Nuffnang

Rabu, 24 April 2013

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


Gadis Korea Pilihan Hati <b>Jehan Miskin</b> | Katak Comel - Gosip Artis <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2013 08:20 PM PDT

Posted by admin on March 25th, 2013

jehan miskin pilih gadis Korea

Pelakon berbadan sasa, Jehan Miskin telah menjadikan gadis Korea sebagai pilihan hatinya. Namun, berita mengenai perkahwinannya masih dalam peringkat perbincangan.

Untuk pengetahuan semua yang mungkin tidak tahu, sebelum ini pernah bercinta dengan Jue Aziz namun putus di pertengahan jalan.

Jika benar perkhabaran Jehan akan menyunting gadis Korea untuk dijadikan suri rumahnya, Katak Comel ucapkan jutaan tahniah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


(4 GAMBAR)<b>Memey Suhaiza</b> Kini Tampil Dengan Imej Bertudung? |

Posted: 22 Apr 2013 06:54 AM PDT


Wow. Abang Nara suka dengan imej bertudung yang ditunjukkan oleh Memey Suhaiza ini. Memang kena dengan dirinya. Cantik sangat-sangat. Adakah imej ini akan berkekalan? Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi daripada Memey mengenai hal ini.

memey suhaiza bertudung

Namun yang pasti, Norman Hakim pastinya sangat gembira dengan imej isteri ini. Tambah menggembirakan sudah tentu anak-anak mereka yang mendapat kasih sayang daripada 2 orang ibu. Memang Abang Nara tabik spring kepada Abby dan Memey yang tidak mengingati sejarah lama untuk kebahagiaan anak-anak mereka.

memey suhaiza bertudung

Semoga kebahagiaan mereka sekeluarga akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga ia turut akan menjadi contoh buat masyarakat di luar sana. Kalau Abby dan Memey boleh lakukan, mengapa tidak anda? 2 lagi gambar terbaru Memey Suhaiza dengan membaca entri ini sepenuhnya.

memey suhaiza bertudung
memey suhaiza bertudung

P.S: Nak Lihat Testimoni Pengguna SkinRich Orang Melayu? KLIK GAMBAR INI

Baca Yang Ini Pulak:-


Foto : <b>Memey Suhaiza</b> Belum Bersedia Untuk Bertudung <b>...</b> - OhBulan

Posted: 22 Apr 2013 04:55 PM PDT

Instagram Abby Abadi 2

Baru-baru ini Abby Abadi telah kongsikan beberapa foto dilaman Instagramnya sewaktu menghadiri hari sukan sekolah anak-anaknya, di Sekolah Rendah Taman Melati, Gombak, Kuala Lumpur.

Menerusi foto-foto yang dipaparkan, nampaknya Abby Abadi telah hadir ke acara tersebut bersama bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Wah melalui foto yang dikongsikan, nampak penampilan Memey kelihatan sedikit berbeza serta dengan gaya yang lebih sopan dan ayu bertudung.

Instagram Abby Abadi

Dengan penampilan yang ditonjolkan itu, ramai yang tertanya-tanya benarkan pelakon tersebut sudah bersedia untuk memakai hijab sepenuhnya?

Akhirnya segala persoalan terjawab apabila Memey mengaku masih belum bersedia untuk berhijab dan berharap agar peminat sentiasa doakan yang terbaik untuk dirinya.

Saya baru mula memakai tudung pada Ahad lalu tetapi belum sepenuhnya dan biarlah ia terjadi secara perlahan-lahan.

Saya harap peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya.

Suami suka namun dia memberi ruang kepada saya untuk buat keputusan sendiri kerana perkara ini bukan boleh dipaksa-paksa sebaliknya biarlah ia datang daripada kesedaran diri sendiri. – Ujar Memey menerusi laporan mStar Online.

Berikut kami selitkan lagi beberapa foto mesra Abby Abadi dan Memey Suhaiza buat tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Abby Abadi

Tags:

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


<b>Vanidah Imran</b> Memilih Untuk Jadi Duta Produk | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2012 04:05 PM PST

Jumaat lepas, berlangsungnya satu majlis di Kaunter Kecantikan Ronasutra yang terletak di Plaza Shah Alam. Majlis yang diadakan sempena pelancaran produk kecantikan terbaru Ronasutra iaitu 'Ronasutra 2-In-1 Mineral Foundation And Powder' ini turut dihadiri oleh 2 orang selebriti terkenal yang telah dilantik sebagai duta produk Ronasutra.

Salah seorang daripada mereka ialah Vanidah Imran yang sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang mementingkan penampilan luarannya. Ketika ditemui, paras wajah Vanidah kelihatan amat cantik walaupun umurnya sudah hampir mencecah angka 40. Mengaku sudah menggunakan produk 'Ronasutra 2-In-1 Mineral Foundation And Powder' selama 6 bulan, Vanidah memberitahu sebelum ini dia hanya menggunakan bedak 'compact' biasa.

"Produk yang saya gunakan sebelum ini ialah bedak 'compact'. So, bila pakai bedak 'compact', ia memang tutup bahagian muka dengan bagus, tapi pori kulit kita akan tersumbat.

"Macam 'mineral powder', ia tidak akan masuk ke dalam pori-pori," komen Vanidah terhadap produk ini.

Bagi Vanidah, dia lebih suka memakai produk ini kerana ia menepati citarasanya sebagai orang Malaysia.

"Saya pilih produk ini kerana ia ringan, dan sekurang-kurangnya saya tahu bahan-bahannya sebab ini buatan Malaysia dan saya kenal siapa yang merumus formulanya. Jadi saya tahu dia memang mengambil berat untuk wanita Muslimah dan ianya halal," ujar Vanidah lagi.

Namun untuk pengetahuan anda, ini merupakan pengalaman pertamanya dilantik sebagai duta untuk sebuah produk kecantikan selepas hampir 20 tahun didalam industri hiburan.

"Bagi saya, saya memang memilih sesuatu produk apabila saya menjadi jurucakap. Saya tak jadi jurucakap semata-mata hanya untuk dibayar. Ia adalah satu tanggungjawab bila kita yakinkan orang untuk beli, dan bayangkan sebenarnya kita meyakinkan orang tapi tak jujur?

"Jadi, bila nak mempromosi sesuatu barang, biarlah kita jujur dan betul-betul promosi untuk kebaikan bersama," tegas Vanidah Imran mengakhiri perbualan.

Turut bersama menjadi duta produk Ronasutra dengan Vanidah Imran ialah Lynda Roslan.

Tags: , ,

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


love bunga querida: Mekap <b>Raja Farah</b>

Posted: 30 Dec 2012 09:22 PM PST

   ✿  Assalammualaikum. 


     haritu hakak ada metap-metap * bajet tiut. T__T nak muntoh kubis jap.. arghhhhh!!! 
     kali ni raja farah.! yezzaa hakak mekap raja farah. kau mampu ke? mihahahha. 
     over sangat u alls kan. tak kose hakak dek non.
     pagi-pagi hakak dah bangun siap-siap kotak besi hakak sebab hakak dengan ibu
     hakak lah akan ke banting.


     perjalanan memakan masa yang hagak lama lah kan. agak terkentut-kentut jugaklah nak pergi. pelbagai
     cabaran, dugaan nak ke banting ha kau! dengan lori hantu gedabak menerpa jalan raya yang agak sempit
     lagi secoet. memang slow lah hakak derive 80km. kau mampu keeee..


     sampai je ucapan syukur alhamdulillah terukir di bibir yang mulus lagi munggil miahahah. 
     buat rewang ualls!
     seronok hakak tengok sebab rewang at least dapat merapatkan hubungan 
     sesilaturrahim bersama. lepastu hakak
     pon bagilah masa dekat raja farah untuk prepare apa yang patut. dan sampai je masa
     yang hakak nanti-nantikan hakak pon bagi hint get ready. acewah macam hapetah kan. 
     kesah plak hakak ;p


     mula lah operasi menggeledah barang mekap hakak yang selambak perut usus dawai segala bagai. lalu 
     berlakulah operasi menandan raja farah. ni muka before 


tak payah mekap pon dan gojez kan
miahahhaha gambar sumber google.
     hahahh taklah..bonar eh hakak mekap yang ni ha dek non. tapi sekali imbas lah macam raja farah
     dua kali inbas macam ziyan..
selepas di mekap oleh hakak. 
yang penting hakak tak cukur kening hokeh!
ni hakak guna teknik gam :)



and the best picca yang hakak suka yang ni
candid time ! hakak suka yang ni

     so itu jelah hakak nak share. tekak pon rasa kering bak daun kering ni. terima kasih membaca. dan
     dan dan kalau ade sesiapa yang tibe-tibe teringin nak rasa penangan mekap cap tangan hakak kan
     bolehlah terus emel hakak ke : lbungaquerida@yahoo.com atau terus inbox ke fan page hakak,
     kerlas fan page... ;p di sini : https://www.facebook.com/pages/Own-Love-Bunga-Querida/147607528616538
     terima kasih membaca.. :'D

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> & Adira sudah putus hubungan - Media Malaya

Posted: 16 Apr 2013 09:22 PM PDT


alip

Nampaknya hubungan cinta antara Aliff Aziz dengan wanita putus ditengah jalan lagi. Yang terbaru, Aliff Aziz meluahkan perasaan di twitter dan juga media bahawa dia kini sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan bekas kekasihnya, Adira AF.

Antara luahannya kepada media dipetik, "Kalau boleh jangan kaitkan saya dengan Adira. Saya sudah tidak mahu sebarang cerita-cerita kami diungkit lagi. Cukup sampai di sini sahaja dan saya mahu serius dalam kerjaya dan mengulangi zaman kegemilangan saya."

Agak pelik, beberapa gadis yang datang ke dalam hidupnya telah meninggalkannya dan gadis-gadis ini hanya mendiamkan diri dan hanya Aliff yang kerap bersuara di media, cheap publisiti untuk meraih kegemilangan? Hmm.

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan hujan</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Feb 2013 01:43 AM PST


iHeart : <b>Hujan</b> « Diyana Heart Faiz

Posted: 17 Jan 2013 09:44 PM PST

A kitten attempting to attack the rain drops on the window.

Musim hujan yang melanda negeri-negeri Pantai Timur di Malaysia sekarang ini mengingatkan aku fenomena yang pernah melanda di SDK pada 2012 pada musim Tahun Baru Cina di mana banjir yang teruk telah berlaku tanpa ramalan oleh pengkaji cuaca di Malaysia. Dan ini mengingatkan aku juga pengalaman Cikgu Bebiri bercuti di SDK pada masa itu yang membuatnya dapat merasa mandi air hujan kerana ketiadaan air di rumah Panda dan satu-satunya air yang boleh digunakan untuk mandi adalah air hujan (mujur musim hujan masa tu kan?).

Dan ini juga mengingatkan aku pada Ain yang mengikuti program sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor. Seronok dia bercerita kepadaku tentang aktiviti gotong-royong yang dilakukan oleh sukarelawan UPM bagi membantu mangsa banjir. Tidak pastilah 2013 macam mana pula sebabnya tahun ini dia nampaknya sibuk dengan tugasan tahun ke-3 UPM.

Apa-apa pun aku mengucapkan takziah dari kejauhan untuk mereka yang terlibat dengan banjir terutamanya di Terengganu. Harapnya musim tengkujuh begini dapatlah menjaga diri kerana air kalau sedikit memang kawan tapi kalau banyak (bah), sudah jadi musuh tu. Berhati-hatilah ya?

Apa yang aku suka tentang hujan adalah, selepas hujan nantu akan ada pelangi muncul. Kadang-kadang jelas, tapi kadang-kadang berbalam-balam. Dan kalau bernasib baik akan nampak dua lapis pelangi. Aku suka warna-warna pelangi tu (7 warna). Warnanya menceriakan suasana sedih dan muram selepas hujan dengan kemunculan matahari. Cantik kan?

Dan pelangi mengingatkan aku pada persembahan AJL (Anugerah Juara Lagu) ke-27 anjuran TV 3 baru-baru ini di mana Stacy dengan lagu Pelangi senjanya cuba menggunakan warna-warni pelangi pada pakaiannya tapi sayangnya tidak dapat menangkap hati para juri untuk mengundinya sebagai Persembahan Terbaik malam tu. Tidak mengapalah Stacy, yang penting kamu sudah lakukan yang terbaik (menjadi finalist pun sudah satu pencapaian yang bagus juga kan?).

Dan pada musim-musim hujan sebeginilah payung amatlah mustahak untuk dibawa ke mana-mana (standby dalam kereta atau handbag). Dan dengar ramalan kaji cuaca tu. Yelah, boleh buat persiapan awal-awal. Bukan apa, masa hujan macam ini ramai orang akan sakit (tak kira tua atau muda) dan tak peliklah kalau masa ini klinik-klinik akan penuh sokmo dengan pesakit tidak mengira waktu. Apa mahu buat, waktu beginilah para doktor hendak mencari rezeki. Kalau tidak hujan, tiada penyakit, tiadalah income. Ops, jangan marah ya para doktor di luar sana. Bergurau saja.

Orang kata hujan ni pembawa rahmat, sebab itulah tidak pelik kalau ada orang yang menamakan anak mereka dengan nama bermaksud hujan (tidak kiralah mana-mana bahasa pun). Dan aku pun rasa yang pakai nama hujan adalah orang yang bertuah memandangkan Kumpulan Hujan di Malaysia dan penyanyi Korea; Rain sangat popular dan banyak memenangi anugerah dalam bidang musik. Jadi, tak mustahillah kan nama ini ada "luck". Tapi, kalau setakat "luck" sahaja tanpa usaha, susah juga nak berjaya kan? Hehehe…

Jadi kalau aku letak nama "HUJAN" pada Jr, agak-agaknya terperanjat tak family aku dan FG? Yelah, macam pelik pula rasanya kan? Hahaha… Jangan-jangan, nanti kena karate aku nanti.

Favim.com-37254_large

Pssst… Teringat masa hujan aku suka buat kapal kertas dan main di kawasan air yang menurun dan lari ikut kapal kertas sambil bawa payung. Yelah, main hujan nanti kena sebat pula jadi nak main boleh tapi kena pakai payung. Hahaha…


kumpulan Spider - Google Blog Search

kumpulan Spider - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2013 01:42 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2013 01:30 AM PDT


Muzik Video: <b>Kumpulan Spider</b> Lancarkan MV Rasmi "Tapi - OhBulan

Posted: 09 May 2012 11:19 AM PDT

Siapa lagi yang masih belum mendengar lagu berjudul "Tapi Bagaimana" oleh kumpulan Spider ini? Kalau belum, anda ketinggalan zaman. Ini serius.

Lagu yang sedang popular dan masih menguasai carta-carta muzik di radio-radio tempatan ini akhirnya telah tampil dengan sebuah muzik video rasmi arahan Khairul Hazwan. Menampilkan Tam Spider sebagai watak utama, penyanyi yang sudah lama berada didalam industri hiburan ini telah digandingkan bersama seorang gadis bernama Azura. Ya, gadis ini comel. Kami serius.

Tidak mahu bercakap panjang, anda saksikan sendiri muzik video berjudul "Tapi Bagaimana" oleh Spider selepas ini ya!

Tags: , , , , , ,