Nuffnang

Isnin, 25 November 2013

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


MASSES | <b>Faizal Hussein</b> X Nusantara Denim Teaser

Posted: 03 Nov 2013 08:00 PM PST

Written by Bryan

Here is a teaser of what seems to be a collaboration between Nusantara Denims and Faizal Hussein. We're pretty sure we don't need to give any introduction for Faizal, as he is one of the most established and well known actor in our local film industry, not to mention a director and a script writer too. Stay tuned to this space as we will be updating you all real soon.

najwa mahiaddin - Google Blog Search

najwa mahiaddin - Google Blog Search


Tamat Pengajian, <b>Najwa Mahiaddin</b> Kembang Karier di Amerika <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2013 02:32 AM PDT

najwa

PETALING JAYA: Selepas menamatkan pengajian di Berklee College of Music di Boston, Amerika Syarikat (AS) Mei lalu, penyanyi Najwa Mahiaddin membuat keputusan untuk mengembangkan kariernya di negara tersebut.

Najwa menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online berkata, dia tidak akan pulang terus ke Malaysia buat sementara waktu kerana sedang  mengadakan siri jelajah ke beberapa lokasi di AS bagi mengadakan persembahan seperti di kafe dan kelab.

"Sekarang ini saya sedang mengukuhkan kedudukan di sini (AS) dan mempunyai beberapa  projek yang bakal dilakukan bersama penerbit-penerbit muzik di mana salah seorang daripadanya adalah Steven Chelliah, gitaris dan komposer yang amat berbakat.

"Ketika belajar di Berklee, saya mempunyai beberapa kenalan yang mempunyai tujuan sama seperti saya dan kami kini sedang mengadakan beberapa siri jelajah memperkenalkan bakat masing-masing di AS," katanya.

Antara lokasi persembahan siri jelajah penyanyi itu adalah Las Vegas, Uruk Kalli Cafe di Nicaragua dan El Sotano, San Jose di Costa Rica.

"Sebenarnya apa yang sedang saya lakukan sekarang ini adalah seperti memulakan kerjaya dari bawah dan ia bukannya mudah kerana banyak cabaran yang harus diharungi.

"Saya berasa cukup teruja dapat membuat persembahan di hadapan masyarakat di sana dan sambutannya amat menggalakkan. Beberapa orang tempatan tampil dan memuji vokal nyanyian saya, Alhamdulillah," ujarnya

Tambah Najwa yang kini menetap di New York, dia berasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk bekerja dengan ramai individu yang berbakat luar biasa yang dikenali sejak kolej lagi dan perlahan-lahan membuat jaringan kenalan dan terus bekerja keras.

Sementara itu, Najwa turut bercadang mahu mengadakan konsert mini di negara ini selepas selesai siri jelajahnya di AS.

Kata penyanyi itu, dia terlalu merindukan peminat-peminat di Malaysia dan berharap para peminat akan menyokong sepenuhnya setiap kerja seni yang dilakukan walaupun jauh di perantauan.

"Tujuan utama saya adalah untuk memperkenalkan muzik saya dan pada masa yang sama juga muzik Malaysia. InsyaAllah, saya pasti akan pulang setelah semua kerja selesai.

"Jika ada peluang pada tahun hadapan, saya bercadang untuk mengadakan konsert mini khas buat peminat semua." tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Najwa kini sedang  dalam proses menghasilkan album  EP bersama teman dari kolejnya, Harsya Wahono dan ia  dijangka akan dilancarkan hujung tahun ini.

-Mstar

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


Cikgu Pilihan Isteri <b>Fahrin Ahmad</b> - Gossip Artis Malaysia

Posted: 09 Oct 2013 06:30 PM PDT

Pada: Khamis, 10 Oktober 2013 Fahrin Ahmad membuat keputusan mencari wanita yang bekerja sebagai seorang guru untuk dijadikan calon isteri berbanding memilih mereka di kalangan selebriti disebabkan ahli keluarganya yang lain turut bergelar pendidik.

Nah memang untung dan sekarang cikgu-cikgu bujang pastinya tak senang duduk sekarang ni, mungkin cuba nak cari jalan nak berkenalan dengan Fahrin kan. Hehe.

"Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan artis tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja.

"Saya ingin mencari wanita yang bergelar guru kerana lebih mudah saya menyesuaikan diri tambahan pula ibu, bapa dan kakak saya turut bergelar pendidik sebelum ini, jadi ia lebih praktikal

"Saya sarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin dan jangan tunggu usia sudah mencecah 30-an baru hendak fikir tentang soal berumah tangga.

"Apabila usia semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita dan keinginan untuk berkahwin semakin terhakis,

"Apa-apa pun saya tetap akan berkahwin dan usaha pun telah saya lakukan tetapi tinggal lagi jodoh masih belum sampai,

"Keluarga ada beritahu ingin memperkenalkan saya seseorang tapi saya menolak kerana ingin pilih sendiri teman hidup dan bukannya atas kehendak orang lain.

"Saya faham mereka risau dengan faktor umur saya yang semakin meningkat tetapi mereka faham cinta itu tidak boleh dipaksa," -Fahrin. Mstar

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


ISU <b>RAJA FARAH</b> MENYELAM PAKAI BAJU KURUNG

Posted: 27 Oct 2013 11:00 PM PDT


GAMBAR RAJA FARAH MENYELAM PAKAI BAJU KURUNG | Pastinya pengalaman menyelam skuba dengan menggenakan pakaian kebangsaan wanita Malaysia, baju kurung menjadi kenangan paling manis buat pelakon dan pengacara Raja Farah.
Ini kerana dia telah diberi peluang untuk berbuat demikian ketika rakaman program Destinasi Cuti-Cuti 1Malaysia yang diadakan di Sibuti Coral Reef dan Eve Garden, Sarawak.
"Saya terkejut ketika diajukan tawaran menyelam di lokasi yang sememangnya digilai penyelam skuba dengan berbaju kurung. Namun, sudah pasti pengalaman itu cukup istimewa dan belum pernah dibuat orang," katanya yang dipetik menerusi Berita Harian. 
Selain Raja Farah, pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy turut diberi peluang menyelam skuba dengan memakai baju Melayu bertepatan dengan tema program pada episod kali itu.

P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...



Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Lirik Lagu Cinta Ya Cinta - <b>Aliff Aziz</b> | Lirik

Posted: 22 Nov 2013 08:05 PM PST

Lirik Lagu Cinta Ya Cinta - Aliff Aziz

Sepertinya ku tahu
Apa yang telah menggangguku
Meski indah mimpi namun tetap saja
Tak menentu perasaanku

Saat kau datangi aku
Hati jadi berbunga bunga
Kaulah kawan dalam susah senanh
Istimewalah engkau di hidupku

Pastilah kita boleh mudah mewujudkannya
Setelah berkawan lama
Tak ada salah kita mencoba
Kerana perjalanan yang telah kita harungi
Membentuk perasaan ini

Pun demikian aku
Merasakan diri mu
Kaulah kawan saat pedih pedih
Hidup melimuri dirku

Maka izinkalah aku menjadi lelaki mu
Kita satu dalam rengkujan keajaiban
Cinta ya cinta oh

Pastilah kita boleh mudah mewujudkannya
Setelah berkawan lama
Tak ada salah kita mencoba
Kerana perjalanan yang telah kita harungi
Membentuk perasaan ini

Pastilah kita boleh mudah mewujudkannya
Setelah berkawan lama
Tak ada salah kita mencoba
Kerana perjalanan yang telah kita harungi
Membentuk perasaan ini

Pastilah kita boleh mudah mewujudkannya
Setelah berkawan lama
Tak ada salah kita mencoba
Kerana perjalanan yang telah kita harungi
Membentuk perasaan ini

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Cinta Ya Cinta - Aliff Aziz @ Lirikami

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


<b>Fasha Sandha</b> Sakit Hati Dianggap Gemuk | Oh! Artis

Posted: 23 Oct 2013 09:38 AM PDT

ohartis-Fasha-Sandha

Lumrah wanita inginkan badan yang cantik dan langsing. Terutamanya bagi seorang artis dan selebriti yang sering bersua dengan ramai orang. Fasha Sandha suatu nama yang cukup dikenali dengan imej seksi dan potongan badan yang menarik ketika usia remajanya agak terguris apabila ada individu menganggapnya gemuk.

Berat badan Fasha meningkat dengan jayanya bermula sejak dia mengandungkan anak pertamanya Putera Rayfal hasil dari penikahannya dengan Rizal Ashram pada April tahun lalu. Meskipun dia sudah pun selamat bersalin hampir 6 bulan lepas Fasha masih belum berjaya mendapatkan berat badannya yang asal.

Menurut Fasha, selepas menerima teguran sinis yang menegur bentuk badannya, dia mula mendapatkan rawatan dari pusat pelansingan badan Slimworld dan sudah mula memantau pengambilan makanan dengan penuh disiplin. Malah Fasha kini turut dilantik sebagai duta jenama Slimworld setanding dengan Erra Fazira dan Ziana Zain.

"Dua bulan lepas saya bersalin, ada orang tegur 'Eh Fasha, You nampak berisi ye'. Bagi saya, tak perlulah dia cakap macam tu sebab saya tahu saya gemuk. Apatah lagi saya baru lepas bersalin secara pembedahan, biasalah bila berat badan naik.

"Sakit hati tu memang ada, tapi apa yang kita boleh buat kan? Mulut orang memang tak boleh ditutup, jadi saya diamkan sahaja.

"Beberapa bulan selepas saya habis tempoh berpantang, saya terus dapatkan rawatan di Slimworld. Dengan bantuan pakar, saya mul"a kawal pengambilan makanan dan berdiet.

"Sebenarnya, Slimworld dah lamar saya untuk menjadi duta sejak usia kandungan saya 3 bulan lagi. Bila saya betul-betul yakin dengan keberkesanan rawatan yang diberikan, barulah saya terima lamaran mereka baru-baru ini." jelas Fasha.

Setelah menerima rawatan beberapa bulan dan disertakan diet yang seimbang, Fasha berjaya mengurangkan berat badannya dari 78kg kepada 58kg. Walaubagaimana pun dia masih lagi mencuba untuk menurunkan berat badannya untuk mencapai bentuk badan yang sempurna.

OHARTIS: KENAPA NAK BADAN CANTIK? SEBAB NAK PAKAI BAJU KETAT/SEKSI DAN TUNJUK KAT SEMUA ORANG. BARULAH BANGGA! #LOL

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Video – layan Tersalah Cinta ;) Aqasha n <b>Rita Rudaini</b> n Neelofa <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2013 02:05 PM PDT


Cerita yang penuh dengan gelak dan ketawa… Semoga terhibur… Pelakon :- Aqasha, Rita Rudani, Neelofa, Johan As'hari, Nazim Othman, Erma Fatima, Hamidah Wa…