Nuffnang

Isnin, 12 Ogos 2013

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Cik Epal: <b>Neelofa</b> dan kelapa bakar

Posted: 30 Jun 2013 06:21 AM PDT

Haritu aku pergi The Curve. Sekali tengok ada sorang awek ni dok usha je aku.

"eh apahal lak dia ni pandang-pandang aku?" getus hati kecil ku ini (tak payah nak getus menggetus macam ayat novel sangat lah kan)

Aku pon pandang lah awek tu balik. Eh macam pernah nampak dekat tv. Laaa Neelofa rupanya. Tetiba Neelofa datang dekat aku dengan lenggang lenggok nya. Tetiba dia tegur aku

Neelofa: eh ni cik epal blogger tu kan?

CE: ermm ha ah. You ni siapa eh? Muka macam pernah nampak ah. *saja pura-pura tanya balik*

Neelofa: Nama I Neelofa. Boleh panggil i Lofa je. I selalu baca blog u tau! Jom ambil gambar!! *tangan gigil keluarkan phone nak ambil gambar dengan aku*

CE: emm ok.

*KELIKEK* (Bunyi phone Neelofa snap gambar)
Ouh tak sangka Neelofa selalu baca blog aku dan lagi tak sangka kalau ada yang mempercayai cerita aku di atas. wakakakaka :D
Ok dah habis cerita Neelofa. Lepas jumpa Neelofa tu,aku pon balik. On the way nak balik tu kan tetiba tekak haus. Nak cari Petronas nak beli air tak jumpa pulak. Sekali nampak gerai ni.

Ha?? kelapa bakar?? Biar betik??? Memang betik engkooo.Wahh nampak macam menarik. Jom cuba! Terus aku stop di gerai itu. Tepi jalan je.
Mula-mula aku ingat kan nama owner ni BAKAR sebab tu dia bubuh nama Kelapa Bakar tu dekat kedai dia kan. Macam Cendol Bakar tu. Mati-mati lah aku yang naif,innocent dan sesuci lebaran ni ingat cendol tu di bakar,kalau bakar cair lah kan cendol itu. Rupanya nama kedai je Cendol Bakar. Tapi berbeza dengan kelapa bakar ni sebab Kelapa Bakar ni memang betul-betul di bakar kelapa nya!! Dah ala-ala Kanye West dah warna kelapa ni aku tengok.
Rentung habis lah kelapa ni bila bakar. Order ah kelapa bakar sebab nak rasa kan. Akak kedai ni bagi lah satu cawan air kelapa bakar dan satu mangkuk ais. Datang je air kelapa bakar ni,tersentuh pulak aku dekat cawan nya, terkejut aku. Panas wehh.
Pastu sedut sikit air kelapa bakar nya.
"Wekkkk tak sedap nya. Rasa macam air ubat. Payau macam air ubat campur dengan halia.Oh tidakkk kenapalah aku boleh terberhenti nak minum dekat gerai ni" Tak pasal-pasal aku buat muka cencorot di situ.
Nak mencuba benda baru kekdahnya. Last-last menyesal.Pasni order air kelapa biasa je lah,lagi nyaman. Ini memang first and last lah aku minum KELAPA BAKAR. Tapi tak tahu lah kalau ada yang berminat sebab tekak orang kan lain-lain. Mana tahu tekak korang boleh terima pulak kelapa bakar ni :)

p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


(GAMBAR)<b>Farid Kamil</b> Umum Kelahiran Anak Lelaki | - Beautifulnara

Posted: 02 Jul 2013 05:44 AM PDT


Beberapa jam lepas, Farid Kamil telah memuat naik gambar seorang bayi lelaki ke Instagramnya dengan kapsyen:

faridkamilz
Welcome to the World my son #baby #papito #9.7pounds


Walaupun dijadualkan bersalin pada 15 Julai, nampaknya bayi tersebut dilahirkan lebih awal. Apa pun diucapkan tahniah kepada mereka Farid dan Diana Danielle atas kelahiran bayi mereka ini. Rasanya selamat untuk disahkan yang ini sememangnya bayi mereka dengan tiada keraguan lagi.

Kredit gambar, Instagram Farid Kamil.


KL Festival kembali untk tahun 2013! Pelbagai program dengan pengisian menarik bakal dilaksanakan untuk anda, merangkumi program seni persembahan, seni tampak, warisan, permainan tradisional, bahasa dan persuratan, rekreasi, pelancongan serta makanan tradisional. Untuk keterangan lanjut, layari http://www.klfestival.org.my/

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Farid Kamil</b> Tidak Benarkan Ibu Mertua Jumpa Cucu, Diana <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2013 10:34 AM PDT

Ingatkan isu Farid Kamil dan ibu mertuanya, Norsiah Ramli yang jelas tidak sehaluan sebelum ini sudah selesai mahu pun reda. Namun, berita terbaru menceritakan perkara sebaliknya.

BACA: Farid Kamil Kini Ada Masalah Dengan Ibu Mertua?

Ditemui di majlis sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita semalam, Farid Kamil jelas tidak membenarkan ibu mertuanya itu bertemu dengan Diana Danielle dan anak mereka kerana bimbang.

"Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri & anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka"

"Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati"

"Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu," kata Farid Kamil yang ingin menyelesaikan beberapa perkara selain mendakwa ibu mertuanya itu tidak merestui perkahwinan mereka.

"Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin," tambahnya lagi.

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>Liyana Jasmay</b> Tetap Berperangai &#39;Gila-Gila&#39; – Perak Today

Posted: 09 Aug 2013 06:00 PM PDT

liyanaPelakon Liyana Jasmay mengakui dirinya masih lagi bersikap 'gila-gila' walaupun sudah mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, pada 2 Februari lalu.

Liyana berkata, perubahan statusnya sebagai isteri tidak pernah mengubah personalitinya, namun dia tetap menjaga batas-batas agar tidak mencalarkan nama baik suaminya itu.

"Alhamdulillah, seronok hidup berumah tangga. Lebih senang untuk ke mana-mana sahaja dan yang penting saya masih seperti dahulu, seorang yang gila-gila.

"Dan kalau nak tahu suami saya pun jenis gila-gila tau. Dia juga seorang yang kelakar dan sering buat lawak. Tapi orang lain tak nampak. Hanya dengan saya sahaja dia berkelakuan begitu," katanya.

Bercerita mengenai sambutan raya pula, Liyana berkata perancangan sambutan Syawal buat mereka sangat mudah memandangkan ibu dan bapa mereka berjiran.

"Keluarga saya dan suami berjiran, jadi tidak ada masalah nak beraya di rumah mana dahulu.

"Pada pagi raya, kami beraya di Kemensah dan pada sebelah petang pula, kami ke Melaka. Manakala pada raya kedua, kami akan disambut di Kuala Pilah (Negeri Sembilan)," ujar Liyana yang mengenakan pakaian sedondon dengan suami berwarna hitam dan ungu.

Sementara itu sempena sambutan Syawal, Liyana muncul dalam program Oh Kampungku di TV9 yang menceritakan pengalaman dia masuk ke kampung dan membuat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh orang kampung sebelum meraikan l lebaran.

Liyana akan membuat kuih baulu secara tradisional, masuk ke kebun dan mencari buluh untuk dibuat lemang.

-mStar

Azlan & The Typewriter - Google Blog Search

Azlan &amp; The Typewriter - Google Blog Search


Ella feat <b>Azlan & The Typewriter</b> - Chinta Dahulu Kala | Oh My Chords

Posted: 23 Jun 2013 05:22 AM PDT


Intro: Cm Gm G# D# G# Gm G# D#

Cm G
Chinta, chinta hati kanda
Cm G
Berikan kanda bermimpikan syurga
G# D#
Agar terhapus sengsara derita
G#
Terhenti fitnah yang melanda
A#
Dinda syurga kanda

Dm Am
Kanda kekasih hati dinda
Dm Am
Bahagia agar hilang keluh dan resah
A# F
Agar terhapus duka dan nestapa
A# C
Agar terhapus segala rasa kehendak harapan dinda

[*]
A#m A#
Hapuskan segala duka
A#m A#
Bersama membina istana
A#
Dunia menjadi bermakna
C Am C
Bila kita selalu bersama

[**]
F A
Oh dinda oh kanda
Dm G
Dunia menjadi makna bila bersama
Gm C
Membuah rasa berbuai asmara
F C
Bagai berada dalam syurga

F A
Oh kanda oh dinda
Dm Gm
Hapuskanlah segala duka bersama
Cm F
Kita bina istana mahligai indah kita berdua

Solo: F A A# F Dm C

F G F
Agar terhapus sengsara derita
F
Terhenti fitnah yang melanda
A# C
Dinda syurga kanda

Repeat [*] & [**]

Gm C F
Kita bina istana mahligai indah kita berdua

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


<b>Diana Amir</b> Bakal Nikah Pensyarah Hujung Tahun Ini - Murai.com.my

Posted: 19 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2013: Meskipun Ogos ini merupakan genap setahun tali pertunangan pelakon dan pengacara, Diana Amir dengan pensyarah UiTM, Mohd Habib Bullah A.Rahman, namun pelakon yang bernaung di bawah syarikat Metrowealth Sdn Bhd (MIG) ini akui mereka masih belum ada tarikh yang tetap untuk majlis pernikahannya.

Diana Amir berkata disebabkan masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing, dia menjangkakan majlis pernikahannya akan diadakan pada penghujung tahun ini.

"Memang jika hendak diikutkan semasa dalam perbincangan pertunangan kami, kami mahu ikat setahun tetapi nampaknya kami terpaksa tangguhkannya lewat sedikit daripada jangka masa itu.

"Setakat ini kami tiada tarikh lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Saya pun dah sedia untuk menjadi isteri. Target memang dalam tahun ni. InsyaAllah selepas raya baru kami bincangkan. Tapi soal harinya bila, saya serah pada tunang saya dan keluarganya. Saya hanya tinggal tunggu keputusan dari dia saja ni.

"Yelah, kami masing-masing sibuk dan satu perisapan pun sehingga kini belum disiakan lagi. Bukan sahaja persiapan, malah kursus kahwin pun kami belum pergi,"katanya kepada murai.com.my selepas majlis Iftar MIG di Restoran Shogun, Sunway Pyramid, semalam.

Bagaimanapun kata Diana, dia tidak mendesak tunang dan keluarga pihak lelaki kerana memahami yang tunangnya kini sangat sibuk menguruskan banyak hal.

Difahamkan Habib sedang menyambung pengajian peringkat Master di Universiti Sain Malaysia (USM). Selain itu, Habib turut membantu menguruskan perniagaan yang dijalankan Diana.

Seperti pasangan bertunang yang lain, Diana tidak menafikan dalam tempoh itu, mereka turut berdepan dengan dugaan. Namun setiap dugaan yang datang itu dapat ditempuhi.

"Dugaan paling besar adalah kami kena saling faham memahami antara satu sama lain. Keluarga dia banyak berpesan pada saya, kalau pun kami ada selisih faham, kami perlu banyak sabar. Kami kena jaga batas agama. Kami tak boleh nak rapat sangat.

"Jadi kami selalu elakkan perbualan yang akan menimbulkan pergaduhan. Selalu elak keluar dating berdua tapi kalau jumpa pun sebab hal kerja. Saya pun sehingga kini boleh bersabar lagi, kerana kami pun tak lama lagi dah nak kahwin," luahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Diana barusahaj terbitkan sebuah buku berjudul Titisan Mahabah yang dijual dengan harga RM16.90 di pasaran.

Stacy af - Google Blog Search

Stacy af - Google Blog Search


Gambar-Gambar <b>Stacy AF</b> Yang Semakin Cute Dan Stylo!

Posted: 16 Mar 2013 06:37 PM PDT

Sebelum tu,aku nak ucapkan tahniah pada Stacy sebab dah dilantik menjadi duta dan model untuk produk minuman DriveM7 bersama Fizo Omar dan Aaron Aziz.Aku nak share latest picture stacy kat sini yang semakin lama aku tengok,stacy nampak semakin cantik..Heheheh,stylo and cantik kan??











Share2 sikit pic latest stacy..hehehehehe

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


<b>Ning Baizura</b> Jumpa Gelandangan Sebelum Balik UK - Murai.com.my

Posted: 19 Jul 2013 05:00 AM PDT

ramadhan & raya 2013 | Cerita R&R

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2013: Cuba lari daripada kebiasaan, penyanyi popular Ning Baizura nampaknya memilih untuk menyediakan 300 bungkus nasi bungkus kepada golongan gelandangan pada awal pagi esok bagi membantu golongan kurang bernasib baik berkenaan.

Langkah murni itu diambil sebelum dia bersama keluarga tercinta terbang ke United Kingdom (UK) pada 25 Julai ini bagi menghabiskan cuti musim panas di sana, selain memperkenalkan cahaya mata pertamanya, Ryn Sky Dalton kepada keluarga suaminya.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi, Ning berkata usaha menjamu 300 gelandangan itu merupakan salah satu aktiviti bersama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) menerusi program Ziarah Sahur yang akan menjelajah ke beberapa lokasi khusus di seluruh ibu kota.

"Ini adalah pertama kali saya membabitkan aktiviti seperti ini. Kalau selalu di bulan Ramadhan kita membantu anak-anak yatim atau ibu tunggal, tapi kali ini saya menjelajah dari sudut berbeza iaitu dengan memberi makanan kepada golongan gelandangan.

"Saya akan menyediakan 300 nasi bungkus kepada mereka dan turut sama turun padang iaitu pihak JKKN ke beberapa lokasi seperti Chow Kit, Masjid Jamek dan beberapa kawasan lagi untuk menyerahkan sendiri makanan itu kepada mereka.

"Rasanya program ini bukan saja bagus diadakan pada bulan Ramadhan, malahan juga boleh dijadikan aktiviti bulanan terutama kepada golongan selebriti yang ingin membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata Ning Baizura yang sangat teruja.

Jelas Ning Baizura, peluang itu akan digunakannya sebaik mungkin untuk mendekati golongan gelandangan selain mahu melihat kepayahan hidup mereka di ibu negara yang kebanyakannya datang dari pelbagai ceruk tempat dan tidak berumah.

Kata penyanyi Awan Terpilu itu, pembabitannya kali ini menjadi lebih menyeronokan apabila suami tercinta, Chris Dalton akan turun padang menemaninya bertemu dengan golongan gelandangan berkenaan.

Bercerita mengenai pemergiannya ke UK pada 25 Julai ini, Ning Baizura berkata dia sangat teruja untuk memperkenalkan bayi sulungnya itu kepada keluarga suaminya yang kebetulan sedang bercuti menikmati musim panas di sana.

"Inilah detik yang dinanti-nantikan saya dan suami,. Kerana inilah kali pertama saya akan memperkenalkan Ryan kepada dua kakak tirinya dan adik beradik suami saya, di mana kami akan berkumpul di sebuah lokasi yang diberi nama Centre Park.

"Ianya sebuah kawasan di dalam hutan, tetapi di dalamnya ada taman tema dan tempat menginap yang sangat sesuai diisi seisi keluarga sepanjang musim panas," kata Ning yang akan turut membawa ibunya bersama ke sana.

Pertama kali membawa bayi sulungnya itu mengembara, jelas Ning dia telah membuat pelbagai persiapan rapi untuk keselesaan anaknya dan mereka sekeluarga.

Malah kata Ning, kali ini dia lebih memberi tumpuan kepada keperluan Ryan berbanding dirinya sendiri terutama dalam soal kesihatan, pakaian dan makanan bayi berkenaan supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika berada di sana.

"Saya pula yang rasa kalut dan cemas. Sebab kali ini berbeza kerana kami bersama-sama bayi kecil. Jadi pelbagai ragam dan keperluan perlu diambil kira dari soal penerbangan, perubatan, sehingga bila kami sampai ke sana nanti.

"Tapi apa yang pasti, saya percaya Ryan akan gembira bertemu kakak-kakanya dan keluarga suami saya di sana nanti," katanya.