Nuffnang

Khamis, 13 September 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


Salam Aidilfitri - <b>Jamal Abdillah</b> @Lagubestbest Lyrics

Posted: 14 Aug 2012 01:54 PM PDT

Tajuk Lagu: Salam Aidilfitri
Album: -
Artis: Jamal Abdillah

Muzik Video: Salam Aidilfitri - Jamal Abdillah

Lirik Lagu: Salam Aidilfitri - Jamal Abdillah

Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal

Pada bonda tercinta
Pada ayah yang rela berkorban
Mohon keampunan dosa-dosa
Yang ku lakukan

(Korus)
Untukmu duhai dinda yang setia
Harungi derita
Marilah bersama kita saling
Bermaaf-maafan
Semoga lebaran ini
Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam
Agar tidak terulang
Untuk selamanya

Pada dia yang pergi
Kita hulur doa tulus suci
Agar roh mereka dicucuri
Oleh rahmat Nya

(Ulang dari korus)

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>izreen</b>-<b>azminda</b>-resepsi-majlis-kahwin5 | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 03 Sep 2012 04:44 PM PDT

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Sikap Panas Baran <b>Sharnaaz Ahmad</b> Terkawal - Gua.com.my

Posted: 06 Sep 2012 09:00 AM PDT

Pelakon kelahiran Pulau Pinang, Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan sikap panas baran mengakui sikap negatifnya itu semakin terkawal selepas bertemu dengan suami kepada penyanyi Noraniza Idris, Ustaz Jeffri Haji Hudi.

"Dari kecil saya memang seorang yang sangat panas baran, namun sekarang saya sudah mula berubah. Sejak bertemu dengan Uncle Jeff, sekitar tahun ini, dia banyak memberi nasihat kepada saya dan Alhamdulillah, sikap panas baran saya semakin terkawal.

"Uncle Jeff juga turut berpesan jika saya rasa marah, dia suruh saya pergi ambil wuduk," ujar Sharnaaz dalam masa sama turut mengakui sikap yang dimilikinya itu sedikit sebanyak membuka peluang lakonan kepada dirinya.

"Alhamdulillah, rezeki saya semakin bertambah. Tidak dinafikan, bila dianugerahkan sikap panas baran ini, ia turut mengubah kehidupan dan kerjaya saya di mana saya meraih lebih banyak tawaran lakonan yang memerlukan saya berperwatakan sama."

Antara drama dan telefilem yang menyaksikan Sharnaaz berperwatakan agresif dan panas baran ialah drama 'Bukan Bidadari', lakonannya bersama Nad Zainal dan telefilem 'Di Bawah Langitmu' lakonan bersama Nora Danish di TV3.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang kali terakhir terlibat dengan penggambaran filem Juvana kini bakal muncul dengan filem terbitan Grand Brilliance berjudul, 'Sembunyi' pada 22 November ini. Pada masa sama, Sharnaaz yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Filem-Filem GB, Rabu lalu turut meluahkan rasa kecewanya atas penukaran judul filem tersebut.

"Saya agak kecewa sebenarnya apabila judul filem ini ditukar. Bagi saya, tidak ada isu pun dengan nama Azazil. Saya faham ia satu isu yang sensitif kerana ia nama syaitan, tapi kita kenalah tengok filem itu dulu. Filem ini lain dari yang lain namun apapun, saya hormat dengan perkara ini."

Diusik mengenai perkembangan hubungan cintanya dengan penyanyi Shila Amzah dan mungkinkah mereka akan melangkah ke fasa seterusnya, Sharnaaz memberitahu, "Semuanya berjalan lancar dan saya mensasarkan tahun 2014 untuk berkahwin. Buat masa ini kami mahu fokus dengan kerjaya dulu. Saya bukan takut dengan komitmen tapi saya belum bersedia untuk hidup berkeluarga lagi."

<b>Sharnaaz Ahmad</b> Jumpa Suami Noraniza Idris Kerana Panas Baran <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 09:54 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu sering berjumpa dengan suami kepada penyanyi Noraniza Idris iaitu Jeffri Hudi untuk mendapatkan nasihat mengenai sikap panas baran yang dihadapinya.

Sharnaaz, 27, berkata, Jeffri sering memberikan tip berguna kepadanya dalam mengurangkan masalah itu.

"Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh membuatkan saya marah dan saya sendiri hairan dengan perangai saya itu.

"Bagaimanapun selepas bertemu abang Jeffri saya mula berubah secara perlahan-lahan," katanya

Tambah Sharnaaz, dia kerap berjumpa dengan Jeffri kerana selesa berkawan dengannya yang juga seorang bilal dari Singapura.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut menggunakan medium lakonan sebagai medan untuk meluahkan rasa marah apabila sering diberikan watak antagonis oleh pengarah.

"Dulu saya tidak sedar sikap panas baran saya ini sebenarnya telah banyak memberi rezeki kepada saya kerana sering diberikan watak-watak jahat.

"Malah ia juga menjadi satu terapi kepada saya apabila dapat menghilangkan sikap buruk itu dalam bentuk lakonan," ujarnya.

Sementara itu, Sharnaaz menjelaskan kekasihnya iaitu Shila Amzah turut memainkan peranan bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi.

"Shila banyak memberikan sokongan kepada saya walaupun dia tahu saya memang seorang yang panas baran tetapi dia sentiasa berada di sisi saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz bakal muncul dengan filem terbaru berjudulSembunyi arahan Khabir Bhatia pada November depan.

<b>Sharnaaz Ahmad</b> Jumpa Jeffri Hudi Kerana Panas Baran

Posted: 06 Sep 2012 02:10 PM PDT

Sharnaaz Ahmad Jumpa Jeffri Hudi Kerana Panas Baran  :Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu bahawa dia sering berjumpa dengan suami kepada penyanyi Noraniza Idris iaitu Jeffri Hudi bagi mendapatkan nasihat tentang sikap panas baran yang dihadapinya.

Sharnaaz, 27, berkata, Jeffri sering memberikan tip yang berguna kepadanya dalam mengurangkan masalah tersebut.

"Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh membuatkan saya marah dan saya sendiri hairan dengan perangai saya itu.

"Bagaimanapun setelah bertemu abang Jeffri saya mula berubah secara perlahan-lahan," katanya kepada.

Tambah Sharnaaz lagi, dia kerap berjumpa dengan Jeffri kerana selesa berkawan dengannya yang juga seorang bilal dari Singapura.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut menggunakan medium lakonan sebagai medan bagi meluahkan rasa marah apabila sering diberikan watak antagonis oleh pengarah.

"Dulu saya tidak sedar bahawa sikap panas baran saya ini sebenarnya telah banyak memberi rezeki kepada saya kerana sering diberikan watak-watak jahat.

"Malah ia telah menjadi satu terapi kepada saya apabila dapat menghilangkan sikap buruk itu dalam bentuk lakonan," ujarnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz menjelaskan kekasihnya iaitu Shila Amzah juga turut memainkan peranan untuk memastikan masalah tersebut dapat diatasi.

"Shila banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya walaupun dia tahu saya memang seorang yang panas baran tetapi dia sentiasa berada di sisi saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Sembunyi arahan Khabir Bhatia pada November depan. - Sharnaaz Ahmad Jumpa Jeffri Hudi Kerana Panas Baran

Connect Facebook

5.0

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Bibir Merah Menyala <b>Neelofa</b> Bersama Avon! | OHBULAN!

Posted: 06 Sep 2012 12:08 AM PDT

Bibir, merupakan tarikan utama bagi si cantik dalam menyerlahkan personaliti seksi dan memukau. Tambahan pula bibir tersebut dicalitkan dengan rona warna yang menarik, pasti memukau setiap mata yang memandang. Dengan revolusi hebat, kemilau mutiara kini mampu diserlahkan dengan calitan teristimewa daripada rangkaian produk Avon iaitu Ultra Color Rich Brilliance Lipstick.

Kilauan mutiara persis bintang-bintang dilangit kini boleh diabadikan pada bibir lembut anda. Malah, ianya turut memberikan limpahan kemewahan dimana keindahannya mampu diwarisi dari generasi ke generasi.

Hasil gabungan teknologi terkini, syarikat mekap no.1 telah menghasilkan gincu mewah yang berkualiti dan berinovatif . Hasil adunan eksklusif daripada pigmen ala mutiara berprismatik, ianya mampu menyerlahkan sinaran keunikan dan kemewahan dari apa jua sudut ianya dipandang.

Keistimewaannya, ianya seakan-akan memahami naluri anda dimana ianya mudah untuk dipadankan dengan warna dasar kulit. Bagi anda yang inginkan lebihan sinaran kegemilangan, gincu ini mampu  memberikan 125% lebih kilauan dari Ultra Color Rich Lipstick biasa.

Dirumus khas dengan Ekstrak Honey White Clover dan Badam, ianya  bukan sahaja mampu berkilau bak permata tetapi turut memberikan kelembapan dengan merubah bibir anda dari kusam ke lembut berseri.
Didatangkan khas dengan 10 rona bersinar terbaik, Rouge Luxury, Berry Glitz, Crimson Twilight, Brilliant Ruby, Vermilion, Pink Paparazzi, Sienna Sparkle dan Sumptuous Cerise.

Bagi pengemar barangan kosmetik, gincu mewah ini didatangkan khas dalam bekas merah jambu terang dengan corak ala 'quilt' pada batang gincu untuk sentuhan menawan. Usah gusar sekiranya anda perlu bertandang ke majlis kerana aksesori ini merupakan pilihan yang terbaik.

PaPa MiFz: <b>Neelofa</b> Junior

Posted: 09 Sep 2012 09:36 AM PDT

Namo budak comel kat atas nih Neelofa..namo penuh PM tak pasti..mak si comel nih berniaga jual tudung kat Carrefour nih..kelihatan juga poster-poster Neelofa di kedai tudung nyer..mungkin sebab dah terlalu minat dan fanatik agak nyer sampai letak namo anak nyer nih namo artis kegemaran..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Sudah Tutup Akaun Twitter? | ROTIKAYA

Posted: 22 Aug 2012 07:54 AM PDT

Shila Amzah Sudah Tutup Akaun Twitter?

Shila Amzah Kini Tutup Akaun Twitter?Awal hari semalam, kecoh sebentar peminat One Direction apabila salah seorang anggota kumpulan tersebut Zayn Malik menutup akaun Twitter beliau dengan tiba tiba.

Semuanya di'katakan berpunca daripada Zayn Malik yang mula bosan dengan komen negatif & tidak berguna yang di'tujukan kepada beliau melalui Twitter.

Dan, beberapa jam lalu, para peminat Shila Amzah di Twitter mula perasan yang akaun peribadi penyanyi ini sudah tidak aktif & hilang secara tiba tiba. Dramatik ayat.

Shila Amzah sememangnya di'kenali sebagai antara selebriti yang mesra dengan peminat melalui medium Twitter dan ini merupakan berita kurang gembira buat mereka.

Pemilik akaun Twitter SelebriTweets mengajukan soalan yang agak relevan "..adakah dgn menutup akaun Twitter merupakan salah satu penghijrahan beliau?"

Atau ada kesilapan teknikal daripada pihak Twitter sendiri yang menganggap akaun Twitter Shila Amzah sebagai 'spam' kerana terlalu aktif. Hmm, siapa tahu?

UPDATED-1: Bercakap kepada MyNewsHub hari ini, Shila Amzah berkata tindakan beliau menutup akaun Twitter adalah untuk menumpukan perhatian dalam berkarya & akan membuka semula akaun tersebut apabila sampai masa. Jadi #shilalas, jangan risau ya?

Related Posts
Categories
Tag

Stacy af - Google Blog Search

Stacy af - Google Blog Search


<b>Stacy AF</b> Puas Jaga Anak Angkat | MyNewsHub

Posted: 02 May 2012 08:09 PM PDT

KUALA LUMPUR – Penyanyi remaja yang lahir dari rancangan realiti Akademi Fantasia, Stracie Angie Anam atau Stacy, 22, merasa puas menjaga anak angkatnya, Bella Valentina walaupun baru menjaga bayi perempuannya itu selama tiga bulan.

Dengan kehadiran Bella, Stacy mengakui komitmen kerjaya dan jadual kerja yang padat membataskan waktunya untuk menjaga Bella sepenuh masa.

Tetapi, dia gembira apabila ibunya dapat membantu menjaga Bella sekiranya dia keluar berkerja.

"Pada waktu ini, saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja terutamanya program Mania sehingga membataskan waktu untuk bersama Bella. Mujurlah ibu banyak membantu menguruskan Bella sewaktu ketiadaan saya.

"Setiap kali keluar bekerja, pasti saya tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana mahu menghabiskan waktu dengannya," kata Stacy seperti dalam laporan mStar Online.

Bagi Stacy, dia menganggap anak perempuannya itu amat memahami dirinya walaupun masih lagi kecil dan tidak mengetahui apa-apa keadaan di sekelilingnya.

Malah, dia juga merasa sentiasa tenang dan gembira menjaga Bella membuatkan bayi kecilnya itu adalah anugerah yang terindah dalam hidupnya.

"Saya cukup hairan bagaimana Bella sudah boleh mengenali saya setiap kali saya menatapnya. Dia akan memberikan reaksi tertentu apabila bersama saya berbanding dengan reaksinya kepada ibu atau keluarga yang lain.

"Malah, Bella seolah mengetahui saya kepenatan bekerja sepanjang hari dan tidak banyak ragam pada sebelah malam ketika kami tidur bersama," katanya.

Stacy mengambil Bella sebagai anak angkatnya pada 15 Februari lalu dari keluarga terdekatnya juga yang tidak berkemampuan untuk menjaga anak.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Fida Ibrahim In Love With Mamat (Sepah)

Apa Sedang Berlaku Dengan Abby?

Comelnya Anak Along Cham & Zila AF4

Zahiril, Shera Bertemu Jodoh Dalam SYT

Heroin Filem Tempatan Bergambar Bogel?

Azean Irdawaty Mohon Adakan Solat Hajat

Tiz Zaqyah Nyanyi 'Kisah Hati' Untuk Remy?

`Detektif Lim' Bebas Tuduhan Curi Buku

Lelaki Itu Abang Saya – Zarina Anjoulie

Fiffy Cabar Diri Bawa Watak Liar & Hitam

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Eraz Fadli: Suralaya Dalam D Major : Versi <b>Stacy AF</b> 6 dan Claudia <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 01:18 AM PDT

Suralaya Dalam D Major : Versi Stacy AF6 (Konsert Mania Minggu Ke-5) dan Claudia AF7 (Konsert Mingguan AF7)
Suralaya Dalam D Major ni memang salah satu lagu favourite aku dari dulu lagi.. Tup tup semalam, Stacy nyanyi lagu Suralaya Dalam D Major dalam konsert Mania Minggu ke-5.. Then aku teringat versi Claudia semasa konsert minggu AF7 dulu.. So! Jom layan.. Mana satu korang suka?


Stacy (Konsert Mania Minggu Ke-5)
Claudia (Konsert Mingguan AF7)
--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

<b>Stacy AF</b> Puas Jaga Anak Dan Jadi Ibu!!! Dah Kahwin Ke?

Posted: 02 May 2012 05:00 PM PDT


Penyanyi remaja Stracie Angie Anam (Stacy) berkata pengalaman bergelar ibu kepada anak angkat Bella Valentina selama hampir tiga bulan memberikan kepuasan yang luar biasa kepadanya.

Penyanyi yang bakal menginjak usia 22 tahun pada Ogos depan itu berkata, kehadiran anak kecil itu membuatkan dia berasa berat hati untuk meninggalkannya dan keluar bekerja.
"Pada waktu ini, saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja terutamanya programMania sehingga membataskan waktu untuk bersama Bella. Mujurlah ibu banyak membantu menguruskan Bella sewaktu ketiadaan saya.
"Setiap kali keluar bekerja, pasti saya tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana mahu menghabiskan waktu dengannya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, petang Rabu.
Stacy mengambil bayi yang dilahirkan pada 15 Februari lalu itu daripada salah seorang ahli keluarganya yang kurang berkemampuan.
Melanjutkan perbualan, penyanyi lagu Kasanova itu berkata, perkara terhebat yang dialaminya apabila bayi itu mengenali dan memberikan reaksi tertentu kepadanya setiap kali dia pulang dari kerja.
"Saya cukup hairan bagaimana Bella sudah boleh mengenali saya setiap kali saya menatapnya. Dia akan memberikan reaksi tertentu apabila bersama saya berbanding dengan reaksinya kepada ibu atau keluarga yang lain.
"Malah, Bella seolah mengetahui saya kepenatan bekerja sepanjang hari dan tidak banyak ragam pada sebelah malam ketika kami tidur bersama," akuinya yang tidak kekok menguruskan bayi itu kerana sudah terbiasa dikelilingi anak-anak saudara sejak dulu.
Beralih kepada topik kerjaya, Stacy mengakui pembabitan dalam program Mania selama lapan minggu banyak membantu publisiti diri dan perkembangan kariernya.
"Saya sangat penat dengan komitmen Mania tetapi saya berasa seronok dan dapat menimba banyak peluang baru dalam kerjaya.
"Walaupun penat saya amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan. Jadi saya tidak mahu banyak mengeluh," ujarnya yang bakal tampil dengan lagu terbaru berjudul Pelangi Senja tidak lama lagi.-Mstar

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Pelaburan Internet, <b>Adi Putra</b> Kena Tipu!! | EkELEH.COM

Posted: 31 Jul 2012 12:59 AM PDT

Pelbagai kisah artis Malaysia, Abby dengan kisah duta tudung yang ditamatkan kontrak dan kini pelakon hensem Adi Putra boleh dikencing kerana pelaburan internet. Adi Putra, 19 kerugian sebanyak RM19,000 kerana ditipu selepas melabur dalam satu pelaburan Internet.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentul dan dia enggan mengulas lanjut.

"Saya serahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat. Kejadian ini bersifat peribadi dan dia dinasihatkan polis supaya tidak menceritakan kejadian itu secara terbuka kepada pihak media mahupun peminat

"Saya harap pihak luar dapat hormati pendirian saya. Jika ia bukan kes polis, mungkin saya akan membuat sidang akhbar bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku," katanya kepada Harian Metro.

Adi Putra menyertai satu pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan menerusi Internet dan dia telah memasukkan RM19,000 tetapi komisen yang dijanjikan belum diterima sehingga kini.

Dah cerdik pun kena tipu jugak!!