Nuffnang

Selasa, 7 Februari 2012

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


<b>Zul Huzaimy</b> bermentorkan Eman | Al-Ziyad News

Posted: 07 Jan 2012 04:45 PM PST

SINONIM dengan watak antagonis, aktor kelahiran Grik, Perak ini sudah lama bertapak dalam hati peminat filem Melayu. Berikan apa sahaja karakter, hampir tiada cacat dizahirkannya. Tidak keterlaluan meletakkan dia sebagai antara aktor hebat yang sedang segar menghijau.

Cuma, sensasi Zul Huzaimy Marzuki gara-gara kisah perceraiannya bersama bekas isteri sedikit masa dahulu membuatkan dia berdiam diri. Membawa kisah peribadi jauh daripada publisiti tidak bermakna pelakon berusia 33 tahun itu sepi berkarya.

Dalam diam, dia melebarkan sayap seninya. Bermula sebagai pelakon kecil dari pentas-pentas teater kepada pelakon drama dan terjulang mengungguli anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem Wayang, bapa anak satu ini, mengukuhkan nama sebagai pengarah pula.

Kata Zul, dia berehat dan memilih untuk berkarya dalam naskhah sendiri kerana karakter yang diberikan pengarah tidak mengujakan selera seninya.

"Minat untuk pengarahan memang telah lama ada, kecintaan saya ada di situ. Seronoknya bila berkarya sendiri, kadang-kadang ada watak ciptaan sendiri tidak mampu saya lakonkan. Jadi, bila mengarah drama, watak berat harus diberi kepada pelakon lain," katanya terpetik nama pelakon handalan, Eman Manan sebagai pelakon kegemarannya.

Dalam banyak drama tulisan sendiri mahupun karya penulis skrip lain, nama Eman Manan kerap menjadi taruhannya, terbaru mereka bekerjasama dalam Kenapa Aku Mencuri yang disiarkan di saluran Astro.

"Eman ada kefahaman dan mampu menyampaikan tulisan saya dalam pengucapan dan gaya bahasa terbaik. Drama pertama arahan saya berjudul Rambung (2009). Eman jadi pelakon utama dan individu yang banyak bagi kepercayaan kepada saya ketika itu ialah Baharin Abu Bakar. Selepas itu, banyak juga drama yang sudah saya arahkan," terletus tajuk-tajuk seperti Dia Bukan Ibuku dan Di Langit Ada Cinta sebagai drama yang pernah menerima sentuhannya.

Sudah banyak drama tercipta dan semuanya adalah telemovie, tahun ini bakal menyaksikan percubaan pertama Zul bertindak sebagai pengarah drama bersiri.

Tidak lupa asal kariernya sebagai pelakon, Zul yang selesai penggambaran drama arahannya Aku Belum Mati itu menantikan kemunculan terbaharunya dalam drama Ampunkan Dosaku, mengisi Slot Azalea di TV3. Dia masih laku sebagai pembawa watak anak derhaka, suka bersosial dan mengenepikan nilai hormat dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga. -kosmo-


Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


<b>Farawahida</b> kini pelakon | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 21 Jun 2010 08:39 PM PDT

TIDAK pernah terlintas dalam minda Farawahida bahawa dia akan melihat dirinya di skrin layar ataupun di kaca televisyen. Baginya, menjadi pelakon bukan sesuatu yang diimpikan. Namun, Farawahida tidak membataskan dirinya.

Walaupun sudah berkali-kali ditawarkan peluang berlakon, ada sebab mengapa Farawahida hanya bersetuju sekarang. Menjayakan watak Suraya dalam filem Baik Giler yang turut dibintangi Zizan, Farawahida menyatakan peranan itu mendekati jiwanya.

Selain daripada itu, Farawahida juga tidak perlu melalui proses uji bakat kerana pihak penerbitnya, Layar Dimensi Sdn. Bhd. menulis watak itu khas kepadanya.

"Mereka menelefon saya untuk menawarkan watak itu. Mungkin mereka berpendapat saya sesuai dengan watak itu selepas menyaksikan lakonan saya dalam teater Sinbad tahun lalu. Lagipun watak itu memang sesuai dengan jiwa saya. Jadi saya bersetuju untuk mencuba," kata Farawahida ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon Baik Giler.

Menjadi teman wanita kepada Zizan (Afik), Farawahida yang tidak rapat dengan pelawak itu berdepan dengan kesukaran untuk menjayakan babak bersama. "Pada mulanya saya berasa kekok kerana tidak rapat dengan Zizan. Walaupun lebih serasi, saya berdepan dengan kesukaran untuk berlakon babak bercinta dan sedih.

"Ini kerana semua orang tahu dia seorang pelawak. Jadi apabila saya melihat muka dia sahaja, saya akan terus ketawa. Ia amat sukar bagi saya untuk menjadi serius atau sedih. Saya tidak dapat menahan ketawa," tambahnya.

Menjalankan penggambaran di Melaka, Farawahida juga bersyukur kerana mendapat ilmu lakonan daripada pelakon senior lain seperti Esma Daniel, Awie dan Kenchana Dewi.

"Penggambaran babak saya berjalan selama sebulan. Pertama kali di lokasi penggambaran, saya merasakan lakonan itu satu tugas yang sukar kerana proses menunggu.

"Pengalamannya berlainan daripada menyanyi kerana ia sesuatu yang baru. Tapi saya tidak berputus asa. Lain kali jika saya tidak berpeluang untuk berlakon lagi, sekurang-kurangnya saya sudah ada pengalaman," ujarnya lagi.

Adakah ini bermaksud Farawahida tidak akan berlakon lagi?

"Semuanya bergantung kepada skrip. Kalau bercakap mengenai menjiwai watak, ia bukan satu masalah. Tapi saya merupakan pelakon baru.

"Jadi saya belum bersedia untuk sebarang watak ekstrem atau yang terlalu mencabar. Mungkin kita lihat dahulu respons penonton terhadap filem pertama saya," katanya.

Berpendapat lakonan dalam teater lebih sukar berbanding filem, Farawahida juga tidak sangka dirinya boleh memainkan watak heroin. Lagipun sebelum ini, ramai lagi aktres lain yang melobi untuk mendapat watak itu.

"Mula-mula saya ingat mereka bergurau sahaja kerana ada aktres lain yang berminat. Jadi ini merupakan pertaruhan pertama saya," tambahnya yang sedang bersiap untuk merakamkan single baru ciptaan Audi Mok.

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Download Film One Piece Episode 421 (Keberadaan <b>Kru</b> Top <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2012 03:52 PM PST


Pada Film One Piece Episode 421 (Keberadaan Kru Top Jerami! Putri Hantu dan Raja Iblis!) Bahasa Indonesia ini, menceritakan keberadaan Zoro dan Brook.Silakan klik tombol download di bawah untuk mendownload Film One Piece Episode 421 (Keberadaan Kru Top Jerami! Putri Hantu dan Raja Iblis!) Bahasa Indonesia. Jangan lupa like halaman ini yagh. ^_^
karena link di maknyos.com hanya diperuntukkan untuk member saja, maka setelah klik link download...
pada halaman maknyos klik tombol login (letaknya pada menu atas).. Lalu masukkan username dan password yang ada
di sini:

setelah itu pilih Free Download, lalu masukkan kode dan klik create link download. Selanjutnya kamu klik link yg muncul (tulisan merah).

Thanks To:
Mr. Han (Hanung F Seie)
 
Mau tau update terbaru Blog ini? Silakan klik menu fans page di atas atau klik disini, lalu like yagh... ^^

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


rempiz movie log: Karak - PG13

Posted:

The Plot : Four students (Sheera Ayob, Shahir Zawawi, Along Eyzendy, Kilafairy) are heading back to their college in Kuantan after a night out in Kuala Lumpur, when they encounter massive traffic jam on the Karak highway.

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Benarkah <b>Lisdawati</b> Queen Control? | Adam Fikri

Posted: 04 Feb 2012 03:54 PM PST

View :16

Benarkah Lisdawati Queen Control? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jarang kita dengar gosip pasal pasangan Fauzi nawawi dan Lisdawati bukan? sumber ini admin rujuk daripada Harian Metro.

Sepanjang enam tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata comel, Nur Aina Fazneesya dan Nur Aini Farhana, pasangan pelakon Mohd Fauzi Mohd Nawawi atau Fauzi Nawawi dan Nisdawati Nazaruddin (Lisdawati), sering berhadapan ujian.

Banyak cerita kurang enak disebarkan membabitkan pasangan suami isteri popular ini. Selain selalu dikaitkan dengan gosip curang dan menjalin hubungan dengan wanita lain, Fauzi yang kini bergelar pengarah filem, turut dikatakan sering dikongkong isteri.

Mereka yang menyebarkan dakwaan ini menjelaskan, perkara itu berlaku kerana Lisdawati tidak mahu kasih sayang suami terhadap dirinya dan anak-anak beralih arah. Selama ini Lisdawati dilihat sebagai isteri yang begitu memahami suami apabila mempertahankan Fauzi setiap kali timbul gosip mengenai kecurangannya. Lisdawati akan tampil mempertahankan suaminya dan yakin suaminya bukan seperti dikatakan orang.

Bagaimanapun, kini timbul pula cerita mengatakan pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem KL Menjerit itu terlalu cemburu. Lisdawati dikatakan suka mengawasi suami apabila berada di lokasi dan kuat cemburu apabila melihat aksi Fauzi begitu mesra dengan pelakon wanita lain.

Keadaan ini menimbulkan masalah bukan saja antara mereka tetapi juga di kalangan penggiat filem dan drama. Malah, baru-baru ini, rumahtangga mereka dikatakan berantakan disebabkan sikap Lisdawati itu. Perkara itu bertambah 'kencang' diperkatakan selepas majlis pelancaran filem Pak Pong yang menggandingkan Siti Saleha dan pendatang baru, Hairul Hazreen memegang watak utama. Filem ini diarahkan Fauzi dan Lisdawati turut berlakon dalam filem itu.

Ada pihak berkata, bagaimana Fauzi mahu bekerja dan mengarah sekiranya isteri sentiasa berada di sisi.

Mereka bimbang sikap Lisdawati yang terlalu cemburu akan menyebabkan tumpuan aktor itu terganggu dalam mengarahkan Pak Pong yang kini sedang giat menjalani penggambaran. Benarkah apa yang didakwa orang terhadap diri Fauzi selama ini? Dia yang ditemui dalam satu majlis, baru-baru ini, tidak menafikan ada pihak akan cuba menjadikan pembabitan mereka berdua dalam Pak Pong sebagai satu isu dan mewujudkan kontroversi dengan harapan mahu melihat rumah tangga mereka bergolak.

Katanya, dia sedar ada orang menghebahkan cerita mengatakan isterinya sering mengganggunya di lokasi hingga menimbulkan rasa kurang senang, begitupun dia tidak pernah mengambil pusing apatah lagi memberikan sebarang kenyataan mengenainya.

"Saya tidak mahu melayan fitnah yang disebarkan kerana ia tidak sihat untuk kami mahupun peminat di luar sana. Biarlah mereka hendak berkata apa pun yang penting saya dan isteri tahu apa yang kami lakukan.

"Mereka yang benar-benar pernah bekerja dengan saya mahupun Lis, pasti tahu cerita sebenar dan faham apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin mereka tidak pernah lihat lagi ketegasan dan seriusnya saya bekerja di lokasi. Apabila mereka sudah lihat, rasanya baru mereka tidak berani untuk buat cerita sedemikian," katanya.

Apapun, Fauzi tidak nafikan memang ada ketika, isterinya akan datang menjenguknya di lokasi. Bagaimanapun katanya, Lisdawati tidak pernah mencampuri urusan kerjanya.

"Sebagai isteri, Lis sudah cukup faham pantang larang saya sewaktu bekerja. Selalunya dia akan lihat saja dan kami akan bercakap apabila kerja saya selesai," katanya.

Bagi Lisdawati pula, dia hanya tersenyum setiap kali mendengar cerita yang dihebohkan orang mengenai sikapnya yang dikatakan cemburu tidak kena tempat sehingga mengganggu tugas suaminya setiap kali berlakon atau mengarah.

"Orang boleh bercakap begitu kerana mereka tidak pernah lihat bagaimana tegasnya Fauzi apabila bekerja. Jangan kata saya hendak campur tangan apabila suami bekerja, buka mulut pun saya tidak berani. Silap hari bulan saya pula yang akan dihalau suami dan bukan orang produksi.

"Sebagai isteri yang sama-sama terbabit dalam dunia seni, saya cukup faham akan tugas yang harus dilaksanakan suami. Tidak perlu tengok jauh. Saya sendiri selalu meletakkan diri dalam diri suami apabila bekerja. "Kami sama-sama pelakon dan bekerja dengan pelbagai pengarah, pastinya saya sudah cukup masak dan tahu apa yang boleh saya lakukan dan tidak boleh.

"Apa hak saya untuk mengawasi suami apabila bekerja. Saya tahu Fauzi cukup profesional dan apa juga yang dilakukan hanya sekadar tuntutan tugas. Saya sendiri tentu tidak suka sekiranya suami mencampuri urusan saya sewaktu bekerja hanya kerana cemburu tidak tentu pasal. "Lagipun, selesai berlakon atau mengarah, apabila pulang, Fauzi akan memberikan tumpuannya kepada saya dan anak-anak. Perkara itu juga secara tidak langsung menghapuskan segala rasa sangsi dan cemburu di hati " katanya.

Dalam berseloroh, Lisdawati menjelaskan pernah juga dia melihat suaminya menjayakan babak romantis sewaktu di lokasi. Kadang-kadang dia sendiri akan menggalakkan lagi suaminya memberikan aksi lebih kerana hakikatnya, apabila filem atau drama dibintangi itu ditayangkan kelak, kepuasan penonton lebih diutamakan.


Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Hot! <b>Diana Danielle</b> tidur sekatil dengan lelaki? ~ PENYAMUN!!!!

Posted: 26 Jan 2012 05:23 AM PST

Nampaknya kat laman sosial Facebook dan Twitter serta blog kecoh dengan sekeping gambar yang dikatakan pelakon kecil molek Diana Danielle sedang bergurau senda dengan seorang lelaki diatas katil dengan begitu mesra sekali.Cuba anda lihat gambar yang menjadi kontroversi tersebut dibawah.Wow begitu mesra sekali dorang nikan bergurau senda diatas katil.

Apa pula kata Diana Danielle berkenaan gambar tersebut.

Anda bacalah sendiri apa yang dikatakan oleh Diana berkenaan gambar tersebut dilaman sosialnya.


p/s:Inilah masalahnya apabila seorang perempuan menyerupai lelaki dan berpakaian dengan ciri-ciri seorang lelaki.Oleh itu wahai para perempuan janganlah kamu menyerupai lelaki kerana boleh menimbulkan fitnah apabila sampai ketikanya dan begitu juga dengan para lelaki janganlah berpakaian menyerupai wanita kerana agama Islam melarang perlakuan sebegitu walaupun naluri anda menghala kearah tersebut.Renung-renungkan dan selamat beramal.....
Sumber::bloginfo4uall

saleem iklim - Google Blog Search

saleem iklim - Google Blog Search


Perjalanan Kerjaya dari kumpulan band Malaysia <b>Saleem Iklim</b> <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2012 09:12 AM PST


    A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem-IKLIM pada asalnya adalah merupakan seorang penyanyi sensasi kumpulan Iklim yang terkenal dalam dekad 90-an. Beliau merupakan bekas anak didik penggubah terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.
     Saleem telah dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Kampung Permaisuri, Daerah Setiu, Terengganu. Berdarah kacukan India Muslim dan Melayu sebelah ibu. Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya. Walaubagaimanapun cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di institusi pengajian tinggi di Terengganu (ITM Dungun) iaitu salah satu cabang dalam bidang "kantin dan penyelenggaraan makanan" atau catering sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi.

Kerjaya

     Dengan berbekalkan bakat semulajadi dan kebolehan yang ada pada dirinya, pada tahun 1988, Saleem telah melantik beberapa orang rakan dan anak muda kampungnya bagi menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian yang berkonsepkan rock di mana beliau sendiri sebagai penyanyi utama. Terdapat beberapa orang kenalan Saleem menyatakan bahawa (boleh diragui akan kesahihannya) penubuhan kumpulan tersebut adalah disebabkan cuaca bagi menangkap ikan di laut tidak mengizinkan pada waktu itu. Untuk pengetahuan semua, nama Kumpulan Iklim adalah sempena keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur yang kerap dilanda ribut dan hujan lebat. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial/kelab malam dan juga beberapa undangan ekslusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.
     Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yangmenjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah: Suci dalam Debu, Hakikat sebuah Cinta dan Satu Kesan Abadi. Lagu Suci Dalam Debu dendangan IKLIM telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanahair dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu.
Setelah album Satu Kesan Abadi mendapat sambutan hangat di Malaysia, Indonesia dan Singapura, Saleem dan anggota kumpulan Iklim telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci dalam Debu" yang dibintangi oleh Julia Rais dan Sidi Oraza. Walaubagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem itu kurang menonjol dan boleh dipertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal dan akhir filem tersebut.
     Setelah itu, Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 90an hingga sekarang.

     Pada tahun 1994, Saleem telah digam daripada muncul di kaca TV untuk membuat persembahan dalam rancangan berprestij iaitu pertandingan akhir Muzik Muzik TV3. Larangan tersebut adalah arahan daripada pihak kerajaan kerana keterlibatan Saleem dengan masalah dadah. Lagu IKLIM yang masuk ke dalam carta akhir pertandingan muzik muzik 94 itu adalah Bukan Aku Tak Cinta. Sebagai gantinya, seorang penyanyi wanita, Adilla diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu itu ke pertandingan. Malang sekali ia tidak membawa sebarang kejayaan. Kontroversi timbul apabila secara terbuka, Saleem mengkritik penampilan Adilla yang sewenang-wenangnya menukar rentak lagu tersebut daripada sentimental Balada kepada irama keroncong. Dalam sesi temuramah dengan siaran televisyen, Saleem telah beberapa kali mengeluarkan perkataan "Macam mana boleh jadi macam ni?" dengan nada sinis berbaur tidak puas hati sambil diapit oleh ahli-ahli kumpulan IKLIM yang lain persis lagak sebagai seorang gangster berjaket kulit dengan berkaca mata hitam. Pada tahun berikutnya lagu-lagu IKLIM terus mendapat sambutan hangat daripada peminatnya. Di Pintu Mahligai adalah merupakan lagu yang paling top pada tahun 1995 sehingga ia sering berkumandang di corong-corong radio mahupun televisyen.

Kejatuhan

     Zaman kejatuhan IKLIM dan Saleem dipercayai terjadi pada pertengahan dekad 90an (1996) selepas isu kemalangan jalan raya yang melibatkan nyawa seorang anggota tentera darat Malaysia. Sejak kemalangan tersebut, kehidupan Saleem bertukar menjadi tidak menentu ditambah lagi dengan masalah penagihan dadah yang menambahkan lagi kesulitan untuk mempertahankan populariti kumpulan tersebut dan imej baik di mata masyarakat. Lama-kelamaan Saleem dan kumpulan IKLIM terpaksa berpecah. Perpecahan tersebut dipercayai akibat masalah displin yang menimpa diri Saleem. Penyanyi tersebut kerap membatalkan segala temu janji di saat akhir dan lewat hadir ke pertunjukan gemilang yang diundang. Akibatnya, kumpulan tersebut telah disenaraihitamkan oleh pihak penganjur kerana tidak mahu reputasi mereka terjejas yang kelak pasti menanggung kos kerugian. Bagi membolehkan IKLIM terus bernafas di persada seni tanahair, Saleem telah disingkirkan daripada IKLIM. Tujuan penyingkiran Saleem adalah untuk mengelakkan kumpulan IKLIM daripada terus mengalami reputasi buruk, sekaligus ditegah dan diharamkan daripada membuat sebarang pertunjukan. Tetapi malangnya, penyingkiran tersebut tidak dapat mengembalikan kegemilangan IKLIM seperti pada awal 90an dulu.
      Menurut seorang penganalisis dan pemikir seni budaya tanahair secara sambilan, Fahrul Hakim Ayob(33), jika dilihat dari sudut akademik, Saleem tidak pernah menyalahkan sesiapa terhadap penyingkiran tersebut dan mengakui bahawa segala masalah adalah berpunca daripada diri beliau sendiri. Oleh yang demikian, dalam hal ini, beliau (Saleem) pasrah. Menurutnya lagi, Saleem menganggap bahawa perpecahan tersebut merupakan suatu takdir. Sudah pasti ia memberi "satu kesan abadi" ke atas diri Saleem baik dari sudut positif mahupun negatif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Saleem berasa sungguh terkilan dengan penyingkiran tersebut. Walaubagaimanapun Saleem tetap tabah dan berfikiran positif. Beliau beranggapan bahawa "Rezeki adalah di tangan tuhan".
     Pada akhir tahun 1996, Penyanyi bersuara emas dan serak-serak basah ini telah ditangkap di Jalan Chow Kit/Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur akibat pengambilan dadah yang berlebihan. Berita tergempar yang memalukan itu telah disiarkan dalam televisyen serta terpampang di dada akhbar-akhbar tempatan. Penangkapan tersebut menyebabkan Saleem dipenjara. Justeru itu, Segala lagu Saleem dan rakaman persembahannya telah digam oleh pihak kerajaan daripada disiarkan sehingga beliau dibebaskan kelak.

Kebangkitan Semula

     Setelah dibebaskan, Saleem ingin kembali aktif menyanyi walaupun imejnya telah tercemar dan popularitinya agak menurun. Namun begitu, beliau bernasib baik kerana masih diberi kepercayaan oleh Warner Music of Malaysia untuk merakamkan sebuah album nyanyian solo yang diberi judul "Maaf/Juwita" pada tahun 1998. Terdapat beberapa lagu dalam Album Juwita dirakamkan di Indonesia. Menurut sesetengah pendapat, album Juwita telah memberi nafas baru kepada Saleem. Album itu membuktikan bahawa beliau memang berpotensi menjadi seorang penyanyi solo yang berjaya. Tidak dapat dinafikan bahawa album Maaf/Juwita telah membuka satu dimensi baru ke atas diri beliau. Album tersebut telah berjaya mempertahankan namanya dalam industri muzik tanahair setelah sekian lama beliau lesu dan kurang bergiat dalam bidang seni. Album Maaf/Juwita bertemakan keinsafan dan mengharapkan jutaaan kemaafan daripada peminat kerana keterlanjurannya dengan najis dadah.
     Konsep cover album tersebut memaparkan imej Saleem yang bermisai/berjambang sebagai seorang yang telah Insaf dan bertaqwa. Lagu Juwita adalah sebuah lagu syahdu sempena nama isteri pertamanya. Lagu tersebut dihadiahkan khas untuk isterinya, Juwita bagi mengenangkan jasa, berkat kesabaran dan jerih payah beliau dalam menangani liku-liku kehidupan bersama anak-anak yang semakin terhimpit ketika Saleem di dalam penjara. Pada tahun 1999, Lagu Juwita telah berjaya masuk ke pertandingan akhir Muzik Muzik terbitan TV3. Saleem secara solo mendendangkan lagu itu secara live di hadapan penonton. Tetapi nasib tidak menyebelahinya, Saleem gagal untuk memenangi sebarang anugerah di kejuaraan itu. Desas-desus mengatakan bahawa suara Saleem hampir tidak keluar dan tersekat-sekat ketika menyampaikan lagu tersebut.
     Setelah kejayaan album Maaf/Juwita, Saleem telah diberi kesempatan untuk merakamkan beberapa album seperti Bunga Emas bersama bekas kumpulannya, IKLIM, Ratib Orang Pinggiran serta berpeluang berduet dengan Rahmat(Ekamatra), Jamal Abdillah dan Penggubah M. Nasir.
Di sini dapat diberi kesimpulan bahawa nama Saleem memang kental dan tetap megah dalam bidang seni nyanyian dan populariti beliau tidak terhakis di tengah-tengah kemunculan puluhan penyanyi muda yang mempunyai rupa, harta, bakat dan berpotensi besar seperti kumpulan KRu, Ruffedges, KooL, Slam, Innuendo, Julia Banos, Siti Nurhaliza dan ratusan lagi bakat baru. Memang agak aneh, persaingan ini tidak sedikitpun melenyapkan namanya sebagai insan seni yang terunggul di tanahair.
     Malang telah menimpa sekali lagi ke atas diri Saleem. Kali ini pada pertengahan tahun 2004, Saleem telah ditangkap buat kali kedua kerana dadah. Kali ini beliau telah disumbat ke dalam penjara Kajang. Menurut beberapa siri wawancara dengannya, penjara Kajang telah mengajar Saleem banyak erti kehidupan. Kali ini beliau kelihatan agak serik, letih dan tua. Diharapkan penangkapan ini benar-benar menginsafkan diri Saleem sehingga ke akhir hayatnya. Pada bulan Ogos tahun 2006 Saleem dan Jamal Abdillah dijemput oleh RTM1 untuk ditemuramah dalam slot program Isu Semasa berkenaan dengan penglibatan dirinya dengan najis dadah.
     Saleem tetap terunggul dan namanya tetap utuh dalam bidang seni suara. Dengan segala potensi, bakat semulajadi dan nilai komersil yang masih ada pada dirinya, Rock Record dan Warner Music of Malaysia bersama dengan saudara Syed Azlan Syed Abu Bakar (Arab) sebagai wakil daripada syarikat tersebut telah berjumpa dengan Saleem dan memberi peluang kedua (sejak 1993) kepadanya untuk pembikinan sebuah lagi album baru. Kali ini album tersebut adalah kompilasi lagu-lagunya dahulu daripada kumpulan IKLIM. Judul Album beliau pada ketika itu adalah 'Saleem Raja Balada'. Album beliau kali ini tetap berjaya dan mendapat sambutan hangat daripada peminat. Anugerah platinum telah diberikan kepada album ini dengan jumlah pembelian mencapai beberapa puluhan ribu unit.
     Berperisa, Unik, merdu, serak-serak basah, parau dan 'agak sengau' itulah kelebihan suara Saleem yang membuatnya terus diminati oleh peminat-peminatnya. Album terkini beliau iaitu Epigoni (2006) telah mencatat jualan yang membanggakan dan memenangi anugerah Emas kerana penjualan telah mencecah lebih daripada 15 ribu unit sejak tiga minggu berada di pasaran. Konsep album beliau pada kali ini adalah remake lagu-lagu lama dendangan Amy-Search, Shima, Bumiputra Rocker, Allahyarham Sudirman, Wings dan lain2 lagi.
Alhamdulillah kini beliau kelihatan sangat bahagia dengan isteri keduanya, iaitu Julia Bachok. Menurut seorang kenalan rapat dari Astro, Saleem kini telahpun menjadi artis di bawah naungan Perbadanan Penyiaran Astro iaitu sebuah stesen TV bersatelit pertama di Malaysia yang berpengkalan di Seri Kembangan, dekat Serdang. Sejak di bawah naungan Perbadanan Penyiaran Astro, Saleem telah beberapa kali diberi peluang untuk memenuhi undangan bagi memeriahkan lagi industri muzik tanahair dengan menjadikan isteri kedua kesayangannya Julia, sebagai pengurus peribadi.

Saleem dan kumpulan Iklim

     Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock (kugiran) yang muncul pada akhir dekad 80-an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989 yang bertemakan irama rock perlahan (slow rock). Pada asal penubuhannya, kumpulan Iklim dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Terengganu, Di awal penubuhan IKLIM mereka terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu A.M SALEM ABDUL MAJEED,UMARUL MAHDZAR,MOHD SALIM,KAMARUDIN & FADHIL SUHAIMI namun perpecahan berlaku Pemain gitar kedua, Fadhil Suhaimi keluar daripada kumpulan Iklim semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung. Tempat beliau telah digantikan oleh pemain keyboard, HUZALI ALI memandangkan instrumen keyboard banyak digunakan dalam album pertama Iklim - Satu Kesan Abadi (1990).
  • Saleem (Vokalis)
  • Umarul (Gitar utama)
  • Mohalim (Bass)
  • Huzali (Keyboard)
  • Kama (Pemain dram)

Album

Berikut adalah album kumpulan Iklim dan Saleem secara solo :

Iklim

  1. 1990 - Satu Kesan Abadi (SCS)
  2. 1991 - Bulan Jatuh Ke Riba (SCS)
  3. 1992 - Budi (SCS)
  4. 1993 - Dunia (SCS)
  5. 1993 - Saleem(IKLIM) (SCS)
  6. 1994 - Iklim (Warner)
  7. 1995 - Bukan Niatku (Warner)
  8. 1996 - Salam Perpisahan (Warner)
  9. 1997 - Sambutlah Tanganku (Warner)
  10. 1998 - Pergimu Satu Tanda (Warner)
  11. 2003 - Bunga Emas (Nova)

Saleem

  1. 1993 - Saleem/Wan Zul - Gabungan Dua Insan Seni (SCS)
  2. 1995 - Gabungan Saleem Iklim Dan M. Nasir (SCS)
  3. 1998 - Maaf (Warner)
  4. 2000 - Ratib Orang Pinggiran (Warner)
  5. 2001 - Ratu Sanubari (Warner)
  6. 2006 - Epigoni (Warner)
  7. 2008 - Ke Hujung Hayat (Warner)
  8. 2008 - Aku Saleem - Trilogi Cinta (Music Valley)
  9. 2009 - Demi Cinta (Music Valley)
  10. 2010 - Dunia Etnik (Universal Music)
  11. 2011 - Menyayangimu

Kompilasi

  1. 1995 - Seribu Penghargaan (SCS)
  2. 1995 - Tribute To Ramli Sarip (Warner)
  3. 1994 - Saleem - Unplugged 1994 (SCS)
  4. 1996 - Saleem -(Akustika Warisan Abadi) The Unplugged 2 (SCS)
  5. 1997 - Emas Selamanya (Rock Records)
  6. 1997 - Dirgahayu 1 - IKLIM (Warner/Rock Record)
  7. 1998 - Dirgahayu 2 - SALEEM (Warner/Rock Record)
  8. 2000 - Koleksi Ori - Sesuatu Yang Abadi (Rock Records)
  9. 2001 - 3 Dimensi Popular - Saleem, Ramli Sarip & Nash (Warner)
  10. 2005 - Memori Hit - Iklim ( Music Valley/Rock Records)
  11. 2004 - Saleem Iklim dan Rahmat Ekamatra (Emi/Rock Record)
  12. 2005 - Iklim - Musim Bermusim (Rock Records)
  13. 2006 - Saleem - Raja Balada (Warner)
  14. 2007 - Tribute To Aleycats (Nova Music)
  15. 2008 - Saleem & Iklim - Terunggul (Music Valley/Rock Records)
  16. 2008 - Rahmat Ekamatra vs Saleem Iklim (Music Valley)
  17. 2010 - Keunggulan Saleem (Warner)


Source : Wikipedia