Nuffnang

Rabu, 31 Julai 2013

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


<b>Tiz Zaqyah</b> Bakal Berhari Raya Di Rumah Kekasih? | ROTIKAYA

Posted: 29 Jul 2013 07:55 PM PDT

Kisah cinta mereka menjadi perhatian ramai apatah lagi si aktress ini di'katakan kembali ligat & aktif bersosial selepas bersama dengan kekasih sekarang ini. Setiap perkembangan harus peminat ikuti 'kan?

Bertemu pelakon Tiz Zaqyah bersempena dengan majlis pelancaran drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita di Lot 10, kelmarin telah memberitahu bahawa dia dan kekasihnya akan bergilir beraya di rumah masing-masing.

"Raya pada tahun ini saya dan kekasih akan bersama-sama mengunjungi rumah masing-masing. Seperti sedia maklum saya dan kekasih sebenarnya sudah saling lama mengenali cuma kami belum ada jodoh ketika itu, dan sekarang barulah dapat kami bersama-sama," katanya.

Ditanya juga mengenai perancangan untuk ke fasa seterusnya dalam perhubungan mereka dan Tiz terus mengatakan bahawa biarlah jodoh dan ketentuan Illahi dalam menentukan hala tuju perhubungannya.

"Setakat ini saya masih tidak mempunyai sebarang perancangan mengenai hubungan kami ini, saya serahkan segala-galanya pada Allah S.W.T.

"InsyaAllah sekiranya saya ingin ke fasa seterusnya dalam perhubungan kami saya akan memberitahu kepada semua peminat-peminat saya dan juga anda rakan-rakan media," ujarnya ringkas.

Neelofa, <b>Tiz Zaqyah</b> Hiasi Majalah Astro - Gossip Artis Malaysia

Posted: 23 Jul 2013 08:00 PM PDT

Pada: Rabu, 24 Julai 2013
Siapa ada melanggan majalah Astro pasti ada menampak kelibat dua selebriti cantik yang menghiasi muka hadapan majalah berkenaan.

Siapa lagi kalau bukan Tiz Zaqyah dan Neelofa. Pastinya kedua-duanya memang anggun dengan rambut ikal mayang rebonding gitu.

Memang padan apatah lagi edisi majalah itu untuk AidilFitri nanti.


Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jul 2013 09:28 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jul 2013 09:05 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2013 09:19 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jun 2013 09:11 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Nashrin</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jun 2013 09:20 PM PDT


<b>Nashrin</b> Terpegang Payu Dara Misha Omar?

Posted: 30 Mar 2013 08:58 AM PDT


Helluuuuu you all, Hari ini cik gayah kebaya sendat nak gossip sikit pasal duet si nashrin and akak misha omar yang feelling habis di atas pentas.. wow! Hangat di perkatakan adegan misha omar dan nashrin di atas pentas MY STARZ LG musim ke 2 yang asik feeling mereka, cik gayah kebaya sendat belek gambar2 yang di tangkap oleh photografer tersohor malaysia yang menampakan nashrin terpegang payudara misha omar? hurrmmm mungkin tak pegang kot or alahaiii korang komen sendiri la..

Cerita Artis: <b>Nashrin</b> Bertunang Dengan Kawan Sekolah Bernama <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2013 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Penyanyi lagu Fobia Cinta, Nashrin menafikan dakwaan bahawa dia cuba menyembunyikan statusnya yang kini sudah pun menjadi tunangan orang. Sebaliknya, Nashrin yang baru saja berhenti daripada bekerja dengan sebuah bank di Pulau Pinang memberitahu dia sudah pun 4 bulan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang bernama Farah. "Ya. Saya memang sudah bertunang. Tunang saya bukan model. Dia hanyalah orang biasa yang bekerja di syarikat insurans di Pulau Pinang. Dia adalah teman sekolah saya. Saya kenal dia sejak kecil lagi. "Kalau hendak diikutkan, saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Selepas berjumpa semula, saya merasakan dia sesuai untuk menjadi suri dalam hidup saya. Sebab itulah saya bertunang dengan dia. "Saya tidak tahu nak kata sebab utama saya bertunang dengan dia. Apa yang saya tahu, bila sudah sampai waktu, saya pun bertekad untuk bertunang dengan dia yang sebaya dengan saya iaitu 24 tahun," katanya kepada murai.com.my. Bercerita mengenai pertunangannya itu, Nashrin telah pun sah bertunang dengan Farah sejak November 2012 dan majlis tersebut hanya diadakan secara kecil-kecilan saja. "Tiada kenalan artis pun hadir di majlis tunang saya. Lagipun, saya hanya buat secara kecil-kecilan saja. Kami bertunang di Pulau Pinang. Hanya saudara mara terdekat saja yang hadir. "Waktu itu juga saya masih lagi bekerja di bank. Sekarang ini, baru sebulan saya berhenti bekerja. Saya pun sudah menetap di Kuala Lumpur sepenuhnya. Alhamdulillah, selepas bertunang tiada apa yang berubah kecuali saya lebih berhati-hati dengan kehidupan yang saya lalui sekarang. Saya juga merasakan lebih mudah bergerak berbanding dulu," jelasnya. Menyangkal dakwaan bertunang untuk menutup tohmahan yang mengatakan dia seorang lelaki buaya darat, Nashrin dengan tegas menepisnya. "Saya bertunang bukan sebab gosip itu. Saya juga bukan playboy. Sekarang saya lebih senang. Ibarat orang kata, saya sudah cuci tangan sikit. Saya juga sudah sign kontrak dengan label baru iaitu Hikayat Records. Insya-Allah, akhir bulan ini saya akan muncul dengan single terbaru. Tajuknya masih belum ada lagi. "Lagu ini adalah hasil ciptaan Kunci Demak. Alhamdulillah, peminat merestui pertunangan saya. Kalau ada fans yang kecewa pun saya tahu mereka akan buat-buat tak kecewa," ujarnya.

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Ibu Zizan Berkenan <b>Juliana Evans</b> | ALL About Love

Posted: 25 Apr 2013 08:51 PM PDT

Assalammualaikum

Ni sambungan daripada entry INI..dan tadi pagi baca Berita harian ada pula cerita pasal Ibu Zizan..Dan MV kongsikan dengan kamu sedikit ceritanya..

Zizan bawa rakan wanita bertemu ibu 

Ketika ditanya pandangannya mengenai gosip cinta membabitkan pelakon Mael Lambong itu pula, Anai memaklumkan, dia tidak pernah campur tangan dalam soal membabitkan teman hidup anak bujangnya. 

Mengaku cukup akrab bersama anaknya, Anai turut mendedahkan Zizan pernah membawa pulang beberapa wanita ke rumah, untuk diperkenalkan kepadanya, termasuklah dua pelakon wanita berwajah Pan Asia, Juliana Evans dan Emma Maembong. 

Namun menurut Anai, Emma sudah dikenalinya sejak dua tahun lalu apabila finalis kategori Artis Baru Wanita Popular itu itu berkunjung ke rumahnya ketika Hari Raya. 

"Saya tidak kisah siapa pun wanita yang menjadi pilihan Zizan, sama ada artis ataupun orang biasa. Malah, dari mana asal gadis berkenaan pun bukannya hal utama. Semuanya terpulang kepada Zizan untuk menentukan. Paling penting, bakal isterinya harus memahami kerjaya Zizan yang sentiasa sibuk, dan wanita terbabit juga tidak boleh mudah rasa cemburu. 

Berkenan dengan Juliana Evans 

"Setiap kali mengenali seseorang wanita, memang menjadi kebiasaan Zizan membawa temannya untuk bertemu saya. Namun saya faham perangai anak saya, selalunya hubungannya tidak lama. 

"Saya tidak pernah campur tangan dalam setiap perhubungannya, cuma Zizan seolah-olah boleh membaca perasaan saya. Jika ada wanita yang saya rasakan tidak serasi di jiwa, Zizan seperti boleh hidu dan biasanya hubungan itu tidak bertahan. 

"Buat masa ini pula dia belum memberitahu saya, siapa teman wanitanya. Cuma sepanjang memperkenalkan beberapa wanita kepada saya, saya berkenan dengan Juliana. Tetapi saya tahu, kasih sayang yang wujud antara mereka tidak lebih sekadar teman rapat," katanya. 



Untuk baca lebih lanjut KLik SINI..Siapa pun pilihan Zizan MV harap dia bahagia...**PSSTTT tiba2 gosip pasal cinta zizan kembali hangat,,gegege,,,,

Kalau betul Zizan sudah ada teman istimewa semoga Zizan bahagia,,,,kalau nak kawen..Smsm MV okewyy(MIss banu jangan marah)..tapi zizan tau ker no Hp MV???

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> Sudah Berbaik Dengan Mamat (Sepah) – Perak Today

Posted: 18 Jul 2013 01:56 PM PDT

fidaPelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui telah berbaik-baik semula dengan bekas kekasihnya iaitu Mamat (Sepah) selepas mereka muncul dalam sebuah program Apa Saja FBI di TV9 baru-baru ini.

Fida, 27, bagaimanapun berkata, hubungan tersebut tidak lebih daripada sekadar rakan biasa dan dia tidak mahu mengingati peristiwa buruk yang pernah berlaku di antara mereka.

"Kami kembali berbaik selepas sama-sama muncul dalam sebuah program dan hubungan itu hanyalah sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi.

"Apa yang telah berlaku sebelum ini saya tidak mahu lagi kenang dan ambil pengajaran daripadanya," jelasnya ketika ditemui mStar Online.

Hubungan Mamat dan Fida sebelum ini berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya mengakibatkan ia terus tersebut tersebar luas di Internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungannya dengan Zalif Sidek, Fida menjelaskan dia sudah tidak berhubung dengan pelakon itu lagi dan hubungan rapat yang terjalin selama tiga bulan sebelum ini telah pun berakhir.

Jelas Fida, dia mengundurkan diri kerana tidak mahu terus disalah anggap sebagai pihak ketiga ekoran seorang wanita mendakwa sebagai kekasih Zalif sebelum ini.

"Saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budi Zalif sebelum ini kerana tahu dia tidak mempunyai sesiapa dan tidak sangka ada pula pihak yang mendakwa sebagai kekasih Zalif.

"Atas sebab itu juga saya undur diri supaya keadaan tidak menjadi keruh pada masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan sama, Fida berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan dan nyanyian yang sedang berkembang.

- mStar

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


FINE Terbit Single, Duet Dengan <b>Altimet</b> - Munsyeed{Dot}

Posted: 17 Jul 2013 09:02 AM PDT

Fine

Fine

Bukan satu perkara yang mudah untuk sesebuah kumpulan menyapa industri dan mampu bersinar umpama bintang. Ramai yang gugur dan tidak kurang juga yang hidup segan mati tak mahu selepas percubaan untuk masuk di dalam industri yang seperti pepatah 'suam-suam kuku'. Tanpa 'branding' yang kukuh, sentuhan komposer yang mantap dan penampilan tersendiri, sesebuah kumpulan pasti tidak mampu mengharungi perjalanan getir bergelar artis.

Memulakan perjalanan seni secara underground, kumpulan FINE kini sedang menyusun langkah demi langkah untuk melakukan kemunculan mereka dalam industri secara serius. Enggan menoleh kebelakang, kumpulan FINE dilihat tidak mahu berterusan dilabel sebagai kumpulan underground sebaliknya mereka kini bersedia melangkah ke arus perdana untuk mewarnai industri muzik Malaysia yang semakin rancak ini.

Dari kiri: Syafiq Ishak (Syafiq Fine), Asyraf Azhar (Acap Fine) dan Hanif Hasni (Aneep Fine)

Dari kiri: Syafiq Ishak (Syafiq Fine), Asyraf Azhar (Acap Fine) dan Hanif Hasni (Aneep Fine)

FINE dianggotai oleh 3 orang anak muda yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang seni suara. Tampil dengan imej sedikit berbeza, FINE memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan yang masih bereksperimentasi dengan genre muzik yang pelbagai. Lirik bermesejkan ketuhanan, motivasi dan peringatan juga nasihat ke arah kebaikan serta keinsafan.

Sentuhan ITO Lara
FINE kini mendapat bimbingan secara langsung dari penulis lirik tersohor, ITO Lara yang bertindak sebagai sifu kepada kumpulan ini. Di samping mendapat tunjuk ajar mengenai pemilihan lagu, komposer, pemuzik, vokal dan penghayatan lagu, kumpulan FINE turut mendapat nasihat dari segi penampilan dan pembinaan personaliti daripada ITO Lara dan beberapa pakar tata hias yang disediakan.

Pertaruhkan 3 Single , berkolaborasi dengan Altimet
Menyentuh mengenai kemunculan mereka ini, FINE memaklumkan yang mereka akan tampil dengan 3 single yang bakal diterbitkan pertengahan bulan Julai 2013.

Fine 2013

Fine 2013

"FINE akan lahirkan 3 single utama yang akan disiarkan secara berperingkat kepada para peminat tidak lama lagi. Alhamdulillah, 3 single tersebut ialah BertemuNya, Universiti Kehidupan dan Nipis." ujar wakil jurucakap FINE kepada Munsyeed dalam satu sesi temubual baru-baru ini.

Perintis Dubstep Nusantara
Menurut beliau, ketiga-tiga lagu ini dilihat mampu menyajikan pembaharuan kepada para pendengar yang dahagakan muzik segar yang positif. Lagu BertemuNya merupakan hasil ciptaan Akmal Mirwana, Altimet dan ITO Lara. Manakala lagu Nipis pula merupakan hasil kolaborasi mantap Fadzli Far East dan Ahmad Fedtri Yahya. Yang ke tiga, lagu Universiti Kehidupan pula merupakan hasil ciptaan Wan Saleh dan ITO Lara. Istimewanya lagu-lagu ini bereksperimentasikan muzik moden dan tradisional yang dinamakan oleh ITO Lara sebagai Dubstep Nusantara.

FINE telah bersedia dilebelkan sebagai 'bukan nasyid' kerana penampilan dan konsep muzik mereka yang agak berbeza dari konsep nasyid yang sedia ada. Kelainan yang ditampilkan ini bertujuan memberi sedikit nilai tambah kepada kemajuan nasyid hari ini di mana ciri-ciri nasyid sebagai wadah dakwah masih dikekalkan malah dikembangbesarkan lagi. Sasaran adalah kepada golongan muda yang gemar melayani muzik moden dan 'energetik.

FINE

FINE

Istimewanya, selain mendapat sentuhan hebat daripada komposer dan penulis lirik terkenal, FINE juga bertuah kerana dapat berduet bersama penyanyi rap terkenal, Altimet menerusi lagu BertemuNya.

Antara perkara yang menarik perhatian Munsyeed adalah penggunaan elemen dubstep pada ketiga-tiga single yang dipertaruhkan. Mungkinkah selepas ini akan muncul lebih banyak lagu-lagu positif berirama seperti ini?

Ok, tidak mahu bercakap panjang, apa kata kita dengar pradengar 3 single terbaru kumpulan Fine yang berjudul Bertemunya feat Altimet, Universiti Kehidupan dan Nipis.

Best kan? Nantikan kemunculan lagu-lagu ini di corong radio kegemaran anda pertengahan Julai ini.

Untuk mengetahui info lanjut mengenai kumpulan FINE, anda boleh layari Facebook rasmi mereka disini: FineFriends FC.

- Munsyeed Dot Com

Tentang Penulis

Munsyeed Admin menulis 136 artikel dalam blog ini.

Munsyeed Admin bertanggungjawab mengawal selia website Munsyeed{Dot}Com untuk sentiasa beroperasi dalam keadaan yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>Eira Syazira</b> tertekan didera Azad Jazmin di rumah - Cerita Kosong Ku

Posted: 27 Jun 2013 10:28 AM PDT

Eira Syazira tertekan didera Azad Jazmin di rumah - Sejak melahirkan anak pertama mereka pada 11 Januari 2013 lalu, Eira Syazira kini berdepan tekanan dan paksaan dari suaminya, Azad Jazmin untuk menguruskan badan dan langsing seperti sewaktu zaman anak daranya dulu.

Menerusi majlis Seindah Ramadan TV3 di sebuah restoran beberapa hari lepas, Eira memberitahu dia kini mahu memastikan berat badannnya ditahap ideal kerana jika tidak, suaminya, pelakon dan pengacara Azad Jazmin tidak akan membenarkannya kembali aktif berlakon, sebaliknya duduk di rumah menjaga anak.

"Masa dalam pantang, berat saya 80kg lebih. Tapi sekarang Allhamdulillah dah turun jadi 52kg. Sebenarnya Azad letak syarat, kalau saya nak aktif berlakon semula, saya kena kena dapatkan bentuk badan macam dulu. Kalau tak dapat, dia suruh saya jaga anak jer kat rumah."
"Jadi saya nak buktikan pada Azad yang saya boleh sahut cabaran dia. Saya diet sendiri. Sebenarnya dia takut saya gemuk sebab dia tak nak nanti saya dapat tawaran berlakon watak mak, mak. Dia nak saya dapat balik watak-watak macam dulu. Suami saya tu memang sarkastik sikit."
Berkongsi pengalamannya selepas bergelar ibu, Eira Syazira mengakui semakin memahami bertapa besarnya pergorbanan seorang ibu. Bahkan baginya masa 24 jam tidak mencukupi kerana bukan sahaja perlu menguruskan anak dan keluarga malah dia perlu berkejar ke lokasi penggambaran.
"Kadang-kadang tu rasa 24 jam memang tak cukup bagi saya. Siang saya sibuk dengan shooting. Habis shoot jer saya terus balik, anak pula dan tidur. Saya tak ada pembantu. Kalau keluar shooting, mak mentua yang tolong jaga anak saya. Kat set pula, saya asyik fikir pasal anak jer. Azad pun macam tu juga."

Bagaimanapun, Eira sangat bersyukur kerana sejak kelahiran anak pertamanya, Amarra Sofea Rose, rezeki mereka sekeluarga semakin bertambah. Yang terbaru, dia baru sahaja dilantik menjadi duta produk Ultra Shine Whitening yang bakal dilancarkan pada 17 Ogos depan.

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


<b>Wan Sharmila</b> Kini Sedang Dilamun Cinta | - Beautifulnara

Posted: 29 Jul 2013 06:09 PM PDT


Lama tidak mendengar kisah terbaru mengenai Wan Sharmila. Paling terakhir Abang Nara menulis mengenai dirinya ialah apabila kontroversi mengenai pakaiannya timbul. Rupanya dalam diam, Wan Sharmila yang sudah 4 tahun menjanda ini sedang enak dilamun cinta.

wan sharmila

Untuk makluman, sebelum ini perkahwinan Wan Sharmila dengan penerbit dan pemilik syarikat produksi, Radius One, Fazli Baharom telah berakhir dengan penceraian pada 23 Oktober 2009. Kekasih baru Wan Sharmila bukanlah daripada orang seni dan kini sedang berada di London. Kata Wan Sharmila:-

Ya, memang saya kini sedang dilamun cinta dan sudah berpunya. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan berharap hubungan ini berjalan lancar. Siapa dia, tidak perlu saya perkatakan untuk ketika ini kerana saya tidak mahu terlalu terbuka dalam soal cinta dan perhubungan. Mungkin buat masa ini, masih tidak sesuai untuk memberitahu kesemuanya. Namun saya tidak menolak untuk memperkenalkannya secara umum satu masa nanti. Cukuplah saya katakan yang dia kini berada di London dan bukanlah di kalangan orang seni.

wan sharmila

Fuh ~~ Kalau dah berada di London, pasti bukan calang-calang orang. Entah-entah anak orang kenamaan. Tak kisah pun semua itu, yang penting Wan Sharmila dan kekasih barunya itu bahagia di sisi masing-masing. Semoga percintaan kali ini berakhir ke jinjang pelamin buat mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Model sedan Perodua Jaguh bakal dikeluarkan tidak lama lagi?

Baca Yang Ini Pulak:-