Nuffnang

Ahad, 1 Jun 2014

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


MEET & GREET <b>ERRY PUTRA</b> & AMANDA IMANI | Flickr - Photo <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 11:47 PM PDT

keyboard shortcuts: previous photo next photo L view in light box F favorite < scroll film strip left > scroll film strip right ? show all shortcuts

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


15 gambar percutian <b>Fouziah Gous</b>, suami ke Turki

Posted: 22 May 2014 11:00 PM PDT

Pada: Jumaat, 23 Mei 2014
Fouziah Gous, Gambar Artis, Instagram, Pelakon, Percutian, Suami Isteri, Turkey,
Baru-baru ini Fouziah Gous dan suaminya telah pergi ke Timur Tengah untuk bercuti-cuti. Tempat pemilihan destinasinya adalah di Turki dan paling wajib sekali mereka untuk berselfie di negara itu. Dengan mengunjungi Masjid Biru yang terbesar dan tertua di Turki. -instagram fouziahgous

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


WeChat Speed All Star Race Bersama <b>Diana Danielle</b> - HasrulHassan

Posted: 27 May 2014 12:18 PM PDT

Pernah main WeChat Speed tak? Kalau belum, segerakan diri untuk muat turun WeChat Speed ke dalam telefon pintar anda. Ia permainan yang sangat seronok, tambah seronok bila dapat bermain bersama satu team dengan Diana Danielle, salah seorang selebriti cantik cun Malaysia.

Saya baru sahaja muat turun aplikasi permainan telefon pintar WeChat Speed ini ke dalam telefon android. Nampak tak ada masalah untuk muat turun.


WeChat Speed All Star Race Bersama Diana Danielle

WeChat Speed ada satu taournament. Ia satu siri perlumbaan bersama dengan selebriti tempatan dinamakan All Star Race, dan salah seorang selebriti yang ada dalam WeChat Speed All Star Race ialah Diana Danielle.
Selebriti lain yang ada disenaraikan ialah Adam C, Andrian Chan, Elfira Loy, Dj JJ serta Yumi Wong.

Setiap selebriti ada team masing-masing, dan anda boleh join mana-mana team All Star Race ini apabila dah bersedia nak berlumba.

Mula-mula saya macam agak terkial-kial juga nak main game ni, tapi serius, ia satu game yang best dan awesome, mudah nak main, dan paling menarik ....visual dia cukup terbaiklah! Walaupun telefon android saya tidaklah begitu berkuasa, tetapi WeChat Speed tak menghampakan. Saya boleh bermain dengan audio visual terbaik.



Baru je main, dah dapat macam-macam benda boleh upgrade dan tambah power. Permainan ini uji cara pengendalian kereta anda dalam WeChat Speed sambil kumpul mata dan pelbagai bonus yang disediakan. Sebelum bermula, ada tutorial yang akan bimbing anda untuk main secara asas. Tapi percayalah, WeChat Speed tak susah mana nak main, yang susah adalah bagaimana nak dapatkan gold coins dan diamond - antara perkara bernilai dalam permainan ini.

Bila ada gold coins yang banyak, bolehlah buat modifikasi pada kereta. Jika ada lagi banyak, boleh beli kereta lain, tapi kena pastikan tamat level tertentulah .. hehehe....

Yang sedikit sukar ialah cara nak dapatkan diamond. Penting supaya kereta lumba milik anda dapat tamat perlumbaan di satu-satu checkpoint dan pergi lebih jauh. Bila dapat lumba dan pergi lebih jauh, bolehlah kumpul lebih banyak mata gold coins dan bonus. Jika diamond sedikit, jadi nak berlumba dengan yang lain agak terbataslah. Jadi, macamana nak dapatkan diamond ni?

WeChat Speed Diamonds Percuma (Free Diamonds)

  • 5 Diamonds akan dapat apabila kongsi keputusan perlumbaan di moment WeChat setiap hari!
  • Diamonds percuma boleh dapat bila kita ajak rakan-rakan lain bermain WeChat Speed ini. Lebih 5 rakan dapat 10 diamonds, lebih 10 rakan dapat 30 Diamonds percuma, lebih 15 rakan dapat 50 diamonds, dan jika lebih 20 rakan akan dapat 70 Diamonds.
  • Login Wechat Speed dalam 7 hari, akan dapat 50 Diamonds percuma.
Setiap hari ada event tertentu yang boleh anda target untuk dapatkan Gold Coins dan Diamonds percuma. Anda boleh lihat senarai event mengikut tarikh seperti di bawah, maaflah ehh ... saya malas nak translate, tapi mudah je kan nak faham?

Diamonds Percuma Dari Event Harian


5/19: Reach 880,000 points during 21:00-22:00 to win 20 Diamonds
5/20: Get a score ended with the number "7" (e.g. 208,897) during 21:00-22:00 to win 5000 coins
5/21: Apply Gas Tank 5 times to win 5000 coins.
5/22: Spend 100 Diamonds to get 10 Diamonds for free.
5/23: Reach 1 million points in the current day to win 20 Diamonds.
5/24: Complete 3 races to win 10,000 coins
5/25: Apply Gas Tank 3 times to win 2000 coins.
5/26: Spend 200 Diamonds to get 50 Diamonds for free.
5/27: Get a score ended with the number "7" (e.g. 208,897) during 20:00-22:00 to win 3000 coins
5/28: Reach 880,000 points during 21:00-22:00 to win 20 Diamonds
5/29: Apply Gas Tank 5 times to win 5000 coins.
5/30: Complete 3 races to win 10,000 coins
5/31: Get a score ended with the number "7" (e.g. 208,897) during 21:00-22:00 to win 5000 coins.
6/1: Apply Gas Tank 5 times to win 5000 coins.
6/2: Complete 3 races to win 10,000 coins
6/3: Spend 100 Diamonds to get 10 Diamonds for free.
6/4: Reach 880,000 points during 21:00-22:00 to win 20 Diamonds
6/5: Get a score ended with the number "8" (e.g. 208,897) during 21:00-22:00 to win 5000 coins

Diamonds Percuma Selesaikan Tugasan


CriteriaReward
Complete a race and join a team50 Diamonds
Invite friends to the race for 5 times100 Diamonds
Reach a score of 100,000100 Diamonds
CriteriaReward
Complete a race with a Class B car or above50 Diamonds
Share your score in the All-Star race once on WeChat Moments150 Diamonds
Reach a score of 180,000150 Diamonds
CriteriaReward
Reach a score of 250,000200 Diamonds
Have 10 friends joined the race300 Diamonds
Make the top 200 of your current team300 Diamonds

Namun begitu, ia untuk tempoh terhad sahaja dalam WeChat Speed All Star Race ini. Jangan bazirkan duit untuk beli Diamonds sedangkan anda boleh dapat dengan cara percuma. Hanya ikuti langkah dan tips tadi, bolehlah tambah Diamonds untuk kalahkan peserta lain.

Ok, ada tertanya, berapa skor saya dapat setakat ini?

Kira oklah tu sebab baru main je ... WeChat Speed All Star Race .... bersama Diana Danielle, uhh siapa tak mo nanti dapat online race sama-sama dengan selebriti cun ni.

Dah sedia? Boleh muat turun WeChat Speed ini di Google Play dan juga di AppStore. Hanya carian WeChat Speed .. pasti jumpa.

Jom .. cari nama saya ...kita boleh lumba sama-sama....

Blogger sepenuh masa yang menetap di Pulau Pinang menulis mengenai dunia blog, tips dan panduan blogging, informasi berfakta dan #VMY2014 di Malaysia. Bersedia menerima jemputan event, penulisan advertorial serta produk review.
Google | Twitter | Facebook | Instagram | Email

Langgan Terus ke Email Anda

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b>: Ada Lelaki Yang Sanggup Menunggu Saya Tiga <b>...</b>

Posted: 28 May 2014 05:20 PM PDT

Bertuah menjadi Maya Karin, sudahlah berbakat cantik pula. Namun sayangnya kini hati beliau sudah dimiliki seseorang walaupun selebriti ini mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya itu kepada pengetahuan umum.

"Saya memang macam ini, tidak mahu berkongsi hal peribadi saya melainkan benda itu adalah penting. Malah kawan-kawan saya pun kadang-kadang tidak tahu siapa saya tengah berpacaran kerana saya senyap sahaja. Apatah lagi berkongsi secara umum di media sosial"

Boleh rentan juga hati lelaki yang menjadi kekasih Maya Karin jika terlalu berahsia hidupnya. Sudah bersusah payah memikat hati Maya Karin, terpaksa pula merahsiakan perkara ini. Namun, Maya Karin sendiri mendakwa ada lelaki yang sanggup menunggu bertahun demi cintanya.

"Ya, ada lelaki yang sanggup tunggu saya sehingga mungkin 3 hingga 5 tahun," ujar Maya Karin.

Untunglah. (rtky/m)


aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


<b>AIZAT AMDAN</b> : PELANCARAN ALBUM &#39;LEGASI&#39; - Galaksi Media

Posted: 28 May 2014 09:31 AM PDT

10007469_10152418617648351_6806489510778662058_naizat GMO

Tanggal 27hb Mei 2014 menjadi satu detik penting bagi Aizat Amdan apabila nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air ini bakal melancarkan album ketiganya yang berjudul 'Legasi'. Banyak keistimewaan yang terdapat pada album 'Legasi' menerusi beberapa ciri pada album tersebut, yang pasti akan memberi kepuasan kepada sesiapa yang memilikinya.aizat legasigmo

Menurut Aizat, album 'Legasi' ini adalah album yang paling lama untuk dihasilkan semenjak menceburi bidang muzik. Proses pra-produksi bermula sekitar awal tahun 2013, manakala rakamannya pula berjaya disiapkan pada awal tahun ini walaupun Legasi hanya dimuatkan dengan lima buah lagu.

Nama 'Legasi' ini dipilih kerana legasi membawa maksud sesuatu yang ditinggalkan yang boleh dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Menerusi inspirasi yang didapatinya dari lagu-lagu 60-an dan juga karya-karya agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Aizat sendiri berharap agar beliau menerusi album 'Legasi' dapat memberi gambaran corak warna muzik peninggalan zaman ini untuk dihayati oleh generasi masa depan.

Antara keistimewaan paling utama 'Legasi' sudah tentunya terletak pada tenaga kerja dan hasil karya yang dimuatkan dalam album ini. Dalam 'Legasi', Aizat menampilkan kolaborasi bersama artis-artis tempatan seangkatan dengan beliau, iaitu Yuna, Zee Avi, Noh Salleh, dan juga Lan (Azlan and the Typewriter). Cabaran untuk mencuri masa nama-nama besar ini adalah sesuatu yang dianggap berbaloi demi menghasilkan album bersejarah ini.

Kesemua lagu lagu didalam album Legasi, Dwihati (feat. Yuna), We'll Be Happy (feat. Zee Avi), Catwalk ke Balai (feat. Lan) dan Baru (Aizat Amdan), adalah hasil ciptaan gandingan adik beradik Aizat dan Anas Amdan, kecuali lagu In Love With You yang merupakan ciptaan dan milik Noh Saleh (feat. Aizat Amdan).

Selain kolaborasi dengan nama-nama yang tidak asing lagi ini, bentuk fizikal dan 'packaging' album 'Legasi' ini tidak kurang uniknya. Buat pertama kalinya, Aizat memilih piring hitam sebagai bentuk fizikal albumnya. Aizat memang telah lama menyimpan hasrat untuk mengeluarkan piring hitamnya sendiri, dan konsep piring hitam ini juga memang membawa maksud dan nilai yang selaras dengan nama 'Legasi'.

Kulit album ini pula menampilkan hasil seni tangan yang sangat unik dan menarik, hasil lakaran artis Artech yang merupakan anak seni tanah air yang memang terkenal dengan karya-karya beliau. Peminat pasti akan tertanya-tanya dan kagum dengan hasil karya Artech pada kulit album Legasi yang padat dengan keseniannya yang halus dan terperinci.

Oleh itu, menurut Aizat lagi, album ini bukan sahaja untuk didengari, malah ianya adalah hasil seni '2 in 1 Artpiece' yang boleh dijadikan sebagai suatu 'Memorabilia' atau koleksi terhad. Album Legasi ini juga dipakejkan didalam satu kotak hitam esklusif berserta album gambar berkulit tebal, dan juga disertakan dengan sebuah USB drive yang memuatkan lagu-lagu Legasi di dalam bentuk digital. Setiap piring hitam juga akan mempunyai nombor siri khas yang akan menjadikan tiap-tiap unit album ini
lebih istimewa dan esklusif.

Seperti biasa, album Legasi Aizat Amdan ini dihasilkan di KGE Studio, Ampang dengan menggunakan khidmat produser Anas Amdan sebagai pengarah dan penerbit (kecuali lagu In Love With You). Dari segi strategi pemasaran dan pengedaran pula, pihak KGE mengambil keputusan untuk mencetak hanya 222 unit piring hitam sahaja. Edisi terhad ini diharap akan memberi impak dan nilai yang lebih berharga dan kepuasan yang bermakna kepada peminat Aizat dan para pengumpul piring hitam, yang kian meningkat di Malaysia.

Bukan setakat itu sahaja. Untuk waktu yang terhad juga, album ini hanya boleh didapati menerusi cara bidaan yang akan berlangsung di laman www.legasi.kge.com.my pada 27 Mei ini. KGE akan meletakkan 222 unit album Legasi di website ini untuk dibida. Tiap tiap unit album ini akan mempunyai nombor sirinya tersendiri yang ditulis dan ditandatangani oleh Aizat sendiri.

Pembidaan bagi tiap tiap unit akan bermula apabila sebuah unit piring hitam itu dibida, dan akan berlangsung selama 10 hari dari tarikh ia mula dibida. Pembida yang tertinggi selepas tamat tempoh 10 hari akan diiystiharkan sebagai pembida yang berjaya. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan pastikan anda melayari laman www.legasi.kge.com.my pada 27 MEI untuk mendapatkan edisi terhad 'Legasi'.

Aizat harap peminat dan para pengumpul (collector) piring hitam akan menyokong album Legasi ini selain daripada menyokong hasratnya untuk memupuk semula minat dan penghayatan terhadap music analog piring hitam, terutamanya hasil dari kalangan artis-artis tanah air. Akhir sekali, peminat peminat masih boleh mendapatkan lagu-lagu album Legasi di dalam bentuk
digital dan nada Dering menerusi iTunes, dan juga platform-platform music digital besar yang lain.

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


<b>TOMOK</b> PATAH JARI KETIKA BABAK SILAT | senyum-senyum

Posted: 09 May 2014 05:53 PM PDT

Dah jadi pelakon Tomok ni kan??
Sejak dia berlakon dalam filem Istanbul Aku Datang
Tu la , dia banyak jugak belakon drama..
Semalam masa pengambaran drama Yabedabedu Lagi,
Jarinya patah ketika beraksi untuk adegan silat yang dilakukan ketika bersama Fad Bochik.
Kesian nya..sampai bengkak jari tu..
Menurut Tomok kedua2 jari dia patah dan dia tidak sekali2 menyalahkan Fad
atas apa yang berlaku malah dia menjelaskan ianya disebabkan kecuaian nya sendiri..

bagusnya..kalau aku terus tak nak kawan dah..hahahha
Jom tengokk cemana kejadian tu berlaku..


Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


Gambar Terbaru Anak Norman Hakim & <b>Memey Suhaiza</b> (4 Gambar)

Posted: 29 Apr 2014 08:02 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Anak lelaki hasil perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza bernama Mohamed Darwisz kini sudah mencecah setahun lebih. Memey telah memuat naik beberapa keping gambar anaknya di laman Insta. Gambar ...