Nuffnang

Ahad, 8 September 2013

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Awan Band</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Aug 2013 09:37 PM PDT


<b>AwanBand</b> – Oh My Love | Oh My Chords

Posted: 06 Mar 2013 10:22 PM PST


Awanband – Oh My Love Chord

Intro: Cm A Dm A Dm A Dm A

Dm C Dm
Saat ini aku hidup sendiri
C
Tanpa mu disamping ku
Dm Cm Dm
Aku ingin berlari mengejar mu
Cm
Namun ku tak mampu
E Am
Oh ku tak mampu

Dm C Dm
Saat itu cuma ada diri mu
C
Di samping ku selalu
Dm C Dm
Detik itu lalu meninggalkan ku
C
Dan tawa mu syahdu
Bm Am
Oh ku rindu

D G
Oh my love don't you know
Don't you know
C F
Betapa aku merindui kamu
Dm
Saat bintang bertaburan
Em Am
Aku lihat tanpa pegang tangan mu

A

D G
Oh my love don't you know
Don't you know
C F
Betapa aku menginginkan kamu
Dm
Saat pintu terbuka
Em
Kamu tak ada untuk diri ku
Am
Untuk diri ku

Dm A Dm Am E

D G
Oh my love don't you know
Don't you know
C F
Betapa aku merindui kamu
Bm
Saat bintang bertaburan
Em Am
Aku lihat tanpa pegang tangan mu
A
Pegang tangan mu

D G
Oh my love don't you know
Don't you know
C F
Betapa aku menginginkan kamu
Dm
Saat pintu terbuka
Em
Kamu tak ada untuk diri ku
Am
Untuk diri ku

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


admya: Tudung <b>Tiz Zaqyah</b> dalam Jodoh itu Milik Kita

Posted: 04 Sep 2013 04:17 AM PDT


Fashion  tudung Dahlia@Tiz Zaqyah dalam Jodoh itu Milik Kita
Jenama: Lily M by cloverush
Jenis tudung lain yang dipakai Dahlia
semuanya dari cloverush.Cantik kan.

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> akhiri zaman bujang - Utusan Online

Posted: 23 Jun 2013 02:35 AM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pelakon dan pengarah muda, Pierre Andre selamat disatukan dengan Siti Nur Hidayah Hashim hanya dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang di sini hari ini.

Pierre, 28, dan isterinya berkenalan dua tahun lalu di laman sosial dan telah melangsungkan pertunangan pada 9 Februari yang lalu.

Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan disertakan dengan tujuh dulang hantaran manakala pihak wanita membalas sembilan dulang.

Antara barang hantaran yang diberi termasuklah barangan kemas, gajet, beg tangan, kasut, manisan dan telekung.

Antara filem yang dibintangi dan diarahkan oleh Pierre termasuklah Jangan Pandang Belakang, 9 September, I'm Not Single dan Jangan Tegur. - UTUSAN ONLINE

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


<b>Farawahida</b> Dan Bakal Suami Sudah 8 Tahun Bercinta |

Posted: 30 Jul 2013 08:09 PM PDT


Fuh ~~ 8 tahun. Memang lama. Mesti banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Farawahida dan bakal suaminya. Untuk anda yang tidak tahu, Farawahida sebelum ini telah mengumumkan bakal berkahwin pada bulan Disember ini. Majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Taiping, Perak. Tiada risikan atau pertunangan akan dilakukan sebelum itu.

farawahida

Bercerita mengenai hubungan mereka, Farawahida berkata:-

Saya dengan dia pun dah lama bercinta, 8 tahun. Jadi kami ambil keputusan untuk terus saja bernikah. Tak payah nak merisik dan bertunang. InsyaAllah majlis akan diadakan di Taiping, Perak. Majlis nikah pada sebelah siang dan malam pula bersanding,

Dia berusia 29 tahun. Seorang yang 'simple'. Bukan orang dalam industri. Sekarang dia bekerja dengan pakar jantung dan baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah. Bukan suami orang tapi masih bujang.

farawahida

Sebelum ini Farawahida pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan komposer Julfekar. Nasib baiklah gosip tersebut tidak meretakkan perhubungannya dengan bakal suami. Kata Farawahida:-

Terbukti selama ni gosip itu tidak benar. Hubungan kami hanya sekadar bekerja. Sejujurnya ketika heboh tentang gosip itu, saya rasa tertekan. Alhamdulillah teman lelaki saya sangat memahami keadaan saya. Gosip itu langsung tidak memberi kesan terhadap hubungan cinta kami

Semoga segala persiapan Farawahida untuk hari bersejarahnya akan berjalan dengan lancar. Jutaan tahniah sekali lagi Abang Nara ucapkan. Selamat pengantin baru in advance. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.

Baca Yang Ini Pulak:-


kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Aug 2013 07:15 PM PDT


<b>KRU</b> Music Tampil Dengan &#39;Oh My Raya!&#39; - Gua.com.my

Posted: 30 Jul 2013 07:08 PM PDT

Tinggal kurang 10 hari lagi kita akan menyambut Syawal yang mulia. Bagi menambahkan kemeriahan suasana Aidilfitri, KRU Music mengambil inisiatif dengan menerbitkan album kompilasi terhebat yang membariskan seleksi lagu-lagu raya terhangat sepanjang zaman yang berjudul 'Oh My Raya!'.

Selaras dengan judulnya, album ini membariskan 15 buah lagu raya kombinasi artis lama dan baru. Lagu-lagu yang terdiri daripada 10 buah lagu hit terdahulu, dua buah lagu baru serta tiga buah lagu rakaman semula.

Dua buah lagu raya terbaru yang dimuatkan dinyanyikan oleh Forteen dan KRU sendiri berjudul '10 Jari Aidilfitri dan 'Erti Aidilfitri'. Manakala lagu rakaman semula merupakan lagu nyanyian Dato' AC Mizal dan Sepahtu berjudul 'Raya', 'Seloka Hari Raya' nyanyian Qalam Band dan Rafidah Ibrahim serta 'Suasana Hari Raya' nyanyian semula Stellar Band dan Illa Sabry.

Menemui Edry Abdul Halim selaku penerbit bagi album kompilasi ini, dia menjelaskan album ini mempunyai keseimbangan antara lagu raya yang selalu didengari dan lagu raya baru.

"Album ini menggabungkan beberapa lagu baru dan lagu-lagu lama. Album ini punyai keseimbangan antara lagu-lagu raya yang sudah biasa didengari dan lagu-lagu baru," jelas Edry ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Album 'Oh My Raya!' anjuran KRU Music di Peninsular Hotel, Kuala Lumpur.

"Di samping itu, album ini juga menampilkan artis-artis yang pertama kali merakamkan lagu raya, seperti kumpulan KRU, Forteen, Dato' AC Mizal, Fida Ibrahim dan ramai lagi. Album ini merupakan cenderahati kami kepada peminat di luar sana sempena sambutan Syawal," ulas Edry lagi.

Selain itu, KRU Music juga turut menerbitkan video klip istimewa lagu terbaru 'Erti Aidilfitri' dan '10 Jari Aidilfitri' yang diarahkan oleh Wa'an Hafiz yang telah pun dilancarkan secara digital di laman Youtube. Dapatkan album ini di seluruh cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner berhampiran anda bermula 5 Ogos 2013 pada harga RM19.90 sahaja.

Tempah Tempat Di <b>KRU</b> Masterclass Sekarang - Suara Bawah Tanah

Posted: 25 Mar 2013 07:00 PM PDT

Maksud nama kumpulan KRU adalah Kumpulan Rap Unggul, sememangnya kena dengan tiga beradik ini. Manakan tidak, sedari Belalang masih kecil hinggalah dah mempunyai dua orang cahaya mata, KRU yang dianggotai oleh Norman, Yusry dan Edry terus gah dalam membina empayar mereka.

Bermacam-macam kejayaan telah ditempa kumpulan ini, baik dalam negara ataupun diluar negara. Malah KRU juga telah berjaya menubuhkan KRU Academy di Cyberjaya. Satu pencapaian yang benar-benar hebat bagi mereka.

KRU Masterclass | Buat duit di era digital

Kumpulan Rap Unggul (KRU)

Kini, KRU bergandingan bersama-sama Irfan Khairi (jutawan internet Malaysia) cuba berkongsikan RAHSIA kejayaan mereka. KRU Masterclass menjemput sesiapa sahaja baik usahawan ataupun bukan untuk mendalami teknik dan strategi yang digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi sepertimana yang anda inginkan di arena tempatan dan juga antarabangsa.

Acara 1 hari, KRU Masterclass akan dijalankan di KRU Academy, Cyberjaya pada 13hb April 2013. Di dalam acara ini, anda akan diajar Teknik menjana pendapatan menggunakan media sosial (Facebook, Twitter dan YouTube), Cara menggunakan visual dalam menarik perhatian pelanggan dan banyak lagi!

Harga asal untuk KRU Masterclass adalah RM590. TETAPI, anda bernasib baik kerana adanya tawaran early bird menjadikan harga promosinya ialah __________. Nak tahu sila lihat sendiri di sini ==> KRU MASTERCLASS

Jangan lepaskan peluang ini. Buat tempahan awal sebelum 13hb April 2013

Incoming search terms:

  • TEMpat tempat menarik di cyberjaya (3)
  • kru academy 2013 (2)
  • peluang perniagaan di kru (1)

Yang Ini Juga Menarik Untuk Dibaca:

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Pelakon <b>Didie Alias</b>, Semoga Kesedaran Bertambah <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 02:00 AM PDT


HALAMAN HIBURAN

 PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini kerana menghormati empat anak perempuannya yang sudah bertudung.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sebagai ibu, dia perlu menjaga penampilan diri dan tidak terlalu berlebih-lebih kerana enggan anak-anaknya pula terkena tempias kritikan masyarakat.

"Sekarang ini anak-anak perempuan saya semua sudah berhijab. Dan saya sebagai ibu tidak mahulah melihat mereka dikritik hanya kerana penampilan saya.
"Bagaimanapun unsur-unsur pelik masih lagi ada, cuma ia tidaklah keterlaluan seperti sebelum ini. Dan fesyen yang dibawakan mengikut kesesuaian tema majlis," katanya kepada mStar Online.

Didie mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.


Tambah Didie, perubahan imejnya juga dibuat berdasarkan komen-komen umum di laman sosial dan akan menukarkannya jika ada gaya yang kurang disenangi masyarakat. Bagaimanapun, dalam usaha Didie memperbaiki gaya penampilannya, dia bersedia menerima kritikan.

Sementara itu, Didie baharu saja menyambut hari kelahirannya pada Sabtu lalu dan pada hari sama dia telah memenangi Artis Lawak Wanita Paling popular Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya.
Didie juga menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah hari jadinya yang paling bermakna dan berazam untuk menjadi pelakon dan pelawak yang lebih baik pada masa akan datang.

"Sudah lama saya dalam industri seni tempatan dan macam-macam penambahbaikan kualiti kerja saya buat peminat-peminat yang sering menyokong saya.
"Bukannya mudah nak jadi pelawak wanita kerana kami perlu menjaga batas-batas terutamanya daripada segi pertuturan kata. Sebab itulah negara kita kekurangan pelawak wanita sebab ianya bukan mudah," ujarnya. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Semoga kita semua dianugerahkan Allah SWT dengan kesedaran yang bertambah-tambah lagi.. Insya Allah, Al-hamdulillah!

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Alyah</b> Mohon Maaf - Gua.com.my

Posted: 13 Jul 2013 11:30 PM PDT

Dunia hiburan digemparkan dengan kontroversi yang berlaku antara pihak pengurusan Alyah yang dikhabarkan mahu memboikot akhbar Utusan Malaysia ekoran tersiarnya sebuah artikel yang bertajuk 'Alyah Tunggu Pinangan Ramli MS' di akhbar terbabit.

Sebelum ini, GUA pernah menghubungi Alyah untuk mendapatkan penjelasan dari Alyah sendiri tetapi Alyah enggan memberikan sebarang komen mengenai isu terbabit dan GUA telah mendapatkan komen lanjut daripada pengurusnya, Syuib Ismail.

Namun begitu, kesempatan yang GUA perolehi ketika bertemu dengan Alyah di rakaman program Aidilfitri TV9, 'Stailista Unplugged' di Sri Pentas 2, Shah Alam semalam memberikan ruang untuk Alyah mengulas lebih lanjut mengenai isu ini.

"Saya jenis orang yang terbuka, walaupun bukan salah saya, saya memang tak ada masalah mahu meminta maaf. Cuma mungkin dalam keadaan ini, saya agak terpinga-pinga kerana saya tidak pernah melemparkan kata-kata yang  saya nak 'banned' media. Sebab saya rasa kerjaya seni saya adalah periuk nasi saya, di mana media yang banyak menyokong saya, cuma apabila benda ini terjadi, ia agak memeranjatkan saya," cerita pelantun lagu 'Kisah Hati' itu memulakan perbualan.

"Saya rasa agak terpukul juga kerana saya selalu tak ada masalah dengan media. Walaupun mungkin ada sesetengah wartawan yang menulis yang kurang baik tentang saya, tapi saya anggap itu kerja mereka. Apabila jumpa di luar saya tetap menegur dan bertanyakan khabar kerana perkara itu tidak menjadi masalah pada saya kerana saya jenis memahami.

Tetapi apabila keluarnya artikel itu, Alyah 'Gam' Media?, dalam bentuk tanda soal, walaupun ianya dalam bentuk soalan, tapi secara tak langsung saya telah mengguris hati semua orang. Apabila ayat tu keluar, betul ataupun tidak, selalunya mesti orang akan anggap betul. Perkara itu buat saya rasa agak sedih, sebab saya rasa ini satu perkara yang akan memberi kesan kepada kerjaya seni. Saya tidak pernah menyatakan perkara itu," jelas Alyah panjang lebar.

"Sebenarnya saya berkecil hati kerana cara penulisannya seolah-olah dia bercakap dengan saya, sedangkan saya tidak tahu kejadian tersebut. Tapi pada saya perkara itu boleh diselesaikan, ada cara lain lagi. Cuma apabila baca artikel dia, seolah-olah dia bercakap dengan saya, itu satu perkara yang macam tuduhan. Saya rasa yang menulis tu, menulis dengan perasaan sendiri,  bukan dalam keadaan dia bekerja," ujar Alyah lagi.

"Saya ada juga bertanya dengan pihak pengurusan saya mengenai keadaan ini, apa yang telah terjadi. Tapi apabila diterangkan satu demi satu, saya rasa 'no point' untuk cari sama ada siapa menang atau siapa betul. Perjalanan kerjaya saya masih panjang lagi, saya masih mahu berada dalam industri ini. Jadi saya rasa jalan terbaik adalah saya sendiri meminta maaf jika selama ini saya tidak menyenangkan. Saya manusia biasa dan tak mampu nak buat semua orang suka kepada saya," ulas Alyah panjang lebar.

"Kadang-kadang saya fikir, saya terlalu jujur dengan kerjaya seni saya. Saya terfikir kebanyakkan yang terjadi bukan datang daripada saya sebab saya bukan jenis yang suka cari masalah. Tapi saya redha. Saya dari dulu sampai kini bergerak sendiri, dibantu oleh dua atau tiga orang teman rapat saya. Tahun lepas saya dikejutkan pasal 'designer' dan sekarang dikejutkan mengenai perkara ini, saya jadi takut untuk berhadapan dengan apa yang bakal terjadi selepas ini.

Apa yang saya mampu lakukan adalah berdoa semoga saya dapat meneruskan kerjaya seni saya kerana ini adalah punca pendapatan saya. Saya membisu bukan bermakna saya mengiyakan," luah Alyah yang bakal mengadakan satu sidang akhbar untuk menerangkan segalanya dan memulihkan keadaan apabila dia sudah benar-benar bersedia.

"Sekarang ini saya perlu masa untuk selesaikan banyak perkara dan untuk menguruskan semula kerjaya seni saya yang sebelum ini agak terganggu dan merosot. Apapun, saya mewakili pihak pengurusan dan diri saya sendiri, dengan rasa rendah diri ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mungkin terasa, yang mungkin saya tidak sengaja. Daripada isu 'designer', daripada bekas PA saya sampai ke perkara yang terjadi sekarang ini, saya mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki," tutur Alyah yang tidak mampu menahan sebak.