Nuffnang

Sabtu, 6 April 2013

Zahiril Adzim - Google Blog Search

Zahiril Adzim - Google Blog Search


<b>Zahiril Adzim</b>: Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-25 <b>...</b>

Posted:

Zahiril Adzim: Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-25 - Gossip Selebriti Malaysia | Menggalas watak sebagai Adil atau Bunga Lalang menerusi filem, Bunohan, Zahiril Adzim tidak menyangka namanya dicalonkan ...

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


<b>Nubhan</b>, Mila tidak berputus asa – Perak Today

Posted: 13 Mar 2013 05:50 AM PDT

BAIK Nubhan mahupun Mila, mereka berdua sedar karier sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah biarpun sudah bertapak dalam industri seni suara sejak lima tahun lalu, iaitu sejak kedua-duanya keluar daripada program realiti Akademi Fantasia.

Jika ada pun, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahmad, 27, hanya popular menerusi beberapa buah lagu seperti Oh Juwita dan Seadanya Aku.

Begitu juga Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 26, yang hanya popular menerusi lagu Persis Mutiara.

Mengakui kurang menyerlah sebelum ini kerana tiada pihak pengurusan, Mila memberitahu, ia menjadi faktor kepada kekurangan untuk mempromosikan lagu-lagunya sendiri.

Sebaliknya bagi Nubhan, dia mendedahkan, dirinya yang mentah dan kurang matang dalam industri membuatkan dirinya dipergunakan oleh pihak pengurusannya terdahulu.

Nubhan dan Mila juga bercerita mengenai lagu duet baharu mereka iaitu Cinta Kasih yang merupakan lagu tuah buat mereka untuk menyerlah kembali dalam industri seni suara ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu duet terbaharu berjudul Cinta Kasih di Redbox, The Garden, Kuala Lumpur.

NUBHAN kini mempunyai syarikat pengurusan sendiri iaitu Nubhan Records & Productions.

Pengajaran buat saya – Nubhan

Sekitar bulan September tahun lalu, Nubhan pernah mencetuskan kontroversi apabila dia mendedahkan tidak pernah mendapat duit royalti dan hak-haknya sebagai seorang artis yang bernaung di bawah syarikat pengurusannya, sebelum ini.

Enggan mengungkit dan mengingati kisah lalu, ungkap Nubhan, dia menganggap tempoh lima tahun di bawah pihak pengurusan itu merupakan pengalaman dan pengajaran yang boleh ditimba olehnya.

"Kalau boleh saya tidak mahu kenang lagi perkara lama. Mahu tutup buku lama dan buka buku baharu.

"Sebelum ini saya budak remaja yang tidak tahu ranjau dan liku berada dalam industri seni, tetapi sekarang saya sudah dewasa dan mampu bergerak serta berfikir secara matang," ujarnya yang menganggap kembalinya dia ke dunia seni sekarang bersama pihak pengurusan baharu adalah tempoh permulaan karier seninya.

Kini Nubhan bernaung di bawah pengurusan sendiri, Nubhan Records & Productions. Bagaimanapun, untuk penerbitan single, album mahupun urusan promosi, Nubhan bekerjasama dengan syarikat rakaman Nova Music.

Mengakui kini lebih selesa dan bebas dalam membuat keputusan, Nubhan mendedahkan, dia tidak pernah berasa putus asa untuk terus bertahan bergelar sebagai penyanyi kerana peminat-peminatnya.

"Kekuatan saya adalah peminat-peminat yang sentiasa menyokong. Mereka juga sering bertanya khabar dan ingin melihat perkembangan terbaharu saya.

"Memang kontroversi yang berlaku sebelum ini begitu pahit buat saya. Masakan tidak, saya mengharapkan pihak pengurusan yang baik, tetapi sebaliknya yang berlaku," ujarnya yang kini begitu popular dengan lagu duetnya bersama Mila.

Dalam proses mengumpul bahan-bahan untuk single terbaharunya di bawah Nova Music, Nubhan juga bersyukur kerana lagu Cinta Kasih ciptaan Nur Zaidi Abdul Rahman (pencipta lagu Ombak Rindu) itu mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat muzik.

Melihat pada penampilan Nubhan yang kini kelihatan segak dan matang, ada khabar yang mengatakan perubahannya itu disebabkan sudah mempunyai kekasih.

Mengulas mengenai perkara itu, Nubhan mendedahkan, perubahan penampilannya bukan disebabkan seseorang yang bergelar kekasih. Tetapi, dia berubah seiring dengan usianya yang semakin meningkat.

"Cinta saya tolak tepi dulu. Sekarang, saya tidak mahu fikir soal cinta. Saya mahu fokus kepada karier. Saya juga tidak bercadang untuk mencari teman istimewa atau mengenali sesiapa buat masa ini.

"Begitupun, soal jodoh kita tidak boleh jangka. Jika sudah tertulis jodoh saya sampai dalam waktu terdekat ini, saya tidak akan menolak, " ujarnya lagi.

SELEPAS putus cinta dengan jejaka Rusia, Mila kini enggan menjalin hubungan cinta dalam masa terdekat.

Mila sedia bercinta

Bila ada mulut yang mengharapkan dirinya bercinta dengan Nubhan selepas mereka berduet bersama lagu Cinta Kasih, luah Mila, kalau boleh dia tidak mahu bercinta sesama artis atau orang dalam industri.

Ujar Mila yang pernah bercinta dengan seorang warga Rusia sebelum ini, dia mahukan kekasihnya itu tidak berbicara topik yang sama dengannya iaitu nyanyian atau lakonan.

"Kalau boleh saya tidak mahu bercinta dengan orang dalam industri. Sebab takut topik perbualan sama. Lagipun Nubhan terlalu tinggi untuk saya," ujarnya sambil ketawa.

Mengulas mengenai teman lelakinya sebelum ini, luah Mila, kerana jarak dan juga budaya, percintaannya bersama lelaki warga Rusia itu tidak berpanjangan.

Pernah juga bercinta dengan Ebi AF5 sebelum ini, Mila juga mendedahkan, bahawa kedua-dua ibu bapanya berharap agar dia segera bercinta dan berkahwin sebelum umurnya mencecah 30 tahun.

Berbicara pula mengenai lagu duetnya bersama Nubhan, Mila mengakui berasa bertuah kerana diberi kepercayaan oleh pencipta lagu, Nur Zaidi dan juga pihak Nova Music untuk dirinya menyanyikan lagu tersebut.

"Lagu Cinta Kasih hadir pada saat saya mahu membuat kemunculan semula dalam bidang seni. Saya seronok dan bersyukur kerana dipilih pihak Nova Music untuk menyanyikan lagu ini," ujarnya kini bernaung di bawah Nova Music bersama Nubhan bagi pengurusan promosi dan juga menerbitkan single atau album baharu.

Cerita Mila, selain mempromosikan lagu tersebut, pihak Nova Music juga sedang merangka untuk menghasilkan single terbaharunya.

Mila bersyukur kerana dirinya kini mempunyai pihak pengurusan dan berharap perjalanan kariernya lebih menyinar selepas ini.

"Saya tiada kekuatan mahu mempromosikan lagu sendiri. Sebelum ini saya pernah buat sendiri dan ia tidak menjadi," ulasnya berhubung album keduanya yang pernah berdepan dengan kegagalan kerana lagu-lagunya langsung tidak diputarkan di corong-corong radio.

Berkongsi rasa, ujar Mila, walaupun kerjaya seninya kurang menyerlah dia tidak pernah berputus asa kerana menganggap nyanyian sudah sebati dalam dirinya.

- KOSMO

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Maraton Drama Lakonan Tiz Zaqyah & <b>Remy Ishak</b>, “Cinta Jangan <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2013 10:49 PM PDT

Cinta Jangan Pergi

Bagi semua peminat Remy Ishak dan Tiz Zaqyah, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama lakonan terbaru gandingan mantap kedua-dua pelakon ini berjudul "Cinta Jangan Pergi," yang bakal ditayangkan mulai 6 April ini di TV9.

Secara umumnya, drama bersiri ini akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, namun begitu memandangkan pada Ahad (7 April) bakal berlangsungnya majlis berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), oleh itu pihak TV9 bakal menayangkan maraton untuk episod pertama dan kedua drama tersebut pada Sabtu ini bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam.

Antara barisan pelakon yang turut terlibat dalam menjayakan drama bersiri ini adalah Nadia Nisa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Eleza Shada dan Kartina Ayoob.

Berikut kami lampirkan trailer drama 'Cinta Jangan Pergi' buat tontonan anda semua. Jom layan!

Tags: , , ,

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Nakhoda Nurani: Aktres Cair Dengan <b>Aqasha</b>?

Posted: 21 Mar 2013 03:04 AM PDT

Aktres Cair Dengan Aqasha?

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


Gambar <b>Nur Fazura</b> di AIFFA 2013

Posted: 01 Apr 2013 10:00 PM PDT

Pada: Selasa, 2 April 2013 Majlis gilang gemilang AIFFA 2013 yang berlangsung di Kuching Sarawak Baru-baru ini adalah satu malam yang tidak dapat dilupakan apabila ramai selebriti kita memenangi pelbagai kategori yang dipertandingkan.

AIFFA merupakan kolaborasi dan kerjasama di antara Kementerian Pelancongan Sarawak, Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam memartabatkan industri perfileman Malaysia di mata dunia.

Ini senarai pemenang.. Dan dibawahnya adalah gambar-gambar selebriti terutama Nurfazura dan rakan-rakannya tempatan mahupun luar negara.

Pengarah Terbaik Riri Riza (Atambua 39 Degree Celsius - Indonesia)

Filem Terbaik Aksi: Songlap (Malaysia)
Drama: Sta. Nina (Filipina)
Komedi: Istanbul Aku Datang (Malaysia)

Pelakon Wanita Terbaik Alessandra De Rossi (Sta. Nina - Filipina)

Pelakon Lelaki Terbaik Shaheizy Sam (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anita Linda (Sta. Nina - Filipina)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Bugoy Carino (Alagwa - Filipina)

Lakon Layar Terbaik Bunohan (Malaysia)

Suntingan Filem Terbaik Sang Martir - Cesa David Luckmansyah (Indonesia)

Pengarah Fotografi Terbaik Rahmat Ipung Syaiful (Rayya - Indonesia)

Anugerah Khas Juri Kayan Beauties (Myanmar)
Rectoverso (Indonesia)
Ada Apa Dengan Rina (Brunei)
Taxi! Taxi! (Singapura)

Anugerah Penghormatan Khas Hanyut (Malaysia)

Anugerah Sepanjang Hayat Datuk Seri Michelle Yeoh (Malaysia)

Anugerah Semangat ASEAN Cinta Tapi Beda (Indonesia)


Tag: , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


<b>Que Haidar</b> Pilih 4 Pengarah Sahaja – Perak Today

Posted: 10 Mar 2013 06:00 PM PDT

Pelakon Que Haidar hanya memilih empat pengarah hebat iaitu Mamat Khalid, U-Wei Saari, Dain Said dan Wak Khalid sekiranya ditawarkan berlakon filem.

Que berkata, empat pengarah itu merupakan antara yang digemarinya kerana kreativiti yang dimiliki mereka dalam setiap filem yang dihasilkan.

"Memandangkan pelibatan saya dalam lakonan sangat kurang, jadi saya senang dengan bersikap memilih.

"Tawaran yang diberi hanya akan saya terima jika filem itu diarahkan oleh Mamat Khalid, U-Wei Saari, Dain Said dan Wak Khalid. Mereka sangat kreatif dalam mengembangkan plot cerita dan watak," katanya.

Tambah Que yang sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bersara di bidang lakonan, dia kini sedang membuka ruang kepada diri untuk mengeksplorasi watak-watak yang belum pernah dibawakannya sebelum ini.

"Mungkin ia kedengaran seperti angkuh. Tetapi saya mahu sesebuah watak yang diberi benar-benar memberi kesan terhadap kredibiliti saya," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangannya yang terbaru, Que kini sibuk dengan pengajaran kelas-kelas lakonan menerusi bengkel-bengkel yang dianjurkan.

Selain itu Que juga banyak membantu isterinya dalam menguruskan kerja-kerja persembahan tarian isterinya, Linda Jasmine.

"Sekarang ini saya dan isteri saling berbahagi kerja. Selain menguruskan studio tarian isteri di Ampang, saya juga mengadakan beberapa bengkel lakonan buat anak-anak muda yang berminat.

"Selain itu, saya juga sibuk menghadiri pelbagai undangan untuk memberi ceramah bagi pelajar-pelajar jurusan seni persembahan.

"Alhamdulillah, kerja-kerja ini sudah menjadi keutamaan saya manakala lakonan pula lebih ke arah hobi," tuturnya.

-mStar

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


Gambar HOT!! <b>Fida Ibrahim</b> tak kisah DICIUM jantan... ~ MPP Online

Posted: 31 Jan 2013 08:00 AM PST


Nama artis ni memang jadi sebutan selepas kemunculannya dalam video klip lagu "Apo Kono Eh Jang" bersama Ac Mizal.. Memang sedap beb suara Fida ni dalam lagu tu..

Dengan liuk lentuk tarian yang dikatakan separa seksi.., Fida dah buat banyak jantan-jantan kabaret diluar sana gila bayang beb..

Tapi malangnya.., jantan didalam gambar bawah ni memang beruntung dapat cium Fida.., dikhalayak ramai pulak tuu.. Huhh!!! Memang melampau!!!

Korang tak percaya??? Jom tengok gambar yang confirm bukan superimposed ni beb.. Mamat Sepah mesti meleleh hingus bila tengok ex-girlfriend dia kena cium macam tu... Huhuhu...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


Ustaz Azhar Idrus Bakal Berlakon Di Bawah Arahan <b>Pierre Andre</b>? |

Posted: 10 Mar 2013 07:56 PM PDT


Wow. Walaupun belum 100% diconfirmkan, ada ura-ura bahawa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus bakal membintangi sebuah filem di bawah arahan Pierre Andre. Mengikut perancangan, filem terbitan MIG yang bertajuk "Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang" akan diterajui oleh Shiro dan Ustaz Azhar Idrus.

azhar idrus

Namun begitu, menurut Pierre Andre sendiri, Ustaz Azhar Idrus masih belum memberikan kata putus sama ada mahu terlibat atau tidak dengan filem ini. Kata Pierre Andre:-

Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut. Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini.

azhar idrus
Selama ini pun Abang Nara memang selalu layan ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus menerusi YouTube. Memang kelakar betul orangnya. Kalau jadilah UAI membintangi filem ini, nampaknya medium dakwah beliau akan berkembang ke layar perak pulak. Pasti ramai yang teruja nak menontonnya.

P.S: Bila ucapan ahli politik diparodikan

Baca Yang Ini Pulak:-


Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Aksi Di Ranjang Rusdi Ramli Dan <b>Nora Danish</b> Timbulkan <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2013 09:29 PM PDT


Jarang juga filem tempatan menampilkan aksi di ranjang. Dan biasanya aksi ranjang dalam filem pastinya disusuli kontroversi.

Ini pernah berlaku pada filem Ombak Rindu misalnya, dan filem-filem sebelumnya yang sepertinya. Kontroversi terbaru yang melibatkan aksi ranjang dalam filem ialah melalui filem Mencari Cinta . Dalam treler filem ini, jelas ditampilkan satu senario di mana pelakon lelakinya, Rusdi Ramli memeluk Nora Danish di atas ranjang dengan mesra.
Tidak pasti apa sebenarnya signifikan aksi seperti ini dalam filem Melayu. Mungkin ini satu cara menarik perhatian penonton kepada filem lantas mereka akan menontonnya? Apa pun, Rusdi Ramli awal-awal lagi menyatakan kepada Harian Metro yang dia hanya mengikut tuntutan pengarah untuk menjayakan filem tersebut.

Tidak dinafikan melalui sedikit prebiu melalui treler, lakonan Rusdi dan hot mama Nora nampak realistik, seperti suami isteri yang sebenar lagaknya. Dan memang juga tugas para pelakon untuk membawa dan menghidupkan watak mereka sebaik mungkin.

Filem Mencari Cinta diarahkan oleh Shirin Khuzaimi dan dijangka mulai ditayangkan pada 25 April ini.

Bagi yang masih belum menonton, boleh saksikan treler filem Mencari Cinta di bawah:-

***

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Maraton Drama Lakonan <b>Tiz Zaqyah</b> & Remy Ishak, “Cinta Jangan <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2013 10:49 PM PDT

Cinta Jangan Pergi

Bagi semua peminat Remy Ishak dan Tiz Zaqyah, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama lakonan terbaru gandingan mantap kedua-dua pelakon ini berjudul "Cinta Jangan Pergi," yang bakal ditayangkan mulai 6 April ini di TV9.

Secara umumnya, drama bersiri ini akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, namun begitu memandangkan pada Ahad (7 April) bakal berlangsungnya majlis berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), oleh itu pihak TV9 bakal menayangkan maraton untuk episod pertama dan kedua drama tersebut pada Sabtu ini bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam.

Antara barisan pelakon yang turut terlibat dalam menjayakan drama bersiri ini adalah Nadia Nisa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Eleza Shada dan Kartina Ayoob.

Berikut kami lampirkan trailer drama 'Cinta Jangan Pergi' buat tontonan anda semua. Jom layan!

Tags: , , ,

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Neelofa Masih Setia Dengan <b>Hans Isaac</b> | OHBULAN!

Posted: 17 Jan 2013 07:07 AM PST

hans-isaac2

Lama juga kami rasa tak mendengar gosip-gosip dari Neelofa. Maklumlah, kalau dulu boleh kata setiap hari ada saja tajuk dengan nama Neelofa.

Terbaru dari selebriti ini, dia menafikan tuduhan yang mengatakan dirinya sedang bercinta dengan adik kepada seorang individu kenamaan tempatan. Dia yang ditemubual oleh sebuah tabloid tempatan turut menegaskan bahawa mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"Kelakarlah macam mana cerita ini boleh timbul. Kami memang mengenali antara satu sama lain kerana sudah lama berkawan.

"Saya bukan sahaja kenal dia, malah sepupu dan ahli keluarganya juga saya kenal sejak usia saya 17 tahun lagi."

Namun apa yang lebih menarik perhatian OHBULAN! sebenarnya apabila Neelofa mengaku bahawa dia masih lagi setia dengan kekasihnya, Hans Isaac. Khabar angin tentang hubungan mereka berdua mula tersebar sekitar Oktober yang lepas dan menjadi topik hangat perbualan peminat.

Sumber : Utusan Malaysia

Tags: , ,

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> Akui tidak terlalu rapat dengan Yana Samsuddin <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 09:40 AM PST

Sebelum ini pernah kami siarkan cerita yang Intan Ladyana dan juga Yana Samsudin sudah tidak bertegur siapa dan kini bermasam muka


ZALIF SIDEK

Masih mahu mengetahui akan hal sebenar dari tuan empunya badan maka kami sempat berbual seketika dengan Intan Ladyana di e Curve baru baru ini. Nyata wajah Intan Ladyana tenang sebaik diajukan dengan soalan demikian

Ujarnya "Sejak bini-biniku perkasa memang dah lama tak jumpa dengan Yana Samsudin. Saya tahu dengan hal ini dan ada yang sudah bertanyakan kepada saya betul ke saya dengan Yana ni ada masalah apa-apa. Saya dengan Yana bagi saya ok je tanpa ada sebarang masam muka seperti mana yang diperkatakan."

"Tak adalah sampai dah tak bertegur sapa, lagipun saya dengan Yana bukan bergaduh, cuma saya dengan dia tidaklah terlalu rapat. Lagipun kami sibuk dengan shooting, berjumpa pun memang payah. Saya pun tak tahu apa objektif utama cerita sebegini boleh tersebar dan apa motif semacam mahu melagakan kami berdua?"

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


#MalaysianHipHop: Event : <b>Altimet</b> - Kotarayaku Showcase

Posted: 05 Mar 2013 11:03 PM PST

Follow @altimet to for details on how to get your tickets.

Facebook Event Page

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


GAMBAR HOT <b>JULIANA EVANS</b> DI AMERIKA SYARIKAT | ANa <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 12:02 AM PST


Pelakon tanah air yang berwajah Pan-Asia, Juliana Evans ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat (USA). Mari kita tengok gambar Juliana Evans ketika di USA.










Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Bersedia Kehilangan Peminat | MyNewsHub

Posted: 01 Mar 2013 01:40 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Tampil berbeza untuk album terbarunya, Faizal Tahir mengakui dia tidak kisah apabila bakal kehilangan segelintir peminatnya kelak. "Saya sedia maklum bahawa saya mungkin kehilangan peminat dengan lahirnya album ...

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Tunang Saya Isteri Orang – <b>Fizz Fairuz</b> |

Posted: 19 Feb 2013 04:41 PM PST


Terkejut beruk Abang Nara membaca muka depan suratkhabar Harian Metro hari ini. Tunang Fizz Fairuz ialah isteri orang. Memang tak disangka-sangka. Empat hari selepas bertunang barulah Fizz Fairuz mengetahui yang tunangnya adalah isteri kedua seorang usahawan dan telah bernikah di selatan Thailand.
fizz fairuzUntuk makluman, nama tunang Fizz Fairuz ialah Azlyn Massiela, berusia 26 tahun dan berasal dari Kuantan. Mereka berdua berkenalan di satu lokasi penggambaran dan menjadi semakin rapat setelah memiliki kawan yang sama di Kuantan. Kata Fizz Fairuz:-

Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang. Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-seoalah diatur oleh dia sejak kami berkenalan setahun lalu. Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu.

fizz tunang isteri orang
Nampak gaya seperti Fizz Fairuz terkena sihir pun ada jugak. Yang menariknya, hubungan Fizz dan tunangnya turut diketahui oleh Almy Nadia. Malah Almy Nadia pernah menasihatkan agar Fizz Fairuz pergi berubat kerana keadaannya yang tidak terurus. Kata Fizz lagi:-

Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung. Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.

fizz

Diharapkan Fizz Fairuz pergi berubat untuk melihat apa yang tidak kena pada dirinya. Ini memang satu ujian yang amat besar buat Fizz. Nasib baik dapat tahu sebelum pernikahan berlaku. Sempatlah putus tunang. Kalau tiba-tiba dah bernikah tak ke kerja gila?
vco catalystP.S: Antara manfaat mengamalkan pemakan virgin coconut oil Catalyst ialah kitaran haid menjadi lebih teratur. Selain itu, parut jerawat berkurangan dan kulit akan bertambah cerah. LIKE Facebook CantikNara atau email lorongsetia8@gmail.com untuk info lanjut.

Baca Yang Ini Pulak:-


kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


:: MYARTIS.COM ::: EDRY <b>KRU</b> BERUBAH BUKAN KERANA BOTOX

Posted: 02 Apr 2013 01:15 PM PDT


Edry Abdul Halim menafikan gosip bahawa wajahnya mendapat suntikan botoks untuk kelihatan muda dan tampan sebagaimana artis barat.

Anggota kumpulan KRU itu berkata demikian bagi menyangkal khabar angin tersebut yang kini berlegar di alam maya. Menurut Edry, gosip berkenaan langsung tidak mempunyai asas yang kukuh dan dia enggan melayan cerita tidak benar tentangnya.


"Jika benar saya buat sebarang perubahan pada wajah sudah tentu kini saya kelihatan seperti Brad Pitt dan Yusry tidak lagi menjadi anggota KRU yang paling kacak.

"Khabar angin itu sama sekali tidak benar dan saya tidak akan melayan cerita yang tidak masuk akal seperti itu," jelasnya ketika ditemui media di Restoran Full House, semalam.

Edry dulu dan sekarang...

Dakwa Edry yang kini turut menyertai kumpulan Mojo, dia tidak mempunyai niat untuk berselindung atau berpura-pura dalam masalah ini. Oleh yang demikian, dia menganggap cerita yang diperbesarkan itu (penggunaan botox) adalah tidak masuk akal.

"Jika benar saya lakukan sebarang perubahan pada wajah, saya sendiri akan dedahkan perkara itu kepada umum dan tiada apa yang perlu saya sorokkan," katanya sambil ketawa.

Menurut Edry, perubahan wajahnya itu kemungkinan disebabkan dia aktif bersenam serta melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Malah perubahan gaya rambut turut membuatkan dia kelihatan berbeza pada pandangan ramai.

"Saya tidak rasa ada apa-apa perubahan pada wajah saya kerana jika buat perbandingan dengan gambar lama dan terkini tiada beza tapi ada orang kata saya nampak lebih muda mungkin kerana gaya rambut yang sentiasa berbeza dan kesan senaman konsisten yang saya lakukan," ujarnya.

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


celoteh si gadis kidal: Lirik Lagu Merah - <b>Zulhuzaimy</b>

Posted: 29 Mar 2013 02:58 AM PDT



jom nk dengar suara pelakon
klik video kt atas. . . 

<b>Zul Huzaimy</b> | Aku ~ HALIMUNAN

Posted: 07 Mar 2013 06:00 PM PST

018

Datang pejabat hari Isnin yang lepas. Bukan datang pejabat GAFIM tapi pejabat FDAM sebab nak apply membership.. Hehehe, tumpang sekaki bergambar.

Untung pulak hari tu bukan main lagi bergaya sakan nak pergi ofis, rupanya nak bergambar dengan artis.. hahaha

"Always Trust Your Instinct"

Kan kan kann……?

Haritu Zulkifli M. Osman pun datang tapi tak daya nak mintak bergambar, maluuuuuu….

**tengah duk tension awat camera ni jadi meletup putih melepak jadinya gambar.. Anyone can help me apa salah kat setting tu?