Nuffnang

Khamis, 23 Februari 2012

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


<b>Diana Danielle</b> | Paparazzi

Posted: 14 Feb 2012 06:45 PM PST

Pelakon dan penyanyi yang cantik ini dikhabarkan ingin menikmati zaman remajanya dahulu sebelum memikirkan soal jodoh. Jom kita saksikan klip ini.

Hafiz af - Google Blog Search

Hafiz af - Google Blog Search


<b>Hafiz AF</b> Sudah Punya Pengganti Adira | Oh! Artis | Dunia Gosip dan <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 02:51 AM PST

kerja-cash

kerja-cash

jiraiya-sama

erisya-spa

erisya-spa

erisya-spa

vimax

perfumeberry

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share


Kisah putusnya percintaan Hafiz dan Adira rasanya baru sahaja kami siarkan di artikel terdahulu tetapi kini dunia hiburan kembali dilanda gosip kisah cinta Hafiz – Juara Anugerah Juara Lagi ke-26 ini melalui lagu berhantu 'Awan Nano'.

Kalau nak tahu, tempohari sempena kejayaan Hafiz di dalam Anugerah Juara Lagu, sebuah majlis kesyukuran telah diadakan. Hafiz telah membawa seseorang ke majlis tersebut. Namun begitu gadis yang didakwa sebagai kekasih Hafiz itu dilihat duduk berjauhan daripadanya. Mungkin tidak mahu mengelakkan kontrovesi atau gosip?

Apabila ditanya adakah benar gadis tersebut adalah kekasih barunya, Hafiz hanya tergelak sambil berseloroh – "Kami hanya kawan sahaja. Tidak salahkan kalau saya menjemputnya hadir pada malam ini."

Gadis itu dikenali sebagai Zahirah Radzi, 27 tahun dan pernah menjadi salah seorang pelakon yang menjayakan video klip lagu Ilusi nyanyian Adira serta lagu Jahatnya Cinta nyanyian Stacy.

Bagi kami masakan sengaja Hafiz bawa ke sana kemari jika sekadar kawan. Tapi mana tahu,mungkin mahu membuatkan Adira, kekasih hatinya dahulu yang meminta hubungan mereka diputuskan terasa? Atau sekadar mahu memancing perasaannya kembali atau memang benar itu kekasih baru Hafiz. Maklumlah , juara. Mesti Hafiz direbut oleh ramai peminatnya. Tunggukan sahajalah. Dah biasa sangat, komen artis hanya kawan-kawan ni… dulu dengan Adira pun begini juga kan.

OH ARTIS : TAK KISAHLAH. JANJI DUA-DUANYA BUKAN ADA YANG PUNYA PON! ADIRA JANGAN GIGIT JARI YE SEBAB ADA PEMINAT NAMPAK MEREKA BERDUA TU DI LCCT. MESRA!

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


inilahaku::JuneHalim: Roman feat <b>Kilafairy</b>

Posted: 03 Feb 2012 07:01 PM PST

 salam uoollsss...

korang layan citer TIHANY TV9 tak?

best ke ek?

aku tak layan tapi bila NoraAnne mama Aira post video ni kat FB aku terus jatuh hati plak, dan terus rasa Kilafairy ni hot babe!kikikiki...

Layanlah ek video ni. Lagu Amylea AF tu..berbakat!

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


(Gambar) <b>Misha Omar</b> Bertunang

Posted: 22 Feb 2012 08:53 AM PST

Misha Omar Bertunang!! Alhamdulillah, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu bunga-bunga cinta akhirnya mengikat tali pertunangan dengan pasangannya Firos Ezzwan Rossly seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS). Misha Omar yang kini berumur 30 tahun ini belum menetapkan tarikh pernikahannya namun, menjelaskan jika tiada aral melintang mereka akan diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Majlis pertunangan Misha Omar dan pasangannya ini telah berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga Misha di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan. Diharapkan dengan status Misha yang kini sebagai tunangan orang dapat menamatkan segala spekulasi mengenai status Misha yang diperkatakan sebelum ini. Berikut saya kongsikan gambar ketika Majlis Misha Omar bertunang :

Gambar Bakal Suami <b>Misha Omar</b>

Posted: 19 Feb 2012 08:00 PM PST

Jeng-jeng, akhirnya Misha Omar menamatkan spikulasi dan kontroversi mengenai siapa jejaka yang menambat di hatinya. Kini dia memperkenalkan jejaka itu dan akan bertunang tidak lama lagi dan dijadualkan akan bernikah pada tahun ini juga. Jejaka itu ada, Firos Ezzwan Rossly, 30, dan merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS). Apa macam cocok tak?

gambar Kosmo | GUA

-Komen yang tidak berkenan admin, akan di BANNED Facebook miliknya daripada terus berkomen. tq.

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


Pulau, Slot 9X di TV9

Posted: 22 Feb 2012 07:42 AM PST


Sinopsis: Pulau mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Pelbagai cerita misteri tentang pulau ini telah didengari, namun adakah ia cuma khabar angin… atau adakah ia benar? Antara mereka yang mengikuti pelancongan ini adalah Yana (Sharifah Amani), seorang blogger terkenal yang sering mengupas tentang isu-isu semasa, Azri (Bront Palarae), seorang usahawan muda, Aqilah (Natasha Hudson), seorang pramugari, Noni (Amyza Aznan), Pali (Chomatt Samad) dan Pian Komando (Sufian Mohamed), krew bot dan Madam Zara (Fazlina Dato' Haji Ahmad Daud), pemilik agensi pelancongan tersebut.

Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar, mereka menemui kemalangan yang menyebabkan bot mereka rosak lalu terdampar di pulau itu tanpa sebarang keperluan asas. Setelah mereka sedar, bot mereka tidak kelihatan lagi dan lebih mengerikan apabila mereka menemuimayat salah seorang daripada pelancong itu. Mereka mula belajar cara hidup di hutan, menyedari hakikat yang mereka tidak boleh berhubung dengan dunia luar serta tiada makanan dan punca air yang bersih.. Lebih mengerikan ialah apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar di antara mereka. Misteri pulau ini dan setiap kematian di situ makin lama makin terungkai apabila masing-masing yang masih hidup nampak signifikasi setiap kejadian yang berlaku.

Singkap misteri yang menyelubungi pulau ini di dalam drama Pulau menerusi slot 9X pada setiap hari Rabu jam 10.30 malam dan juga siaran ulangannya pada hari Ahad jam 10.30 malam.

Download:
Episod 1 - Hotfile | Mediafire


Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


THE AFRICAN DREAM™: <b>Akim</b> Simukonda -Bana Bandi (Zambian <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 06:55 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Akim Simukonda -Bana Bandi (Zambian Legend Series)... JK Feat Hanni - Pistol by GroundXero Official Musi... ► 2011 (13). ► November (2). Help 30 local Zambian women create their own busin... Common - Blue Sky · ► October (7) ...

Stacy, <b>Akim</b> hiasi majalah By&#39;U

Posted: 19 Feb 2012 09:10 PM PST

Akim dan Stacy kini dipertemukan dalam sebuah Majalah By'U yang dipetik daripada laman forum Cari baru-baru ini. Memang ternampak sangat kemesraan Akim dan Stacy dalam majalah ni, dan tidak dapat dipastikan adakah 'dogeng' merepa hanya lah topeng semata-mata di dalam percintaan mereka berdua. Tak kisahlah, kalau ada jodoh, dorang kahwin juga tu. Hehe.

Selain itu, ada juga kelibat seorang pemain bola sepak yang mahu menjadikan dirinya dikenali ramai, dan mungkin sudah dikenali oleh peminat bola sepak tempatan, iaitu kemunculan Wan Zack Haikal dalam majalah berkenaan. Dah ramai sekarang atlet bola sepak menghiasi majalah selebriti, kuat aura nampak.

-Komen yang tidak berkenan admin, akan di BANNED Facebook miliknya daripada terus berkomen. tq.

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


<b>Nur Fathia</b> - Saya Tidak Pernah Letak Harga

Posted: 04 Feb 2012 09:04 PM PST

gadis seksi

Nur Fathia Abd.Latif atau Fathia, 24 baru 2 tahun melibatkan diri dalam dunia hiburan, namun pelbagai kontroversi melanda Fathia. Sebelum ini, hangat diperkatakan Fathia membaling telefon bimbit kepada pengarah drama bersiri, Stanza Cinta.

Baru-baru ini pula, Fathia dikaitkan dengan isu 'letak harga' dimana Fathia meminta harga yang tinggi untuk berlakon sehingga namanya digugurkan daripada membintangi satu filem.

Namun, Fathia memberitahu pada Harian Metro, dia tidak berkecil hati malah langsung tidak marah tentang dakwaan tersebut.

Baru dua tahun saya bergelar anak seni memang banyak perkara yang perlu saya pelajari. Saya tidak menganggap apa yang ditulis wartawan itu sebagai satu kecaman, tetapi lebih kepada teguran untuk saya memperbaiki diri dan menjadi lebih baik

Soal letak harga yang diperkatakan itu sebenarnya membabitkan pihak penerbitan filem terbabit dan pengurus saya. Sebagai pelakon, saya hanya melaksanakan tugas diberikan. Jumlah bayaran pula dirasakan bersesuaian sebagai upah pekerjaan dilakukan, jadi pada saya ia tidak seharusnya menjadi isu besar.

Hakikatnya, saya tidak pernah meletak harga setiap kali diberikan tawaran malah ia bersesuaian dengan kerja dilaksanakan. Perkara itu turut diketahui kebanyakan produksi yang pernah bekerjasama dengan saya

Fathia mengatakan dia sukar untuk menerima tawaran berlakon kerana peperiksaan akhir berlangsung sama ketika waktu pengambaraan,

Dalam waktu sama sewaktu tawaran membintangi filem itu datang, saya berdepan dengan ujian semester akhir dan penggambaran filem itu juga mahu dilakukan dalam tempoh itu

Sudah tentu saya tidak dapat memberikan komitmen. Bagaimanapun apa yang berlaku sebaliknya apabila saya dikatakan minta harga tinggi. Itu saja penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu yang cuba digembar-gemburkan ini

perempuan seksi

Inginkan lelaki yang ikhlas menyintai saya

Selain hangat diperkatakan mengenai isu 'naik harga', ada cerita yang mengatakan Fathia bercinta dengan seorang ahli perniagaan. Perkenalan mereka dikatakan bermula 3bulan yang lalu selepas dikenalkan oleh rakannya.

Fathia tidak menafikan semua itu tetapi mengatakan dia dan jejaka yang dimaksudkan itu tidak mempunyai sebarang ikatan istimewa. Katanya, hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan. Mereka juga sudah mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun yang lalu.

Mungkin ramai yang akan menganggap kenyataan saya berikan ini cuba mengelak. Tapi inilah kenyataannya. Saya tidak pernah berbohong mengenai soal hati dan perasaan.

Tidak salah untuk kita berkawan dan cuba mengenali hati budi, tetapi ada ketikanya kita sendiri boleh berasakan sama ada orang yang datang dalam hidup kita sesuai menjadi kekasih mahupun sekadar kawan

Tegas Fathia, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta dan komitmen memandangkan kerjaya seninya baru hendak bermula. Waktu sama, pengajiannya juga belum lagi selesai dan dia tidak mahu soal cinta dan teman lelaki akan mengakibatkan dia gagal untuk mengimbangi kedua-dua perkara terbabit yang dianggap penting dalam hidupnya buat masa ini.

Tambahan pula jelas Fathia, walaupun kelak sudah menamatkan pengajian dan sibuk berlakon, dia tetap mahu menyambung pelajarannya dengan mengikuti latihan dalam kamar bagi mendapatkan lesen untuk bergelar peguam. Selepas itu, barulah soal cinta dan hidup berumahtangga akan difikirkan.

Fathia turut menafikan dia hanya berkawan dengan mereka yang berkedudukan kerana baginya perkara itu belum tentu menjanjikan kebahagiaan.

Sebagai seorang wanita, saya perlu bijak dalam mengatur hidup. Kalau hidup mewah tetapi tidak bahagia pun tidak berguna. Saya mencari orang yang benar-benar ikhlas dalam menyayangi diri saya dan bukan kerana paras rupa mahupun kedudukan saya sebagai artis

Percayalah kalau saya berada dalam situasi lain atau saya tidak dikenali, persepsi lelaki yang mahu datang dalam hidup saya mungkin berbeza. Seperkara lagi, saya sering ingat pesan seorang teman bahawa cinta sekadar nafsu sedangkan berumah tangga memerlukan lebih daripada itu.

Sebelum memberikan komitmen terhadap satu-satu perhubungan bersama lelaki, saya perlu diyakinkan bahawa dia akan mencintai saya sehingga akhir hayat dan mahu hidup bersama dan menyayangi antara satu sama lain walaupun dalam keadaan wajah sudah berkedut seribu

Rezeki untuk mereka yang mendirikan masjid akan dipermudahkan dan ia bergantung kepada kita untuk berusaha mendapatkannya," katanya.

Sumber daripada Harian Metro

Artikel Berkaitan