dalam banyak2 pelajar af9 yg ada... green sokong Hazama...hehe...nak tau kenapa ?? sbb suare die superbbb!! beszzz gilerr bile dia nyanyi lagu2 retro...
ok...green nk kongsi dia video hazama...korang boleh la layaannn ok.. pe kate kite AFUNDI hazama reramai untk konsert final hari sabtu nie...huhu... =)
ok..video nie masa hazama wat persembahan kt pentas final af4 dulu..masa tue dia smpai peringkt konsert prelude jer..tpi persembahan meletopzz..
lepas tue layan plak lagu nie k... lgu hey soul sister
Rasanya sudah hampir empat bulan pelakon dan pengarah terkenal, Jehan Miskin melangsungkan perkahwinan dengan isteri tercinta, Julie Camelia Rhee.
Artikel Berkaitan :
Namun begitu, mungkin baru kali ini mereka berpeluang untuk pergi berbulan madu, memandangkan Jehan sebelum ini sibuk dengan drama arahan pertamanya berjudul What If yang disiarkan di 8TV.
Beberapa jam lalu, Jehan dilihat begitu aktif berkongsi beberapa foto romantisnya bersama isteri tercinta dan mereka seolah-olah sedang berada di sebuah destinasi peranginan yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai.
Menerusi laman sosial aktor tersebut, nampaknya Jehan seolah-olah ingin merahsiakan destinasi sebenar bulan madu mereka dengan memaklumkan bahawa, dia dan isteri hanya bercuti di sebuah pulau misteri dan tidak menjelaskan dengan tepat di manakah destinasi sebenar pulau tersebut.
Tidak kisahlah walau di mana sahaja destinasi bulan madu aktor kacak ini, diharapkan semoga Jehan dan isteri akan bergembira di sana.
Untuk pengetahuan anda semua Jehan dan Julie telah melangsungkan pernikahan pada 4 Mei lalu di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.
Sementara mereka sedang seronok bercuti, apa kata kita layan dulu beberapa foto romantis mereka selepas ini.
Dalam temubual terbaru bersama media, Adi Putra memaklumkan yang beliau masih menunggu keputusan akhir kes skandal beliau yang melibatkan isteri orang yang kini masih dalam siasatan pihak polis dan berjanji akan kongsikan dengan semua apabila ianya diketahui.
"Saya masih lagi berpegang kepada janji. Sekiranya keputusan itu sudah diketahui, saya akan umumkan kepada semua orang. Lagipun buat masa ini, perkara ini tidak menganggu kerjaya seni saya dan diri saya," ujar Adi Putra yang bersyukur peminat masih mengambil tentang dirinya.
Ketika hadir ke siri jelajah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) hujung minggu lalu di Damansara, Adi Putra turut ditemani oleh isterinya dan anak mereka Zara Adelia Haadi yang kini berusia setahun.
Adi Putra memaklumkan kepada media yang beliau tidak akan sesekali berahsia dengan anaknya tentang kontroversi yang melanda & akan menceritakan perkara sebenar apabila tiba masanya.
"Saya mahu dia tahu perkara sebenar daripada saya. Mungkin sekarang dia tidak tahu apa-apa tetapi apabila sudah tiba masanya, saya akan beritahu perkara sebenar"
"Biar dia mendengar sendiri penjelasan saya daripada mendapat tahu (tentang kontroversi) melalui Internet atau daripada orang lain," tambahnya lagi. (rtky/eka)
SKL mendapat info dari rakan di Sabah menyatakan bahawa bintang Akademi Fantasia, Stacy telah memeluk Islam dengan nama Nur Aisyah Rabiah petang tadi di Keningau, Sabah.
Alhamdulillah! Syabas dan tahniah kepada Nur Aisyah Rabiah!
PENYANYI Awi Rafael tidak pernah berasa terlalu yakin dalam melakukan sesuatu perkara sebaliknya menanamkan rasa percaya terhadap diri sendiri terutamanya kerjaya dan muzik.
Awi, 27, berkata, pencapaian yang dikecapi sekarang adalah berikutan rasa percaya bahawa dia boleh pergi lebih jauh dalam industri seni muzik negara ini.
"Saya tidak pernah rasa over confident tetapi saya sangat percaya diri saya boleh berada dan bawa muzik saya ini dengan lebih jauh.
"Yakin dan percaya adalah dua perkara yang berbeza, jika kita terlalu yakin kita akan jatuh namun jika kita percaya dengan sesuatu perkara itu kita boleh melakukannya," katanya kepada mStar Online.
Biarpun boleh dikatakan masih baru dalam industri muzik tanah air, namun Awi terharu karya-karya ciptaannya mendapat perhatian dan diterima baik oleh masyarakat.
Malah dia turut bersyukur namanya kini sudah mula mendapat perhatian dan sebaris dengan artis-artis terkenal.
"Alhamdulillah kerjaya semakin baik dan baru-baru ini saya dapat membuat persembahan di Anugerah Planet Muzik di Singapore berkongsi pentas bersama Hafiz Suip dan Cakra Khan. Bagi saya ia adalah satu penghargaan yang sangat bernilai," katanya.
Sementara itu, Awi berkarya, dia kini sedang mencari seorang penyanyi wanita sebagai rakan duet untuk lagu terbaharunya.
"Saya sudah ada lagu tapi masih mencari penyanyi wanita yang sesuai untuk berduet, kalau boleh saya mahu penyanyi yang saya minat suaranya.
"Saya tidak kisah dia popular atau tidak tetapi suara dia sesuai dengan lagu tersebut itu lebih penting," katanya.
Dalam pada itu, Awi berkata, selepas lagu Kalau Aku Kaya, dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada projek albumnya di Indonesia.
"Saya akan ke Indonesia dalam masa terdekat untuk menyiapkan projek bersama kumpulan Samsons," katanya. – mStar
Awi Rafael Tidak Pernah Rasa 'Over Confident'http://mynewshub.my/2013/11/06/awi-rafael-tidak-pernah-rasa-confident/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Awi-Rafael-Enggan-Cari-Pengganti-Selepas-Putus-Cinta.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/08/Awi-Rafael-Enggan-Cari-Pengganti-Selepas-Putus-Cinta-150x150.jpgMyNewsHubmyArtisTerkiniAwi Rafael,myArtis
PENYANYI Awi Rafael tidak pernah berasa terlalu yakin dalam melakukan sesuatu perkara sebaliknya menanamkan rasa percaya terhadap diri sendiri terutamanya kerjaya dan muzik.
Awi, 27, berkata, pencapaian yang dikecapi sekarang adalah berikutan rasa percaya bahawa dia boleh pergi lebih jauh dalam industri seni muzik negara ini.
'Saya tidak pernah rasa over...
PENYANYI Awi Rafael tidak pernah berasa terlalu yakin dalam melakukan sesuatu perkara sebaliknya menanamkan rasa percaya terhadap diri sendiri terutamanya kerjaya dan muzik.
Awi, 27, berkata, pencapaian yang dikecapi sekarang adalah berikutan rasa percaya bahawa dia boleh pergi lebih jauh dalam industri seni muzik negara ini.
"Saya tidak pernah rasa over confident tetapi saya sangat percaya diri saya boleh berada dan bawa muzik saya ini dengan lebih jauh.
"Yakin dan percaya adalah dua perkara yang berbeza, jika kita terlalu yakin kita akan jatuh namun jika kita percaya dengan sesuatu perkara itu kita boleh melakukannya," katanya kepada mStar Online.
Biarpun boleh dikatakan masih baru dalam industri muzik tanah air, namun Awi terharu karya-karya ciptaannya mendapat perhatian dan diterima baik oleh masyarakat.
Malah dia turut bersyukur namanya kini sudah mula mendapat perhatian dan sebaris dengan artis-artis terkenal.
"Alhamdulillah kerjaya semakin baik dan baru-baru ini saya dapat membuat persembahan di Anugerah Planet Muzik di Singapore berkongsi pentas bersama Hafiz Suip dan Cakra Khan. Bagi saya ia adalah satu penghargaan yang sangat bernilai," katanya.
Sementara itu, Awi berkarya, dia kini sedang mencari seorang penyanyi wanita sebagai rakan duet untuk lagu terbaharunya.
"Saya sudah ada lagu tapi masih mencari penyanyi wanita yang sesuai untuk berduet, kalau boleh saya mahu penyanyi yang saya minat suaranya.
"Saya tidak kisah dia popular atau tidak tetapi suara dia sesuai dengan lagu tersebut itu lebih penting," katanya.
Dalam pada itu, Awi berkata, selepas lagu Kalau Aku Kaya, dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada projek albumnya di Indonesia.
"Saya akan ke Indonesia dalam masa terdekat untuk menyiapkan projek bersama kumpulan Samsons," katanya. - mStar