Nuffnang

Jumaat, 8 Mac 2013

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Tiz Zaqyah Susah Berlakon Dengan <b>Remy Ishak</b> - Gua.com.my

Posted: 06 Mar 2013 04:37 PM PST

Umum mengetahui kisah percintaan bintang Nur Kasih, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sudah pun berakhir beberapa bulan lalu. Tiz pun nampaknya sudah pun menemui pengganti Remy. Ketika bertemu dengan Tiz Zaqyah di Majlis Pratonton Drama 'Cinta Jangan Pergi' di e@Curve pada Rabu, pelakon popular ini sempat memberi komen tentang kehidupan peribadinya kini.

"Saya akui sudah punya teman lelaki seperti yang peminat boleh lihat di laman Instagram. Dia merupakan rakan sekolah saya sejak dari tingkatan dua. Dia seorang yang memahami dan saya selesa bersamanya," ujar Tiz yang sudah dua bulan berkawan  rapat dengan jejaka yang berkerja dalam bidang Teknologi Maklumat itu.

Biarpun begitu, Tiz memberitahu dia tidak menolak seandainya jodohnya bersama rakan artis juga. Menurut Tiz, perasaan dan keadaan bercinta sesama rakan artis dan orang biasa adalah sangat berbeza.

"Memang lain bila kita bercinta dengan rakan artis dan juga orang biasa. Apabila dengan orang biasa ini, perhatian yang diberi orang terhadap hubungan kami pun kurang," ujar gadis yang sedang bercinta dengan jejaka bernama Daniel Haziq.

Gadis berusia 25 tahun ini turut menambah tidak akan menjalinkan sebarang ikatan pertunangan mahupun perkahwinan dalam masa terdekat ini. Menurut Tiz, karier dan kerjaya sebagai anak seni menjadi fokus utamanya sekarang.

Tiz bakal muncul dalam buah tangan terbaru Kabir Bhatia, 'Cinta Jangan Pergi' yang akan bersiaran bermula April ini di saluran televisyen TV9. Kali ini Tiz sekali lagi bergandingan dengan bekas kekasihnya sendiri, Remy Ishak. GUA difahamkan mereka baru sahaja berpisah sewaktu menjalani pengambaran drama ini.

"Tipulah kalau saya kata mudah apabila kena berlakon dengan dia (Remy Ishak) selepas kami berpisah. Tapi atas dasar kerja dan profesional, kami lakukan juga demi tugas dan untuk pastikan hasilnya memuaskan," jelas Tiz.

Selain drama ini, Tiz juga sibuk menjalani pengambaran 'Sebenarnya Saya Isteri Dia', drama adaptasi sebuah novel gandingannya bersama Izzue Islam untuk slot Zehra, TV3. Dalam masa yang sama, Tiz juga akan muncul dalam siri 'Oh My English' sebagai Cikgu Ayu. Kata Tiz lagi, beliau cukup seronok menjalani pengambaran siri berkenaan.

Tiz yang memegang watak Lea Soraya dalam drama 'Cinta Jangan Pergi' ini turut berkongsi pengalaman manisnya berada di United Kingdom dan Paris semasa menjalani pengambaran drama berkenaan. Antara cabaran yang terpaksa ditempuhinya adalah memakai baju nipis untuk disesuaikan dengan kehendak watak sedangkan cuaca di sana sangat sejuk.

<b>Remy Ishak</b> Sedia Memperisterikan Maya Karin - Gua.com.my

Posted: 06 Mar 2013 09:00 PM PST

Foto-foto percutian Remy Ishak dan Maya Karin yang dimuat naik di laman 'Instagram' baru-baru ini menghangatkan gosip pasangan ini sedang hangat bercinta.  Peluang bertemu hero pujaan ramai ini memberi peluang kepada GUA untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada empunya badan.

Jelas Remy, dia sememang berkawan rapat dengan Maya Karin, malah tidak akan menolak jika Maya ditakdirkan menjadi jodohnya suatu hari kelak. Namun, buat masa ini, hubungannya dengan Maya hanya sekadar teman biasa.

"Saya tak tahulah kalau pada masa hadapan hubungan saya dan Maya jadi macam mana. Itu semua ketentuan Tuhan. Kalau dah kata jodoh saya dengan dia, saya terima. Bagi saya Maya seorang wanita yang bijak, aktif,berpengetahuan luas dan cantik. Secara ringkas, dia seorang yang menyenangkan," luah Remy.

Malah,Remy juga memberitahu dia dan Maya berkongsi minat yang sama iaitu mengikuti aktiviti luar dan lasak.

Mengulas tentang foto-foto percutian mereka itu, Remy memberitahu foto-foto itu diambil ketika dia dan Maya mengikuti trip ke 'Imbak Canyon', Sabah.

"Gambar yang peminat lihat itu dirakamkan ketika kami mengikuti 'trip' ke 'Imbak Canyon', Sabah. Kami ke sana atas jemputan Yayasan Sabah. Maya tanya saya kalau saya berminat nak ikut. Saya dari dulu memang suka panjat gunung dan lihat alam semulajadi," ujar Remy.

Menurut Remy lagi, pengalamannya menerokai sebahagian kawasan hutan simpan di sana tidak dapat dilupakan. Berbeza daripada pengalamannya sebelum ini. Kali ini Remy berpeluang mengenali dengan lebih dekat sistem ekologi di sana. Pengembaraan mereka diiringi renjer hutan dan kesempatan menimba ilmu tentang alam amat dihargai Remy.

Mengulas tentang gandingannya bersama bekas kekasih dalam drama 'Cinta Jangan Pergi', Remy juga sependapat dengan Tiz Zaqyah.  Dia menganggap urusan kerja perlu dilakukan secara profesional.

"Saya tak mahu buang masa melayan perasaan. Sepanjang pengambaran pun kami 'enjoy'. Dia sendiri seorang pelakon yang bagus. Satu pengalaman yang menyeronokkan kerana dua-dua pun komited dengan lakonan. Keseluruhannya baik dan tidak ada sebarang masalah," ujar Remy yang tumpang gembira apabila mengetahui Tiz  sudah pun menemui penggantinya.

Dalam perkembangan lain, Remy bakal terlibat dengan beberapa projek teater antaranya arahan Faisal Mustafa, 'M Butterfly' yang akan dipentaskan di Publika April ini. Selain itu, Remy akan ke set pengambaran filem terbaru arahan Osman Ali, 'Pilot Café' bersama Neelofa dan Fahrin Ahmad.

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Saya Dan <b>Hans Isaac</b> Sudah Tiada Sebarang Perasaan Cinta <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 06:10 PM PST

ELAINE DAILY / BELLA /  NTV7

Pelakon serta pengacara Elaine Daly, 36 akui selama 16 tahun mengenali aktor kacak Hans Isaac, dirinya telah menganggap hubungan mesra mereka hanya sekadar kawan rapat atau lebih disifatkan seperti adik-beradik, tanpa melibatkan sebarang perasaan cinta.

"Kami ibarat kawan baik selepas berpisah sepuluh tahun lalu dan saya juga anggap dia seperti abang saya. Kedua-dua belah keluarga kami pun rapat. Saya dan Hans sudah tiada sebarang perasaan cinta.

"Sebelum ini Hans pun ada keluar lepak bersama-sama saya dan bekas teman lelaki saya. Kami menghormati satu sama lain dan saya andaikan perpisahan kami adalah perpisahan terbaik sepanjang hidup saya."

Mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Hans, pengacara 'The Breakfast Show' ini akui tidak merasa rimas sekiranya namanya sering dikaitkan dengan jejaka tersebut, kerana sebelum ini mereka pernah bercinta dalam tempoh waktu yang agak lama.

"Enam tahun bersama Hans adalah satu tempoh panjang malah, ada antara kawan-kawan saya yang berkahwin pun tidak sampai usia enam tahun.

"Tidak menjadi masalah kalau saya sering dikaitkan dengan Hans sebab kami bersama dalam satu tempoh yang panjang.

"Apapun saya bersyukur kerana tidak membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin ketika berusia 20-an kerana kematangan dan pemikiran kita berbeza apabila kita semakin berusia. Sekarang saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan seorang ibu!"

Dalam pada itu, aktres jelita ini turut menegaskan yang hubungannya dengan Hans tidak mungkin bersatu.

Selagi Hans gembira dengan tindakan yang dilakukannya, saya pun gembira. Kalau dia nak kahwin dengan siapa pun saya gembira. Tapi saya tegaskan kami tak akan boleh bersama atau berkahwin kerana kami umpama adik-beradik.

Sumber : Kosmo Online!

Tags: , ,

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


Bubbly Blog Gal Sites: <b>Ramlah Ram</b> ft Caprice ~ 5 Minit

Posted: 08 Mar 2013 08:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Saturday, March 9, 2013. Ramlah Ram ft Caprice ~ 5 Minit. Posted by eMayuKie at 3/09/2013 12:32:00 AM. 0 comments: Post a Comment. Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom). Search This Blog. Loading.

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Kongsi Gambar Melancong ke Beijing - Gua.com.my

Posted: 07 Mar 2013 08:44 PM PST

Baru-baru ini Fizo Omar ada berkongsi cerita tentang percutiannya ke Beijing pada penghujung Januari lalu. Percutian yang dianjurkan oleh Arlief Event & Management itu meninggalkan memori indah kepada Fizo biarpun dia menghadapi saat-saat cemas apabila sukar bernafas ketika menyertai pertandingan larian di Tembok Besar China.

Jelas Fizo, percutian kali pertamanya ke Beijing itu cukup menyeronokkan kerana dia berpeluang bermain salji, selain dapat melawat tempat-tempat menarik yang lain. Malah,dia juga seronok dapat membeli-belah pelbagai cenderahati untuk keluarga dan kekasihnya,Asmidar Jaafar atau Haas.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar percutian Fizo Omar di Beijing untuk tatapan anda. Koleksi gambar ini GUA siarkan atas persetujuan Fizo sendiri.

Sara Ali - Google Blog Search

Sara Ali - Google Blog Search


Tanhai bhi hamari aajkal hum par hasti hai,

Posted: 08 Mar 2013 01:21 PM PST

Welcome to ChatDD Forums, DD Forum is one of the oldest Desi forum on internet.
We started this Forum in early 2004, and currently in 7th year of its age. Our forums covers a wide range of interest, Like Fun, Love & Friendship, Forum Games , Religion Talks, Creative Art Designing, Tutorials, Desi Videos, Urdu Shayari, Urdu Adab, English Literature, Hollywood, Bollywood, Lollywood, Music and a lot more, so just relax here and Enjoy in our Desi Community. In this place hang out and entertain yourself, so relax and Enjoy being a part of our Desi Boards.

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


He&#39;s Too Cute – Ahmad Dhani Tawan Hati <b>Nora Danish</b> | OHBULAN!

Posted: 03 Feb 2013 09:43 PM PST

Ahmad Dhani & Nora Danish8

Baru-baru ini Nora Danish telah terbang ke Indonesia bagi menjalani penggambaran untuk sebuah program tayangan Astro Ria yang berjudul 'Republik Cinta Ahmad Dhani.'

Sepanjang sesi penggambaran program tersebut, terdapat juga beberapa gambar yang menunjukkan Nora Danish menjeling manja kearah Ahmad Dhani dan mereka kelihatan sungguh serasi apabila digandingkan bersama. Mesti ramai peminat Nora di luar sana jeles melihat kemesraan mereka berdua kan?

Ahmad Dhani Tawan Hati Nora Danish

Bukan itu sahaja, malah pelakon jelita ini turut memuji Ahmad Dhani dengan caption berbunyi, "He's too cute" di laman Instagramnya. Wah, terer sungguh Ahmad Dhani tackle hati Nora Danish ya!

Menurut Nora, program 'Republik Cinta Ahmad Dhani' ini adalah khusus untuk tontonan peminat-peminat Ahmad Dhani sendiri, di mana ia bakal menceritakan segala isu-isu yang berkaitan dengan muzik ciptaan penyanyi ini dan bakal ditayangkan di saluran Astro Ria.

Jom layan foto-foto Nora Danish bersama Ahmad Dhani selepas ini :

Sumber : Instagram Nora Danish

Tags: ,

Dafi af - Google Blog Search

Dafi af - Google Blog Search


Foto Sekitar Ulangtahun Kelahiran Elfira Loy ke-19 | OHBULAN!

Posted: 07 Mar 2013 07:24 PM PST

bc2ff386875611e282d422000a9e516a_7

Sekiranya semalam kami telah berkongsi foto sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish yang ke-31, hari ini kami ingin kongsikan pula foto sekitar sambutan ulangtahun kelahiran pelakon genit, Elfira Loy yang jatuh pada hari ini, 8 Mac 2013.

Menerusi laman Instagram milik pelakon 'Dalam Hati Ada Taman' ini, Elfira telah diraikan dengan "surprise birthday party" yang telah dirancang oleh teman-teman rapatnya dan melalui foto-foto yang dipaparkan, terdapat juga beberapa rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut, antaranya adalah Dafi (AF), Hairul Azreen, Sari Yanti, Alam (Wakaka Crew), Iz (OIAM) serta Farish.

Untuk makluman, hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran model dan pelakon terkenal Dynas Mokhtar.

Jom layan foto-foto Elfira selepas ini :

Sumber : Instagram Elfira Loy, Dafi, Iz & Hairul Azreen

Tags: ,

Radio - Radio RTM: OHBULAN!

Posted: 07 Mar 2013 11:17 PM PST

bc2ff386875611e282d422000a9e516a_7

Sekiranya semalam kami telah berkongsi foto sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish yang ke-31, hari ini kami ingin kongsikan pula foto sekitar sambutan ulangtahun kelahiran pelakon genit, Elfira Loy yang jatuh pada hari ini, 8 Mac 2013.

Menerusi laman Instagram milik pelakon 'Dalam Hati Ada Taman' ini, Elfira telah diraikan dengan "surprise birthday party" yang telah dirancang oleh teman-teman rapatnya dan melalui foto-foto yang dipaparkan, terdapat juga beberapa rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut, antaranya adalah Dafi (AF), Hairul Azreen, Sari Yanti, Alam (Wakaka Crew), Iz (OIAM) serta Farish.

Untuk makluman, hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran model dan pelakon terkenal Dynas Mokhtar.

Jom layan foto-foto Elfira selepas ini :

Sumber : Instagram Elfira Loy, Dafi, Iz & Hairul Azreen

Tags: ,

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Didie Alias</b> Teruja Bawa Rakan Artis & Peminat <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 09:17 AM PDT

Pelakon, pengacara serta pelawak popular, Didie Alias mengakui teruja apabila dapat membawa 12 rakan artis ke beberapa destinasi percutian menarik di seluruh dunia bermula Disember ini. Bukan itu saja, program kolaborasi Didie's Entertainment & Management dengan syarikat pelancongan Arlief Event & Management ini juga turut menawarkan pakej istimewa kepada peminat seni tanah air apabila mereka juga berpeluang untuk sama-sama meluangkan masa melancong bersama artis kesayangan mereka.

"Saya rasa bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh Arlief Event & Management untuk menjadi artis jemputan bagi program 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng'. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Arlief kerana dalam ramai-ramai artis yang ada, mereka telah memberi peluang ini kepada saya.

"Saya ingin mencerminkan sebuah konsep melancong yang berbeza di mana peminat atau sesiapa saja yang menyertainya akan merasai pengalaman tersendiri dengan kenangan melancong yang paling menyeronokkan," ujar Didie ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran program tersebut di Menara KL, petang Khamis.

Sebelum ini, Arlief Event & Management pernah menganjurkan program percutian bersama penyanyi terkenal, Awie ke Beijing dan Mongolia. Atas kejayaan program tersebut juga, syarikat pelancongan yang sudah beroperasi selama dua tahun ini sekali lagi terpanggil untuk melibatkan artis bagi setiap program percutian kelolaan mereka.

"Selepas membawa Awie bersama peminatnya bercuti ke Beijing dan Mongolia, kami tertarik untuk melibatkan selebriti tanah air dalam program kami sekali lagi kerana kami percaya dengan kehadiran mereka, peminat lebih teruja untuk pergi bercuti. Bila program sebegini diadakan, percutian mereka akan lebih seronok kerana selain melawat tempat-tempat menarik, mereka juga turut berpeluang mengenali dengan lebih rapat artis kesayangan mereka," ujar Pengarah Arlief Event & Management, Mohd Alif Haziq Azman sambil memberitahu Didie merupakan calon yang sesuai untuk program percutian syarikat mereka.

"Pemilihan Didie dibuat atas dasar karakter, personaliti serta profil seninya yang begitu baik di mana kami yakin Didie mampu memeriahkan lagi percutian pelanggan kami. Malah, karakter lucu serta lincahnya juga sesuai dengan kelainan program yang akan kami bawa kali ini di mana selain melancong, kami juga akan turut menjalankan aktiviti menarik di mana pelbagai hadiah termasuk wang tunai akan ditawarkan kepada peminat yang mengikuti pakej percutian kami."

'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng' akan membawa peminat meneroka pelbagai destinasi menarik di dalam serta luar negara antaranya Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Sipadan, Pulau Pangkor, Korea, Phuket, Krabi, China, Egypt, Morocco, Spain dan Hong Kong. Antara artis yang bakal terlibat dalam program percutian ini ialah Erra Fazira, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Hafiz Suip, Elfira Loy, Johan As'ari, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

Program 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng' ini akan bermula pada Disember ini di mana peminat akan dibawa menaiki kapal peranginan ke Phuket dan Krabi, diikuti ke Beijing, China (25-30 Januari 2013) dan seterusnya Cairo Egypt (21 -26 Februari 2012). Maklumat lanjut mengenai pakej percutian bersama Didie Alias & D'Geng ini boleh didapati menerusi laman web www.arlief.com atau emel ke info@arlief.com. Anda juga boleh terus menghubungi talian 03-6142 8072 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


<b>Yuna</b> "Live Your Life" (fourclops ::) , Dir.) - Video Static

Posted: 22 Feb 2013 06:23 AM PST

VideoStatic is the world's leading source for music video news and community. Please reach out for advertising, sponsorship and any other questions.

No biting. Material on this website may not be reproduced, distributed, published or otherwise used in whole or part without the prior written permission of Video Static.

Copyright © 2013 Steven J. Gottlieb & VideoStatic.com.

"VideoStatic" is a registered trademark of VideoStatic.com. All rights reserved.

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


Cerita Kita Papar Konflik Percintaan Klise - Gua.com.my

Posted:

Judul : Cerita Kita. Pengarah : Pierre Andre. Pelakon : Yana Samsuddin, Pekin Ibrahim, Fezrol Khan, Shima Anuar, Along Eyzendy. Anzalna Kuat Cemburu. Lebih lanjut. Ruangan Rock Kiah Propa - Suami Panas Baran, Isteri ...

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Along</b> Cham - Google Blog Search

Posted:

Lagenda Budak Hostel (LBH) mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama ...

FILEM KOLUMPO RAGAM HIDUP DI KOTARAYA | PEREKA CERITA

Posted:

PELAKON: Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan Amirul Ariff. PENGARAH: Bront Palarae, Sheikh ...

(Gambar &amp; Video) Pelancaran &amp; Doa&#39; Selamat Lagenda Budak <b>...</b>

Posted:

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ni ialah hot mama, Nora Danish, pelawak terkenal, Along dan Angah Raja Lawak, Along Eyzendy dan ramai lagi. Filem ni juga turut manampilkan talent baru dari Singapura, ...

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


(4 LAGI GAMBAR) <b>Diana Danielle</b> Semakin Cantik Berseri Sejak <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2013 12:00 AM PST


AA pasti Diana Danielle pasti merindui suaminya, Farid Kamil sepanjang berada di sana. Namun itulah pengorbanan buat seorang isteri yang mahu memperbaiki dirinya daripada segi pendidikan. Pasti Farid Kamil tak sabar-sabar untuk bercuti dan melawat isterinya. Tambahan lagi kehamilan Diana Danielle makin hari makin sarat.
Semoga Diana Danielle sentiasa sihat dan anak di dalam kandungannya turut membesar tanpa sebarang masalah. Jangan lupa pergi checkup. AA tertanya-tanya adakah Diana akan melahirkan anaknya di Australia atau di Malaysia kelak. Apa pun, layankan lagi 8 keping gambar terbaru Diana Danielle dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Diana Danielle.


P/s : memerlukan survey anda, klik sini 





Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Menerima Pencalonan Terbanyak Anugerah Bintang <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 08:48 PM PST


Zizan Razak Menerima Pencalona Terbanyak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 | Pelawak Zizan Razak merupakan artis yang memperoleh pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak tersenarai bagi lapan kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.
Bagi kategori Online (dalam talian) pula, Zizan dicalonkan bagi kategori Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama, Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media, Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular.


Emma Maembong dicalonkan menerusi Artis Baru Wanita Popular.

Sementara itu, nama-nama artis yang belum pernah dicalonkan dalam acara berprestij itu ialah DJ Lin yang tersenarai bagai kategori Penyampai Radio Wanita Popular.
Dalam pada itu, Datuk AC Mizal juga dicalonkan bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Fahrin Ahmad bagi Pelakon TV Lelaki Popular selepas kedua-dua mereka sudah lama tidak dicalonkan dalam  Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012

Senarai lima finalis untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 :
Penyanyi Lelaki Popular

1) Aizat
2) Hazama
3) Black
4) Faizal Tahir
5) Hafiz

Penyanyi Wanita Popular

1) Jaclyn
2) Najwa Latiff
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1) Black/Malique
2) Hafiz/Adira
3) Mojo
4) Jimmy Palikat/One Nation Emcees
5) Sleeq/ Najwa Latif

Artis Baru Lelaki Popular
1) Aiman Hakim Ridza
2) Izzue Islam
3) Jimmy Palikat
4) Shah Iskandar
5) Taiyudin Bakar


Artis Baru Wanita Popular

1) Ainan Tasneem
2) Emma Maembong
3) Hanez Suraya
4) Nad Zainal
5) Wawa Zainal

Pelakon Filem Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1) Neelofa
2) Nora Danish
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin

Pelakon TV Lelaki Popular

1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Beto Kusyairy
4) Fahrin Ahmad
5) Johan As'ari

Pelakon TV Wanita Popular

1) Fasha Sandha
2) Izara Aishah
3) Nabila Huda
4) Neelofa
5) Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular

1) Angah
2) Jepp
3) Johan
4) Nabil Ahmad
5) Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular
1) Aliza Abdullah @ Enot
2) Didie Alias
3) Jihan (Raja Lawak)
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira


Pengacara TV Lelaki Popular

1) Aznil Hj Nawawi
2) Datuk AC Mizal
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Raja Lawak

Pengacara TV Wanita Popular
1) Adibah Noor
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Neelofa
5) Didie Alias

Penyampai Radio Lelaki Popular
1) AG
2) Johan
3) Faizal Ismail
4) Halim Othman
5) Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular

1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Linda Onn
4) Raja Azura
5) DJ Lin

Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Sofi Jikan
5) Zizan Razak

Gandingan Di Layar Serasi

1) Aaron Aziz/ Nadiya Nissa
2) Adi Putra/ Nora Danish
3) Aiman Hakim Ridza/ Izara Aishah
4) Johan/ Zizan Razak
5) Shaheizy Sam/ Yana Samsuddin

Watak Animasi Tempatan Popular
1) Anak-Anak Sidek
2) BoboiBoy
3) Kacang
4) Upin & Ipin
5) Usop Sontorian

Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial
1) Aaron Aziz
2) Shila Amzah
3) Stacy
4) Yana Shamsuddin
5) Zizan Razak

Artis Lelaki Stailo

1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Awal Ashaari
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak

Artis Wanita Stailo

1) Lisa Surihani
2) Melissa Francis
3) Nora Danish
4) Stacy
5) Yana Samsuddin

Artis Asia Paling Popular

1) Aaron Aziz
2) Big Bang
3) Shila Amzah
4) Super Junior
5) Zizan Razak

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 bakal berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


Marsha Milan Londoh dan <b>Nur Fathia</b> tidak berebut Kekasih <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 07:00 PM PST

Marsha (kiri) dan Nur Fathia

Kuala Lumpur: "Saya tidak mahu lagi memanjangkan kes ini. Sebenar-benarnya, saya tidak pernah bermasam muka dengan Fathia," kata pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh, 28.

Dia berkata demikian menjawab tuduhan kononnya hubungannya bersama pelakon, Nur Fathia Abd Latiff, 26, atau Nur Fathia renggang selepas dikatakan berebut teman lelaki.

Menurut Marsha, dia tidak mengenali pelakon drama Stanza Cinta itu secara rapat, bergaduh atau cemburu dengan kejayaan pelakon berkenaan.

"Tuduhan dilemparkan tidak berasas sama sekali kerana saya tidak mengenali atau berkawan baik dengannya (Fathia). Bagaimana pula untuk kami bermasam muka?" katanya.

Kata Marsha, bagaimanapun, dia tidak menafikan pernah bertemu pelakon terbabit dalam penganjuran majlis yang besar dan dihadiri ramai kalangan selebriti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


<b>Akim</b> Camara | acegmusic.co.uk

Posted: 21 Feb 2013 07:22 AM PST

Akim Camara

Children are constantly able to exceed the expectations of adults. Amazingly, this THREE year old violinist is able to perform Ferdinand Kuchler's violin concerto in G from memory in front of an audience of thousands. When I was three I was eating worms…

A truly inspiring kid! Pay close attention to the audiences reaction.. Akim has the power to make them laugh AND cry at his remarkable, emotional performance. He has an amazing ability to memorise music after listening to it only once or twice, and is completely at home in front of vast crowds. What were you up to at three years old?

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


Azmeer, <b>Arja Lee</b> Terima Ijazah USM | Detik Perubahan

Posted: 21 Sep 2012 05:01 PM PDT


GEORGE TOWN – Komposer terkenal, Azmeer dan pelakon Arja Lee merasa sangat gembira kerana setelah berhempas-pulas selama tiga tahun, mereka akhirnya menerima segulung ijazah dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Menceritakan antara rintangan yang terpaksa dilaluinya semasa menjadi pelajar, Azmeer atau nama sebenarnya Mohd Azhar Abu Bakar, 46, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik berkata beliau terpaksa berjauhan dengan keluarganya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

"Saya seperti pelajar-pelajar lain tinggal di asrama kerana perlu menghadiri kelas setiap hari. Cuma pada hujung minggu saya balik ke Shah Alam.

"Namun hari ini segala rintangan dan dugaan itu telah terbayar. Alhamdulillah saya akhirnya berjaya memperoleh ijazah," katanya kepada
pemberita selepas sidang keenam konvokesyen ke-46 USM di sini, semalam.

Azmeer yang ditemani isterinya Azira Azid dan dua anak perempuan mereka  Afrisya Adlina dan Alani Marrisya, mengucapkan terima kasih kepada USM kerana memberi peluang kepadanya untuk menyambung pelajaran.

"Terima kasih kepada USM kerana memperkenalkan Program Pengajian Warga Budaya dan ini adalah peluang untuk golongan artis seperti kami melanjutkan pelajaran," katanya yang merancang untuk menyambung pelajaran sehingga peringkat doktor falsasah (PhD).

Seorang lagi artis yang turut menerima ijazah dalam bidang Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) ialah pelakon Arja Lee atau Azharudin Ramli.

Beliau berkata ijazah itu merupakan hadiah paling bermakna kepada beliau dan keluarganya.

Ditanya mengenai rancangan masa depannya, beliau berkata beliau akan menumpukan kerjayanya dalam bidang lakonan sebelum merancang untuk meneruskan pengajian di peringkat Sarjana.

Naib Canselor USM, Datuk Omar Osman yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata Program Pengajian Warga Budaya yang diperkenalkan tiga tahun lalu adalah program khas untuk golongan artis menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Hari ini dua siswazah sulung program ini telah berjaya memperoleh ijazah  dan ada enam lagi pelajar Warga Budaya sedang mengikuti pengajian. Kita percaya usaha USM ini sedikit sebanyak akan memberikan impak positif kepada industri hiburan negara," katanya.

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Bengang Gambar Dipolitikkan Oleh Individu Yang <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2013 09:28 PM PST

Shila Amzah

Beberapa jam lalu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Patah Seribu,' Shila Amzah telah memuat naik status di laman Twitternya yang berbaur sedih dan kecewa dengan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ke atas dirinya.

Shila Amzah

Menurut sebuah blog, Shila Amzah didakwa telah mengkritik produk yang dilabelkan sebagai barangan 1 Malaysia dan penyanyi ini turut difitnah cuba mempersendakan slogan '1 Malaysia' yang selama ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Blog fitnah Shila Amzah

Sumber : Twitter Shila Amzah

Tags: , ,