Nuffnang

Khamis, 13 September 2012

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Along Cham</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2012 07:05 PM PDT


Tupai - Portal Hiburan Terkini: Rezeki <b>Along Cham</b> bertambah murah!

Posted: 22 Mar 2012 08:33 PM PDT

Gembira dengan kejayaan "Adnan Sempit 2" yang telah mendapat kutipan RM6.8 juta selepas dua minggu ditayangkan di pawagam, rezeki aktor dan pelawak Along Cham bertambah murah apabila ditawarkan menjadi duta Modenas selama setahun.

Terharu dengan tawaran daripada jenama yang sinonim dengan dunia permotoran dan telah bertapak di Malaysia lebih kurang 17 tahun ini, Along juga merupakan orang pertama yang menjadi duta bagi produk tersebut.

"Saya bersyukur atas rezeki yang diberikan kepada saya. Malah penerbit David Teo turut membuka banyak peluang kepada sayang. Bagi saya, inilah rezeki keluarga," ujar Along ketika ditemui di majlis kesyukuran "Adnan Sempit" di Kelantan Delights, Subang Jaya baru-baru ini.

Ditanya apakah perasaannya apabila ditawarkan kontrak ini, pemilik nama sebenar Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata, dia tidak mengambil masa yang lama kerana ia merupakan peluang untuk lebih dikenali ramai.


"Sebelum menandatangani kontrak, saya sudah teliti dari segi kelebihan yang dapat dicapai oleh semua pihak. Bagi saya, ianya sama rata dan tiada yang akan rugi. Walaubagaimanapun dari segi promosi, saya akan serahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan," ujar pelawak berusia 29 tahun ini lagi.

Sementara itu Along baru sahaja selesai penggambaran filem terbarunya berjudul "Wawa Semput". Filem arahan Ismail Bob Hashim ini merupakan kesinambungan kisah percintaan Wawa (Yana Samsudin), Bobby (Along Cham) dan Ismat (Angah Raja Lawak) dalam filem "Adnan Sempit". Pada masa yang sama, penggambaran "Adnan Sempit 3" juga dijangka bermula pada 17 April akan datang.

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


Opss Media | Berita | Hiburan | Sukan | Pelbagai: <b>Dayang Nurfaizah</b> <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 02:05 AM PDT

Dayang Nurfaizah Terima Anugerah Kebesaran Sarawak

Siapa tidak kenal dengan Dayang Nurfaizah Awang Dowty. Seorang penyanyi yang kita tak mampu untuk menidakkan kredibilti juga kemampuan vokalnya yang mantap. Lagu-lagunya seperti Seandainya Masih Ada Cinta, Dayang Sayang Kamu, Sedingin Mana Cintamu, Erti Hidup dan Kembalilah Sayang antara yang menjadi siulan ramai. Biarpun Dayang agak kurang dilihat menerima publisiti baik di depan kaca TV mahupun di akhbar dan majalah, tapi itulah kelebihan anak kelahiran Kuching Sarawak ini. Punya kelas tersendiri dan eksklusif!

Dan ini satu berita baik yang kami ingin kongsikan mengenai penyanyi kesayangan ramai ini. Dikhabarkan Dayang merupakan salah seorang penerima anugerah pingat kebesaran Sarawak. Tahniah kami ucapkan!  Menurut pengurusnya, Sharina yang dihubungi sebentar tadi, penganugerahan tersebut sempena ulangtahun kelahiran yang ke-91, TYT Yang Dipertua Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Dayang menerima Darjah Amat Mulia Bintang Sarawak (Ahli Bintang Sarawak-ABS).

"Ya, Dayang baru saja menerima anugerah Darjah Amat Mulia Bintang Sarawak (Ahli Bintang Sarawak - ABS), pada minggu lepas", kata Sharina ringkas.

Dalam perkembangan lain, Dayang kini sedang menghabiskan cuti rayanya dan dia bakal melancarkan album istimewa - album live yang memuatkan persembahannya bersama Anuar Zain ketika mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) sekitar Mei lalu.

Terjah lagi, artikel yang menarik : Anugerah Kebesaran, Dayang Nurfaizah, Hiburan

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


<b>Bunkface</b> Lancar Album Kedua, &#39;Bunk Not Dead&#39; | OHBULAN!

Posted: 18 Jul 2012 05:00 PM PDT

17 Julai 2012 telah terciptanya sejarah buat kumpulan Bunkface apabila mereka telah melancarkan album kedua mereka 'BUNK NOT DEAD'. Pelancaran album kedua itu telah berIangsung di sebuah lorong di Wheel Love, SS15 Subang jaya berhampiran dengan Studio/Butik Bunkface Rock Station.

Album Bunk Not Dead ini telah memuatkan sebanyak 13 lagu dimana mengandungi 5 lagu berbahasa Melayu dan 8 lagu berbahasa Inggeris. Album ini telah mengambil masa selama 2 tahun untuk menyiapkannya kerana terlalu banyak pendapat dan percubaan telah dicampurkan untuk album ini. Single pertama untuk album ini merupakan lagu Panik dimana proses rakamannya telah dilakukan sepenuhnya di negara jiran iaitu di Jakarta, Indonesia dan menelan belanja sebanyak RM16,000 untuk satu lagu sahaja.

Untuk lagu yang selebihnya, Bunkface telah merakamkan album sepenuhnya di Iseek Music Studio yang terletak di Kota Damansara. Untuk proses Mixing kesemua lagu telah dilakukan oleh jurutera dari Palu Studio, Jakarta, Indonesia iaitu, 'Mas Henk' manakala proses Mastering pula, Bunkface masih menggunakan khidmat Tom Waltz Mastering dari USA.

'Bunk Not Dead' menunjukkan kematangan Bunkface dari sudut muzik dan juga imej Bunkface sendiri. Album ini menyajikan rasa dan ekspresi Bunkface terhadap dunia di sekeliling mereka sekaligus menjadikan album ini penuh dengan isi tersurat dan tersirat.

'Bunk Not Dead' juga merupakan album yang bermakna buat Bunkface apabila mereka telah membuat satu usahasama bersama Hunter Worldwide Interactive Sdn. Bhd. dimana telah menjadikan album ini sebagai Album AR pertama di dunia. Album AR ini merupakan album yang mengandungi kod tersembunyi di sebalik gambar yang membolehkan grafik di dalam album itu bergerak jika dilihat menerusi telefon Android dan juga Apple.

Untuk album ini, selain masih bekerjasama dengan Indigital Music Sdn Bhd (digital), Bunkface turut menggunakan khidmat Warner Music Malaysia untuk pengedaran ke seluruh Malaysia.

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Gambar: Sekitar Pertunangan Farid Kamil Dan <b>Diana Danielle</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 05:57 AM PDT

Gambar: Sekitar Pertunangan Farid Kamil Dan Diana Danielle, Minggu Lalu

Gambar: Sekitar Pertunangan Farid Kamil Dan Diana DanielleBerita pertunangan Diana Danielle & Farid Kamil memang menjadi perhatian ramai lebih seminggu yang lalu kerana ia'nya di'lakukan secara mengejut dan rahsia.

Namun, sehingga hari ini ada sahaja peminat yang bertanyakan kepada kami akan gambar sekitar majlis pertunangan pasangan ini untuk di'jadikan tatapan mata.

Jika majlis pun sudah rahsia & tertutup, apatah lagi untuk kami mendapatkan gambar di'majlis pertunangan. Tetapi, ianya berubah hari ini terima kasih buat Diana Danielle.

Melalui akaun Twitter beliau, Diana Danielle telah kongsikan beberapa keping gambar eksklusif sekitar majlis pertunangan beliau yang berlangsung pada 2 September 2012 lalu.

Related Posts
Categories
Tag

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Mahu Adi Putra, Sofi Jikan Dicalonkan

Posted: 12 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2012: Pengarah dan pelakon filem KL Gangster, Syamsul Yusof terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Persatuan Pengeluar Filem (PFM) bahawa pencalonan dalam mana-mana kategori di dalam Anugerah Blockbuster dilakukan olah pihak penerbit sendiri, padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya, yang mana dia sendiri tidak tahu menahu bahawa pihaknya yang seharusnya menghantar pencalonan setiap kategori yang dipertandingkan.

Malah, anak kepada produser filem tersohor, Datuk Yusof Hsdlam ini juga hampir berang tatkala diajukan pelbagai soalan berkaitan dengan anugerah ini sehingga melabelkan penganjuran anugerah ini sebagai tidak sistematik dan mengundang banyak spekulasi berunsur tidak puas hati.

"Secara jujur, sudah berulang kali saya memberikan komen mengenai anugerah ini. Secara peribadi, saya melihat banyak kepincangan berlaku dalam penganjuran anugerah yang pertama kali dianjurkan.

"Saya merasakan penganjur sediri agak keliru dengan apa yang dijalankan. Saya lebih terkejut apabila semalam saya baru saja diberitahu filem saya iaitu KL Gangster baru dicalonkan untuk kategori filem aksi.

"Padahal, dari awal lagi, satu Malaysia sudah diberitahu bahawa KL Gangster merupakan sebuah karya saya yang bergenre aksi. Saya rasa ketidakadilan telah berlaku di sini kerana filem lain sudah lama menerima undian dan tidak bagi filem saya," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Menjawab mengenai aktor Adi Putra yang tidak tercalon dalam kategori yang dipertandingkan, Syamsul merasakan sewajarnya, pelakon ini boleh dicalonkan untuk kategori Watak Penyangak Terhebat.

"Agak sukar untuk saya komen tentang Adi Putra yang tidak dicalonkan. Saya merasakan, Adi layak untuk dicalonkan dalam kategori Watak Penyangak Terhebat. Begitu juga seorang lagi pelakon filem saya, Sofi Jikan.

"Mereka mesti ada. Untuk kategori hero pula, sukar untuk saya menjelaskan dan saya juga tidak mahu mempertikaikannya. Terus-terang, saya tidak tahu menahu pihak syarikat produksi yang perlu mencalonkan nama artis untuk setiap kategori.

"Bagi saya, penganjur perlu melakukan kajian terlebih dahulu mengenai kelayakan seseorang calon. Kalau nak suruh syarikat, mungkin semua nama tercalon. Sekarang ini, saya mahu calonkan dua nama pelakon yang saya sebutkan tadi," jelasnya.

Merasakan agak terlambat untuk nama itu dicalonkan, Syamsul mengakui dirinya turut menjadi mangsa kecelaruan undi apabila dia melihat undian yang dimilikinya telah diundi semula.

"Saya pun pelik. Anugerah ini nampak macam huru-hara saja. Macam saya sendiri, mula-mula dicalonkan dalam kategori hero dan pengarah pada awalnya dan secara tiba-tiba undian saya telah di reformate semula. Saya rasa perkara ini sepatutnya tidak terjadi.

"Nak kata saya kecewa tidaklah juga. Saya merasakan anugerah ini kurang sistematik. Saya serahkan kepada pihak penganjur untuk mengatasi masalah yang timbul ini. Jangka masa amat penting dalam penjurian yang dibuat menerusi undian.

"Yes..saya berasa sedikit terkilan. Ia tidak patut terjadi. Pihak penganjur sepatutnya tidak menayangkan jumlah undian seperti Anugerah Bintang Popular. Biar ia menjadi rahsia," ujarnya.

Sementara itu, Syamsul sempat memberitahu kadangkala penganjuran sesebuah anugerah lebih banyak mengundang masalah dan kontroversi.

"Setiap kali anugerah, mesti ada masalah dan kontroversi. Padahal anugerah adalah untuk menghargai jasa dan budi seseorang. Saya mahu anugerah ini lebih sistematik. Kepada peminat saya, teruslah menyokong dan undi saya dan filem saya. Tentukan pilihan terbaik anda. Sokongan anda menunjukkan sokongan terhadap industeri filem tempatan," kata Syamsul mengakhiri perbualan.

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


Panas: <b>Aizat Amdan</b> dicium perempuan | blogr.my

Posted: 19 Aug 2012 09:48 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Panas: Aizat Amdan dicium perempuan. 3 minggu lepas oleh hafizrahim di betulbelaka.blogspot.com. Baca Selanjutnya. anda mungkin juga meminati: GAMBAR JESSICA ALBA YANG TETAP CUN TANPA MEKAP. Anak Michael Jackson ...

Mila Jirin - Google Blog Search

Mila Jirin - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Mila Jirin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2012 12:00 AM PDT