Nuffnang

Sabtu, 7 Julai 2012

suki oiam - Google Blog Search

suki oiam - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>suki oiam</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2012 01:14 PM PDT

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Aksi Panas <b>Zizan Razak</b> Dan Juliana Evans Dalam Filem Mael <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2012 01:10 AM PDT

Tahun 2012 antara tahun yang kami tunggu-tunggu kerana tahun ini, industri perfileman Malaysia seringkali mengeluarkan pelbagai filem yang menarik dan lain daripada lain termasuklah filem Mael Lambong. Malam tadi krew MEOW telah dijemput ke majlis tayangan perdana filem Mael Lambong, dan apa yang kami harapkan dalam filem ini agak tinggi kerana Mael Lambong merupakan satu nama yang cukup sinonim dan popular semenjak berakhirnya pentas Raja Lawak dan Maharaja Lawak.

Permulaan filem Mael Lambong yang mengisahkan tentang Mael si penarik kereta agak menarik dan menghiburkan penonton kerana Mael kelihatan cukup hebat dalam menjalankan tugasannya. Aksi-aksi dan lawak yang dipersembahkan oleh Zizan Razak sebagai Mael Lambong pastinya cukup membuatkan kami teruja sehinggalah watak Maria iaitu lakonan Juliana Evans datang secara tiba-tiba dalam babak ketika Mael mahu menarik sebuah kereta. Bagi kami, jalan cerita menjadi semakin perlahan kerana emosi yang ditunjukkan oleh Mael Lambong sendiri, maklumlah, sebelum ini, kita seringkali dihidangkan dengan emosi 'marah' Mael Lambong di pentas Maharaja Lawak, kini beliau terpaksa me'variasikan emosinya.

Beliau yang berlakon di kampung halamannya, Kemaman Terengganu berkata, ini merupakan pengalaman pertama berlakon di tempat kelahiran sendiri, lagi-lagi bersama rakan wanita yang paling rapat bagi Zizan iaitu Juliana Evans. Apa pun, filem yang dipaparkan dan dipertontonkan di TGV Sunway Pyramid malam tadi cukup meriah dengan kehadiran dan hilai tawa dari rakan media beserta blogger, mereka cukup menggemari filem ketujuh arahan Ahmad Idham ini! Filem Mael Lambong turut dijayakan Tiger lakonan Taiyuddin Bakar dan Rozie iaitu Shenthy Feliziana.

Bagaimanapun, ada sesetengah babak yang kami rasakan mempunyai 'double meaning' iaitu ketika babak Maria dan Mael Lambong berlawan di hadapan rumah Mael. Mungkin bagi kebanyakan penonton seperti kami dan media lain, pastinya akan memikirkan 'adegan seks' atau 'adegan panas' maklum sahajalah, kami gemar sesuatu yang kontroversi bukan? Apabila isu itu diajukan kepada Zizan, beliau menjawab, babak yang dikatakan bakal menjadi 'sensored' itu terpulang pada pemikiran sesuatu pihak sendiri, jika pemikiran mereka ke arah 'itu' maka 'itu' lah jadinya. Sedangkan babak itu mempunyai pelbagai maksud tersirat yang lain.

Ditanya kepada Ahmad Idham mungkinkah akan ada filem sekuel untuk Mael Lambong, beliau berkata, itu semua terpulang kepada Zizan sendiri kerana watak Mael merupakan hak eksklusif Zizan yang tercetus berdasarkan perbincangan antara Johan dan Sabri Yunus.

Walau apa pun, filem ini bakal diawalkan sehari tayangannya di pawagam iaitu pada lewat petang 20 Jun 2012 iaitu hari ini di 79 buah pawagam termasuk di Singapura dan Brunei. Jadi, jangan lupa saksikan filem biografi tentang Mael Lambong di pawagam berdekatan, kami beri 4.5/5 bintang untuk filem ini. Jangan lupa tengok ya?

zierazain

Assalamualaikum, Saya menulis berita hiburan tempatan dan juga luar negara berdasarkan sumber yang sah dan sahih dan tidak perlu copy paste artikel di tempat lain ya! I'm also penulis yang langsi di Zierazain.com .

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


The Kaki Wayang!: Edisi Panas! Aaron Aziz dan <b>Syamsul Yusof</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2012 12:44 AM PDT

Ketika ini heboh mengenai persengketaan dan pergaduhan diantara Syamsul Yusof dan Aaron Aziz di Facebook dan di Twitter..'pergaduhan' antara kedua-dua artis popular ini semakin memuncak. Tidak cukup dengan Facebook dan Twitter..Baru-baru ini dikatakan Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak Dibuang Dari Produksi KL Gangster..Wah, bukan main lantang dan marah masing-masing seolah-olah ada perkara yang mereka tidak puas hati. Gelagat Aaron dan Syamsul bagai ada dendam yang belum terbalas.
ARTIKEL PALING MENARIK PERHATIAN HARI INI:

Tapi jangan tertipu, ia sebenarnya sebahagian daripada promosi filem KL Gangster 2 membabitkan adegan pergaduhan antara Malek lakonan Aaron dengan Shark (Syamsul) yang berbeza dan mengikut teknologi terkini. Walaupun kita belum tahu tarikh tayangan filem prekuel yang sebelum ini mencatat kutipan tertinggi industri filem RM12 juta, namun promosinya sudah mula dilakukan dalam pelbagai medium.
Adakah filem ini bakal mencatat satu lagi sejarah? Sama-samalah kita memberi sokongan demi perkembangan sihat industri filem negara!
Psst: Jangan marah haaaa...ingatkan bergaduh haperrr..bergaduh kat movie jorhhh..sila jangan sentap yer wahai pembaca-pembaca yang shomel-shomel dan hensem-hensem...

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


Gambar <b>Maya Karin</b> Terbaru

Posted: 20 Jun 2012 10:30 PM PDT

Filem Ombak Rindu lakonan Maya Karin memang menarik perhatian orang untuk melihat filem berkenaan. Kali ini Maya Karin bakal menaruhkan satu lagi filem hebat yang bertajuk, JWANITA. Filem ni bukan filem hantu atau romantik ok, tapi filem berkisar soal dendam luar biasa terhadap adik kandung sendiri merampas 'jantan' kakaknya. Jadi kakaknya bukan jadi Hulk, tapi menjadi wanita ganas setanding dengan Hulk je. Nanti kan lah filem ni ok, yang pasti Maya Karin masih nampak cute masa pelancaran filem berkenaan di bawah ni. peace!

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.

<b>Maya Karin</b> Sokong Team Germany | phreak-id.com

Posted: 14 Jun 2012 06:28 AM PDT

Tengah merayau-rayau di twitter (meh follow aku phreakid_blog), terjumpa gambar Maya Karin sokong team Germany ketika perlawanan Euro 2012 semalam antara Germany VS Netherland yang mana Germany menang 2-1 ke atas Netherland..

Anyway, Maya Karin memang ada darah Jerman memandangkan bapa dia orang Jerman. So, macam yang dia cakap, dia sokong negara kedua dia kan.

Anyway aku seronok tengok tweet orang yang response dengan gambar tu..

Nota kaki : Ok. Dia memang minat bola.. dan dia sokong Skuad Negara + Skuad Germany.. Nice  :)

comments

najwa mahiaddin - Google Blog Search

najwa mahiaddin - Google Blog Search


Sheila Majid Akui Bakat Yuna Dan <b>Najwa Mahiaddin</b> |

Posted: 04 Apr 2012 10:06 PM PDT

Bukan senang untuk mendapat pengiktirafan daripada seorang insan yang bernama Sheila Majid. Pasti Yuna dan Najwa Mahiaddin bangga apabila ratu jazz Malaysia ini mengakui bakat mencipta lagu kedua-dua penyanyi muda ini sangat hebat. Sheila Majid sendiri pernah meminta mereka berdua mencipta lagu untuknya.

sheila majid

Kata Sheila Majid:-

Yuna dan Najwa terkejut apabila saya minta mereka buat lagu untuk saya. Mereka ingat saya bergurau. Tetapi hakikatnya mereka benar-benar berbakat dan sebab itulah saya ingin bekerjasama dengan mereka.

Walaupun mengakui bakat milik Yuna dan Najwa Mahiaddin, Sheila Majid mengakui yang kebanyakan lagu sekarang tiada jiwa. Ini kerana melodinya kedengaran serupa dengan lagu-lagu yang lain. Disebabkan itu, Sheila Majid agak cerewet untuk merakamkan lagu baru. Kata Sheila:-

Saya boleh memilih untuk merakamkan apa juga lagu yang diberikan kepada saya tanpa banyak berfikir tetapi saya sedar ia tidak akan bertahan lama dan saya tidak mahu itu berlaku.

Apa pun Abang Nara rasa teruja juga untuk melihat Yuna dan Sheila Majid bergabung untuk buat satu konsert. Fuh ~~ Mesti gempak gila. Pasti memukau sekiranya dua nama besar semasa era masing-masing ini dengan genre lagu yang berbeza. Tak gitu? Kredit berita Mstar.

Baca Yang Ini Pulak:-


Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Amyza Aznan</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jun 2012 09:24 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Amyza Aznan</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2012 09:12 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Amyza Aznan</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Amyza Aznan</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2012 12:00 AM PDT


<b>Amyza Aznan</b> - Oh! Tweets

Posted: 04 Apr 2012 11:22 AM PDT

:: MYARTIS.COM ::: 17 GAMBAR NOSTALGIA <b>AMYZA AZNAN</b>

Posted: 16 Oct 2011 12:00 AM PDT


BIODATA
NAMA PENUH: Amyza Aznan
PANGGILAN: Amyza
TARIKH LAHIR: 18 Julai 1976
UMUR: 36 Tahun
ASAL: Alor Gajah, Melaka

Digelar mulut becok di sekolah:
PANTANG TENGOK PAKWE HANDSOME

Sejak kecil lagi dia cukup popular baik di sekolah mahupun di kalangan anak-anak jirannya. Gelaran 'kudut', keding, Mak enon dan Becok memang sudah dikenali ramai.

Ini kerana, mulutnya yang dikatakan suka bercakap dan berceloteh tak henti-henti itu telah membuat ramai yang senang mendampinginya. Begitulah rentetan awal kehidupan pelakon Amyza Aznan, 36, yang menjadi pilihan nostalgia myartis kali ini.



Anak sulung daripada lima beradik ini yang terdiri daripada Zulkifly, Siti Jamiyyah, Nor Abdah dan Nurul Najwa Sabrina ini lahir pada bulan Julai 1976 di Alor Gajah, Melaka.

Ayahnya Aznan haji Ibrahim seorang anggota polis sementara ibunya, Khadijah haji Mohd. Iderus seorang suri rumahtangga.

Dia dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana dan cukup segala-galanya. Sebagai anak sulung, Amyza memang cukup garang di kalangan adik-adiknya dan bengis bila mendidik.

"Masa kecil dulu, saya cukup takut dengan ayah kerana dia memang terkenal dengan garangnya. Tak boleh buat salah sikit, pasti kena hukum sebab itulah saya dan adik-beradik yang lain takut nak bertentangan mata atau bercakap dengan ayah. Tengok matanya menjegil sudah cukup gerun, apatah lagi kalau dia pukul.

"Saya masih ingat lagi satu peristiwa ketika belajar di Tadika Gadik Alor Gajah di mana saya gagal menghafal ayat A B C hingga Z. Disebabkan marah atas kelembapan saya itu, ayah telah mengikat saya di satu tiang seri rumah dan membalun dengan tali pinggang.

"Masa kena libas tu... sakitnya tak terkira dan saya terus menjerit-jerit hinggakan terkencing dibuatnya. Nasib baiklah mak datang memujuk ayah agar menghentikannya segera. Kalau tidak, tak tahulah... tentu bertambah teruk saya dikerjakan. Pun begitu, saya tidak pernah rasa serik.

"Sampaikan ada sekali tu... disebabkan takut dengan ayah kerana saya telah habiskan duitnya untuk membeli kuih, saya sanggup menyorokkan kuih itu dibelakang badan tanpa sempat mengelak trak ayah yang hampir melanggar kaki saya. nasib baiklah tak ada apa-apa kecederaan.

"Dalam hal ini, ayah memang tidak bersalah lagipun mungkin dia tidak sengaja dan menyangka saya telah beredar dari situ. Itulah gara-gara takut dengan ayah hinggakan saya sanggup tidak berganjak bagi menyorok sebarang kesalahan.

"Apabila memasuki sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Gajah Melaka,saya terus dikenali ramai gara-gara mulut becok saya. Macam-macam gelaran yang saya ada seperti Kudut, Keding, mak Enon dan sebagainya lagi. kalau sebut saja minah becok memang satu sekolah tahu.

"Sebabnya saya ni... kuat bercakap dan suka bercerita tak kiralah cerita dalam tv ke... atau yang saya dengar daripada perbualan orang tua-tua dan sebagainya lagi. Pernah juga saya kena denda dengan cikgu, gara-gara bercakap ketika dia mengajar.

"Lagi satu... saya ni suka mengurat dan pantang tengok lelaki handsome. Kiranya kecil-kecil lagi saya pandai 'admire' seseorang. Malah ketika dalam bas sekolah, saya selalu tenung seorang pelajar lelaki (senior) darjah 6. Saya pula masa tu... baru masuk tujuh tahun (masih berhingus).

"Disebabkan abang senior tadi tu cukup mancho, jadi saya selalu perhatikannya dan seringkali berangan ingin menjadi teman wanitanya.

"Tapi apa boleh buat, saya hanya syok sendiri sahaja kerana abang tersebut tidak pernah menegur atau melayan saya seperti mana yang saya inginkan.

"Apapun, saya rasa seronok juga sekurang-kurangnya bila 'time' balik sekolah saya sanggup berebut-rebut dengan rakan lain untuk duduk di sebelahnya."

BERPINDAH KE KUALA LUMPUR

"Apabila masuk ke darjah dua, kami sekeluarga berpindah ke Kampung Melayu Subang, Kuala Lumpur. Saya pula bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan tempat yang sama dan secara kebetulan pula satu sekolah dengan penyanyi Anuar Zain dan Anne Hamid (senior).

"kalau nak tahu, di sekolah ini juga saya ada satu gelaran iaitu 'kodok'. Gara-gara gelaran itulah saya sanggup bergaduh dengan seorang pelajar lelaki bernama Hassan.

"Memanglah saya ni... jenis kecoh orangnya dan suka menyampaikan cerita yang saya dengar. Tetapi tak sangka pula saya sendiri dipanggil dengan gelaran tersebut.

"Ceritanya sebegini, ketika itu mak saya jatuh sakit secara tiba-tiba, jadi kami telah pergi berubat cara tradisional dengan seorang pengamal perubatan bernama 'Joyah Kodok' yang terkenal di kampung itu.

"Apa lagi, saya pun berceritalah pasal Joyah Kodok ini kepada rakan-rakan. Disebabkan cerita itu, tersebar satu sekolah tentang mak saya dan Joyah Kodok. Yang lucunya tak semena-mena seorang rakan (Hassan) terus memanggil dan mengejek-ngejek saya dengan nama kodok.

"Secara tak langsung sampaikan cikgu pun kenal saya dengan nama kodok. Mungkin masa tu... saya agak baran dan tersinggung. Jadi satu hari tu ... saya dengan berbasikal tunggu Hassan di satu simpang jalan untuk bergaduh dengannya.

"Yang tak bestnya, belum sempat saya buat apa-apa, Hassan dah terajang perut saya hingga terpelanting ke tanah. Nasib baiklah kebetulan ayah lalu di situ dan dia terus memangku saya balik ke rumah. Hassan pula sempat cabut sebelum ayah mengejarnya.

"Ekoran itu, saya jadi takut pula nak cari pasal dengan orang lelaki. kalau dengan adik-beradik sendiri saya memang garang dan teror hinggakan mereka cukup takut dengan saya," ujarnya.

Klik untuk imej besar...


Copyright: myartis.com

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


An Unfortunate Tale Of A Not So Desperado Guy: No More <b>Tomok</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 07:50 PM PDT

Soalan Cepu Emas: Kalau ada orang kata muka kau cam Tomok then apakah reaksi pertama korang? Adakah:
a) Bangga tu wei. Aku dah lama jadikan Tomok sebagai idolaa sejak dari zaman sekolah dulu lagi. Aku hafal semua lagu dia ngan Newboyz and even aku pun tiru fashion rambut dia dulu tu gak. Bangga wei..
b) Tanpa berfikir panjang korang terus termuntah. Kedian kau lari kat tengah jalan yang penuh ngan kereta ngan harapan ada sebijik kereta situ akan langgar muka korang yang dikatakan sebijik cam Tomok tu sebab bagi kau itu adalah penghinaan terbesar yang korang pernah terima. Hmmmm..
Korang tengok tak Masterchef Selebrity malam tadi? Duh, aku sangat tak puas hati bila Tomok buat kali ke-6 terselamat dari penyingkiran. Aku bukan x puas hati sesuka hati sebab ia Tomok tapi sebab setiap kali sesi penyingkiran memperlihatkan yang Tomok x layak untuk bertahan. Lebih-lebih lagi malam tadi. 
Malam tadi 4 perserta tercorot dikehendakki hasilkan 3 hidangan Hi Tea. Dan dipendekkan cerita Tomok createe something dan dia tersalah guna tepung antara tepung beras dan tepung pulut kalu x silap aku so last minit dia tukar resepi. Dan apa yang aku lihat ar dia just guna strawberry celup coklat. 2 lagi resepinya just sandwich dan pancake ngan manggo kalu x silap. 
Tapi kedian bila yang diumum keluar pulak ialah Thanuja. Itupun chef Adu entah apsal leh bagitahu kenapa Thanuja yang dipilih dan bukan Tomok. Itupun aku heran apsal tetiba sebelum ni tak pernah pulak ada chef yang perjelaskan perkara cam ni in previous episeode penyingkiran ar kan? Dan sebabnya Thanuja guna biskut yang  dah sedia ada dalam pantry. At least disebabkan tiada masa still Thanuja ada usaha lebih berbanding Tomok yang just celup strawberry dalam coklat jer ?
Aku x menyerang peribadi ar. Yap, memang Thanuja seorang Indian girl yang hot ngan senyuman dan rambut yang beralun tu. But still aku rasa keajaiban Tomok terselamat dalam 6 kali penyingkiran dah buat orang syak something. Cam kalau Azwan Ali tersingkir awal then x ada kontroversi dan x akan ada daya penarik untuk orang menaikkan rating show.
Duh, ni buat aku nak nyanyi "Sejarah mungkin berulang..." dengan menggeluarkan suara dari lobang hidungku nih.