</b> – Ekstravaganza | Stereomonoku

Posted: 20 Dec 2011 08:48 AM PST

Ekstravaganza by Bunkface

Full content generated by Get Full RSS.

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


Free Download Karaoke Songs: <b>Kumpulan Jinbara</b>

Posted: 26 Oct 2011 06:18 AM PDT


Full content generated by Get Full RSS.

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


<b>Adam AF</b> Diumum Mentor Musim Ke-6 ~ namaberita [dot] com

Posted: 28 Dec 2011 04:06 AM PST


Sidang media program realiti nyanyian, Mentor yang berlangsung di Sri Pentas, TV3, sebentar tadi, Adam AF diumumkan antara Mentor musim keenam yang bakal bermula awal tahun depan.
Selain pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim kedua itu, tugas sebagai Mentor turut diterajui Ramlah Ram, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ferhad, Ella dan Faizal Tahir. Melihat nama-nama hebat ini, status pemilihan Adam bagaimanapun menjadi tanda tanya ekoran profilnya dalam industri seni tidaklah sehebat mana.  
Apakah penyanyi 'Tak Tahu' ini mampu menggalas tanggungjawabnya sebagai 'sifu' program realiti itu dengan sebaik mungkin? ikuti penjelasannya dalam ruangan hiburan Sinar Harian (zass), esok. 
Full content generated by Get Full RSS.