Nuffnang

Ahad, 30 Disember 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


Apabila <b>Misha Omar</b> bergambar mesra dengan tunangnya, Firos

Posted: 28 Dec 2012 06:08 PM PST


misha-omar01

Misha Omar telah bertunang dengan seorang juruterbang bernama Firos Ezzwan Rossly pada 22 Februari 2012. Mengikut perancangan selepas membuat press conference, mereka akan bernikah pada sekitar tahun ini. Tahun 2012 sudah sampai ke penghujung, adakah mereka menunda majlis perkahwinan mereka atau mereka sudah berkahwin secara senyap-senyap? Kemesraan mereka bergambar bersama memusykilkan kami. Hmm.

Lagi gambar kemesraan Misha dan Firos selepas ini.

misha-omar02

misha-omar03

misha-omar04

misha-omar05

misha-omar06

misha-omar07

misha-omar08

misha-omar09

misha-omar10

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


Catatan Ummi Iman: AI jumpa <b>Fahrin Ahmad</b> di Abu Dhabi

Posted: 25 Dec 2012 06:32 AM PST

Petang tadi dapat SMS dari AI. Dia kata jumpa Fahrin Ahmad dan makan sekali. Sebenarnya AI tak kenal siapa Fahrin :) bila Fahrin beritahu dia artis di Malaysia. Dia tahu pasti saya kenal ;) siapalah tak kenal Fahrin Ahmad kan? AI siap Email ke saya gambar mereka berdua.
AI memang jarang sangat tengok cerita Melayu sebab tu dia tak kenal :) Saya cari aktiviti terbaru Fahrin Ahmad melalui google. Rupanya FA ke sana untuk penggambaran drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi. Siapa yang like Facebook FA pasti dah tahu. Dia sentiasa update perkembangan terbaru.
Ini antara gambar yang terdapat di Facebook FA.fanpage dengan status "An Evening In Abu Dhabi.... with LOVE & FAITH, F.A
Tiba-tiba buat entri tentang artis pula ;) alang-alang AI dah jumpa kenalah review sikit kenapa FA ada di sana.

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


:: MYARTIS.COM ::: <b>LIYANA JASMAY</b> & FATHUDDIN TUNDA NIKAH

Posted: 12 Dec 2012 01:55 AM PST


Angin tidak ributpun tidak, tiba-tiba pasangan dua sejoli Liyana Jasmay, 24, dan tunangnya Fathuddin Mazlan, 28, telah menunda tarikh pernikahan mereka kepada 2 Februari 2013. Untuk maklumat, pasangan ini sepatutnya melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 24 Januari 2013.

Menurut Liyana sendiri, majlis tersebut terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.



"Akad nikah akan diadakan pada waktu pagi dan bersanding pada sebelah malam di PWTC," ujar Liyana pada media.

Kelmarin, Liyana telah pulang ke Malaysia selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat. Ketika di sana, Liyana dan Fathuddin sempat berdating di Bandaraya New York sebagaimana pasangan bercinta yang lain.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mac 2012 di majlis yang agak mewah di Kemensah Height, Kuala Lumpur.

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Artis <b>Diana Amir</b> Jumpa N/Aziz, Teringat Pesan Nabi

Posted: 27 Dec 2012 03:29 PM PST

HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU: Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara. Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya  apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.

"Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati… ummati.. di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…" ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

"Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua," ujarnya.

Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.  Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz

"Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut," ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian. Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.

"Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari," ujarnya ketika ditemui.

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot. Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak 'kasar'.

Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan 'penghijrahan' kini.(IH/Hrkh)

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


Mamak Cupcake - <b>Shaheizy Sam</b> & Siti Saleha #Lirik @lagubestbest

Posted: 02 Dec 2012 04:33 PM PST

Tajuk Lagu: Mamak Cupcake
Album: OST Filem 'Mamak Cupcake'
Artis: Shaheizy Sam & Siti Saleha

Muzik Video: Mamak Cupcake - Shaheizy Sam & Siti Saleha

Lirik Lagu: Mamak Cupcake - Shaheizy Sam & Siti Saleha

Susah senang kekal bersama
Apa halangan kita redah
Tak kesah la tak kesah tak kesah la

Saya nampak cinta la brotha
Dalam hati cupcake ku puja
Kepala batu la aku

Emm kami dewasa mengejar citarasa
Meski kanda tak kesah
Em tapi cupcake.. Cinta dia abadi

Cupcake cupcake rainbow sprinkle cupcake
Um um um cupcake
Chocolate fudge cupcake
Mocha cupcake
Teh tarik flavour cupcake
Cinta dia abadi

Cupcake cupcake rainbow sprinkle cupcake
Um um um cupcake
Chocolate fudge cupcake
Mocha cupcake
Teh tarik flavour cupcake
Cinta dia abadi

Rap-Chorus:
Satu persatu ku cuba mula susun atur cara yang ku ingin hanya usaha
Walau bukan mudah namun ku tetapkan cuba apa yang penting takkan berputus asa
Tiga cupcake bikin lima dua lebih bila mama kasih anda cuba merasa
Bagi satu minta dua jangan minta barang ini paksa makanya

Dua tiga ku bermula mana kan beralih arah misi ku cuma juara
Nombor satu bukan tiga lantas kata bukan coba
Kata-kata kau terkena --- dah terlaksana

Bilang saja mana tempat bila saja mahu lihat
Sudah depan jangan lambat
Bukan serang dengan kudrat
Sudah mula mahu buat tiba waktu tak terlihat
Jangan coba jangan dekat MD hebat ini abad

[Ulang Rap-Chorus]

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


The One And Only ADP: Lawatan <b>Adi Putra</b> Ke KaryaSeni

Posted: 17 Dec 2012 01:36 AM PST


Salam 1Hotlovers
Seperti yang sedia maklum, Adi Putra melalui Twitternya telah memberitahu yang syarikat Nur ADP Sdn. Bhd akan menerbitkan filem adaptasi novel bertajuk "Suami Aku Ustaz". Respon yang dilihat daripada peminat novel dan peminat Adi Putra juga sangat menggalakkan.
Pada hari Jumaat lepas, Mr. Hot Adi Putra telah sempat singgah ke Pejabat Penerbitan Karya Seni Sdn. Bhd, syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan naskah "Suami Aku Ustaz".

Adi Putra yang juga pemilik Nur ADP Sdn Bhd berterima kasih kepada  Dato' Wan Muzri yang merupakan orang yang bertanggungjawab disebalik Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd dan Penulisan2u.

Diharap kerjasama pertama antara kedua syarikat Adi Putra dan Dato' Wan Muzri membuahkan hasil dan akan berterusan.

Melalui pemerhatian dikedai kedai buku di sekitar Kuala Lumpur, novel Suami Aku Ustaz mendapat sambutan yang hangat. Selepas pengumuman melalui twitter Adi Putra, sambutan terhadap novel Suami Aku Ustaz semakin menggalakkan.

Selamat berjaya kepada Adi Putra (Nur ADP Sdn Bhd) dan Dato' Wan Muzri (Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd)

Antara gambar menarik ketika lawatan :

Adi Putra bersama pemilik Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd, Dato' Wan Muzri

Adi Putra bersama staff KaryaSeni

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search


Babyiesz nurisz: I LOVE HAZAMA!!

Posted: 29 Dec 2012 08:34 AM PST

 Baby peminat setia HAZAMA, woowww mmg cinta sgtt.. kalau lah die jadi bf baby.. seronok nye hidup.Mmg baby xcari laki lain dh.. ---> BERANGAN..
siap tahu tentang biodata die.. I LOVE U, HAZAMA!!
Nama sebenar        = Hazama Bin Mohammad Azmi
Nama stage            = Hazama
Tarikh lahir             = 28 November 1984
Tempat lahir           = Kuala Lumpur
Keluarga                = Anak ketiga dari empat beradik
Tinggi/Berat            = 173cm/57kg
Artis Yang Diminati = Once(dewa) , Amy Search dan Mawi
Muzik kegemaran   = Rock Balada
Sebenarnya Hazama merupakan peserta Akademi Fantasia musim keempat,namun nasib tak menyebelahi beliau dan tersingkir dari program itu.Hazama kembali memasuki Akademi Fantasia ke-9 dan sekaligus berjaya dinobatkan sebagai juara.Hazama juga pernah menjadi vokalis sementara kumpulan Meet Uncle Hussain.