Nuffnang

Rabu, 2 Januari 2013

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


Asalkan Bukan Watak Ranjang – <b>Nur Fazura</b> |

Posted: 31 Oct 2012 03:59 AM PDT


Abang Nara memang perasan yang Nur Fazura jarang muncul di kaca TV dan di pawagam. Asyik-asyik pelakon yang sama je. Nak naik muak pun ada jugak. Rupa-rupanya Fazura lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti dalam bidang lakonannya.
fazura

Sesetengah pelakon main rembat je semua tawaran yang diberikan kerana takut tak ada job, namun Fazura mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Bagi Fazura, watak yang diberikan kepadanya haruslah tidak melibat adegan di ranjang seperti berlakondi katil, berpelukan dan berbaring.

Saya bukan jenis yang akan buat semua benda. Bagi saya, biarlah tawaran yang saya terima itu berkualiti kerana saya mementingkan kualiti daripada kuantiti. Saya bukan memilih, tapi saya sendiri sukakan watak seperti dalam filem itu (Pisau Cukur). Asalkan saya tidak disuruh untuk berlakon dia atas katil, berpelukan, berbaring , itu sudah cukup memuaskan hati saya.

fazura

Apa yang lebih mengkagumkan Abang Nara ialah Fazura tidak mengcondemn mana-mana pelakon yang memilih watak mempunyai adegan ranjang. Bagi Fazura, itu semua terpulang kepada individu masing-masing.

Bagi saya, pelakon yang merelakan diri memegang watak di atas katil berpelukan itu adalah pilihan mereka sendiri kerana ianya terpulang bagaimana untuk mereka membawa hala tuju atau mengatur kerjaya masing-masing di dalam industri ini. Seperti yang saya katakan tadi, ianya terpulang kepada hak individu itu sendiri. Kerana semua itu akan diingati ramai pihak dan menjadi reputasi mereka sampai bila-bila.

Ada betulnya kata Fazura kan? Kalau lebih ramai pelakon sebegini, sudah tentu penerbit-penerbit drama akan lebih akur dengan kehendak mereka. Yang pastinya, skrip drama dan filem akan bertambah baik dan tidak lagi memperbodohkan penonton. Semoga selepas ini lebih ramai yang akan mengambil langkah seperti Fazura ini. Info asal portal Murai.

ryaniez promo

P.S: Hanya dengan SEMURAH RM1,100 anda sudah boleh mendapatkan jurugambar hebat untuk majlis perkahwinan anda kelak. Hubungi mereka di Facebook Ryaniez Moments Photography untuk maklumat lanjut. Anda pasti akan berpuas hati dengan kualiti gambar di hari istimewa anda.

Baca Yang Ini Pulak:-


Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


CikLilyPutih Story&#39;s: Ada Video Shooting Dengan <b>Lisa Surihani</b>

Posted: 13 Dec 2012 08:00 PM PST

Dapat lagi invitation untuk berlakon dalam video. Kali ni dengan Lisa Surihani tu. 
Dulu dapat sekali offer video shooting ni tapi aku tolak sebab ada aktiviti keluarga, now dapat lagi



Ermm memang rezeki lah

Aku rasa ramai yang dapat invitation ni ek, tadi aku perasan dalam facebook ramai yang letak status shooting ni.

Ishkk tak sabo sungguh, menunggu-nunggu je ni.


Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


Gambar <b>Fasha Sandha</b> Hamil 7 Bulan

Posted: 01 Jan 2013 09:33 PM PST

cik izyan | 1/02/2013 | 3 Komen

Ini adalah beberapa keping gambar Fasha Sandha yang sarat hamil yang kebanyakkannya diambil pada bulan Disember 2012 yang lalu. Buat masa ini kandungannya nak masuk 8 bulan, dan menunggu beberapa minggu je lagi nak bersalin. Wah kita harap-harap semoga selamat bersalin nanti ye Fasha. Mesti comel anak Fasha tu. -gambar We Love Fasha Sandha

Tag: , , , ,

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> Sekampung Dengan Khairul Fahmi

Posted: 20 Aug 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto Oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2012: Pengarah, pelakon dan produser muda tempatan, Gambit Saifullah akan tampil dengan hasil kerja terbaru melalui syarikat produksinya Eightball Productions Sdn Bhd iaitu program Nusantara Raya yang bakal ditayangkan di Astro, Aidilfitri nanti.

Ramai yang ingin mengetahui perkembangan terbaru artis berbakat besar ini namun dia kadangkala seperti tidak kisah tentang publisiti dan lebih mementingkan kerja yang ingin dihasilkannya. Bercakap mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Gambit akan pulang ke Kelantan Syawal ini.

"InsyaAllah tahun ini saya akan pulang beraya ke kampung sebelah ibu saya iaitu di Kelantan. Kesempatan ini mungkin saya akan ambil untuk beraya bersama bintang bagi program Nusantara Raya iaitu Khairul Fahmi Che Mat kerana kami sekampung.

"Setelah sama-sama berada dalam dunia glamor barulah kami tahu yang kami sekampung,"ujarnya yang ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri Astro di Damansara baru-baru ini.

Bagi mereka yang tertanya-tanya mana perginya Gambit, dia menjelaskan bahawa dia sering melancong dan berada diluar negara samada atas urusan kerja mahupun bercuti.

"Mungkin ramai juga tahu saya memang sering terbang kesana-kemari atas urusan kerja. Tetapi ada juga yang saya selitkan dengan bercuti. Saya meminati rancangan travelogue dan jika berkesempatan saya akan melawat lokasi yang saya rasakan ada potensi untuk adakan penggambaran atau sebarang projek ditempat itu.

"Saya masih berlakon cuma ramai yang mendengar saya banyak mengarah dan mengacara. Untuk Nusantara Raya ini saya akan memberikan penonton gambaran jelas kehidupan dan aktivit seharian Safee Sali yang menyarungkan jersey Pelita Jaya FC di Indonesia.

"Setiap aktiviti yang dilakukannya saya akan turut serta termasuklah ketika berlatih, masa lapangnya dan pelbagai lagi, jadi jangan lupa untuk menonton Nusantara Raya pada Aidilfitri ini,"jelas Gambit mengenai aktiviti seninya sekarang.

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Peminat Kini Mula Faham Prinsip Saya – <b>Tiz Zaqyah</b> |

Posted: 02 Jan 2013 06:56 PM PST


Membaca komen salah seorang pembaca BeautifulNara yang bernama "Selitone", barulah Abang Nara terperasan yang memang sudah agak lama diri ini tidak berkongsi perkembangan si cantik manis Tizz Zaqyah.

tiz

Sejak putus cinta dengan Remy Ishak pada tahun 2012, tiada lagi kontroversi yang melanda diri Tiz. Kali terakhir Abang Nara membaca temuramah Tiz bersama Harian Metro, khabarnya hati Tiz sudah pun dimiliki oleh seorang jejaka. Siapakah jejaka itu? Tiz lebih gemar untuk merahsiakannya.

Saya masih Tiz Zaqyah yang sama. Bagi saya, soal cinta biar saya simpan sendiri dan andai orang tahu, ia bukan daripada mulut saya. Saya perasan, peminat kini mula faham prinsip saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada mereka kerana dapat menerima pendirian saya yang lebih memperkatakan soal karier berbanding cerita peribadi.

tiz

Tak apalah buat masa ini tak tahu siapa kekasih Tiz Zaqyah. Nanti dah nak kahwin kita pasti akan tahu juga kan? Apa pun kepada Tiz, semoga tahun 2013 membawakan sinar yang lebih terang berbanding tahun 2012. 5 lagi gambar terbaru Tiz Zaqyah yang dikongsi menerusi Instagramnya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

tiz
tiz
tiz
tiz
tiz

Baca Yang Ini Pulak:-


Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Ajak Belia Jual Burger Tanpa Modal | MyNewsHub

Posted: 01 Jan 2013 05:55 PM PST


PETALING JAYA – Pelakon kacak, Fizo Omar menjelaskan penglibatannya dalam perniagaan penjualan burger sejak beberapa bulan lalu bukan hanya bagi kepentingan sendiri tetapi berhasrat ingin membantu golongan muda.

Fizo, 27, berkata, menerusi perniagaan Hot Burger itu, dia membuka peluang perniagaan kepada mereka yang benar-benar berminat tanpa perlu mengeluarkan modal.

"Idea ini timbul apabila saya dan beberapa rakan menganjurkan Program Sahabat Belia pada awal tahun lalu dan memikirkan apa cara yang sesuai dan mudah untuk membantu golongan muda terlibat dalam perniagaan.

"Kami memilih menjual burger kerana ia mudah disediakan dan digemari ramai selain dapat memberi pulangan yang lumayan," jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Fizo, buat masa ini belia yang berminat untuk berniaga akan diberikan gerai serta keperluan untuk memasak burger selain latihan pengendalian sebagai persediaan.

"Kita akan sediakan segala-galanya untuk mereka bagi memulakan perniagaan cuma mereka perlu membawa semangat dan minat," katanya.

Dalam pada itu, Fizo berkata, setakat ini hampir 30 gerai telah mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan menyasarkan 100 buah gerai lagi dalam waktu terdekat.

Menggunakan tagline Harga Kaki Lima, Rasa Bintang Lima, Fizo berkata, ada di antara peniaga yang telah mula menunjukkan kemajuan apabila memperoleh pendapatan bersih di antara RM2,000 ke RM10,000 sebulan.

"Kita tidak akan ambil apa-apa imbuhan daripada mereka dan hasil yang diterima adalah seratus peratus milik mereka dan selain kita memberikan latihan, uniform turut disediakan selain memantau dan membantu mereka menyelia akaun supaya ia berjalan dengan baik," katanya.

Sementara itu, Fizo berkata, keuntungan syarikatnya itu hanya bergantung melalui pembekalan bahan-bahan membuat burger kepada gerai-gerai burger yang mengambil bahagian dalam program itu.

Melalui dua lagi rakan kongsinya iaitu, Rizal Musa, 30, dan Asri Hamid, 34, yang sememangnya arif dalam perniagaan burger, Fizo berharap perniagaan itu akan diperluaskan di seluruh negara suatu hari nanti.

"Buat masa ini kita menyasarkan sekitar Lembah Klang namun adalah menjadi harapan kami ia akan diperluaskan di seluruh negara dan menjadi jenama pilihan," jelasnya.

Antara jenis burger yang dijual di Hot Burger adalah seperti burger ikan, unta, arnab, rusa, burung unta, daging dan ayam.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh menghubungi Asri Hamid di talian 011-1929 9990 untuk keterangan lanjut. – mStar Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


<b>Yuna</b> - ( Come As You Are tab )

Posted: 15 Dec 2012 12:40 AM PST


  Yuna - Come as you are (cover)
  Original by Nirvana
  
  tabbed by Don (crankyd_my@hotmail.com)   
  Free to use and copied by all
  I claim no right to this tab nor the song
     
  
  
  standard tuning EADGBE
  [ Tab from: http://www.guitaretab.com/y/yuna/338842.html ]
  Picking pattern (fingerstyle)
           Am7                     D/G              D/F             D/G
  e|------------------------|-----------------|----------------|-----------------|
  B|----5-------5--x--------|---3-x--3--3--x--|---1-----1-x----|---3-x--3--3--x--|
  G|----5-------5--x-slap---|---2-x--2-----x--|---2-----2-x----|---2-x--2-----x--|
  D|----5----5-----x------0-|---0-x--0-----x--|---0---0---x--0-|---0-x--0-----x--|
  A|------------------------|-----------------|----------------|-----------------|
  E|-5----5--------x--------|-3---x--3-----x--|-1---1-----x----|-3---x--3-----x--|
   
                        Progression repeat throughout the song
  
  Verse 1
  Come as you are, as you were, 
  As I want you to be 
  As a friend, as a friend, as an old enemy.
   
  Take your time, hurry up 
  The choice is yours, don't be late. 
  Take a rest, as a friend, as an old  
  
  Memory......memoria...memori..aa.....Memory...a
  da .........da .........da .....da
  
  
  Verse 2 
  
  Come doust in mud, soaked in bleach 
  As I want you to be 
  As a trend, as a friend, as an old
  
  Memory......memoria...memori..aa.....Memory...a
   
  
  Chorus
  
  And I swear that I don't have a gun 
  No I don't have a gun  
  
  And I swear that I don't have a gun 
  No I don't have a gun 
  
  Memory......memoria...memori..aa.....Memory...a
  da .........da .........da .....da
  
  END				

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Sekitar AIM 19 | buahmulut.com

Posted: 17 Nov 2012 07:14 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Beremosi Tanpa Kontroversi. Hubungi Kami · Menang & Eksklusif · Siapa Kami · Exc. interview · Personaliti · Potret · Travel · Vclip · Home » Lensa BM » Didie Alias Sekitar AIM 19 ...

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Harap Adi 6ixth Sense Tidak Berkecil Hati | MyNewsHub

Posted: 18 Dec 2012 10:49 PM PST


KUALA LUMPUR – Penyanyi bersuara tinggi, Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah berharap komposer lagu Kisah Hati iaitu Adi (6ixth Sense) tidak berkecil hati dengan dirinya.

Alyah juga memohon maaf kepada Adi kerana tidak menyebut nama komposer itu setelah lagu itu diumumkan menang untuk anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM2012) di Singapura, Sabtu lalu.

Gosip yang mengatakan Adi terasa hati kerana Alyah tidak merakamkan penghargaan kepada Adi sedang bertiup kencang dalam dunia seni suara ketika ini.

Namun, Alyah ikhlas memohon maaf kerana situasi yang berlaku pada malam itu telah membuatkan fikirannya serabut kerana masalah selisih faham dengan dua pereka fesyen tempatan.

"Saya ingin memohon maaf kepada Adi kerana tidak menyebut namanya ketika memenangi anugerah tersebut. Saya harap dia tidak terkilan.

"Waktu itu fikiran saya berserabut dengan masalah baju dan pada masa sama terkejut kerana memenangi anugerah yang tidak disangka itu. Bukan sengaja enggan menyebut namanya," kata Alyah yang dipetik dari laporan mStar Online.

Ekoran dari itu, Alyah berharap agar Adi memahami situasinya pada malam itu yang tidak berniat melupakan jasa komposer yang bernama Manusia Putih itu.

"Apa-apa pun, maafkan saya sekali lagi andai kata Adi terasa. Jujurnya saya tidak pernah melupakan jasanya yang mencipta lagu yang sangat menakjubkan itu sehingga menerima penghargaan seperti ini," katanya.

Sementara itu, dalam laporan di portal OhBulan!, Adi memaklumkan dia tidak berkecil hati dengan tindakan Alyah yang tidak mengucapkan terima kasih kepada dirinya atas pentas anugerah itu.

Bagi Adi, kemenangan Alyah malam itu sudah cukup bermakna buat dirinya.

"Bagi saya, asalkan lagu itu dah menang lagu terbaik kira bagus untuk saya sebenarnya. Kalau Alyah tak 'wish' dekat saya, saya tak kisah pun," kata Adi.

Beberapa hari lalu, Alyah dan pereka fesyen, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini telah bercakaran di alam Twitter kerana pereka fesyen tersebut marah dengan tindakan Alyah yang tidak memakai baju hasil tangan mereka.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Foto Percutian <b>Fouziah Gous</b> Dan Keluarga Di Chiang Mai - OhBulan

Posted: 26 Dec 2012 08:41 PM PST


Pelakon cantik, Fouziah Gous baru-baru ini telah meluangkan masa bercuti bersama keluarga tercinta di Chiang Mai. Ini merupakan aktiviti wajib setiap tahun yang dilakukannya bersama bagi mengeratkan hubungan keluarga.

Menerusi foto-foto yang dimuat naik melalui Instagramnya. Jelas keakraban diantara adik-beradik, anak saudara, dan ibunya dapat dilihat melalui foto-foto sepanjang percutian mereka di Chiang Mai.

Setakat ini sudah beberapa kali Fouziah dan keluarganya ke Thailand untuk bercuti. Antara lokasi-lokasi menarik yang dilawati mereka, adalah Chiang Mai Zoo, Chiang Rai White Tample, Elephant Camp dan banyak lagi.

Hari ini Fouziah berangkat ke Abu Dhabi untuk penggambaran telemovie "Cinta Di Sa'adiyat". Nampaknya sambil bekerja sambil bercutilah Fouziah di Abu Dhabi. Jom kita tengok foto-foto percutian Fouziah bersama keluarganya di Chiang Mai baru-baru ini.

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


Strawberi Cinta (2012) SDTVRip | Jiwang.NET

Posted:

Cast: Pierre Andre,Yana Samsudin,Along Eyzendy,Diana Amir,Fiffy Natasha, Gbob, Siti Aziz, Dian P.Ramlee. Director:Ahmad Rusli Khadri. Release : Strawberi.Cinta.[2012].SDTVRip.480.AC3.Mkv-KaRL[JWG]. Size: 721mb ...

<b>Along</b>, Yana tutur bahasa Jepun | n9kini.net

Posted:

Bukan saja Yana, watak Along Eyzendy sebagai Naru Hudo juga memerlukan lelaki hitam manis ini banyak bertutur di dalam bahasa Jepun. Namun berbeza dengan Yana, Along mempunyai kesukaran menguasai bahasa berkenaan ...

saleem iklim - Google Blog Search

saleem iklim - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>saleem iklim</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jan 2013 01:28 PM PST


.: Gerbang Muzik Anda :.: Saleem - <b>Saleem Iklim</b>

Posted: 21 Apr 2012 03:18 AM PDT

Artis : Saleem
Album : Saleem Iklim
Genre : Pop Rock
Keluaran : P&C 1993, Pustaka Muzik SCS Sdn. Bhd.
Edaran : Suara Cipta Sempurna (Marketing) Sdn. Bhd.
Code Album : CD8202

Penerbit Album : Wan Zul
Urusan Penerbitan : H.M Chang
Susunan Muzik : Wan Zul, Bong & Anuar Dahlan
Studio Rakaman : King's Studio


Pengurus A&R : Kervin Chang
Rekabentuk Sampul : Lee Omar

Senarai Lagu :

  1. Sheila *4.39
    Adinda Amiro & Rosyid Somantri | Adinda Amiro & Rosyid Somantri
  2. What Can I Say *4.01
    Bong | Hassan Abdullah
  3. Hakikat Sebuah Cinta *4.22
    Azam | Zur'Ain
  4. Elusan Cinta *5.34
    Syed Amran | Nur Ehsan
  5. Abadi *6.16
    Mohalim | Maulana
  6. Satu Kesan Abadi *4.37
    Nasha Kelvin | Fawzy Amin
  7. Biografi Yang Luka *5.18
    Wan Zul | Dr. Wan Zawawi
  8. Seribu Penghargaan *5.08
    Umarul | Umarul
  9. Bulan Jatuh Ke Riba *4.27
    Nur Ehsan | Zur'Ain
  10. Blue Terangganu Kita *5.09
    Umarul & Mat Adorina | Mat Adorina & Iklim

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Farid Kamil & <b>Diana Danielle</b> | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 03 Nov 2012 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Farid Kamil & Diana Danielle Solemnization. ... Farid Kamil & Diana Danielle. Farid Kamil & Diana Danielle Solemnization. Comments and faves. ☆. Kumaravel added this photo to his favorites. (8 days ago). waran777 (8 ...

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b>, Kamal Adli Dan Hanis Zalikha Dalam - Beautifulnara

Posted: 02 Jan 2013 12:33 AM PST


Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Excellent Pictures hari ini, filem terbaru hasil kerjasama syarikat tersebut dengan syarikat filem milik Datuk Yusof Haslam, 'Gangster Celop', sebuah filem aksi komedi akan menemui penonton mulai 21 Februari 2013 di hampir 70 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham, akan menampilkan Syamsul Yusof, Kamal Adli dan penulis blog popular dan cun yang kini menceburi dunia lakonan, Hanis Zalikha.

Saksikan treler filem ini di sini:

Baca Yang Ini Pulak:-


Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Aisyah Humaira&#39;: Muka Suami Macam <b>Sharnaaz Ahmad</b>?

Posted: 20 Dec 2012 11:20 PM PST

Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak update blog. Tentang kehidupan. Orang kata muka suami tercinta Niera macam Sharnaaz Ahmad? Yup! Bila Niera bagi tahu adik-adik Niera, semua terkekek ketawa. haha :D tak tahu la sape yang rabun, sape yang tak. Bukan seorang yang cakap, tapi agak ramai kot. Blogger dan kawan-kawan sekolah dulu.
Antaranya? [Klik sini] dan dari blogger yang sama, dia siap adakan pesanan tentang muka suami Niera [disini]
Niera : Adik-adik rasa muka abang Wan (suami) macam muka siapa?
Niera : Alaaa, tekalah. Pelakon.
Adik-adik : Haahaha. Adalah sikit. Tapi Abang Wan lagi hensem la.
Seee? Adik pun cakap yang suami Niera lagi hensem. Jujur, yang paling penting, suami Niera paling hensem dan kacak dan macho. Memang tak de tandingan siapa-siapa. Fahrin Ahmad pun kalah tau ! Berbangga dengan suami yang memang terbaik ! heee :D
Dia Cinta Hati Saya. I  U
#Pandangan orang selalu berbeza, namun pandangan seorang isteri tak pernah menipu. Bila si dia yang dicintai sah menjadi suami, itulah yang terbaik di pandangan mata. Dia lah terhebat, terkacak dan terbaik. Tiada yang lain. Suamiku, Aku mencintaimu lebih dari diriku sendiri dan yang pasti kau satu-satunya di hati untuk selamanya. 

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


<b>Tomok</b> Lancarkan Single Terbaru Berjudul “Penipu” |

Posted: 30 Dec 2012 11:00 PM PST


Abang Nara suka Tomok. Sejak dari zaman New Boyz lagi, lagu nyanyian Tomok seringkali dinyanyikan oleh diri ini ketika berkaraoke. Terbaru, Tomok muncul dengan single yang berjudul "Penipu". Not bad jugak!!!

penipu daripada tomok

Tahun 2012 merupakan tahun yang amat bermakna buat Tomok dengan kehadiran cahaya mata sulungnya. Semoga tahun 2013 yang akan menjelma esok menjanjikan lebih banyak kebahagiaan dan kenikmatan buat mereka sekeluarga. Buat peminat Tomok, lagu Penipu ini bolehlah dikatakan sebagai hadiah tahun baru untuk anda.

Selamat tahun baru buat Tomok dan keluarga. Semoga dimurahkan rezeki sepanjang tahun 2013 kelak. Amin ~~

Baca Yang Ini Pulak:-


Dina nazir - Google Blog Search

Dina nazir - Google Blog Search


Foto: Gaya Black & White Glam Glitz Selebriti @ Karpet Glamor AIM19

Posted: 18 Nov 2012 10:44 AM PST

Last Updated: 11:45am, January  2, 2013

TERENGGANU

BESUT
- Kg Anak Ikan, Kg Oh, Kg Keruak, Kg La, Kg Apal

HULU TERENGGANU
- Kg Menerong

SETIU
- Kg Nyatuh

TOTAL STILL AFFECTED: 107
RELIEF CENTRES: 4
TOTAL DEATHS: 6
ROADS CLOSED: 11

Bilik Gerakan: 09-6316021/ 66668246


KELANTAN

PASIR PUTEH
- Kg Gong Keding, Kg Tok Sudin, Kg Baru

KOTA BARU
- Kg Manok

TOTAL STILL AFFECTED: 61
RELIEF CENTRES: 3
ROADS CLOSED: 0

Bilik Gerakan: 09-7450999/ 7455555/ 7753400


Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


<b>Akim</b> Restaurant | Video

Posted: 30 Dec 2012 09:00 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Next video in 5 hours, 54 minutes. Search for: Akim Restaurant. Tweet · submit to reddit · Delicious. Pin It · Tracy McGrady – 13 Points In 33 Seconds. Jeffrey Wright – A Unique Teacher. Nollie 540 Hardflip Double-Footplant. Best Table Tennis ...